pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Friday, July 16, 2010

cerita bila hati hepi

salam semua. mood arini sangat baik. tak bermaksud mood hari sebelum sebelum ni tak baik,heee. memandangkan mc saya pun nak tamat tempoh, sakit pon tak sakit lagi, so pilihan yang ada ialah pulang semula ke Melaka dan selamat berhempas pulas untuk mengejar apa yang telah saya tertinggal untuk 1 minggu ni. semangat! semangat! rasanya dah puas cuti, maunya tak, terlebih 1 minggu dari orang lain,haha. saya bersyukur sebab Allah beri saya penyakit ni, rasa macam tak patut suka kan. tapi saya suka.


1st day saya balik melaka aritu, memang hati saya kat rumah lagi. terukkan. malam tu saya menangis. sorang sorang. tipu tipu. orang lain semua dok tengok tv, saya dah tergolek baring konon penat mengemas. bunyi sekali lagi macam anak manja tapi tak. hakikatnya saya memang seorang kaki rindu family. errk,ada ke istilah tu? tak kesah la. yang penting sekarang, setelah mendapat masa tambahan seminggu di rumah bersama family, saya puas! dan sekarang hati berkobar kobar mahu balik Melaka, berusaha yang terbaik untuk berjaya. semoga Allah permudahkan jalan saya,amin.



rumahku syurgaku

suatu pengajaran yang saya dapat bila tinggal di Melaka ialah bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. dan apabila sesuatu yang kita lakukan tu sudah menjadi kebiasaan, InsyaAllah kita selesa dengan keadaan itu. contohnya, di rumah sewa memang takde katil. kami tido atas lantai beralaskan toto ja fatin ada tilam. disebabkan dah terbiasa dengan keadaan tu, bila saya balik rumah, saya lebih selesa tido atas lantai berbanding atas katil,haha. memang selalu kena marah dengan ibu tapi disokong oleh ayah,camne? sampai la malam tadi pon, saya still tido atas lantai beralaskan tikar ja. seronok,simple,selesa.


lagi satu, kami pergi kelas selalunya jalan kaki hari isnin naik keta fatin. ambil masa 5-10 minit ja pon. andai tak tersangkut masa nak melintas jarang berlaku coz saya jenis berani mati dan selalu melintas sesuka hati ataupun tak tersangkut masa nak naik lift, kami akan menjadi antara yang terawal sampai dikelas,hehe. okeh,student kbm agak ramai,berbekalkan 4 biji lift,bayangkan. saya penah hampir hampir tersepit di pintu lift. kenangan oh!


berbalik semula pada aktiviti jalan kaki tadi,masa awal awal kedatangan kami ke Melaka dulu mulut selalu merungut,penat,berpeluh,busuk. tapi sekarang bila dah terbiasa, pukul 2.30 petang matahari terpacak atas kepala pon kami masih slumber meredah jalanraya dengan hati gembira tanpa pakai payung sekaligus muka sunburn,haha. tengok,terbukti! eksperimen berjaya. alah bisa tegal biasa. merungut hanya bagi mereka yang tak tahu bersyukur, kata ibu selalu saya pahatkan dalam hati.


kadang-kadang ada masa yang memerlukan saya balik seorang diri tanpa ditemani housemate. dan bila ini berlaku,saya akan jalan sepantas the flash agar saya tiba di rumah dengan selamatnya. untuk sem ni, ada 2 hari yang memerlukan saya balik pukul 6.30 petang seorang diri. nebes nebes. 1st day saya telah ditegur oleh seorang pakcik memang selalu pakcik ja pon yang tegur saya. bila dia bagi salam, saya jawab. takkan nak buat muka kerek pulak. pakcik kot. tapi tu lah masalah saya, dilema antara nak menjawab salam atau tak. kot kot dia ingat saya melayan, terus di ganggu pula perasan betol saya.


tapi lepas saya fikir, asalkan niat yang memberi salam tu baik, bukan ada niat lain, tak salah la saya jawab salam dia. teringat pakcik the store okeh okeh,lega :)


" Jika kalian diberi salam penghormatan,balaslah dengan cara yang lebih baik atau dengan yang serupa " ( QS An Nisa :86 )


" Demi Allah diriku ditanganNya,kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman,dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna sehingga kamu saling mencintai.Maukah kamu aku tunjukkan kepadamu tentang sesuatu yang kamu lakukan pasti kamu saling mencintai? ialah sebarkanlah salam diantara kamu " ( HR Muslim )


Dari Abu Hurairah dari Rasulullah s.a.w beliau bersabda : “Apabila salah seorang dari kalian bertemu dengan saudaranya maka ucapkanlah salam padanya. (Kemudian) jika pohon, tembok, atau batu menghalangi keduanya dan kemudian bertemu lagi maka salamlah juga padanya.” (HR. Abu Dawud)


cukuplah setakat ini dulu cerita saya,panjang sangat cam esei plak kan ehem-ehem. satu je yang saya confuse, nape orang sakit tak selera makan sekaligus menyebabkan berat badan mereka turun? okeh ni pengalaman adik saya bukan saya coz penurunan berat badan itu tak berlaku pada saya. saya makin berselera makan bila sakit -.-'

p/s : semalam baRU tengok cerita Maut, tengok pun lagi setengah jam nak abes, tapi memang menginsafkan. tak mau kubur saya jadi camtu :'(

4 comments:

Anonymous said...

betul2 sy sokong ckp awk..dulu first2 xbiasa gak kn jln pns2 ni..tp da sem 5 ni da ok pun..sume da jd xkisah..pnas ke ujan ke ttp berjalan kaki...smg usaha kita utk menuntut ilmu dirahmati olehNya..amin:)

qila~ said...

amin :)) memang,pglmn ni smua insyaAllah b'guna 1 hari nnt..wat kita lg tabah!

farah 0 said...

cik qila, cpatla blek MELAKE rindu dah ni... huhuhu

qila~ said...

esok saya balik :)))