pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Monday, July 12, 2010

cuma pinjaman

teringat lagi kata-kata seorang kazen saya sewaktu adik perempuan saya terkena chickenpox. ni lah angah masanya patot kena chickenpox, nanti naik pelamin takde dah parut-parut. haha,apekah punya nasihat lah kan. siapa yang nak sakit? tapi akhirnya saya terjangkit juga memandangkan adik saya yang bongsu sudah kena. nasib saya sedar awal, makan ubat awal awal, takde la terok sangat sakitnya kot, alhamdulillah

ada sorang insan ni gelak bila saya bagitau kat muka saya dah mula tumbuh chickenpox tu. siap tanya ada berapa. suka sangat beliau,apa yang kelakar pon saya tak faham. lepas tu beliau tanya saya sedih ka? ada ka patot? aiiishh. saya tak sedih pun. ni semua datang dariNya. saya kena redha. apalah sangat sakit saya ni jika nak dibandingkan dengan penderitaan Nabi Ayub a.s selama bertahun-tahun kan? :'(

beliau cakap lagi,ok la tu ada parut kat muka,baru nampak ganas. eh eh,berani beliau berkata begitu. takpe takpe, saya memang tak ambil hati langsung pun coz saya tahu beliau bergurau. bagi saya la, kecantikan kat muka bukan kekal lama. yang bertahan kecantikan hati. kalau hati dah cantik, muka pun InsyaAllah nampak cantik. macam sorang senior ni, saya admire sangat tengok muka dia sebab hati dia baik,hee.

kalau hanya melihat kecantikan di muka, dah tua nanti berkedut juga. ha time tu takkan nak meraung-raung pulak bila rasa diri dah tak cantik. nikmat ni semua Allah bagi pinjam sekejap ja. ntah ntah belom sempat tua, esok lusa Dia dah tarik. sebab tu jangan lupa nak bersyukur. saya cakap ni pun sebab nak mengingatkan diri sendiri.

Allah s.w.t berfirman : “ Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya ” (An-Nahl: 18)

kadang-kadang kita selalu bandingkan diri kita dengan diri orang lain. lepas tu bandingkan pulak apa yang kita takde,dia ada. tak reti bersyukur betol kan. bukan nak hargai apa yang kita dah ada. lagi best siap nak bertanding pulak. nak dapatkan jugak apa kita takde tu. jeles punya pasal kot. adoila. sudah sudah la tu. ni sekali lagi saya ingatkan diri saya sendiri :)

manusia tu kan tak pernah puas.
tapi sampai bila?
sampai dia dapat semuanya yang dia nak kot.
tapi semuanya kan milik Allah?
kalau dia dapat pon sekadar pinjaman ja.
memang la. kalau Allah bagi sikit tu tanda Dia nak uji.
kalau Allah bagi lebih pon tu tanda Dia nak uji.
uji apa?
uji sejauh mana mereka yang menerima ujian dariNya tahu dan tidak lupa untuk
bersyukur walau dalam apa jua keadaan.

Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu. amin~~~

4 comments:

cik zaty said...

siapakah dia insan tu ye cik qila???hoho(",)v

qila~ said...

insan itu la ye cik zaty,dia jeles dgn aku kot,hehe.. (",)v

al-muari said...

sedap post ni

qila~ said...

thanks :)