pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Wednesday, May 1, 2013

Dua_13 : 1 Mei


Alhamdulillah.
Sambutan hari pekerja yang pertama.
Semua rakan sebaya aku percaya teruja.

Dulu guna duit ptptn nak menyara hidup masa belajar.
Sekarang dah guna duit gaji untuk bayar itu ini.
Dulu masuk kelas bawak buku, salin nota, menuntut ilmu.
Sekarang masuk ofis, on pc, buka file, buat kerja sendiri.


Baru sekarang aku faham apa yang di maksudkan 
" time belajar tu sesuatu perkara yang lain, time kerja nanti lain "
Ya. Tak semua perkara yang pernah kau belajar akan kau praktikkan masa bekerja.
Dan tak semua kerja yang perlu diselesaikan sekarang kau pernah belajar untuk
menyelesaikannya satu masa dulu.

Bekerja memang mengajar aku erti dewasa.
Menjadi dewasa tak semudah yang disangka rupanya.

Oh lupa nak menjawab soalan.
Alhamdulillah aku sudah grad tahun lepas dan sekarang bekerja di firma guaman
dengan jawatan yang aku sendiri tidak pasti. Haha.

Setakat ini semua baik-baik sahaja.
Berat naik 4kg sejak mula bekerja.
Apelagi nak dikata?

Dari aku,
Seorang pekerja yang bahagia :)
01052013
13:32