Kejadian ni berlaku time kami ramai-ramai melawat kubur Tok Bah,Tok Teh n Mak Cha masa raya kedua baru-baru ni (al Fatihah buat arwah). Selesai buat tahlil pendek, baca surah yassin semua-semua tu kami dok kemas-kemas la sikit area kubur tok baru boleh gerak pi beraya. Tiba-tiba
Naqib : ayah ni kubur sapa?
Anjang : ni kubur Tok Bah.
Naqib : owh abes tu kubur ayah mana?
Anjang : haaa...
Sekali dengar ja perbualan anak beranak ni memang nak ketawa tapi kami ramai-ramai cover sebab tu kawasan kubur kan,huhu.. Lepas keluar pagar ja terlepas semuanya, pastu Acik terangkan kat Naqib simple
" kubur ni untuk orang yang dah meninggal dunia, kalau kita mati baru kita kena tanam dalam kubur "
Kami yang dengar ni sengih sengih ja. Alahai budak-budak. Tapi bila fikir balik kalau lah saya ditanya soalan macamtu tiba-tiba tersentap jugak. Kalau setakat dengar budak kecil macam tu cakap bunyi memang kelakar tapi hakikatnya kalau kita renung dalam-dalam bermakna sungguh apa yang dia tanya tu. Buat kita sentiasa beringat yang 1 hari nanti disitulah juga tempat kita.
Nak dijadikan cerita, kami singgah Mersing seperti biasa sebab nak beli keropok. Tiba-tiba ayah dapat call dari Abang Pali tanya pasal wallet dia, ayah ada terambil tak. Memang sah, ada dok molek ja dalam kocek seluar ayah. Alahai ayah ayah.. Makanya nak tak nak kami kena tunggu Abang Pali datang ambil wallet dia kat bandar Mersing tu memandangkan dia pun nak balik Kota Tinggi rumah mertua. Akhirnya dalam pukul 6 petang baru kami gerak semula.
Sampai ja area Kahang, kereta semua gerak slow semacam. Rupanya ada 1 kemalangan. Baru jugak la sebab masa tu kereta bomba masih ada lagi. Saya lihat sendiri seorang gadis dipapah ke bahu jalan dalam keadaan lemah longlai. Mungkin saudara mara mangsa. Teruk jugak la keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan tu.
Ayah pun cakap " mesti ada hikmah kita terlambat " terus saya rasa sebak sangat sebab sebelum tu ada jugak merungut-rungut dalam hati dah petang baru balik. Allahuakhbar. Masa tu rasa sangat sangat bersyukur dengan aturan Allah. Alhamdulillah. Memang tak dapat nak bayangkan kalau saya yang menjadi mangsa......
p/s : ingat lagi tak dekat abang yang saya cakap koma dalam post b4 ni? dia dah meninggal di pagi 1 Syawal, wife dia pulak selamat bersalin 3 hari sebelum tu. sayu rasanya hati ni. sama-sama kita sedekahkan al Fatihah buat arwah dan doakan supaya wife dia n baby tabah menghadapi ujian dariNya~
No comments:
Post a Comment