pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Wednesday, May 1, 2013

Dua_13 : 1 Mei


Alhamdulillah.
Sambutan hari pekerja yang pertama.
Semua rakan sebaya aku percaya teruja.

Dulu guna duit ptptn nak menyara hidup masa belajar.
Sekarang dah guna duit gaji untuk bayar itu ini.
Dulu masuk kelas bawak buku, salin nota, menuntut ilmu.
Sekarang masuk ofis, on pc, buka file, buat kerja sendiri.


Baru sekarang aku faham apa yang di maksudkan 
" time belajar tu sesuatu perkara yang lain, time kerja nanti lain "
Ya. Tak semua perkara yang pernah kau belajar akan kau praktikkan masa bekerja.
Dan tak semua kerja yang perlu diselesaikan sekarang kau pernah belajar untuk
menyelesaikannya satu masa dulu.

Bekerja memang mengajar aku erti dewasa.
Menjadi dewasa tak semudah yang disangka rupanya.

Oh lupa nak menjawab soalan.
Alhamdulillah aku sudah grad tahun lepas dan sekarang bekerja di firma guaman
dengan jawatan yang aku sendiri tidak pasti. Haha.

Setakat ini semua baik-baik sahaja.
Berat naik 4kg sejak mula bekerja.
Apelagi nak dikata?

Dari aku,
Seorang pekerja yang bahagia :)
01052013
13:32


Friday, February 22, 2013

Satu_13 : Alhamdulillah banyak-banyak




Pernah tak rasa nak give up belajar bila rasa course yang kita ambil tak sesuai dengan kita? Kononnyee.  
Pastu fikir-fikir balik kalau tak study masa tu nak buat apa? Kerja? Kahwin? Nyorok bawah katil? 
Cecepat muhasabah diri balik, setiap kejadian tu kan ada hikmahnya so tabahkanlah hati. Belajar lagi.
Last-last eh berjaya jugak grad sesame dengan memembe. Ape lagi, alhamdulillah banyak-banyak.

:')

Allah s.w.t itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa
(Al-Baqarah : 216)

Nanti update lagi. Rasanya 1 minggu 1 post oke la kan. Rindu pulak tetiba. 


[qilaamin]
00:40
22022013



Friday, August 24, 2012

Gambar raya yang tak seberapa



Bukan maen panjang tajuknyee,hehe..
Mari beraya dengan baby baru !



Qairina Ahmad Suffian


Ahmad Aysar Ahmad Fadhly


Oh baby kesayangan sampai tua, Aqil Harraz :p


dan juga Fatiha <3


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

ni baru 1/8 family Hj. Ahmad ^^

[qilaamin]
240812
16:55

Friday, August 10, 2012

Air mata

Sekiranya menangis itu mampu mengubah suasana
maka aku akan menangis sehingga kering air mataku.

Tetapi aku tahu air mata tidak akan merubah apa-apa,
kerana itu selepas sejenak masa,
air mata itu aku seka
dan aku bergerak mengacu senjata.

Usaha, usaha, usaha
pasti akan kita genggam jaya.

Kerana yang berjuang di tengah medan dan
yang hanya menangis di pembaringan,
ada beza yang amat besar ketaranya

Hilal Asyraf 
100812


Tak lama dah inshaAllah ^^
kini cuma yakin dan percaya padaNya

Semangat ! Semangat ! Semangat !

[qilaamin]
100812
14:50

Wednesday, August 1, 2012

Bahagia apabila diuji = Iman

Allahuakhbar ! DIA sentiasa tahu apa yang terdetik dihati dan saya terbaca status ini disaat diri sedang memerlukan kata-kata semangat. Seperti dipujuk-pujuk olehNya saya rasa  :)


Iman itu diuji. Iman itu bahagia. Iman itu ialah bahagia apabila diuji.

Bersedialah untuk diuji dengan sentiasa menambah iman. Dengan iman kita diuji, dengan ujian kita menambah iman. 

Orang yang bahagia tidak sempat bertanya apakah aku bahagia kerana sibuk menghadapi ujian. Mereka hanya sempat bertanya, apakah aku sudah beriman? 

Apakah aku beriman? Jawabnya, (kembalilah kepada ayat pertama...)

- Ustaz Pahrol Mohd Juoi-


Kadang-kadang apabila terasa bahawa ujianNya sangat berat, hati dengan sendiri akan kembali 
terpujuk dengan janji Allah bahawa DIA menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan kita. La yukallifullahunafsan illa wus'aha. Allah tidak memberati seseorang melainkan dengan apa yang terdaya olehnya sahaja. DIA uji sebab dia tahu kita mampu. 

Orang yang bahagia tidak sempat bertanya apakah aku bahagia kerana sibuk menghadapi ujian.
Semoga kita tergolong dalam golongan mereka-mereka yang merasai 'kemanisan' dalam setiap ujian.
Susah tapi inshaAllah  :')


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 
(Al-Baqarah: 214)

Kan Allah s.w.t Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani 
 

[qilaamin]
010812
16:12