pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Monday, July 19, 2010

pesanan seorang penasihat kewangan.


setelah seminggu lebih meninggalkan meja study
balik ja ada buku-buku ni yang menanti.
harga? uish,jangan berkira dalam menuntut ilmu.
cewah.
agak poyo disitu.

tapi betul kan,kadang-kadang kita ni berkira sangat kalau sentuh bab duit. lagi-lagi student akaun,hoho. masalahnya berkira bila nak beli buku kot. kalau nak beli barang-barang 'kehendak' tak pulak berkira. buku yang keperluan ni, bila kena beli, mahal sikit dah bising. kalau berabes duit beli handphone baru,beg baru,kasut baru,segalanya baru lah tak pulak bising,haha. yang tulis ni pun sama sila terasa semua. abes la, blog qila bakal tidak dilawati lagi oleh rakan-rakannya ;p

okeh,jangan sensitif sangat. kalau korang sensitif sila jangan baca sampai abes. ni saja nak bagi nasihat, kat korang yang membaca blog ni dan diri sendiri jugak :)

saya tahu duit jpa baru masuk minggu lepas kan kan, so pesanan saya ialah sila belanja qila rancang perbelanjaan anda dengan bijak. contohnya,cam membe saya setiap kali duit jpa masuk,dorang asingkan RM1000 simpan kat ASB. ok gud,tindakan ini memang patut dicontohi. tapi rasanya sesuai untuk student uitm ja kot. kepada yang bukan student uitm, yuran korang mahal kan,takpe takpe sabar k. tak dapat simpan banyak,sikit pun jadi. janji ada.

pesanan seterusnya sila belanja qila lagi jangan membazir duit tu kat benda yang tak penting. contohnya,beli fon baru sedangkan fon lama masih cantik,sihat dan cergas. tapi bagi mereka yang fonnya dah nazak macam fon atoi anda boleh la nak tukar baru,hehe. jangan beli benda yang anda tau anda takkan pakai, saja beli coz nampak lawa,unik,cool,comey. okeh,nasihat ni ditujukan sangat-sangat buat diri saya,huhu.

selain tu,jangan membazirkan duit anda dengan berfoya-foya. maksud saya,menggunakan duit tu untuk tujuan yang salah. anda faham maksud saya? tak faham,buat-buat faham jela. coz korang kena ingat duit tu kerajaan kasik, duit ibu bapa kita jugak. selalu ayat ibu camni, ingat! duit tu untuk belajar bukan guna buat benda lain. okeh tipu,ibu saya tak penah cakap camtu. itu ayat saya yang poyo,haha.

kesimpulannya, rancang la perbelanjaan korang dan saya juga dengan bijak. jangan membazir kat yang bukan-bukan. fikir dulu sebelum beli. dah macam blog persatuan pengguna pulak kan. tapi bila duit dikaitkan dengan ilmu seperti contoh diatas, kena beli buku dan yang sewaktu dengannya, takpe. takyah berkira. coz itu la tujuan asal kita dapat duit biasiswa/pinjaman tu :)

" Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menuliskan) kalimat-kalimat Tuhanku (ilmu), sungguh habislah lautan itu sebelum habis (dituliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula) " (QS. Al Kahfi [18] : 109)

Imam Malik bin Anas r.a. berkata : “ Yang bernama ilmu itu bukanlah kepandaian atau banyak meriwayatkan (sesuatu), melainkan hanyalah nur yang diturunkan Allah ke dalam hati manusia. Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah dan menjauhkannya dari kesombongan diri ”

saya akhiri post saya kali ni dengan kata-kata dari Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni coz rasa cam sesuai pulak. yang berbunyi :

kegembiraan dengan ilmu akan berlangsung lama,
kejayaannya akan kekal dan selalu dikenang.
kegembiraan dengan harta tidak berlangsung lama,
kejayaan dan kenangannya akan segera lenyap.

p/s : tajuk post macam nak muntah kan,tapi mana tau bakal menjadi kenyataan,doa kan saya. insyaAllah :)

2 comments:

The lady said...

tq qila ! sangat bermanfaat nie.

qila~ said...

wlcome una! thanks :)