Dalam menyulam harapan
sering kita kecewa,
dalam meniti kehidupan
sering kita pasrah,
dalam mengukir kejayaan
sering kita gagal,
dalam memburu impian
sering kita terkandas
namun itulah sebenarnya sumber kekuatan jiwa
kerana di situlah kita belajar erti manisnya
tawakkal padaNya.
Dalam kita melangkah terkadang di uji
dengan ujian yang
terasa berat hingga
kita terduduk dan menangis.
peritnya terasa.
Tetapi ketahuilah dan renunglah kembali
ke dalam diri
kerana mungkin airmata tika itu hadir
kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman
yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah
yang tersasar dari landasan keikhlasan.
:)
2 comments:
kata-kata yg sgt diperlukan saat ini... nice sharing dear... =)
:)) smoga sgala apa yg bkal d'lalui akn d'tempuh dgn sbaiknya..smangat2..!!
Post a Comment