pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Tuesday, July 27, 2010

mereka disekeliling kita

salam. post yang pendek ja. update laju-laju :)
kali ni nak bagi situasi ja then korang boleh bagi cadangan atau pendapat korang. okeh?

situasi 1

korang tengah tunggu masuknya waktu solat. korang tahu waktu solat pukul berapa. tiba-tiba datang sekumpulan manusia yang mungkin sedang mengejar masa teros melaksanakan solat tanpa menghiraukan waktu yang belum pon masuk. walaupun korang dah cakap kat mereka yang waktu belum masuk, tinggal lagi 5 minit la lebih kurang. tapi dorang cakap dorang dah dengar azan. pelik gak. korang tak dengar pon. so ape yang korang patut buat? dorang pon tanpa berlengah lagi teros solat tanpa sempat korang cakap 1 patah perkataan pon. inikan pula nak sambungkan 7 8 patah perkataan untuk dijadikan satu ayat yang lengkap -.-'

situasi 2

korang pernah nasihat membe pasal pic. kalo boleh tak yah la masukkan kat mana-mana laman web sosial. bahaya kot zaman sekarang, dengan sekeping pic macam-macam orang yang 'pakar' boleh buat. membe korang terima la cakap korang. takde hal. korang pon bukan paksa, juz sampaikan pesanan yang orang laen suruh sampaikan. amanat tu. taknak ikut takpe. takde paksaan pon kalo rasa pic korang selamat,insyaAllah. sampai la satu hari ni korang perasan yang membe korang dah delete pon album dia. bagus la kan. tapi yang tak best, hakikat sebenarnya ialah dia juz kecualikan korang dari tengok album tersebut. dengan harapan korang ingat album itu telah pon selamat didelete. apekah? jujurkah dia dengan diri sendiri? nak tergelak pon ada. nak kecik ati cam tak patot. adoila,hehe.

sape jela yang suka ditipu. takde kot. maybe niat nak menjaga hati (",)v

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman
(Adz-Dzaariyat 51:55)
diperingatkan dan memperingatkan.
indah bukan
p/s : tegurlah saya andai saya terleka. tolong ya. dan maaf,saya hanyalah gadis biasa yang kadang-kadang terlanjur bicaranya :)

Saturday, July 24, 2010

pengalaman dalam bas : semudah itu?

semalam lepas abes kelas teros pegi melaka sentral keseorangan. yakin betol. semangat nak balik rumah punya pasal. nasib tak berapa baik coz tiket bas ekspres da abes macam tak biasa kan. apelagi,patah balik pegi carik bas tingtong plak. kali ni nasib sangat baik, naik ja bas tu dalam 5 minit teros gerak. nampak tak? kalo bas ekspres kena tunggu sampai pukul 5, ni 4.30 da gerak. 5.30 dah sampai muar. kan perancangan Allah tu lebih baik :)

naik bas tingtong ni perlu sentiasa bersedia. ntah sape sape ja boleh duduk sebelah kita. bertukar-tukar banyak kali lak tu. adoila. tapi lagi sekali saya bernasib baik, dari melaka sampai la ke muar tu saya duduk sorang-sorang. bahagia betol. boleh tidur sampai terhantuk kepala kat tingkap nampaknya,hehe. tapi tak boleh coz orang depan saya rancak berborak.

saya ingatkan dorang dah kenal lama tapi mengikut dari apa yang saya dengar, baru masa tu dorang berkenalan. yang naik kemudian tu mintak tolong orang yang depan saya jagakan beg dia sementara dia pegi bayar tambang. lepas dia datang semula, perbualan mereka pun bermula. bukan niat saya nak pasang telinga tapi dah orang bercakap depan kita, apa boleh buat. sikit sebanyak terdengar jugak.

kesimpulannya dorang tu satu kampung rupanya tapi dorang tak pernah kenal. banyak lagi la yang dorang borakkan tapi saya tak dengar sangat. lebih leka melihat kenderaan laen sambil risaukan keadaan tingkap bas tu yang macam nak tertanggal.

semudah tu ja hubungan dapat dijalinkan ek. kalau saya, berat sungguh mulut ni. setakat tanya "ada orang duduk sini?" atau "boleh saya duduk sini?" dah cukup. lepas tu teros buat hal masing-masing. bukan niat nak menyombong tapi takut orang laen tak selesa kalau kita banyak tanya. dah la saya ni bukan jenis yang ramah tamah. pernah dicop sebagai akak sombong pulak tu masa sekolah dulu,haha.

sekali lagi saya kagum dengan mereka mereka yang sangat mudah berinteraksi dengan orang yang baru pertama kali mereka kenal. sekejap ja dah mesra. oh tidak. saya bukan macam tu. -.-' bak kata seorang insan, kalau dah muka memang jenis ketat n garang, buat lah macam mana pun, orang tetap akan cop sombong,hehe. sabar jela. tapi ape ape pon, sebelum judge seseorang tu kenal dulu hati budi dorang. kan kan. so sekarang, saya sedang mencuba untuk bermanis muka dengan semua orang yang sepatutnya. saya cuba ye :)

“ Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia sukakan menjalin silaturrahim ” (Hadith Riwayat Al- Bukhari)

" Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara "
(al-Hujurat [49]:10)

keadaan bas yang agak usang. errk~

Thursday, July 22, 2010

berusaha untuk berubah

Baru selesai buat jadual kelas cantik cantik coz nak tampal kat board. da sem 5 baru nak ada board. tu pon kecik molek ja. takpe,selagi belom sem 8 belom terlambat kot,hehe. saya mengaku la saya ni bukannya seorang yang teratur sangat. so sem ni timbul lak keinginan untuk berubah sket. ni pon baru mula. doakan saya istiqamah ye.

betol la,masa tu emas. masa tu ibarat pedang. dari zaman sekola rendah lagi cikgu suka ingatkan kita tentang pengurusan masa. sampai la masuk u ni. tapi nak berubah jadi seorang yang terurus sangatlah susah kan. kenapa ek? suka buat kerja last minute, walaupun tau lebih banyak keburukan daripada kebaikan disebabkan tindakan tu. ehem ehem. saya sangat sangat respect pada mereka mereka yang kehidupannya sangat terurus. setiap masa diguna dengan sebaiknya. sape sape? sila beri tunjuk ajar :)

Daripada Ibn `Abbas r.a berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :
Dua nikmat yang kebanyakan manusia rugi (kecewa) dalam menerima keduanya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.
free gift masa pc fair dolu-dolu ;p

Monday, July 19, 2010

pesanan seorang penasihat kewangan.


setelah seminggu lebih meninggalkan meja study
balik ja ada buku-buku ni yang menanti.
harga? uish,jangan berkira dalam menuntut ilmu.
cewah.
agak poyo disitu.

tapi betul kan,kadang-kadang kita ni berkira sangat kalau sentuh bab duit. lagi-lagi student akaun,hoho. masalahnya berkira bila nak beli buku kot. kalau nak beli barang-barang 'kehendak' tak pulak berkira. buku yang keperluan ni, bila kena beli, mahal sikit dah bising. kalau berabes duit beli handphone baru,beg baru,kasut baru,segalanya baru lah tak pulak bising,haha. yang tulis ni pun sama sila terasa semua. abes la, blog qila bakal tidak dilawati lagi oleh rakan-rakannya ;p

okeh,jangan sensitif sangat. kalau korang sensitif sila jangan baca sampai abes. ni saja nak bagi nasihat, kat korang yang membaca blog ni dan diri sendiri jugak :)

saya tahu duit jpa baru masuk minggu lepas kan kan, so pesanan saya ialah sila belanja qila rancang perbelanjaan anda dengan bijak. contohnya,cam membe saya setiap kali duit jpa masuk,dorang asingkan RM1000 simpan kat ASB. ok gud,tindakan ini memang patut dicontohi. tapi rasanya sesuai untuk student uitm ja kot. kepada yang bukan student uitm, yuran korang mahal kan,takpe takpe sabar k. tak dapat simpan banyak,sikit pun jadi. janji ada.

pesanan seterusnya sila belanja qila lagi jangan membazir duit tu kat benda yang tak penting. contohnya,beli fon baru sedangkan fon lama masih cantik,sihat dan cergas. tapi bagi mereka yang fonnya dah nazak macam fon atoi anda boleh la nak tukar baru,hehe. jangan beli benda yang anda tau anda takkan pakai, saja beli coz nampak lawa,unik,cool,comey. okeh,nasihat ni ditujukan sangat-sangat buat diri saya,huhu.

selain tu,jangan membazirkan duit anda dengan berfoya-foya. maksud saya,menggunakan duit tu untuk tujuan yang salah. anda faham maksud saya? tak faham,buat-buat faham jela. coz korang kena ingat duit tu kerajaan kasik, duit ibu bapa kita jugak. selalu ayat ibu camni, ingat! duit tu untuk belajar bukan guna buat benda lain. okeh tipu,ibu saya tak penah cakap camtu. itu ayat saya yang poyo,haha.

kesimpulannya, rancang la perbelanjaan korang dan saya juga dengan bijak. jangan membazir kat yang bukan-bukan. fikir dulu sebelum beli. dah macam blog persatuan pengguna pulak kan. tapi bila duit dikaitkan dengan ilmu seperti contoh diatas, kena beli buku dan yang sewaktu dengannya, takpe. takyah berkira. coz itu la tujuan asal kita dapat duit biasiswa/pinjaman tu :)

" Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menuliskan) kalimat-kalimat Tuhanku (ilmu), sungguh habislah lautan itu sebelum habis (dituliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula) " (QS. Al Kahfi [18] : 109)

Imam Malik bin Anas r.a. berkata : “ Yang bernama ilmu itu bukanlah kepandaian atau banyak meriwayatkan (sesuatu), melainkan hanyalah nur yang diturunkan Allah ke dalam hati manusia. Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah dan menjauhkannya dari kesombongan diri ”

saya akhiri post saya kali ni dengan kata-kata dari Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni coz rasa cam sesuai pulak. yang berbunyi :

kegembiraan dengan ilmu akan berlangsung lama,
kejayaannya akan kekal dan selalu dikenang.
kegembiraan dengan harta tidak berlangsung lama,
kejayaan dan kenangannya akan segera lenyap.

p/s : tajuk post macam nak muntah kan,tapi mana tau bakal menjadi kenyataan,doa kan saya. insyaAllah :)

Friday, July 16, 2010

cerita bila hati hepi

salam semua. mood arini sangat baik. tak bermaksud mood hari sebelum sebelum ni tak baik,heee. memandangkan mc saya pun nak tamat tempoh, sakit pon tak sakit lagi, so pilihan yang ada ialah pulang semula ke Melaka dan selamat berhempas pulas untuk mengejar apa yang telah saya tertinggal untuk 1 minggu ni. semangat! semangat! rasanya dah puas cuti, maunya tak, terlebih 1 minggu dari orang lain,haha. saya bersyukur sebab Allah beri saya penyakit ni, rasa macam tak patut suka kan. tapi saya suka.


1st day saya balik melaka aritu, memang hati saya kat rumah lagi. terukkan. malam tu saya menangis. sorang sorang. tipu tipu. orang lain semua dok tengok tv, saya dah tergolek baring konon penat mengemas. bunyi sekali lagi macam anak manja tapi tak. hakikatnya saya memang seorang kaki rindu family. errk,ada ke istilah tu? tak kesah la. yang penting sekarang, setelah mendapat masa tambahan seminggu di rumah bersama family, saya puas! dan sekarang hati berkobar kobar mahu balik Melaka, berusaha yang terbaik untuk berjaya. semoga Allah permudahkan jalan saya,amin.



rumahku syurgaku

suatu pengajaran yang saya dapat bila tinggal di Melaka ialah bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. dan apabila sesuatu yang kita lakukan tu sudah menjadi kebiasaan, InsyaAllah kita selesa dengan keadaan itu. contohnya, di rumah sewa memang takde katil. kami tido atas lantai beralaskan toto ja fatin ada tilam. disebabkan dah terbiasa dengan keadaan tu, bila saya balik rumah, saya lebih selesa tido atas lantai berbanding atas katil,haha. memang selalu kena marah dengan ibu tapi disokong oleh ayah,camne? sampai la malam tadi pon, saya still tido atas lantai beralaskan tikar ja. seronok,simple,selesa.


lagi satu, kami pergi kelas selalunya jalan kaki hari isnin naik keta fatin. ambil masa 5-10 minit ja pon. andai tak tersangkut masa nak melintas jarang berlaku coz saya jenis berani mati dan selalu melintas sesuka hati ataupun tak tersangkut masa nak naik lift, kami akan menjadi antara yang terawal sampai dikelas,hehe. okeh,student kbm agak ramai,berbekalkan 4 biji lift,bayangkan. saya penah hampir hampir tersepit di pintu lift. kenangan oh!


berbalik semula pada aktiviti jalan kaki tadi,masa awal awal kedatangan kami ke Melaka dulu mulut selalu merungut,penat,berpeluh,busuk. tapi sekarang bila dah terbiasa, pukul 2.30 petang matahari terpacak atas kepala pon kami masih slumber meredah jalanraya dengan hati gembira tanpa pakai payung sekaligus muka sunburn,haha. tengok,terbukti! eksperimen berjaya. alah bisa tegal biasa. merungut hanya bagi mereka yang tak tahu bersyukur, kata ibu selalu saya pahatkan dalam hati.


kadang-kadang ada masa yang memerlukan saya balik seorang diri tanpa ditemani housemate. dan bila ini berlaku,saya akan jalan sepantas the flash agar saya tiba di rumah dengan selamatnya. untuk sem ni, ada 2 hari yang memerlukan saya balik pukul 6.30 petang seorang diri. nebes nebes. 1st day saya telah ditegur oleh seorang pakcik memang selalu pakcik ja pon yang tegur saya. bila dia bagi salam, saya jawab. takkan nak buat muka kerek pulak. pakcik kot. tapi tu lah masalah saya, dilema antara nak menjawab salam atau tak. kot kot dia ingat saya melayan, terus di ganggu pula perasan betol saya.


tapi lepas saya fikir, asalkan niat yang memberi salam tu baik, bukan ada niat lain, tak salah la saya jawab salam dia. teringat pakcik the store okeh okeh,lega :)


" Jika kalian diberi salam penghormatan,balaslah dengan cara yang lebih baik atau dengan yang serupa " ( QS An Nisa :86 )


" Demi Allah diriku ditanganNya,kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman,dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna sehingga kamu saling mencintai.Maukah kamu aku tunjukkan kepadamu tentang sesuatu yang kamu lakukan pasti kamu saling mencintai? ialah sebarkanlah salam diantara kamu " ( HR Muslim )


Dari Abu Hurairah dari Rasulullah s.a.w beliau bersabda : “Apabila salah seorang dari kalian bertemu dengan saudaranya maka ucapkanlah salam padanya. (Kemudian) jika pohon, tembok, atau batu menghalangi keduanya dan kemudian bertemu lagi maka salamlah juga padanya.” (HR. Abu Dawud)


cukuplah setakat ini dulu cerita saya,panjang sangat cam esei plak kan ehem-ehem. satu je yang saya confuse, nape orang sakit tak selera makan sekaligus menyebabkan berat badan mereka turun? okeh ni pengalaman adik saya bukan saya coz penurunan berat badan itu tak berlaku pada saya. saya makin berselera makan bila sakit -.-'

p/s : semalam baRU tengok cerita Maut, tengok pun lagi setengah jam nak abes, tapi memang menginsafkan. tak mau kubur saya jadi camtu :'(

Thursday, July 15, 2010

silap lagi,adoi.

uiks. saya dapat komen kat salah satu post, ayatnya lebih kurang camni " semoga adik tak terus menerus menyalahkan orang lain, insyaallah " oh tidak! alamak! nampaknya susunan ayat saya salah lagi kali ni. takpun masa tulis tu saya tengah emosi kot,hehe.

susah juga kan bila lain yang kita cuba sampaikan tapi lain yang orang terjemahkan. lebih kurang cam missed communication la,hehe. okeh okeh. sorry la ye kepada para pembaca blog ni kalau ada ayat yang saya gunakan kat blog ni buat korang rasa tak selesa. korang rasa cam pedas ke. menyindir lebih-lebih ke. takda niat pon. memang tu ayat datang dari hati.

tapi kan, ikut hati mati. ikut rasa binasa. ingat tu qila,hoho.

maybe ada di antara ayat saya yang bunyinya cam kasar tapi saya tak perasan. saya kalau cakap memang cam kasar sket. tak percaya? sila percaya,heee. kepada sesiapa yang mengenali, korang mesti tau kan ;p

sekali lagi saya minta maaf la ye. saya ni bukan jenis suka salahkan orang sebenarnya. tidak.
kepada yang memberi komen tu,jangan la takut nak singgah minggah kat blog ni lagi ye :))
thanks untuk komen anda yang mengingatkan tu. thanks a lot~


cantik cantik cantik

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat menyulut perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
(",)v

Wednesday, July 14, 2010

aku kan sentiasa ada,insyaAllah~

terjumpa pic ni dikala ber'blogwalking'.
rasa sangat comeey!
kan kan.


teringat kat semua membe tak kira jauh mahupun dekat.
rindu korang sangat sangat!!
terus rasa nak tulis something kat blog.

post kali ini khas buat :
kak ain,haziqah,ruzita,saliza,cik zaty, yus,fatin,farah,zaimah,paie,hafizah,azza,
bedah,besah,mizah,yan,n jaja.

ingat k,aku akan selalu ada untuk korang :))
korang pun tau kan,heee.

walau tiada disisi sekalipun
aku akan tetap dihati

aku tak mungkin dapat membantu menyelesaikan
semua masalah didunia ini.
tapi sahabatku,
yakinlah bahawa tiada satu masalah pun di dunia ini
yang tak dapat diselesaikan.
jika dengan bercerita kau akan menjadi tenang,
aku rela meminjamkan telingaku untukmu.
jika dengan menangis kau menjadi tenang,
aku rela menumpangkan bahuku untukmu.
jika dengan pelukan kau bisa menjadi tenang,
datanglah kepadaku.
akan ku pelukmu supaya kau rasa kau
tidak keseorangan di dunia.

ingatlah sahabatku.
ujianNya memang berat tapi ia akan buat kita lebih kuat bahkan
Dia kan selalu ada bersama kita :)

semoga ukhuwah yang kita bina akan
berkekalan buat selamanya ya
amin~~

Tuesday, July 13, 2010

lihatlah disebalik itu ♥

Dalam menyulam harapan

sering kita kecewa,

dalam meniti kehidupan

sering kita pasrah,

dalam mengukir kejayaan

sering kita gagal,

dalam memburu impian

sering kita terkandas

namun itulah sebenarnya sumber kekuatan jiwa

kerana di situlah kita belajar erti manisnya

tawakkal padaNya.


Dalam kita melangkah terkadang di uji

dengan ujian yang

terasa berat hingga

kita terduduk dan menangis.

peritnya terasa.

Tetapi ketahuilah dan renunglah kembali

ke dalam diri

kerana mungkin airmata tika itu hadir

kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman

yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah

yang tersasar dari landasan keikhlasan.


:)

Monday, July 12, 2010

cuma pinjaman

teringat lagi kata-kata seorang kazen saya sewaktu adik perempuan saya terkena chickenpox. ni lah angah masanya patot kena chickenpox, nanti naik pelamin takde dah parut-parut. haha,apekah punya nasihat lah kan. siapa yang nak sakit? tapi akhirnya saya terjangkit juga memandangkan adik saya yang bongsu sudah kena. nasib saya sedar awal, makan ubat awal awal, takde la terok sangat sakitnya kot, alhamdulillah

ada sorang insan ni gelak bila saya bagitau kat muka saya dah mula tumbuh chickenpox tu. siap tanya ada berapa. suka sangat beliau,apa yang kelakar pon saya tak faham. lepas tu beliau tanya saya sedih ka? ada ka patot? aiiishh. saya tak sedih pun. ni semua datang dariNya. saya kena redha. apalah sangat sakit saya ni jika nak dibandingkan dengan penderitaan Nabi Ayub a.s selama bertahun-tahun kan? :'(

beliau cakap lagi,ok la tu ada parut kat muka,baru nampak ganas. eh eh,berani beliau berkata begitu. takpe takpe, saya memang tak ambil hati langsung pun coz saya tahu beliau bergurau. bagi saya la, kecantikan kat muka bukan kekal lama. yang bertahan kecantikan hati. kalau hati dah cantik, muka pun InsyaAllah nampak cantik. macam sorang senior ni, saya admire sangat tengok muka dia sebab hati dia baik,hee.

kalau hanya melihat kecantikan di muka, dah tua nanti berkedut juga. ha time tu takkan nak meraung-raung pulak bila rasa diri dah tak cantik. nikmat ni semua Allah bagi pinjam sekejap ja. ntah ntah belom sempat tua, esok lusa Dia dah tarik. sebab tu jangan lupa nak bersyukur. saya cakap ni pun sebab nak mengingatkan diri sendiri.

Allah s.w.t berfirman : “ Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya ” (An-Nahl: 18)

kadang-kadang kita selalu bandingkan diri kita dengan diri orang lain. lepas tu bandingkan pulak apa yang kita takde,dia ada. tak reti bersyukur betol kan. bukan nak hargai apa yang kita dah ada. lagi best siap nak bertanding pulak. nak dapatkan jugak apa kita takde tu. jeles punya pasal kot. adoila. sudah sudah la tu. ni sekali lagi saya ingatkan diri saya sendiri :)

manusia tu kan tak pernah puas.
tapi sampai bila?
sampai dia dapat semuanya yang dia nak kot.
tapi semuanya kan milik Allah?
kalau dia dapat pon sekadar pinjaman ja.
memang la. kalau Allah bagi sikit tu tanda Dia nak uji.
kalau Allah bagi lebih pon tu tanda Dia nak uji.
uji apa?
uji sejauh mana mereka yang menerima ujian dariNya tahu dan tidak lupa untuk
bersyukur walau dalam apa jua keadaan.

Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu. amin~~~

Sunday, July 11, 2010

sotong dan syirik

sebelum ape-apehal saya nak buat pengakuan. saya bukan peminat bola. bukan! tapi setiap kali final piala dunia, saya mesti tengok. dari zaman Brazil menang, Italy menang, hinggalah perlawanan pagi ni kot, tapi tak tau lagi siapa menang kan. tengok lah nanti.

akhirnya, pagi ni piala dunia bakal berakhir! saat yang saya nanti-nantikan. bukan apa, bukan saya ada masalah dengan mereka mereka si peminat bola sepak, atau terasa diabaikan saat perlawanan sedang berlangsung. lagi la bukan.

tapi entahlah. bagi saya cukuplah kita terlalu sibuk memperkatakan tentang bola, sehingga tertutup sudah kisah Gaza. ditambah pula banyak lagi hal yang lebih penting perlu kita bincangkan. contohnya cam kes buang bayi yang semakin menjadi-jadi kat Malaysia ni. takde pulak ramai-ramai duduk kat kedai mamak sampai pagi tu nak pi bincangkan camne nak atasi masalah ni kan. eh okeh ape. *opss,bukan takde tapi jarang. marah pulak orang kat saya coz pandai pandai ja buat tuduhan palsu kan,huhu.*

tapi yang menarik perhatian saya pada piala dunia kali ni apabila paul si sotong tiba-tiba jadi glamour mengalahkan messi kerana berjaya membuat ramalan keputusan perlawanan dengan tepat sebanyak 7 kali. eh sekejap, siapa messi? owh messi tak kenal takpe. kaka kenal? tak kenal jugak. okeh jangan kejam sangat, torres mesti kenal kan,hehe.

okeh okeh berbalik semula dengan cerita incik sotong ni, disebabkan ramalan dia ni boleh dikatakan macam tepat ye, diulang sekali lagi, macam. ini membuatkan ramai la yang makin percaya dengan semua ramalan si paul ni. ape kesannya?

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: " Sesiapa yang datang kepada peramal kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari "

kan kita sendiri dah tahu, dalam Islam, kalau kita percaya dengan selain dari Allah s.w.t itu dah boleh dikira syirik. so pandai-pandai la kita yang dah besar panjang ni fikir baik buruknya ya. dalam kes percayakan paul ni takde baiknya, yang pasti segalanya buruk. kan kan. sekadar nak mengingatkan ja coz kita ni manusia biasa. kadang-kadang kita terlupa :)


pengakhiran hidup paul andai spain menang pagi ni,hoho.

p/s : tengok bola memang best, tapi lagi best bila tengok badminton. tadi dato' lee chong wei baru menang terbuka Malaysia,tau??
p/s : camne saya tau nama pemain bola kalau saya tak minat bola? eh eh,saya pon baca suratkhabar, saya pon tengok berita ok :)

Saturday, July 10, 2010

hanya dengan izinNya

Ingatlah


Sesuatu yang diimpikan tak selalu menjadi kenyataan

tetapi apa yang tak
diduga berlaku dengan tiba-tiba.


Biarlah kita menangis hari ini kerana
kesakitan semalam tetapi

usah ketawa memanjang kerana kegembiraan yang
belum pasti selamanya.


dan

Mungkin hari ini kita kuat dan selesa
tapi tidak mustahil esok kita pula rebah tak berdaya.


segalanya yang berlaku adalah dengan
kuasa Allah s.w.t
:)

Thursday, July 8, 2010

sejauh mana kita ikhlas?

ada seseorang beritahu saya, jangan sesekali mempertikaikan sejauh mana ikhlas ataupun tidak akan sesuatu perbuatan itu.

saya tanya mengapa tidak boleh?

dia menjawab, ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada malam yang gelap. jadi mana mungkin kita menjumpainya.

mereka yang lain menyampuk, yang pergi cari semut hitam tu kenapa? kita sedang berbicara perihal keikhlasan.

dia tersenyum lalu berkata, kenapa perlu mengetahui pentingnya ikhlas atau tidak, sedangkan diri kita sendiri tak tahu betapa ikhlasnya kita membantu,memberi pujian sekalipun dalam beribadah.

yang hadir semuanya senyap,mulut terkunci.

dia berkata lagi, sebelum anda mempertikaikan keikhlasan orang lain, tanya pada diri sendiri ikhlas kah anda? jika ikhlas apa buktinya? tak ada bukti? maka, renungkanlah apa yang telah anda pertikaikan tadi :)

ikhlas atau pun tidak, hanya Allah yang lebih mengetahui.

ya, banyak yang benar dengan kata-kata dia tadi. akui saya sambil tersenyum tapi sekadar didalam hati lalu pergi membawa diri.

Saturday, July 3, 2010

saya bukan anak manja

hati berat nak tinggalkan rumah.
lebih-lebih lagi bila ayah kata "takde angah nanti,sunyi sket rumah ni" :'(

walaupun hakikatnya jarak rumah dengan rumah sewa juz amek masa 1 jam perjalanan.
tulah yang jadi masalah. lagi dekat,lagi berat ati sebenarnya. kalo study jaoh mybe tak rasa sangat coz jarang dapat balik rumah. *alasan* dah rezeki kat melaka tu bersyukur lah kan,alhamdulillah :)) bak kata sorang membe, "kalau aku kat shah alam tu tak tau la jadi apa" heh,no komen. ada hikmah disebalik semua ni

so sekarang,tanggungjawab saya belajar. belajar,belajar dan belajar. hope dapat buat ibu n ayah gembira bila grad nanti,insyaAllah~ menuntut ilmu tu kan satu jihad. ingat qila! jangan mudah putus asa. kebahagiaan tu biasanya bermula dengan kesusahan. usaha. usaha sampai berjaya,amin~

seperti sabda Rasulullah s.a.w,maksudnya : " Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali "

pastu tengok sorang membe ni sangat seronok menjalani latihan praktikalnya,buat saya excited pula nak tunggu sem 7. yang saya jeles dia dapat buat praktikal kat muar ni jugak. dapat duduk dengan family!! kalau la dapat buat praktikal kat muar,4 bulan tuuu. *senyum bahagia*

ada yang ajak buat praktikal kat sabah,kan paie ;p ada yang pesan suruh pi jaoh jaoh sket,keluar la dari muar tu,haha. tengoklah rezeki nanti. selesaikan dulu sem 5 n 6 ni. kita kan mampu merancang tapi Dia yang tentukan :)

p/s : still confuse nape uitm start sem baru seminggu lebih awal dari u laen. mengapakah?? cuti raya kita lebih ka? :D

Friday, July 2, 2010

takbur?

Rasulullah s.a.w ada berpesan :

kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,
lebih Allah sukai
dari satu
kebaikan yang menimbulkan rasa
takbur (sombong).

jauhkanlah Ya Allah rasa itu
dari dalam diri kami :'(

p/s : mungkin kita tak sedar kan? terima kasih ingatkan saya!

chickenpox

semalam afiq pula kena chickenpox. itupun selepas 2 minggu yo kena. saya khabarkan berita tu pada ayah sebaik saja dia pulang dari kerja. saya lihat air muka ayah agak kecewa. bukan apa,saya tau dia risau kan adik-adik saya. bila dapat mc untuk 2 minggu,semestinya banyak pelajaran yang bakal tertinggal. yep,saya juga risaukan mereka.

tapi saya lebih kesian tengok ibu yang bersusah payah menjaga adik-adik. lepas satu,satu. tapi ibu tak pernah mengeluh. sebaliknya saya pula yang terasa letih,huhu. waktu sakit memang masa untuk muhasabah diri. meningkatkan rasa syukur padaNya. ujian itu tanda kasihNya Dia pada hambaNya.

nampaknya dikalangan adik beradik,saya saja la yang belum kena chickenpox. kata orang,kita pasti akan kena sekali seumur hidup. betol ke? ayah sampai sekarang tak pernah kena chickenpox. *saya baru tahu* alhamdulillah,semoga kesihatan ayah terus dalam keadaan baik. begitu juga dengan ahli keluarga yang lain,semoga semua sihat sihat saja. amin~

bersabarlah yang indah. alangkah dekatnya kelapangan. barangsiapa muraqabah (merasa dekat dengan) Allah dalam seluruh urusan, ia akan berhasil. barangsiapa yang membenarkan Allah tidak akan terbawa gangguan. dan barangsiapa yang mengharapkanNya, Dia akan ada di mana orang itu mengharap.
(Manaqib AsSyafie,AlBaihaqi 2/362)