salam semua.
hari ini memang betol betol menghabiskan masa menghadap incik acer. mungkin sebab minggu hadapan dah mula kelas seperti biasa,kena fokus! masa untuk ber'blogging' tak sebanyak sekarang,so nak gunakan masa yang ada ni dengan sebaiknya,hehe. *boleh percaya ke,insyaAllah*
post kali ni nak sentuh sikit bab dendam. tu pun sebab tengok cerita ilusi kat tv3. sape yang tengok cerita tu tau la ape kaitannya dengan topik dendam ni.
tu baru cerita kat tv,belum kira realiti hidup ni. kat mana-mana ja ada orang berdendam. biasanya dendam ni kita tak tahu coz tersimpan je dalam hati. hingga dilaksanakan dengan perbuatan baru kita boleh tau,kan? kalau setakat berdendam senyap senyap tak menyakiti orang lain takpe lagi,ni siap melibatkan ilmu sihir pulak,huhu. mintak dijauhkan la dari menjadi mangsa ilmu sihir kan. *ada masa nanti saya buat post tentang amalan yang perlu dilakukan untuk mengelak dari terkena sihir,k*
pernah tak dengar cerita mengenai seorang guru yang meminta anak muridnya menyimpan sebiji pisang di dalam beg sekolah mereka untuk jangka masa seminggu? setelah seminggu berlalu,dia bertanya pada anak muridnya apa perasaan membawa pisang tersebut. apa jawab mereka? euwww,busuuukk la cikgu~
yep,begitu juga kalau kita biarkan diri ni berdendam dengan orang lain. kita simpan lama-lama dalam hati dan akhirnya menyebabkan hati kita sendiri busuk. nauzubillah. sifat saling memaafkan kesilapan orang adalah satu sifat yang mulia. kita sendiri pastinya pernah mendengar, sedangkan nabi ampunkan umatnya. apatah pula kita manusia biasa.
ungkapan maaf mungkin tak dapat memperbaiki apa yang telah terjadi dan ada yang berkata ungkapan maaf hanyalah satu jalan mudah untuk pesalah melepaskan diri. pada pandangan saya,ungkapan maaf sangat besar maknanya. ia membantu hati kita lebih tenang dan tenteram daripada memikirkan perkara lampau.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Jika ada seseorang mencelamu dengan sesuatu noda yang ada dalam dirimu,maka janganlah mencelanya dengan menunjukkan suatu noda yang ada di dalam diri orang itu " (Riwayat Imam Ahmad daripada Jabir bin Muslim)
mungkin bagi saya yang mudah memaafkan orang,perkara ni tak besar. betol la,kalau setakat masalah kecik,tak perlu la sampai berdendam. yang lepas biarkan berlalu. tapi ada yang berpendapat maaf saja tak cukup. yep,memang. tapi maaf itu adalah suatu permulaan yang baik dengan syarat si pesalah tadi tak mengulang kesilapan yang sama dan benar benar berniat untuk berubah. itu sudah mencukupi sebenarnya ♥
Daripada Aisyah r.a. pula,katanya: " Rasulullah s.a.w. itu sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya, baik terhadap seseorang wanita ataupun khadamnya, melainkan di waktu beliau s.a.w. sedang berjihad fi-sabilillah (yakni di medan pertempuran melawan kaum kafir). Tidak pernah pula beliau s.a.w. itu terkena sesuatu yang menyakiti,lalu memberikan pembalasan kepada orang yang berbuat terhadap beliau itu,kecuali jikalau ada sesuatu dari larangan (larangan Allah yang dilanggar), maka beliau memberikan pembalasan kerana mengharapkan keredhaan Allah Ta'ala " (Riwayat Muslim)
p/s : hargailah peluang kedua kerana jarang kita memberi atau menerima peluang ketiga.
No comments:
Post a Comment