pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Saturday, December 31, 2011

31/12 : Akhir kata

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah masih di beri peluang oleh Allah untuk bernafas hingga hujung tahun. Kau panjangkanlah umur kami Ya Allah. Ameen...

Sana sini orang dok kata pasal azam. Azam tahun baru kebanyakan dari kita tak laen tak bukan adalah untuk menjadi individu yang lebih baek dari tahun sebelumnya. Tidak ketinggalan yang menaip ni. Oh mungkin juga yang membaca, ehem.

Teringat kata-kata Prof Dr. Muhaya 

" nak tengok kita lebih baek dari semalam bukan susah sangat. 
cuba bandingkan pukul berapa kita bangun solat Subuh pagi semalam dengan pagi ni, cukup "

Oke sekarang boleh cermin diri bersama. Saya pasti kita sebagai manusia kadang-kadang ada waktu solat yang kita tak berjaya nak buat on time terutamanya solat Subuh kan kan. Lebih-lebih lagi bila tidur lambat sebab tengok tv, facebooking, stay up untuk study tak pun balik rumah lewat pagi. Alahaii...


lelaki yang 'ensem' adalah yang solat subuh tepat pada waktunya - ayah

Oleh itu jom selitkan azam untuk menyegerakan solat dalam senarai azam duniawi kita untuk tahun 2012 ni. Saya pun nak jadi ensem juga ^^ 

Kepada mereka yang merasakan tahun 2011 ini tidak begitu manis, saya doakan tahun-tahun yang mendatang memberikan sinar baru buat kalian. Walaupun payah, pasti ada hikmah. Ingat tu. Semangat ! Semangat ! 

Juga buat mereka yang merasakan tahun 2011 sangat sangat manis, jangan pula terlalu leka. Kalau Dia tidak uji kita dengan kesusahan, Dia akan uji kita dengan kesenangan. Maka sentiasalah bersyukur atas nikmat yang diberi, jangan hanya apabila ditimpa musibah baru teringatkan Dia kembali. Tak nak tak nak tak nak...

akhirkata : seronok tengok program yang di anjurkan pelbagai pihak di masjid-masjid sempena tahun baru. confirm banyak manfaatnya  :)

Alhamdulillah
apa yang Kau beri lebih dari apa yang aku pinta

[qilaamin]
311211
00:37

Sunday, December 25, 2011

25/12 : kata azimat

Bismillahirrahmanirrahim.

disember hampir sampai ke penghujung


" dalam ramai-ramai anak ayah, angah yang paling tabah " 
:')

Cukuplah kata-kata ayah tu menjadi azimat untuk saya melalui tahun 2012 nanti dengan tabah yang sebenarnya,hehe.. Semoga ia memberi 1001 kenangan yang manis-manis belaka buat saya sama seperti apa yang tahun sebelum-sebelum ini telah beri. Andai panjang umur, insyaAllah... Ya ayah memang tak tahu apa-apa pasal apa-apa, tapi mampu mengeluarkan kata-kata macam tu secara tiba-tiba. Betul la sangkaan saya selama ni, ayah memang ada sixth sense :p




Alhamdulillah masih dapat menghirup udara bahagia. Harap kamu juga sama.

Untuk menjadi tabah memang tidak mudah tetapi sekali dianggap begitu
terus berharap semoga tabah itu aku.

('',)v

[qilaamin]
251211
00:26



Thursday, December 8, 2011

8/12 : Tomato Melaka

                       
                      

Simple and Sweet. Simple sebab dakwah dengan cara macamni orang mudah terima. Sweet sebab? Sweet oh tengok bebudak laki macamni.. Bukan sweet ape, sweet part masak sama-sama, makan sama-sama, gaduh-baek semula, ingat-mengingatkan, suap menyuap pulak tu.. Tapi sweet, sweet jugak. Pengajarannya jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri pulak yep... Ingat ! Ingat ! Surah al Imran ayat 133-134...

oke cukup, intro memang tak-bleh-pergi

Assalamualaikum semua ^^

Sebenarnya baru berpeluang tengok short film yang la ni orang ramai dok share kat mukabuku. Tersentuh terus hati saya yang memang macam tisu,hee.. Teringat kat mereka yang selalu jadi peneman memasak dan makan bersama, sentap bersama, ketawa bersama, sedih bersama, dan 'macam-macam bersama' lagi la ketika di Melaka : zaty-paie-farah-zaimah-fatin. Rinduuu ! Korang tak rindu kat aku ka? Ehem..

Opss kat membe laen pun saya rindu jugak. Membe UiTM, geng matrik, membe sekolah, semua-semua la.. Jangan risau, korang semua sentiasa ada dalam hati nii  <3

Oh buat pengunjung blog ni jugak, followers semua tak kira baru/lama. Salam ukhwah. Terima kasih kerana menjadikan blog ni sebagai blog pilihan anda, semoga bermanfaat hendaknya *tetiba ayat macam menang award* Seriously, saya menghargai anda semua. 

Satu ja nak tanya. Saat menonton video ini, anda teringatkan siapa? Yang anda terbayangkan itulah sahabat susah-senang namanya. Alangkah ruginya andai setelah anda memiliki sahabat seperti itu kemudian anda sia-sia kan  :')

Buat teman yang dikasihi

Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya kerana
mungkin dengan satu kelemahan kau mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana
mungkin dengan satu keburukan kau akan membencinya.

Andai kau ingin berteman janganlah kerana sifat cerianya kerana
andai dia tak pandai menceriakan kau mungkin akan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana
apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin berteman terimalah dia seadanya kerana
dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa...

with.lots.of.love
ukhuwwahfillah-abadan-abada
>.<

[qilaamin]
081211
23:53


Tuesday, December 6, 2011

6/12 : 5 tahun = 27 tahun

Bismillahirrahmanirrahim.

Fuh... Sejak akhir-akhir ni asyik terfikir apa akan jadi pada saya dalam tempoh 5 tahun akan datang (andai panjang umur). Menoleh semula pada 5 tahun kebelakang *zaman SPM* apa yang saya ada kini tidak pernah saya bayangkan/rancangkan. Alhamdulillah untuk setiap jatuh dan bangun..

Sudah masa memikirkan tanggungjawab ! Dah tak boleh nak follow the flow, kena ada usaha juga sebab kalau takde usaha, kata-kata jadi angan-angan aje la, kan kan.. Sekarang perlu mula merancang untuk perjalanan hidup 5 tahun akan datang. Semoga Allah permudahkan jalan. Doakan saya :)


tawakal tanpa usaha ibarat mengharap sebidang sawah akan ditumbuhi padi tanpa perlu di semai benihnya dan akhirnya apa yang tumbuh hanyalah sekadar lalang yang cantek ^^

[qilaamin]
061211
22:42

Saturday, December 3, 2011

3/12 : mencari atau menjadi?


" orang sentiasa doakan yang terbaek untuk sahabat sahabat orang, 
sampai saat ni, orang susah n senang, sahabat ada dengan orang,
macam awak " 

mood : terharuu >.<


izinkan saya jadi sahabat awak ketika susah.
kenapa? 
kerana sahabat ketika senang mungkin awak dah ada
:')

# tak-perlu-menCARI-apa-yang-penting-adalah-menJADI

[qilaamin]
031211
13:11

Thursday, December 1, 2011

1/12 : Lalala kerja la

Bismillahirrahmanirrahim.

Siapa p kerja dengan penuh semangat arini? Saya! Saya! Aiceh tetiba tanya soalan macamni kan kan. Bukan apa, disebabkan sebahagian besar membe dah tamat latihan praktikal tapi saya masih ada baki 1 bulan makanya saja la bagi semangat kat diri sendiri untuk mengurangkan rasa jealous yang bersarang dihati,hehe.. Eh tak sampai sebulan pun, 20 hari ja lagi :)

Alhamdulillah, tak sangka 5 bulan telah selamat dilalui dengan jayanya. Padahal awal-awal mula praktikal dah down semacam, hari-hari pun kata "malasnyaaaa nak p kerja !" Terukkan perangai? Sila jangan contoh budak ni. Tapi Allah tu Maha Mengetahui, Dia dah susun baek-baek masa depan kita. Sekarang boleh tersenyum lebar sebab kerja kat situ tak lah kena buat overtime macam membe laen, takde lah kena lalui kesesakan lalu lintas, terpaksa menghadapi bos/client yang cerewet dan yang paling best nak dapat cuti pun senang,hehe.. Alhamdulillah lagi...

Pernah tak korang rasa malas nak bekerja? Kalau pergi ofis pun hati takde kat situ yang ada cuma jasad. Ya saya pernah. Lagi-lagi time nak dekat cuti raya aritu. Mata asyik dok menjeling jam dekat desktop pc. Bila tamat ja waktu kerja rasa macam hidup ini terasa di syurga *hiperbola*. Sampai lah satu hari ni terdengar motivasi yang disampaikan Prof Dr. Muhaya. Dia cakap ape tau

" kenapa kita malas bekerja? sebab kita takde matlamat. kita tak tahu apa tujuan kita bekerja. untuk elakkan rasa malas tu terus menguasai diri, anggaplah tempat kerja tu sebagai ladang pahala kita "

 Lebih kurang camni la.. Apa maksudnya?

Yang saya faham apa yang dimaksudkan sebagai ladang pahala ialah kita buat kerja dengan ikhlas keranaNya, jaga hubungan baek dengan rakan sekerja, hormati ketua, jangan buat 'ketupat' dan sebagainya yang baek-baek la. Oleh itu secara tak langsung kita dapat pahala :)

Then baru saya sedar sebab apa selama ni punya la liat nak p kerja. Sebab saya takde matlamat, yang saya tahu cukup 6 bulan tamatlah segalanya. Patutlah nak tulis report pun malas,haih.. Akhirnya saya ubah semula mindset saya. Saya bekerja sebab nak dapat gred yang bagus untuk sem 7 ni lillahita'ala. Anda pun boleh cuba jugak. Tak kesah la apa pun niat anda asalkan pengakhirannya kerana Allah Ta'ala. Contohnyaa

Saya bekerja sebab nak kumpul duet nak kahwin kerana Allah Ta'ala.
Saya bekerja sebab nak bantu keluarga kerana Allah Ta'ala.
Saya bekerja sebab ____________ kerana Allah Ta'ala.

** sila isi tempat kosong dengan matlamat anda sendiri  :)

Oke ni contoh ja. Apa-apa pun ingatlah kalau anda tak menghargai kerja yang anda ada sekarang, teramatlah rugi kerana mungkin beribu orang diluar sana mengharapkan kerja yang anda sedang lakukan sekarang tapi mereka tak dapat sebaliknya harus menganggur. Maka bersyukurlah dan hargai apa yang anda dapat....

 Ingat, orang yang bekerja dengan ikhlas dan berniat untuk 
beribadah hakikatnya sedang berjihad di jalan Allah !

kerja yang sedang diusahakan

Meh renungkan kata-kata yang saya baca di satu majalah ni.
  • Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab datang bekerja saja tapi malangnya hasil yang dapat macam kita tak datang kerja langsung.
  • Adakala kita rasa kita sibuk yang amat tapi rupa-rupanya kita saja yang buat kelam-kabut.
  • Adakala kita rasa kita prihatin tapi rupanya kita busybody.
  • Adakala kita rasa kita open minded/outspoken tapi rupanya kita perasan bagus.
  • Adakala kita rasa kita berpemikiran kritis, rupanya kita hanya suka mengkritik.
  • Adakala kita rasa kita ingin menjadi lebih mesra tapi rupa-rupanya kita mengada-ngada.
  • Adakala kita suka bertanya 'kenapa dia macam tiada kerja?' tapi lebih baik kita tanya diri sendiri 'apa lagi kerja yang aku boleh buat?'
  • Adakala kita rasa kita ni pekerja yang sempurna, baik dan berdedikasi tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita ini lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.

Ehem. Yang mana satu kita ya ?

Oke sesiapa yang takde matlamat bekerja tu dah boleh mula fikir n share la dengan saya kalau sudi,hehe..

saya doakan yang terbaek untuk anda semua
selamat bekerja dengan ceria  ^^

[qilaamin]
011211
21:31

Sunday, November 27, 2011

Hari 28 : Hero hati

setiap kali stress mesti macamni


tak pun macamni


tapi tiap kali tengok ni


ini


ini


ini


dan ini


automatically akan jadi macam

.
.
.
.
.
.
.

ni !


mood tengah senyum-tak-perlu-kata-apa-apa  :)

mak ngah doakan semoga semuanya membesar menjadi pemuda yang soleh, ameen...

hero-hero kesayangan yang terlibat 

Alif Hakim
Aqil Harraz
Irfan
Mukhriz
Naufal Hadif
Nu'man Hafiz


ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil 
senyum yang sebenar senyum
senyum yang tidak disertai apa-apa
-Hamka-

kan ?
permudahkanlah untukku ya Allah

[qilaamin]
281111
00:21

Thursday, November 24, 2011

Hari 24 : Mukabukuku merajuk

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebenarnya tak berniat pun nak update blog pagi ni tapi disebabkan takleh nak share post ni kat mukabuku akhirnya share la kat sini. Adakah Encik Hilal telah memblock saya untuk share segala karya beliau? hehe.. Perasan ! Tak baek ang ni Qila buruk-buruk sangka gitu. Try post yang laen boleh pulak tapi saya nak share yang ni jugak bukan yang laen,heee.. Yela mungkin mukabuku saya yang merajuk kot.

Share kat sini aje lah ya. Kiranya rezeki korang semua la yang singgah ke blog-tak-seberapa ni agar dapat sama-sama kita bermuhasabah diri. Alhamdulillah.. Oke mari kita baca cerita beliau

Dr Ala' Hilat pernah bercerita di dalam kelas berkenaan 'Cinta Sepenuh Hati'.
---------------------------------------
Seorang lelaki, jatuh hati pandang pertama kepada seorang wanita di universitinya. Kerana cinta yang sangat mendalam, terus lelaki itu pergi melamar perempuan tersebut dengan bertemu bapanya.

Memandangkan lelaki itu pelajar, dan tidak pula punya harta yang banyak, Sang Bapa keberatan untuk menerima. Tetapi lelaki itu berkata:

"Saya mencintainya sepenuh hati. Apa sahaja sanggup saya lakukan, asal saya dapat berkahwin dengan dia. Saya sanggup gadaikan segalanya."

Bapa perempuan: "Benar?"
Lelaki: "Iya."
Bapa perempuan: "Jadi, maharnya adalah sekian-sekian(harga yang teramat mahal). Tetapi kerana engkau pelajar, maka aku anggap itu sebagai hutang. Bayar semula ketika engkau sudah mula bekerja."
Lelaki(dengan nada tersangat gembira): "Baik!"

Maka mereka berkahwin. Pada awalnya kelihatan indah. Tetapi kerana lelaki tersebut tiada wang, hidup mereka susah. Perempuan itu pula akhirnya selalu merungut. Kecantikan wajahnya hilang ditelan akhlak buruk. Lelaki itu pula tidak mendapat kerja yang bergaji besar. Hanya bergaji sederhana. Tidak mampu memberikan kemewahan kepada isterinya.

Saban hari rungutan isteri semakin kasar dan mula ditambah dengan cercaan dan makian. Lelaki itu mula merasa hidupnya penuh derita dan kesukaran. Tiada cinta dan kasih sayang dalam keluarganya. Akhirnya si isteri menuntut cerai, dan mereka berpisah. Dalam keadaan, mahar si lelaki masih perlu membayar mahar isterinya yang merupakan hutang.

Hiduplah lelaki itu dengan kehidupan yang sempit. Saban bulan gajinya dipotong hingga menjadi sedikit untuk melunaskan hutangnya, dan dia hanya hidup seperti layaknya orang miskin.
-----------------------------------------------

"Maka aku mengingatkan kepada kamu anak-anak muridku yang aku kasihi, tiada cinta sepenuh hati, melainkan kepada Ilahi. Engkau tidak akan tahu bagaimana perempuan atau lelaki yang akan engkau kahwini itu. Dan ketahuilah, sesungguhnya apabila engkau mencintai sesuatu melebihi Allah SWT, maka Allah SWT akan mengujimu dengan perkara itu.



Sumber : Hilal Asyraf (Official)

Tertarik dengan ayat last. Muhasabah.. Muhasabah..


Lepas tu teringat pula kat post Kak Ina, wife Dr. Zaharuddin.. Ce bace ce bace


"Entahlah Na...nampak gaya sekarang ni wanita yang kurang malu tu yang cepat jodohnya...."Luah seorang kakak lewat perbualan telefon mengenangkan anak gadisnya yang masih belum disunting orang. Anak gadisnya itu memang saya kenali seorang yang pemalu, baik akhlak dan menjaga batas pergaulan. 

Bila saya ceritakan masalah ini kepada suami, jawapannya pula menyebabkan saya termenung panjang :

"Cepat kahwin ( kerana cara 'kurang malu' itu ), biasanya cepat pula masalahnya..."

Ada benarnya....

Sekadar sekelumit nasihat saya buat muslimah solehah yang masih menanti penuh debar dan mengharap keredaan TUHAN :

Hanya ALLAH SWT yang Maha Tahu, mengapa jodoh seseorang itu 'lewat' tibanya walau telah berusaha sekadar yang dibataskan agama. Bersabarlah....akan sampai masanya, dengan izin dan kehendak Yang Maha Esa, jodohmu itu akan datang melamar dengan penuh penghormatan untuk menyunting dirimu sebagai suri hidupnya yang dimuliakan!

Wallahu'alam.


# biar-lambat-asalkan-selamat

semoga aku dipilih olehmu kerana 'malu' ku
ameen ya Rabbal a'lamin

[qilaamin]
241111
11:23



Wednesday, November 23, 2011

Hari 23 : Kalau dah jodoh..

sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar
namun cinta akan ku datangi dan aku jadi malu pada keteranganku sendiri
meskipun lidah telah mampu menghuraikan dengan terang 
namun ternyata tanpa lidah pun cinta bisa lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping ketika jatuh bab cinta
dalam menguraikan cinta akal terbaring tidak berdaya
bagaikan keldai yang terbaring dalam lumpur

cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan...

Anna Althafunnisa

Bismillahirrahmanirrahim.

Ehem. Bukan niat nak berjiwang di petang hari tapi masa mood rajin datang nak susun folder n transfer segala bagai khazanah dalam Cik Acer ke hard disk, tiba-tiba terperasan pulak folder movie Ketika Cinta Bertasbih. Tengok kiri, tengok kanan, tengok jam, boleh kot curi masa sekejap tengok cerita ni..

Setiap kali tengok pun mesti ada setitis dua airmata yang jatuh,haih.. Actually sesiapa yang baca novel karya Habiburrahman El Shirazy ni dulu baru tengok movienya mesti akan sependapat dengan saya bahawa novel lagi lagi lagi best dari movie,hehehe.. Anyone?

Oh untuk sesiapa yang masih tak berpeluang nak tengok movie tu just click kat link di bawah ni



** tak sangka dalam Youtube ada, sebelum ni cari takde pun :p 

Ada orang bila jodoh yang dinanti tak kunjung tiba, hati mulai runsing. Tambah-tambah pula melihatkan seorang demi seorang kenalan sudah mula bertukar status, yang halal pastinya. Saya pernah terbaca kata-kata 'risau' ini di mukabuku. Well kalau diletakkan cinta manusia lambang sebuah kebahagiaan memang la runsing.. Ajal maut jodoh pertemuan kan semuanya telah tercatat di Luh Mahfuz.. Jangan risaulah :)

Teruskan berdoa, berusaha dan yakin dengan janji-janji Allah s.w.t.. 


Lagi sekali nak pinjam puisi Hilal Asyraf

Satu perkara yang aku paling takut dalam hidup
adalah menjadi manusia yang pahit.
Yang tidak mampu lagi merasai bahagia walau bahagia tiba
Yang tidak lagi mampu tersenyum saat senyuman patut berbunga
kerana telah melalui kesukaran yang tidak terkira sakitnya.

Sebab itu
aku cuba hargai walau perkara kecil
cuba tersenyum dan tertawa walau perkara itu sebenarnya biasa
agar aku tidak lupa apa namanya senyum dan bahagia
di tengah kesukaran hidup yang menggila.

***
Hmm siapa yang nak jadi manusia pahit kan?

[qilaamin]
231111
17:31

Tuesday, November 22, 2011

Hari 22 : Milik kita

Alhamdulillah.

Kalau Allah dah tentukan rezeki Malaysia untuk menang, sepak la tang mana pun mesti menang jugak. 

Yang tak fahamnya kenapa orang dok kutuk sangat mat nombor teeett tu. Kalau takde dia time lawan Myanmar aritu, tak merasa la Malaysia nak p final tau.. Come on laa.. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit boleh tak? Biase la setiap sesuatu mesti ada masa naek ada masa turun.. Dimana semangat kesukanan anda? Kata Malaysia Boleh  :)

Ape-apehal pun esok seluruh Johor cuti ! Alhamdulillah lagi.. Dah apply cuti untuk 3 hari, total cuti 7 hari ! Alhamdulillah lagi dan lagi.. Ada sesiapa jeles? heeee....

susah nak cari pic yang menutup aurat  =.=''

Ayah kata " muka baek budak ni "
Yo kata " a'ah la macam muka budak masjid "

Erkk.. Muka baek tak semestinya hati pun baek..
Tapi insyaAllah 'cantek' luar 'cantek' dalam budak ni..
Tetibe :p

Ehem #23
 adakah ini cinta ?

[qilaamin]
221111
00:52

Saturday, November 19, 2011

Hari 19 : Sakit hati jangan disimpan didalam hati.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dah lama berniat nak kongsikan satu kisah ni yang saya baca di dinding mukabuku milik seorang teman. 
Mari sama-sama kita hayati :)

Pagi ini saya membaca sebuah kisah lama rakyat China. Ia menceritakan tentang dua orang sami (monk) yang sedang bermusafir bersama. Seorang digelar sami besar manakala seorang lagi bergelar sami kecil. 

Suatu ketika, mereka sampai ke tebing sebatang sungai dan mendapati jambatan yang merentangi sungai tersebut rosak. Lalu, untuk sampai ke tebing sebelah sana, mereka terpaksa mengharungi sungai. Sedang mereka mengharung air yang agak deras itu, mereka menemui seorang wanita cantik, tersangkut pada jambatan yang rosak dan tidak dapat menyeberang ke tebing.

Sami besar menawarkan diri membantu dengan wanita itu berpaut di belakangnya. Wanita itu menerima.

Walaubagaimanapun, tindakan sami besar itu menimbulkan kejutan pada diri sami kecil.

"Bagaimana abang boleh membawa seorang wanita apabila sepatutnya kami perlu mengelakkan sebarang keintiman dengan perempuan?" Dia berfikir. Akan tetapi mulutnya dikunci rapi.

Dalam pada itu, sami besar membawa wanita cantik itu menyeberangi sungai sementara sami kecil mengikut di belakang. Setelah sampai ke tebing, sami besar membiarkan wanita itu turun dan mereka berpisah mengikut haluan masing-masing.

gambar sekadar hiasan. tiada sami mahupun wanita cantek :p

Di sepanjang jalan, setelah menjauh beberapa batu dari tebing sungai, sami kecil masih menyimpan rasa tidak puas hatinya dengan perbuatan sami besar. Tanpa sedar, dia telah membuat bermacam-macam tuduhan tentang sami besar di kepalanya. Keadaan ini menjadikannya semakin marah dan geram. Sungguhpun begitu, dia masih diam, tidak berkata sepatahpun.

Melihat itu, sami besar merasakan tiada apa yang perlu dijelaskan. Mereka meneruskan perjalanan menuju ke tempat tujuan.

Akhirnya, sampai saatnya, sami kecil tidak lagi dapat menahan kemarahan setelah berjam-jam mereka berjalan. Lalu, keluarlah kata-kata dari bibirnya.

"Bagaimana abang boleh mengatakan diri abang seorang pendeta yang taat, apabila abang merebut peluang pertama untuk menyentuh seorang perempuan, lebih-lebih lagi apabila dia seorang yang sangat jelita?"

Semua ajaran abang kepada saya selama ini hanya menjadikan abang seorang munafik besar (hipokrit) pada penilaian saya! “ Marahnya meledak.

Mendengar itu, sami besar kelihatan terkejut dan berkata :

"Saya telah meletakkan wanita cantik itu di tepi sungai berjam-jam yang lalu, bagaimana pula anda masih ‘membawa’ beliau bersama-sama?"

*senyum* 

Moral of the story? 

1. Komunikasi adalah sangat sangat penting.
2. Jangan buat andaian sendiri dalam erti kata laen jangan cepat buruk sangka.
3. Sila luahkan pada masa yang tepat. Kalau tak, sendiri makan hati laa. Ehem. 

Itu yang saya dapat tapi saya lebih tertarik dengan pengajaran yang teman saya ini dapat 

Kita menghadapi banyak perkara-perkara atau individu yang tidak menyenangkan dalam hidup ini, 'mereka' menyeksa dan menyakitkan hati, dan banyak masanya membuat kita marah. Tetapi seperti sami kecil, ramai dari kalangan kita tidak sanggup untuk membiarkan 'mereka pergi'.

Kan kan kan? Sebab apa? Saya pasti anda ada jawapan anda sendiri. Oleh tu kalau taknak berterusan sakit hati dan terus hidup bahagia dengan 'mereka' maka elok sangatlah amalkan 3 prinsip kat bawah ni.. 

be the first !

it really works on me...... sometime  =.=''

# erk-awat-aku-tetiba-speaking-london?

[qilaamin]
191111
14:42


Wednesday, November 16, 2011

Hari : 16

even when the person in it does

melalui satu gambar boleh membawa kepada seribu kisah.
suka duka. tangis tawa. semuanya. ada kisah yang kita tak ingat pun.
tapi 'mereka' pula mengingatkan kembali.
memang tak sia-sia menyimpan semuanya :)

[qilaamin]
161111
23:01

Friday, November 11, 2011

Hari : 11

Bismillahirrahmanirrahim.

Nak minta tolong sikit dengan korang boleh? Oke gud.. Sekarang p amek phone korang jap. Dah? Cuba korang cek 5 nombor paling latest yang korang dial kat handphone korang. Ada tak nombor mak abah, ibu ayah, ummi abi, mummy daddy tersenarai di situ? Ada? Alhamdulillah.. Alalala anak sapa la ni.. Takde? Call dorang cepat !

Kadang-kadang kita rasa jauh dengan mereka * yela sebab mereka kat kampung kita kat bandar, contoh.. * Kita sibuk dengan kawan-kawan, kelas, kerja, segala macam aktiviti sendiri sampai terlupa kita ada tanggungjawab. Kemesraan tu macam dari hari ke hari semakin berkurang maka jangan lah kita make it worst. Rajin-rajin kan diri telefon bertanya khabar walau seminit dua. Nampak la yang kita ni sayang dan hargai mereka. 

Tak guna jugak kalau ' i lep you-you lep me ' sangat dengan buah hati tapi dengan mak ayah jauh sekali. Eh macam pantun lah pulak :p

Ya kadang-kadang sayang kat mulut ja tak guna jugak, kena ada action :) Jangan lupakan ibu bapa dalam setiap doa kita wahai anak. Hargailah mereka selagi mereka masih ada..

# pesan-buat-diri-ini-yang-mudah-lupa


sayang sampai mati

[qilaamin]
111111
22:51

Thursday, November 10, 2011

Hari : 9

Bismillahirrahmanirrahim.

Seriously dah jatuh cinta dengan pantai. Terasa nak buat rumah ja kat situ, layan angin sepoi-sepoi bahasa *bajet romantik* boleh? Haha.. Selamat mencuci mata. Kalau line slow, harap bersabar :)

gambar pembuka selera. errk kasut? sungguh tak sopan qila nih..


entah anak sapa dok leka kutip cengkerang. comel la rambut awak ! 


Oke cukup. Dua gambar kat atas ni dekat pantai-rekreasi-ape-ntah-nama-dia. Kami sekeluarga pergi pantai time raya korban pakai baju raya lagi, ish ish ish.. Tapi time ni dah petang la, sampai rumah Tok pun dah maghrib. 1st time pergi sini, biasanya pantai wajib p adalah Teluk Gorek sebab tak ramai yang tau kewujudannya. Akibat termakan hasutan Ucu, ayah pun bawak la kami p sini. Tukar angin.. 

Gambar best ada sikit ja sebab busy nak capture bubbles padahal tak dapat pun pic bubbles yang cantek. Sedikit kuciwa disitu :') Sanggup tu beli mainan untuk tiup bubbles secara automatik kat pasar lambak. Ceh memalukan sebab ia mengeluarkan bunyik bila ditekan maka mangsa untuk 'memainkan' benda alah tu pastinya si adik bongsu. Last-last yang uda, angah n along pun maen,haha.....

Hari seterusnya pergi pantai lagi. Pantai laen la pulak. Eh baru perasan kampung saya banyak pantai laaa...


subhanallah ! cantek yang ammat.


benda alah yang digembar-gemburkan. takpe kasik can budak-budak maen dulu.


suka sangat pic nih tak tahu nape. rasa sayu ja tengok..


langit membiru 


pic ni penting sebab ayah yang amek. sudah la qila ang da kalah.. fine !


tourist guide untuk meredah batuan. kecik kan?


ada gua la wak. tercari-cari gak kot ade harta karun :p


banyak dapat ikan bang..?


pohon beringin la la la la la *lupa lirik*


suweet la kunun-kunun. aiceh...


lukisan karya Yang Maha Esa. sangat-sangat-sangat cantek :')


di setiap gambar ada lagu *tetiba*


Yang kemudian ni semuanya pic pada hari Isnin lepas kat pantai pasir lanun atau lebih pofular dengan nama pantai penyabong. Takde edit hape melainkan resize n tambah watermark-lah-sangat itu ja. Yo pun dah pesan " jangan nak gatal dok edit ciptaan Allah. " Hehe.... Dua pic yang awal-awal tadi tu memang ada edit sikit. Ha lupa lak nak kongsi pic paling penting sekali. Balik kampung plan nak p pantai memang nak amek pic benda ni la. Berkorban apa saja demi 'dia'..

Leh 1 ja. Sadis kan? =.=''


Nak akhiri post panjang lebar cecah lantai ni dengan 1 puisi karya Hilal Asyraf yang baru dia share tadi kat page dia (klik sini). Kaf ba ta wau lam nun la pulak. Nak tulis sendiri memang harapan la. Semoga dengan sedikit perkongsian ini mendekatkan lagi kita kepadaNya,ameen.. Selamat menghayati !

Puisi Engkau... (tak terkata).

Aku satu hari lihat langit,
indah. Gabungan cahaya dan kegelapan,
siang dan malam,
hingga hilang bicara untuk mengungkapkan.

Hingga aku bertanya,
kalau ciptaan sahaja sudah cantik tidak terkata,
bagaimana pula dengan kecantikan Penciptanya?

Engkau buat aku berusaha,
walau tidak terlihat tetapi aku yakin Engkau ada,
Engkau melihat, Engkau mendengar,
mustahil kecantikan dunia ini wujud tanpa Engkau menjaganya.

Dari ciptaan Engkau 'menunjukkan diri',
Dan aku kalau mampu mahu menterjemah rasa hati,
tetapi tiada bicara,
sekadar mampu menulis puisi dho'if ini,
meluah rasa takjub yang ada pada jiwa.




Allah Maha Hebat kan? 
T_T

[qilaamin]
091111
00:05

Tuesday, November 8, 2011

Hari : 8


" ombak jahat ! ombak jahat ! "

Tersenyum saya apabila teringatkan akan satu iklan raya menggunakan dialog di atas, diluahkan seorang kanak-kanak yang menanti kepulangan ayahnya yang hilang semasa mencari rezeki. Siapa ingat lagi? :)

Jatuh cinta pada ketabahan dan kepatuhan si pantai pada Pencipta biarpun ia ditetapkan untuk dihempas sang ombak setiap masa, detik dan ketika. Allahuakhbar !

Mana nak cari?

[qilaamin]
081111
23:25


Thursday, November 3, 2011

Hari : 3

Bismillahirrahmanirrahim.

Tersentap ! Tersentap sangat bila baca status ni

kita pelikkan apabila kita tahu bahawa kita berdosa tetapi kita melambatkan waktu
untuk bertaubat dan memperbetulkannya..
kita nak sangat mati dalam iman tapi kita buat jugak mende2 yang mendatangkan kemurkaan.
kita kalu boley nak je semua harapan dan impian kita terlaksana tapi kita taknak plak
duduk di sejadah doa lama2 mohon padaNya.
kita yakin satu hari nanti kita akan pergi ke alam lain tapi kita tak banyak sedia bekalan.
em.... apa nak jadi dengan kita sebenarnya?
ya Allah, aku terlalu alpa... ampuniku... T_T
sumber : AkuIslam.com

Kenapa perlu tersentap? Tak payah sibuk nak tanya orang laen sebab jawapan tu ada pada diri sendiri. Shame on me !!

Nak perbaiki semua tak mungkinlah boleh ambil masa 1 2 3 hari. Mau makan masa 4 5 6 tahun. Kalau panjang umur, kalau tak? Takutkan... Sebab tu kalau tak boleh buat sikit jangan tinggal semua. Mujahadah tu pahit kerna syurga itu manis. Kan?

Untungla... Sekarang Allah dah beri peluang untuk ubah sesuatu tapi diri pulak masih berlengah. Yela kalau sesuatu tu dah sebati bertahun-tahun takkan la boleh diubah dalam sebulan dua ja.. Alasan. Alasan. Suka sedapkan hati sendiri dengan alasan,haish..

Rasanya puas sudah bertangguh sebab sekarang Dia dah permudahkan dan buka 1 jalan cuma tinggal nak lalu dengan tabah ja... Ya alhamdulillah terima kasih kepada yang membantu saya melihat dengan jelas akan sesuatu yang selama ini saya suka 'buat-buat' tak nampak (mungkin tanpa anda sendiri sedari). Terima kasih juga padaMu ya Allah untuk segalanya :')

Pelan-pelan kayuh wahai diri~

sendiri jaga

teruskan berdoa

[qilaamin] 
031111
21:29


Tuesday, November 1, 2011

Hari : 1


Bismillahirrahmanirrahim.

Maaf kerana 'terpaksa' menyembunyikan blog ini untuk seketika dan saat dibukanya semula saya pasti ia sudah tidak sama seperti dulu lagi. Jangan ada yang tanya mengapa kerana saya punya alasan tersendiri yang tak bisa di beritahu umum. Saat hati sedang resah apa yang saya nampak cuma itu jalannya. Saya tak ingin jari ini menaip perkara yang tak sepatutnya saat emosi sedang menguasai diri :)

Lindungi kesedihan dengan senyuman.
Meskipun hati penuh dengan kedukaan.
Kerana ketabahan hatimu menandakan
yang kau punya iman.

Alhamdulillah :') Terima kasih Yo bagi kata-kata semangat ni kat angah. Jasamu dikenang !

Saat diri ditimpa ujian, saya nampak yang kita hanya punya satu jalan iaitu dengan menghadapinya. Sesulit mana pun ia, sesukar mana pun ia, hadapinya ! Di saat hati sedang gundah memikirkan bagaimana untuk kita menghadapi ujian itu, ia akan membawa kita kepada dua jalan

Satu. Sama ada ujian itu mendekatkan kita kepada Allah atau 
Dua. Menjauhkan kita daripadaNya. 

Dan ingatlah bahawa jalan itu kita sendiri yang pilih. Jangan pilih jalan kedua nescaya ia akan membawa kita ke arah yang menyesatkan. Apa yang menyebabkan kita terbawa diri ke jalan yang kedua? Apabila kita mula menyalahkan takdir. Opss jangan di lupa rukun iman yang ke enam ya. Allah takkan uji kalau Dia tak kasih kan?

Terima kasih kepada 'ujian' yang Allah hadirkan untuk saya selama ini tanpa saya sedari. Ketahuilah kau yang terindah :)

p/s : Maaf dah lama tak menyusun ayat. Rasa pelik tapi rindu....

takkan pernah sama lagi

Teruskan melangkah.

[qilaamin]
011111
15:05

Saturday, October 1, 2011

Allah tak pernah janji tapi



Allah tak pernah janjikan 
langit selalu biru
jalan hidup tanpa batu
matahari tanpa hujan
kebahagiaan tanpa kesedihan
sukses tanpa perjuangan.

Tapi

Allah janjikan
kemudahan bersama kesulitan
rahmat dalam ujian
ganjaran buat kesabaran
keteguhan dalam perjuangan.

Indahnya pelangi itu baru kita rasakan setelah turunnya hujan, bukan?

(dicopy dari status fb seorang teman & akuislam.com)


qilacakap : malu dengan Allah kerana diri yang semakin lemah. percayalah dengan janji-janji Dia, qila !

Sunday, September 25, 2011

lagi kazen ku kawen.



qilacakap : nak bina keluarga sakinah tak mudah macam nak bina pelamin indah.


Friday, September 23, 2011

selamat ulangtahun ibu !

alhamdulillah, 22 tahun telah berlalu.
di rumah ini lah peristiwa itu berlaku.
oh seperti sudah tidak sabar lagi untuk dia melihat dunia ciptaanNya.

selamat ulangtahun angah ucapkan buat ibu yang melahirkan.
semoga angah membesar sepertimana yang ibu harapkan.

terima kasih ibu untuk setiap titis peluh yang keluar saat melahirkan angah.
terima kasih untuk setiap urat yang putus saat ibu melahirkan angah.
terima kasih untuk setiap titis darah yang tumpah untuk melahirkan angah.
terima kasih untuk segala-galanya.

semoga Allah panjangkan umur ibu.
ibu yang melahirkan. ibu yang membesarkan.
terima kasih Allah kerana telah mentakdir angah untuk lahir dari perut ibu.
perut ibu angah. ibu angah yang angah sangat sangat sayangi..
Allahuakhbar~


sekali lagi,
selamat ulangtahun melahirkan, ibu !
terima kasih kerana melahirkan Nur Aqila :)

qilacakap : http://biarmerekakataapa.blogspot.com/2011/09/im-officially-22-today.html

Sunday, September 18, 2011

Sakit?

D : Cinta tu menyakitkan.
Y : Maksud kau?
D : Entah la susah nak terangkan. Kau tak rasa?
Y : Kenapa cinta menyakitkan sedangkan cinta tu sepatutnya melahirkan rasa bahagia?
D : Hmmm...

Y : Cintakan manusia tak salah. Macam dalam hadith ada sebut, tak sempurna iman seseorang itu selagi
     dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri..
D : Maksudnye...?
Y : Yelah.. Tak salah nak cintakan orang tapi cintakan diri sendiri dulu. Macamana nak cintakan orang
     sedangkan diri sendiri kau tak cinta?
D : Apsal rasa macam berbelit ja ayat ko ni?huhu...

Y : Tak salah nak cintakan manusia tapi cintakan diri dulu. Macamana nak cintakan diri? Dengan mencintai
     Allah s.w.t.. Bila cinta Allah kau letak di tangga pertama insyaAllah cinta manusia akan kau peroleh
     juga.. Simple kan? Ni pendek kata laa kalau nak panjang kata sampai mati pun tak habes cerita pasal
     cinta ni,huhu..
D : Oke faham dah. Tapi cinta, kasih dan sayang kan beza?
Y : Err cuba cari dalam kamus.. Aku bukan Dr. Cinta kot......

pecinta lalang,haha...

qilacakap : kata-kata dibawah di copy dari status facebook membe >.< 

jika kau mencintaiku kerana Allah, x perlu risau andai kita tak dapat bersatu, kerana kita tidak pernah tahu apakah aku sudah baik untukmu dan kau baik untukku menurut Allah..jika kau mencintaiku kerana Allah, yakinlah! jika aku memang di takdirkan Allah menjadi bidadarimu, kita pasti akan bersatu..

Fieeew~ bermakna tuu...

Sunday, September 11, 2011

sengih-sengih

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekarang ada 2 topik yang sedang hangat diperdebatkan di facebook.

1. bab 6% cukai untuk reload. siap ade page bantah lagi tuu : klik sini
2. bab nilai hantaran kahwin.

Yang saya nak komen bukan topik nombor 1 sebab kalau setakat tambah nilai 3 bulan sekali pon belum tentu, tambah pulak pakai number student rate punya so tak perlu la saya nak join kecoh kan? hehe.. Syukur alhamdulillah...

Apa yang nak dikongsikan adalah beberapa komen kawan-kawan n saudara-mara yang buat saya tersengih bila baca bab nilai hantaran ni.

komen 1 : anak akak degree RM3000. akak oke jee..
komen 2 : ulat dalam batu boleh hidup, buat ape nak mahal-mahal (ulat kot memang laa)

nak yang islamik sket

" sebaik-baik wanita itu adalah yang rendah hantarannya "

Macam-macam kan? Bagi saya la kalau letak hantaran tinggi-tinggi pun tapi kualiti atau kredibiliti menjadi seorang isteri tu tak lengkap tak best jugak. Kalau tak silap saya (kalau silap tegur lah) duet hantaran yang pihak perempuan dapat ni digunakan untuk kenduri kan, bukan untuk pengantin perempuan tu pakai buat shopping ke ape. Betul tak? Sapa yang tau, dah ada pengalaman boleh share dengan saya...

So untuk elakkan hantaran tinggi, buat la majlis yang biasa-biasa suda. Saya tau mesti ada mulut-mulut yang cakap " kahwin ni sekali ja seumur hidup haruslah buat yang luar biasa sket " tapi ce fikir balik, confirm ka ia akan jadi sekali ja?

Bukan la nak berfikiran negatif tak tentu pasal tapi bila hantaran tinggi, ada yang sanggup berhutang dengan ah long, buat pinjaman bank, pinjam kat adik-beradik, lepas kahwin hati tak senang dok fikir camna nak bayar hutang.. Last-last jadi penyebab suami isteri bergaduh sampai bercerai-berai. Nauzubillah....

Oppss pendapat ni takde kaitan bagi mereka yang berkemampuan. Kalau mampu suka hati hang la nak buat majlis gaya camna pun yang penting tak membazir :)


Ingatlah nilai sesuatu hantaran tu bukanlah sebagai penanda aras menentukan kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Apa yang penting siapa nakhoda dan kelasi yang bakal melayarkan bahtera itu. Jika cukup ilmunya tak kiralah ilmu dunia mahupun akhirat, saya percaya bahtera itu akan belayar hingga akhir nyawa tapi harus diingat ombak dan badai pasti akan tiba jua dalam perjalanan melayarinya. Dengan ilmu lah ombak dan badai akan berjaya diatasi. So sama-samalah kita kumpul ilmu itu ye..

Berpeganglah dengan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ahmad daripada Saiditina Aisyah r.a iaitu
" sesungguhnya perkahwinan yang besar keberkatannya ialah yang paling mudah hantarannya " 

Oh bagi sesiapa yang belum terbaca tentang nilai hantaran yang digembar-gemburkan itu meh sini saya kongsikan sebagai renungan bersama


Nilai hantaran kahwin mengikut harga purata terkini dan status pelajaran di seluruh Malaysia
(entah sape2 buat kajian ni) :

UPSR/PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000

Weeewiit ada can nak dapat 12k laaa  :p
Haa yang ternganga tu sila tutup sket mulut nanti masuk lalat lak...

Apa pendapat anda eh??

Mood : excited nak p kenduri kahwin sepupu sepapat hujung tahun ni. 3 orang tengah beratur tunggu giliran. saya doakan semoga perkahwinan mereka bahagia dan dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan solehah hendakNya.. ameen~

qilacakap : perkara yang mudah jangan disukarkan ;)

Wednesday, September 7, 2011

Masih belum terlambat.

Bismillahirrahmanirrahim.


duit raya berkepok-kepok dari dok bazir buat beli kad tambah nilai handphone,
dok beli yang bukan-bukan elok sangatlah di sumbangkan ke sini

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 14-023-01-002571-8 atas nama HALUAN.

untuk memberi bantuan kepada mereka yang sentiasa memerlukan.

siapa mereka?

boleh rujuk disini


***

apabila tiba saatnya Allah s.w.t bertanya kepadamu 

" apa yang telah engkau lakukan disepanjang hayatmu untuk 
membantu saudaramu yang dalam kesusahan? "

apa yang kita akan jawab?

< sama-sama renungkan >

***
jika anda tak merasakan apa-apa langsung saat membaca post yang saya 
kongsikan di atas sila cek semula hati anda.

Terima kasih.

p/s : mari sedekahkan al-Fatihah buat allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, semoga rohnya dicucuri rahmat..