pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Friday, August 24, 2012

Gambar raya yang tak seberapa



Bukan maen panjang tajuknyee,hehe..
Mari beraya dengan baby baru !



Qairina Ahmad Suffian


Ahmad Aysar Ahmad Fadhly


Oh baby kesayangan sampai tua, Aqil Harraz :p


dan juga Fatiha <3


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

ni baru 1/8 family Hj. Ahmad ^^

[qilaamin]
240812
16:55

Friday, August 10, 2012

Air mata

Sekiranya menangis itu mampu mengubah suasana
maka aku akan menangis sehingga kering air mataku.

Tetapi aku tahu air mata tidak akan merubah apa-apa,
kerana itu selepas sejenak masa,
air mata itu aku seka
dan aku bergerak mengacu senjata.

Usaha, usaha, usaha
pasti akan kita genggam jaya.

Kerana yang berjuang di tengah medan dan
yang hanya menangis di pembaringan,
ada beza yang amat besar ketaranya

Hilal Asyraf 
100812


Tak lama dah inshaAllah ^^
kini cuma yakin dan percaya padaNya

Semangat ! Semangat ! Semangat !

[qilaamin]
100812
14:50

Wednesday, August 1, 2012

Bahagia apabila diuji = Iman

Allahuakhbar ! DIA sentiasa tahu apa yang terdetik dihati dan saya terbaca status ini disaat diri sedang memerlukan kata-kata semangat. Seperti dipujuk-pujuk olehNya saya rasa  :)


Iman itu diuji. Iman itu bahagia. Iman itu ialah bahagia apabila diuji.

Bersedialah untuk diuji dengan sentiasa menambah iman. Dengan iman kita diuji, dengan ujian kita menambah iman. 

Orang yang bahagia tidak sempat bertanya apakah aku bahagia kerana sibuk menghadapi ujian. Mereka hanya sempat bertanya, apakah aku sudah beriman? 

Apakah aku beriman? Jawabnya, (kembalilah kepada ayat pertama...)

- Ustaz Pahrol Mohd Juoi-


Kadang-kadang apabila terasa bahawa ujianNya sangat berat, hati dengan sendiri akan kembali 
terpujuk dengan janji Allah bahawa DIA menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan kita. La yukallifullahunafsan illa wus'aha. Allah tidak memberati seseorang melainkan dengan apa yang terdaya olehnya sahaja. DIA uji sebab dia tahu kita mampu. 

Orang yang bahagia tidak sempat bertanya apakah aku bahagia kerana sibuk menghadapi ujian.
Semoga kita tergolong dalam golongan mereka-mereka yang merasai 'kemanisan' dalam setiap ujian.
Susah tapi inshaAllah  :')


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 
(Al-Baqarah: 214)

Kan Allah s.w.t Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani 
 

[qilaamin]
010812
16:12

Saturday, July 28, 2012

Mereka bakal mendirikan masjid.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah sudah masuk 8 Ramadhan. Semoga Allah panjangkan usia dan memberi kita semua kekuatan untuk meneruskan perjalanan di bulan Ramadhan yang mulia ni. Orang kata bila umur dah semakin meningkat dewasa ni semestinya lah ada kenalan yang dan mula nak bertukar fasa kehidupan mereka. Maksud saya fasa dari berstatus single ke status married, inshaAllah. Yang menariknya 3 insan yang saya kenal melalui alam maya dah nak melangsungkan perkahwinan mereka musim raya ni. Of course lah tak dapat p. Masing-masing jaoh tak hengat. Sorang orang utara, sorang pantai timur, sorang kl. Meh saya perkenalkan rakan-rakan maya saya yang bakal bertukar status itu. Mereka yang bertuah adalah

1) Cik Pka


Tidak syak lagi first time kenai dia ni zaman-zaman friendster dulu. Old school sungguh aih. Dah bertahun jugak kenai tapi sekali pun tak pernah bersua muka,hehe.. Bertemu jodoh dengan oghang Kedah jugak, senang nak balik raya. Tengok lah tarikh walimah dia bila, hari raya ke 5 ! Entah-entah saya masih ada kat kampung halaman, camna mau p. Maaf cik pka tak dapat datang, ceq anta hadiah ja ok. Tunggu kamu ada baby inshaAllah ceq datang melawat naa :)

2) Cik Bila


Kenal Bila ni tak silap saya kat blog. Dia study kat Jepun nun dengan bakal suami dia. Dua-dua orang Kelantan kot. So sekarang dah balik Malaysia elok sangatlah dilangsungkan majlisnya kan. Paling tak boleh lupa time dia mintak saya ajar dia edit gambar. Dengan rasa malu yang teramat sebab nak turunkan ilmu yang takde lah seberapa kan, akhirnya berjaya jugak dia dan saya dapat lah tengok hasilnya. Cantek ! Baca komen dia tu pun dah rasa macam nak mengalir air mata. Orang yang tak pernah kita jumpa sayang kita kot. Sayang sangat pulak tu. Mana nak carik? :') 

3) En. Tukangkebun Jalanan


Oh yang ni tak jemput pon sebab kenduri belah dia tak tau lagi tarikhnya. Agaknya lah,hehe.. Kenal dia pun melalui perantaraan dengan En. Hafiz yang saya kenal dekat ym, ke blog, entah tak ingat. Ayat fevret en. tkj ni " khair inshaAllah ". Kalau dia komen pun agak berfalsafah lah ayat dia, memang kena fikir jauh sikit. Belajar medic kat Mesir tak silap saya dan dia adalah seorang jurugambar jalanan yang hebat ^^

Kepada kalian bertiga saya doakan semoga segala urusan berkaitan walimah kalian dipermudahkan Allah s.w.t. Selamat menempuh alam baru dan selamat menjadi isteri-isteri dan bakal ibu yang solehah serta suami dan bakal bapa yang mithali. Doakan saya jugak ok. Semoga ikatan persahabatan antara kita kekal hingga ke anak cucu cicit piut dan selama-lamanya 


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu 
serta menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan


[qilaamin]
280712
14:16

Sunday, July 22, 2012

Italian Rainbow


Bismillahirrahmanirrahim.

Petang semalam time orang dok bizi memasak untuk berbuka, saya pun membizikan diri buat kek.
Saja bagi penuh dapo. Disebabkan dari kat Melaka lagi dok bising nak buat nak buat, akhirnya jadi
la dia ghupa ni. Togel ja :p Ni semua sebab bahan tak cukup punya pasai, ngeh ngeh ngeh. Nak share
kat facebook tak sampai hati lagi kurang sopan kot,hee.. So share la kat belog berhabuk ni :)


Italian Rainbow yang togel, kihkihkih


mai sepotong ^^

Actually kalo nak buat kek Italian Rainbow ni tak susah mana pun sebab maen dengan teknik ja lebih pastu nampak gempak sebab dia colourful padahal rasa biasa-biasa ja. Eh ke kek orang laen sedap kek saya yang rasa biasa-biasa? Aisshhh malu disitu. Ni sebab google punya pasal, tak kaji pon makanya terbuat lah ikut resepi kek marble. Maybe kalo guna resepi kek span lagi sodap kot. Next time lah eden torai. Kepada yang nak try, jangan susah-susah p carik ja kat google tu, macam-macam resepi ada. Selamat mencuba ! :)

# Buat kek ni memang menguji kesabaran, lagi-lagi time bulan posa. Tapi apa yang bestnya korang
takkan perasan pon masa berjalan terlalu pantas. Sambil memasak tu berzikir lah ape yang patut, 
dapat gak pahala. Jangan sia-sia kan masa anda dengan perkara yang tak bermanfaat. Facebook? 
Kurang-kurangkanlah,heee.. Selamat menambah amalan kawan-kawan  

[qilaamin]
220712
06:46

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem



May we have a better Ramadhan this year \(",)/

Ameen ya Rabbal a'lamin

[qilaamin]
200712
11:25

Thursday, July 12, 2012

Makan. Exam. Tong gas.


Bismillahirrahmanirrahim.

Menghabiskan hari-hari terakhir dengan housemates kat Melaka 
sementara tunggu paper last Ahad ni.

Macam yang saya post kat facebook, sangat bersyukur sebab dapat housemates yang rajen dan 
terer bab-bab mememasak ni. Alhamdulillah semakin 'sihat' selepas 4 tahun bersama ??!
Lepas ni kerja nak kena cari housemates yang rajen memasak cam dorang jugak la :p

1) Ayam masak kicap berlada


2) Donut  


3) Nasi ayam tanpa nasi ?


Tiada dalam gambar : Tomyam | Ayam berlado | Asam pedas sas sas

Ha ni lah antara yang saya ingat kitorang dok makan baru-baru ni. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. 
Siapa kata student bila hujung sem makan megi ja? Katakan tidak pada megi. Tidak ! Oke gud.

Tu ja lah yang nak di share. Dah macam blog resepi lak walaupun resepinya nan hadoo,hee..

Oho baru teringat nak share pesanan Ustaz Emran ni


Sekali baca memang lucu. Dua kali baca patut malu sebab tu hakikat. Kan? 
Ce fikir ce fikir  ;)

[qilaamin]
120712
6 pagi waktu yu es


Thursday, July 5, 2012

pejam celik pejam celik.




[must do list]

oke siyes tak sabar

semoga Allah panjangkan usia kita semua untuk bertemu dengan Ramadhan yang bakal tiba
dan semoga Ramadhan kali ini dapat mendidik kita terutamanya saya untuk lebih sabaaar. ehee
:)

salam nisfu syaaban !
semoga yang baek-baek itu untuk kita semua, ameen


[qilaamin]
050412
16:09

Tuesday, June 5, 2012

Barakallah Feek



Marriage is not a business where what you give is what you get.
It is a beautiful feeling for someone 
where you like to give everything even if you don't get anything.




[qilaamin]
05062012
14:02

Thursday, May 24, 2012

True story.

Bismillahirrahmanirrahim.

Kelas menjadi hening seketika. Sunyi. Sepi.
" Bertahan qila, bertahan !" pesan saya pada diri.

Saya yakin kebanyakan daripada rakan sekelas saya sudah mulai sebak saat itu. Air mata bertakung segera di kesat. Malu kalau orang laen nampak. Kejadian ni berlaku dalam kelas Management Accounting kami. Bukan kerana di marahi Sir Azmi. Oh Sir Azmi adalah lecturer yang paliiiiing bersabar dengan kami kot. Habis tu ape?!

Sesi pembentangan dimulakan oleh Group 1 berkaitan Expectancy Theory (the motivation of the behavior selection is determined by the desirability of the outcome Wikipedia) dan mereka berkongsi video ini. Semua disebabkan video ni. Allahuakhbar ! Sangat memberi kesan pada diri saya, Harap pada anda juga, so sila share untuk memberi kesan kepada yang laen pula ^^


Pernah suatu ketika dulu saya kata " kalau aku tak berjaya kali ni, aku taknak teruskan dah ". Tak sanggup menghadapi rasa kecewa diri, apetah lagi rasa kecewa insan yang saya sayangi maka saya nekad kalau perkara itu tidak menjadi, haruslah saya tarik diri. Mengalah.

Hinggalah satu hari saya terbaca 1 quote. Ayatnya lebih kurang macam ni la, setiap kali apabila anda rasa ingin berputus asa, ingat kembali apa yang membuatkan anda bertahan sejauh ini. Haaa dapat tak? Dapat tak? Setiap kali rasa nak give up, fikir balik apa yang menyebabkan kita berjaya bertahan selama ni. Kalau lah dah bersusah payah bertabah selama ni, tiba-tiba rasa nak mengalah, berbaloi ka? 

Mulai dari saat itu saya pahat kuat-kuat dekat hati dengan janji Allah s.w.t yang satu ni 

Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan 
kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka
( Ar-Rad : 11)

Jangan pernah rasa letih dengan segala ujian. Itu petanda Allah sangat menyayangi hambaNya. Jangan pernah rasa keseorangan dalam menghadapi ujian kerana Allah sentiasa ada bersama. Oh ye, saya nak share 1 quote ni " if you're still worrying, you're not praying hard enough ". Sentap ! Sama-sama kita renungkan. 

Bagi saya ni favourite part dari video diatas. Nangis tengok :')


Dad : You don't have to do this.
Son : Yes I do.
Dad : Well then, we're going to finish this together!

***

# there is no failure except in no longer trying

[qilaamin]
24052012
07:34

Tuesday, May 8, 2012

Donut.


Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam tekak tiba-tiba rasa naaaaak sangat makan donut. 
Bukan donut keluaran J.co apetah lagi Big Apple mahupun Dunkin Donuts.
Cuma donut yang biasa-biasa ditabur gula atasnya. Cukup. Itu saja.
Rasa donut yang dijual semasa zaman sekolah agama dulu bermain-main ditekak saya entah mengapa.
Tetapi malam tadi saya tidur dengan rasa hampa, mana nak cari donut dibumi Melaka malam-malam buta. Maka tidur sajalah pengubatnya :')


Hari ini selesai ja Program Survival Mahasiswa UiTM, tanpa diduga saya dapat merasa donut !
Tak sangka doa saya termakbul dengan cepat. Plus dapat coconut shake. Alhamdulillah nikmat.
Nikmat sangat. Teros rosak diet tapi takpe. Ha nampak macam  kecil, dapat donut ja pon kecoh. Ceh.. Tapi perkara yang kecil itulah kita manusia kadang-kadang lupa untuk bersyukur. Terima kasih Ya Allah >.<

Bercadang untuk bercerita mengenai program tadi. Pengisiannya lebih kurang macam Halaqah Sentuhan Qalbu. Syiok banget ! Mana mungkin tidak syiok, kalo sudah air mata pun mengalir *baca dengan dialect indo* Oh ye pengemudi sesi tadi pun pernah keluar dalam rancangan HSQ, pak Firdaus. Terbaeklah UiTM buat program camni. Nanti saya cerita apa yang saya dapat dari sesi tadi. InshaAllah, tunggu post seterusnya oke. 

teaser :p

lalinglong linglong linglong *sambil wat jari cam pak Firdaus* :D

[qilaamin]
08052012
17:47

Thursday, April 26, 2012

Cuci mata


Bismillahirrahmanirrahim.

Dah lama tak sajikan mata kalian dengan 'benda-benda' comey kan?
Sila terjah ke blog sebelah lagi.
Terima kasih  :)

B4 tu baca ni dulu dan cecepat like page beliau. InshaAllah bermanfaat ^^

To all those suffering from sadness or depression, know that it isn’t your fault. It isn’t because you’re weak. It isn’t because you’re just not grateful enough. It isn’t because you’re just not religious enough. It isn’t because you don’t have enough faith. It isn’t because God is angry with you. To all the well-meaning people who tell you this, just smile. And know deep in your heart that the tests of God come in different forms to different people. And know that, by the help of God, every test can become a tool to get closer to Him. And that, verily, with hardship come ease–and like all things of this world–this too shall pass. - Yasmin Mogahed

Semoga Allah redha

[qilaamin]
260412
11:54

Saturday, April 21, 2012

Dalam Mihrab Cinta



" Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) nescaya Allah akan mengadakannya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terfikirkannya. Dan ingatlah, sesiapa berserah diri bulat bulat kepadaNya maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap akan melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap tiap sesuatu "
(surah al Talaq ayat 2-3)

Bismillahirrahmanirrahim

Sebenarnya saya menonton cerita ini secara tidak langsung dan tidak dirancang. Saya tak tahu pun akan kewujudan cerita ni. Cuba teka apa istimewanya cerita ni? Ya ! Ia diadaptasi dari karya Habiburrahman El Shirazy, penulis fevret saya dan sekali lagi saya jatuh cinta ! Subhanallah... Jalan cerita yang sangat indah. Point utama yang ingin disampaikan melalui cerita ni adalah berkaitan fitnah. Fitnah itu lebih besar bahayanya dari membunuh. Tontonlah cerita ini dan anda akan faham kenapa Allah s.w.t berfirman begitu dalam surah al Baqarah.

Satu lagi pengajaran yang boleh diambil daripada cerita ini ialah perancangan Allah sememangnya sangat indah, sentiasa yang terrrbaek untuk hambaNya ^^ 

Korang tengoklah cerita ini kalau ada masa lapang :)


p/s : ada sesiapa nak belanja saya novel ni?? sila-sila,hee...
p/s lagi : oh baju kawen Silvi dalam cerita ni sangat cantek >.<

[qilaamin]
210412
17:21

Thursday, April 19, 2012

gadis sushi

Bismillahirrahmanirrahim.

Projek : Membuat sushi 
Ahli terlibat : Penghuni H3-5


tahniah kawan-kawan ! tahniah paie !
lepas ni boleh bukak kedai sushi ^^


terima kasih Allah untuk persahabatan dan kasih-sayang ini 

[qilaamin]
190412
pukul dua pagi


Wednesday, April 11, 2012

Bukan zombie.

Bismillahirrahmanirrahim.


Dalam seminggu ni saya rasa diri dah macam zombie. Nak ikutkan hari isnin haritu dapat tidur 3jam ja. Dah macam musim exam pulak rasa. Semua cakap-cakap senior dulu bahawasanya part 8 ni adalah sem untuk bersenang-lenang dan bergumbira adalah tipu belaka. Fitnah. Fitnah. Hahaha.. Qila emo.. Oke hakikatnya kitorang ada extra 1 subjek baru sem ni. Patutnya 5 subjek + 1 subjek = 6 subjek. Patotlaaa cakap-cakap dorang dah takleh pakai. Sudah lapuk ditelan zaman daaa :p

Bangun awal pagi dihari cuti dengan target nak menyiapkan 3 slides presentation untuk 3 subjek yang berbeza dan bakal dibentangkan pada 1 hari yang sama. So sila lah bersedia untuk muntah wahai classmate ku sekalian pada hari Selasa depan kerana menatap wajahku ini,huhuhu...

Pasal test pulak, ada 5 test dah berderet menunggu masa minta untuk dijawab.. Nebesss.. Semoga Nur Aqila Bte Aminuddin dapat A untuk semua test kali ni. Ameen ya Rabbal a'lamin.... 
# thanks doakan :)

Tak sabar nak tunggu midsem break, nak buat kek. Nak buat kekkk :) Oke cukup, nak sambung buat keja. Before tu nak share something yang saya ternampak kat mukabuku tadi dan terus buat saya senyum pagi pagi ni. Bersemangat untuk meneruskan perjuangan ^^




Rabbi yassir wa la tu'assir  

[qilaamin]
110412
10:57

Friday, March 30, 2012

Sikit sikit sweet.

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama tak melawat blog ni. Tengok kat traffic masih ada yang singgah so malu nak biarkan blog ni terus wujud tanpa ada apa-apa update,hee.. Makanya kali ni nak bagi sepatah dua patah ayat la. 

Kepada sesiapa yang subscribe Hilal Asyraf kat facebook, korang ada terbaca tak pasal komen dia mengenai cara lamaran seorang artis baru-baru ni? Yang tak baca lagi sila rajin-rajinkan diri cari sendiri kat wall beliau :) 

Actually bukan nak komen pasal tu pun tapi ada la kaitannya sikit. Kita biasanya bila tengok benda-benda macam tu, kita suka cakap alahai sweeeeeeeetnye kan? Siap komen korang ni sweet la bla bla bla.... Perasan tak? Haa kan kan.... 

Pernah sekali dulu terbaca tapi tak ingat la ustaz mana tulis pasal perkara ni. Kita dilarang sama sekali bagi komen-komen macam tu apetah lagi share sebab selagi perkara tu kurang baek/haram, bila kita dok like/share kita seolah-olah menggalakkan lagi mereka buat macam tu. Bila dah menggalakkan, kita turut sama bersubahat. 

Saya bagi contoh mudah, katakan rakan anda seorang yang tidak bertudung memuat naik gambarnya yang seksa seksi di facebook dan anda tanpa ragu-ragu terus like dan komen weewiit cunnya diaa.... Itu membuatkan dia rasa lebih excited untuk memuat naik lebih banyak gambarnya yang tidak menutup aurat untuk tatapan umum. Ha kan dah menggalakkan tu   =.=''

Saya masih ingat lagi akan kata-kata seorang teman, kalo benda dosa tu jangan lah dok upload kat facebook, dok tayang kat semua orang. Kenapa perlu bangga bila buat dosa? Peringatan ! Kalo ada gambar sweet dengan kekasih pun sila jangan upload oke. 

Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.)

Sejak dua menjak ni saya dah mula berhati-hati untuk like apa sahaja perkongsian yang terdapat di facebook. Anda juga patut mulakannya :)

Nota kaki panjang : Bercakap soal prinsip, semua orang ada prinsip. Saya juga ada dan ianya berkaitan bergambar HANYA berdua bersama lelaki ajnabi. Ya ada orang tak faham kenapa nak berkira sangat. Kawan ja kot tapi bagi saya itu adalah prinsip saya dan saya takkan lakukannya. Pernah gagal sekali di matrik dan sekali semasa sem 1,haih.. Semua atas desakan kawan-kawan tapi yang salahnya tetap diri sendiri sebab kurang tegas waktu tu. Alhamdulillah sekarang mereka sudah memahami. Apa yang penting orang hormat prinsip kita, kita hormat mereka. Simple ^^


niat tak pernah menghalalkan cara
ehem.

[qilaamin]
300312
21:49

Friday, March 2, 2012

#11 : Ini bukan yang terakhir

Bismillahirrahmanirrahim.

Kelas bakal bermula minggu depan. Saya dah part 8, dah tua pon *sedar diri*. Mungkin blog akan sedikit terabai dalam beberapa bulan. Saja nak inform bajet ramai la yang singgah blog ni kununnya kan,hee..

To-do-list pon dah berderet. Doakan saya berjaya laksanakan apa yang saya dah plan. Nanti kalau dah berjaya, inshaAllah hujung tahun sem saya share ceritanya. 

Oh ye aktiviti 'skodeng' blog korang akan saya teruskan, jangan risau :p 

Jaga diri kawan, jaga hati :)


kalau ada sumur diladang boleh saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi

sila jangan merindui saya :D

[qilaamin]
020312
14:09

Tuesday, February 28, 2012

#10 : Aurat lagi

Bismillahirrahmanirrahim.

Haritu kebetulan tengok 30minit Ustaz Don, ada bincangkan perihal aurat. Masa tu ustaz dok terangkan tentang bahagian muka tu camna. Seriously saya baru tau tentang ni dan anda mesti kena tau jugak sebab penting. Boleh tengok videonya kat sini. Saya dah try carik kat web tvalhijrah tapi episod tu belum di upload. Yang ada cuma yang ni, kira oke la janji ilmu tu sampai kan?

Tengok punya tengok terjumpa video kat bawah ni lak. Pun mesti tengok. Cek cara kita pakai tudung tu dah betul-betul sempurna atau belum. Apa yang dimaksudkan dengan bertudung menutupi dada? Yes Ustaz Don ada tunjukkan. Sila tengok...


Nak berubah kena tau gak kat mana silapnya kita kan. Diharap perkongsian yang nampak macam kecil tapi sebenarnya penting buat kita kaum wanita ni tidak di pandang sebelah mata aje la ye.

Masih banyak nak kena improve tak? Sama-sama kita berusaha. Awak tegur saya, saya tegur awak.. Sangat mengharapkan teguran yang ikhlas..

ada sebab saya taip entry ni dan ada sebab awak, awak dan awak terbaca entry ni. 
sebabnya Allah s.w.t masih sayangkan kita :')

[qilaamin]
280212
17:48

Wednesday, February 22, 2012

#9 : Beberapa bulan lagi bersama UiTM


Bismillahirrahmanirrahim.

Student UiTM baru dapat result harini sedangkan student lain dah start kelas seminggu lebih, kalau tak silap saya laa. Ini menandakan yang saya masih berada dirumah dan dalam mood cuti lagi,hehe.. InshaAllah kelas start 5/3 dan InshaAllah ini adalah tahun terakhir saya bersama UiTM :')

Bangun pagi dengan penuh teruja sebab nak cek result, padahal result practical ja pun. Antara lulus dengan tak lah kan tapi still rasa berdebar. Alhamdulillah lulus, kalau ada yang gagal time practical tu mesti something wrong somewhere. Banyakkan bersabar dan bermuhasabah diri.

Disebabkan keterujaan ini jugalah terus bukak page fb Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar 
* terang jelas dan nyata ianya adalah copy dan paste* Oke tak masal kan?haha.. Ya beliau adalah antara salah satu sebab mengapa saya bangga menjadi pelajar kelahiran UiTM  

bukti yang boleh saya sajikan : sebab apa ayahanda kami best ^^

Baca punya baca terperasan pulak ada orang share video ni



 terus la sambung tengok video ni pulak


Bersemangat ! Best kot. Pastu kenangan masa 1st time nyanyi lagu-lagu ni bertubi-tubi terbayang dek minda. Banyak sangat sangat kenangan dengan UiTM ni. Tetiba rasa nak nanges. Dah la sampai sini dulu.. Sapa 'anak' UiTM yang baca entry ni? Suka tak? Suka tak? Mestila sukaaa :p

p/s : maaf entry nampak macam takde manfaat sangat tapi saya taip dengan sepenuh hati tau.
p/s p/s : oh lupa. ada kot manfaat. sila baca tips mencari jodoh yang di share ayahanda :)
lagi lagi p/s : tak sabar nak nyanyi lagu ni masa grad inshaAllah. semoga Allah s.w.t beri kekuatan !

[qilaamin]
220212
13:28

Monday, February 20, 2012

#8 : eleh diri sendiri tak betul

Bismillahirrahmanirrahim.

A : apekah betul la si dot dot dot tu, dok share pasal aurat kat facebook tapi aurat sendiri tak jaga.
B : bagi saya itu antara dia dengan Allah, biar nanti di akhirat dia jawab.
A : masalahnya agak agak la nak tegur orang pun, diri sendiri tak betul lagi.
B : kenapa awak bengang sangat dengan dia? mesti sebab awak terasa dengan apa yang dia post ni eh?
A : erk awak ni dah kenapa? nak backup dia pulak? sah sah awak tau dia macam mana kan...
B : saya tak cakap pun dia betul tapi saya tak cakap awak salah.. macam ni lah ya, manusia ni tak sempurna. nak jadi muslimah yang baik bukan boleh ambil masa sebulan dua tapi sampai mati. saya tahu awak terasa dengan post dia, tu tandanya awak sedar yang aurat awak pun masih tak sempurna dijaga. saya terasa jugak, terasa sangat sebenarnya tapi saya anggap ja yang dia tu sebagai perantara Allah s.w.t untuk tegur saya. daripada saya bising-bising cakap dia tak layak untuk tegur orang lebih baik saya sibukkan diri perbaiki diri saya. husnudzhon sahabat, jangan lupa :)
A : tapi saya tetap tak puas hati laa.....
B : ok apa kata awak doakan dia berubah dan semoga dia amalkan segala apa yang dia dok share tu. mungkin dia dalam proses nak baiki diri sebab tu dia share post post macam tu, kita tak tahu kan? memang nampak dia tak amalkan lagi benda tu tapi esok lusa kita tak tahu so anggap ja Allah tegur kita melalui dia. Allah sayang kita tau.. 
A : hmmmm.... betul jugak cakap awak..
B : jangan lupa semua ni mungkin adalah satu ujian dari DIA kepada kita. Allah uji dia untuk melihat sejauh mana dia mengamalkan apa yang dikata, ok itu saya cakap tadi. itu antara dia dengan Allah. DIA sebaik-baik penilai. Allah uji kita pula dengan melihat apa pengajaran yang kita dapat. kalau kita nampak negative, kita sendiri la yang rugi.. alaa kita biasanya tak suka sebab apa yang di tegur tu kena sebijik kat muka kita kan?? 
A : waaah terasa tau saya awak cakap macamtu.. takpelah sama-sama kita doakan semoga dia, awak dan saya berubah jadi lebih baik lagi. sama-sama berusaha perbaiki diri. kalau awak nampak silap saya tegur tau, tapi jangan la dalam facebook. face to face lagi better. ingat, kalau kita jaga aib orang Allah s.w.t akan jaga aib kita,hehe..
B : tu laa...saya nak minta maaf jugak kat awak kot la sepanjang kita kenal ni saya pernah ter'sound' awak kat facebook tu,huhu... tujuan memang baik tapi tak berapa nak sopan la ek...sorry tau awak..
A : 0-0.... awak tegur saya, saya tegur awak ok? sayang awak dunia akhirat !!
B : sayang awak jugak ! semoga kita berjiran di syurga nanti, ameen...

# dialog diatas tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia


Ingat, nikmat hidayah itu milik Allah s.w.t. DIA boleh beri pada sesiapa yang DIA suka pada bila-bila masa dan DIA boleh tarik dari sesiapa yang DIA suka pada bila-bila masa.. 

" sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi
tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya 
dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk "
( al Qasas ayat 56 )

rajin-rajinkan diri amalkan doa ni :')

RABBANA LA TUZIGH QULUBANA 
BA’DA IZ HADAITANA 
WAHAB LANA MIL LADUNKA RAHMAH 
INNAKA ANTAL WAHAB 

p/s : selalu bersangka baek tau awak awak semua \(",)/
p/s p/s : jangan pandai cakap tapi tak pandai buat ! *pesan kat diri sendirik*

[qilaamin]
200212
11:48

Thursday, February 16, 2012

#7 : Kerisauan

" tak abes abes dengan masa depan dia " luah adik saya bosan. 

*senyum*

Bismillahirrahmanirrahim.

Sejak dua tiga menjak ni saya terlalu risaukan masa depan saya. Tertanya-tanya pada diri nak kerja apa? Kat mana? Nak beli kereta bila? Beli rumah bila? Mampukah saya? Paling tak disangka boleh minta pendapat ibu nak beli emas,haha.. Ibu pun dah naek hairan, anak yang lebih suka pakai gelang kayu daripad gelang emas boleh tanya soalan macamtu. Jawapan saya? Bukan nak pakai, ni demi masa depan.....

Teringat semasa berjalan dengan housemate di pasaraya Giant, masuk ke bahagian baju kanak-kanak. Semua baju comel comeeeel. Eh apa kaitan?hehe.. Kaitannya adalah

" eh korang, kalau beli baju ni sekarang then simpan sampai dah ada anak nanti logik tak? " 

=.=''

Apekah Nur Aqila Aminuddin?! Sendiri pun tak sangka boleh keluar soalan macamtu. Tapi apa yang saya tahu masa tu saya hanya memikirkan bahawasanya zaman akan datang barang-barang confirm makin mahal so bila beli sekarang murah la sikit. Apa? Salah ka? Baju kanak-kanak mahal kot. Kalau sekarang dah mahal, nanti lagi la mahal.. Huhu... Oke jawapannya memang tak logik sebab baju kalau simpan lama-lama akan reput. Tu membe la cakap.. So daripada beli baju baek beli kuali ke periuk ke peti ais ke. Tu pn membe yang cakap. Nak jimat sangat, kan dah kena. Fine...

Bila fikir-fikir balik, melampau betul tahap kerisauan saya tentang masa depan. Hinggalah terbaca sebuah buku ni, tajuknya La Tahzan For Every Muslim. Smile & Enjoy Your Life. Senyum & Nikmatilah Hidup Anda karya Mahmud Al-Mishri. Petikan menarik dalam buku tersebut yang ingin saya kongsikan disini adalah

Di saat pagi jangan menunggu datangnya petang. Ertinya kamu hanya hidup untuk hari ini maka jangan bersedih mengingati masa lalu dan jangan gelisah menghadapi masa akan datang. Kamu mesti tetap bekerja dengan hari-hari kamu dan takdir tidak akan mengubah hidup kamu dan terus jaga setiap saat dengan amal amal soleh yang berguna untuk akhirat kamu..


Terus tersedar dari kerisauan yang berpanjangan. Untuk apa saya risaukan itu semua. Apa yang penting sekarang adalah masa untuk berusaha. Kalau asyik risau tak guna jugak. Macam pakar motivasi pernah cakap (yeke?), jangan fokus pada masalah tetapi fokus pada cara untuk menyelesaikannya. So saya ubah sket jadi jangan fokus pada perkara yang dirisaukan tetapi fokus pada cara untuk memastikan apa yang dirisaukan itu tak terjadi :)

Kalau anda perasan, memang saya risaukan tentang masa depan. Tapi semuanya berkaitan dengan duit kan? Teruk, saya tahu. Daripada risaukan duit lebih baik risaukan amal ibadah yang tak cukup. Duit bukan boleh bawak mati tapi amal ibadah yes boleh. Baru-baru ni saya belajar sesuatu mengenai duit dan ya, duit adalah sesuatu yang menakutkan. Percayalah...

Rasulullah bersabda " generasi pertama umat ini baik kerana mempunyai sifat zuhud dan yakin yang kuat, hancur umat berikutnya disebabkan tamak dan angan-angan yang panjang "

Empat perkara yang memberi kesusahan dalam hidup adalah :

1. Mata hati yang tertutup oleh kebenaran
2. Hati yang keras
3. Panjang angan-angan
4. Tamak terhadap kehidupan dunia

Maka sama-samalah kita berusaha menjauhinya ^^

p/s : lama tak update. maaf
p/s lagi : saya ni nak jimat sangat ke kedekut sebenarnya? confused
lagi lagi p/s : ada lesen tapi takde keyakinan nak drive. memang geram kat diri sendiri

[qilaamin]
160212
18:12

Tuesday, January 31, 2012

#6 : Sebarkan Cinta-Mu (mesti baca)

Bismillahirrahmanirrahim.

Dunia ini penjara. Tebal jeriji yang mengurung minda. Terlalu banyak persoalan yang mengelirukan. 
Sebarkan Cinta-Mu cuba menyebarkan kejernihannya.


Andainya anda mempunyai banyak persoalan yang mengelirukan terutamanya berkaitan wanita dalam Islam, ya novel ini mungkin mampu menjawab persoalan anda. Thanks a lot buat Cik Yo yang beli dan tinggalkan novel ni kat rumah sementara dia sedang gigih menuntut ilmu di matrik. Minggu ni dia exam, semoga kecemerlangan dunia akhirat menjadi milik dia, doakan ya..

Setakat yang saya baca ( oh yes masih lagi mengkaji ) persoalan mengenai poligami adalah yang paling banyak sekali disentuh dalam novel ini. Penting untuk kita mendapat pencerahan yang jelas mengenai ini. Apabila saya katakan 'kita' maknanya untuk kaum hawa dan adam terutamanya :) Ketahuilah anda anda semua, Islam amat melindungi hak wanita. 

Ada juga perkongsian mengenai poligami Nabi Muhammad s.a.w, siapa isteri-isteri baginda, sebab pernikahan, hikmah pernikahan, konflik rumah tangga dan tempoh pernikahan. Banyak lagi kisah dan peribadi Rasulullah s.a.w untuk kita baca dalam novel ni. Sekurang-kurangnya dapat mencambahkan lagi rasa cinta kita terhadap baginda <3  اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Persoalan lain yang disentuh adalah berkaitan ilmu faraid iaitu perihal pembahagian harta. Bila baca perkara ni secara tak langsung kenangan semasa darjah khas menerjah minda. Seronok belajar ilmu ni tapi nampaknya dah banyak yang saya lupa,huhu.. Selain itu bab hijab,jilbab dan khimar juga ada dibincangkan. Apa perbezaan di antara ketiga-tiganya? Anda perlu la baca ^^

Oh tak lupa juga bab jodoh dan cinta. Diantara memilih lelaki yang mahu berkahwin kerana mahu menegakkan agama atau lelaki yang mahu berkahwin kerana takut berzina, yang mana menjadi pilihan? Ehem. Jawapannya jelas ada pada persoalan itu sendiri. 

Andai kata anda adalah seorang yang dahagakan ilmu agama, seorang yang penuh dengan persoalan diminda berkaitan agama, suka mempertikaikan mengapa ini tak boleh mengapa itu tak boleh dalam Islam, apa tujuan hidup ini dan seorang yang lebih suka berfikir logik dan rasional dalam semua perkara. Ya novel ini harus anda miliki untuk menghuraikan sedikit sebanyak kekusutan anda. Saya serious !

Harganya tak mahal kot, cuma RM31. Sangat sangat sangat berbaloi untuk dimiliki. Lagipun perkongsian ilmu dalam novel ini tidak seformal buku-buku agama laen. Lebih dekat dengan diri dan rileks, yela sebab ia novel. Ada jalan cerita dan disetiap topik ada info tambahan. Susah nak terangkan camne tapi memang padat dengan ilmu la, inshaAllah..

Sila la ingat yang ilmu itu takkan datang sendiri kalau kita tak cari. Hidup di dunia hanyalah sementara, adakah kita telah bersedia dengan bekalan yang mencukupi untuk akhirat yang kekal selama-lamanya? Andai dunia yang kita kejarkan, dunia saja lah yang kita dapat tapi andai akhirat yang kita kejarkan, dunia dan akhirat inshaAllah kita dapat. Mana pilihan anda? Fikir-fikirkan... Selamat membaca :))

Senyum manusia itu hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria,
 namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.
*ini sinopsis yang terdapat di kulit belakang novel oke*

[qilaamin]
310112
11:19

Friday, January 27, 2012

#5 : Demi masa depan yang cerah


Berborak sebentar di mukabuku dengan 2 insan yang berbeza mengenai 
1 perkara yang sama dari sudut pandang yang berlainan.
Tentang masa depan. Mengenai keperluan ilmu agama dan keperluan dunia.

Banyak nak kena improve.
" sikit-sikit lah kan, janji istiqamah "

Banyak nak kena kumpul.
" dah 23 bukan masa untuk maen-maen "

Bila dah sibuk *kononnye*
maka blog ni pun terabai.
Blog itu pun terabai
Blog itu lagi laa terabai.

Maaf

Kepada yang rajin singgah, menyinggah, tersinggah ke blog ni, bohut bohut syukria saya ucapkan. Nanti akan update tentang pocket calculator (seperti dalam gambar diatas) ya. Kepada sesiapa yang nak tau dimana korang patut invest duet korang untuk jangka masa panjang dan memberikan pulangan yang insyaAllah best, korang harus baca entry tu nanti tapi entah bila akan saya publish, saya tak boleh janji. Tunggu aje lah, as-sabarul minal iman ^^

Iman memberikan semangat bagi menghadapi masa kini dengan penuh percaya diri
 dan masa hadapan dengan penuh harapan - unknown

[qilaamin]
270112
01:08

Friday, January 20, 2012

#4 : KL-Sandakan-KK part two

" Nanti kamu cakap saja kamu naek Tung Ma " pesan pemandu yang menghantar kami dari airport ke terminal bas di KK untuk menaiki bas pula menuju ke Sandakan.

Paie, teman saya memang sudah tempah tiket dengan syarikat bas Tung Ma melalui telefon sebelum kami sampai lagi. Tidak di sangka ketibaan kami ke terminal bas tersebut menyebabkan pekerja di situ berasak-asak ingin merebut kami menjadi pelanggan mereka. Dalam hati saya mampu berkata, mungkin ini memang cara mereka bekerja.

Dalam perjalanan ke kaunter, kami masih lagi dikejar dan di tanya " mau ke mana dik? mau ke mana? uitm? ums? " Ah mereka menyangka yang kami adalah pelajar di negeri tersebut rupanya. Mungkin kerana pesanan pemandu tadi agar mejawab kami naek Tung Ma makanya teman-teman saya semuanya jawab begitu sambil bergegas jalan menuju ke kaunter.

Tiba-tiba saya di tanyakan soalan yang sama. " Mau ke mana dik? " oleh seorang lelaki di situ. Air mukanya yang bengis sambil rokok terkepit di jari membuatkan saya sedikit takut. Tapi apa hak saya untuk menilainya dengan sekali saja itupun melalui pandangan luaran maka dengan pantas saya jawab " kami mau ka Sandakan " Dia mengangguk. Saya senyum, lantas berlalu pergi. Selepas itu saya sedar yang kami tidak lagi di ekori.

Ya Allah, baru saya teringat ! Ya itu dia kesilapan kami. Kami tidak menjawab soalan yang mereka tanyakan. Mau ke mana dik? Mau ke mana? Bukannya naek bas apa dik? Naek bas apa? Lantas saya tersenyum berseorangan. Teman-teman laen sedang sibuk menguruskan tiket dan menyusun beg, mungkin mereka juga tidak perasan. Alahai... Sebab itulah Allah mengurniakan kita 2 telinga tetapi cuma 1 mulut. Untuk kita mendengar dahulu, baru bercakap ! Hehe.. Oke sila belajar dari pengalaman  :)


Pic sunset yang cantek untuk anda lihat ada disini : Sunset | Jesselton Point KK

[qilaamin]
200112
12:44

Tuesday, January 17, 2012

#3 : KL-Sandakan-KK part one

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah selamat sudah sampai ke rumah pagi tadi setelah bermalam di TBS semalaman ditemani cik Faizah memandangkan yang laen-laen dah pecut balik ke kampung halaman masing-masing malam tadi jugak. Terima kasih cik Faizah sayang !!! Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila  >.<

Menghilang untuk 1 minggu dari semenanjung dan kehidupan social network memang membuatkan diri berasa sedikit berbeza. Jari jemari seolah kaku untuk menari menaip cerita, maaf. Saya menghilangkan diri bukanlah jauh mana, sekadar ke sebuah negeri di bawah bayu. Allahuakhbar, pengalaman yang tak mungkin akan dapat saya lupakan sampai bila-bila. Bercuti bersama teman seperjuangan di universiti seramai 6 orang, termasuk saya. 

Memandangkan percutian kali ini mengambil masa yang agak lama dan jauh, ayah memang berat hati melepaskan saya pergi tetapi dengan izin Allah s.w.t alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Ya, redha ibu bapa adalah sangat penting oke untuk perkara-perkara macamni sebab redha Ilahi akan mengiringi andai redha mereka kita perolehi kan? Bersyukur sangat-sangat.


Banyak pengajaran yang saya dapat disepanjang percutian kali ini. Sangat-sangat-sangat banyak. Betul lah kata peribahasa, jauh perjalanan luas pemandangan. Dia membuka hati kami untuk melihat perkara yang selama ini kami pandang remeh. Contohnya seorang teman memberitahu betapa bersyukurnya dia memiliki kaki yang sihat, saat itu kakinya sudah mula membengkak akibat terseliuh. Dia kata lagi betapa bersyukurnya dia memiliki kesihatan yang baek, saat itu dirinya sudah mula dijangkiti selesema. Dia kata lagi betapa bersyukurnya dia memiliki jari tangan yang sempurna di saat terpandangkan seorang anak kecil yang tidak sempurna jarinya. 

Perjalanan 7jam menaiki bas dari Kota Kinabalu ke Sandakan di awal kedatangan kami memang menguji kesabaran memandangkan jalannya yang bersimpang siur (kalah Cameron Higlands) tetapi sangat bersyukur kerana Dia tidak mendatangkan rasa pening yang biasanya pasti akan saya alami tika berjalan jauh. Disaat menaiki kapal terbang begitu juga, saya tak mengalami sebarang sakit kepala. Juga saat menaiki bot untuk ke pulau-pulau, saya tidak mengalami sebarang mabuk laut. Saat itu tiada apa yang mampu saya katakan lagi melainkan Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Allah permudahkan lagi. 

Ya mungkin ada diantara anda merasakan yang saya terlalu membesar-besarkan perkara ini sedangkan ia tiada apa tapi andai anda adalah seorang yang mudah sakit kepala saat berjalan jauh atau ditimpa hujan walaupun sedikit seperti saya, anda akan faham mengapa saya rasa 'tidak sakit kepala' itu adalah satu nikmat yang sangat besar Dia telah beri pada saya :')

InsyaAllah akan update lagi tetapi mungkin sekadar dalam bentuk gambar yang saya dan teman-teman berjaya ambil disepanjang percutian kami kali ini. Tidak disini mungkin di blog yang satu lagi. Rajin-rajin la singgah ya,hehe.. Sangat berpuas hati dapat ambil gambar sunset,laut,awan yang cantek-cantek belaka. Nantikan.....


makanan terakhir yang singgah di perut pada jam 12tgh hari semalam
*true story*

[qilaamin]
170112
16:26