semalam lepas abes kelas teros pegi melaka sentral keseorangan. yakin betol. semangat nak balik rumah punya pasal. nasib tak berapa baik coz tiket bas ekspres da abes macam tak biasa kan. apelagi,patah balik pegi carik bas tingtong plak. kali ni nasib sangat baik, naik ja bas tu dalam 5 minit teros gerak. nampak tak? kalo bas ekspres kena tunggu sampai pukul 5, ni 4.30 da gerak. 5.30 dah sampai muar. kan perancangan Allah tu lebih baik :)
naik bas tingtong ni perlu sentiasa bersedia. ntah sape sape ja boleh duduk sebelah kita. bertukar-tukar banyak kali lak tu. adoila. tapi lagi sekali saya bernasib baik, dari melaka sampai la ke muar tu saya duduk sorang-sorang. bahagia betol. boleh tidur sampai terhantuk kepala kat tingkap nampaknya,hehe. tapi tak boleh coz orang depan saya rancak berborak.
saya ingatkan dorang dah kenal lama tapi mengikut dari apa yang saya dengar, baru masa tu dorang berkenalan. yang naik kemudian tu mintak tolong orang yang depan saya jagakan beg dia sementara dia pegi bayar tambang. lepas dia datang semula, perbualan mereka pun bermula. bukan niat saya nak pasang telinga tapi dah orang bercakap depan kita, apa boleh buat. sikit sebanyak terdengar jugak.
kesimpulannya dorang tu satu kampung rupanya tapi dorang tak pernah kenal. banyak lagi la yang dorang borakkan tapi saya tak dengar sangat. lebih leka melihat kenderaan laen sambil risaukan keadaan tingkap bas tu yang
semudah tu ja hubungan dapat dijalinkan ek. kalau saya, berat sungguh mulut ni. setakat tanya "ada orang duduk sini?" atau "boleh saya duduk sini?" dah cukup. lepas tu teros buat hal masing-masing. bukan niat nak menyombong tapi takut orang laen tak selesa kalau kita banyak tanya. dah la saya ni bukan jenis yang ramah tamah. pernah dicop sebagai akak sombong pulak tu masa sekolah dulu,haha.
sekali lagi saya kagum dengan mereka mereka yang sangat mudah berinteraksi dengan orang yang baru pertama kali mereka kenal. sekejap ja dah mesra. oh tidak. saya bukan macam tu. -.-' bak kata seorang insan, kalau dah muka memang jenis ketat n garang, buat lah macam mana pun, orang tetap akan cop sombong,hehe. sabar jela. tapi ape ape pon, sebelum judge seseorang tu kenal dulu hati budi dorang. kan kan. so sekarang, saya sedang mencuba untuk bermanis muka dengan semua orang yang sepatutnya. saya cuba ye :)
“ Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia sukakan menjalin silaturrahim ” (Hadith Riwayat Al- Bukhari)
" Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara "
(al-Hujurat [49]:10)
keadaan bas yang agak usang. errk~
No comments:
Post a Comment