sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar
namun cinta akan ku datangi dan aku jadi malu pada keteranganku sendiri
meskipun lidah telah mampu menghuraikan dengan terang
namun ternyata tanpa lidah pun cinta bisa lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping ketika jatuh bab cinta
dalam menguraikan cinta akal terbaring tidak berdaya
bagaikan keldai yang terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan...
Anna Althafunnisa
Bismillahirrahmanirrahim.
Ehem. Bukan niat nak berjiwang di petang hari tapi masa mood rajin datang nak susun folder n transfer segala bagai khazanah dalam Cik Acer ke hard disk, tiba-tiba terperasan pulak folder movie Ketika Cinta Bertasbih. Tengok kiri, tengok kanan, tengok jam, boleh kot curi masa sekejap tengok cerita ni..
Setiap kali tengok pun mesti ada setitis dua airmata yang jatuh,haih.. Actually sesiapa yang baca novel karya Habiburrahman El Shirazy ni dulu baru tengok movienya mesti akan sependapat dengan saya bahawa novel lagi lagi lagi best dari movie,hehehe.. Anyone?
Oh untuk sesiapa yang masih tak berpeluang nak tengok movie tu just click kat link di bawah ni
** tak sangka dalam Youtube ada, sebelum ni cari takde pun :p
Ada orang bila jodoh yang dinanti tak kunjung tiba, hati mulai runsing. Tambah-tambah pula melihatkan seorang demi seorang kenalan sudah mula bertukar status, yang halal pastinya. Saya pernah terbaca kata-kata 'risau' ini di mukabuku. Well kalau diletakkan cinta manusia lambang sebuah kebahagiaan memang la runsing.. Ajal maut jodoh pertemuan kan semuanya telah tercatat di Luh Mahfuz.. Jangan risaulah :)
Teruskan berdoa, berusaha dan yakin dengan janji-janji Allah s.w.t..
Lagi sekali nak pinjam puisi Hilal Asyraf
Satu perkara yang aku paling takut dalam hidup
adalah menjadi manusia yang pahit.
Yang tidak mampu lagi merasai bahagia walau bahagia tiba
Yang tidak lagi mampu tersenyum saat senyuman patut berbunga
kerana telah melalui kesukaran yang tidak terkira sakitnya.
Sebab itu
aku cuba hargai walau perkara kecil
cuba tersenyum dan tertawa walau perkara itu sebenarnya biasa
agar aku tidak lupa apa namanya senyum dan bahagia
di tengah kesukaran hidup yang menggila.
***
Hmm siapa yang nak jadi manusia pahit kan?
[qilaamin]
231111
17:31
No comments:
Post a Comment