pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, September 25, 2011

lagi kazen ku kawen.



qilacakap : nak bina keluarga sakinah tak mudah macam nak bina pelamin indah.


Friday, September 23, 2011

selamat ulangtahun ibu !

alhamdulillah, 22 tahun telah berlalu.
di rumah ini lah peristiwa itu berlaku.
oh seperti sudah tidak sabar lagi untuk dia melihat dunia ciptaanNya.

selamat ulangtahun angah ucapkan buat ibu yang melahirkan.
semoga angah membesar sepertimana yang ibu harapkan.

terima kasih ibu untuk setiap titis peluh yang keluar saat melahirkan angah.
terima kasih untuk setiap urat yang putus saat ibu melahirkan angah.
terima kasih untuk setiap titis darah yang tumpah untuk melahirkan angah.
terima kasih untuk segala-galanya.

semoga Allah panjangkan umur ibu.
ibu yang melahirkan. ibu yang membesarkan.
terima kasih Allah kerana telah mentakdir angah untuk lahir dari perut ibu.
perut ibu angah. ibu angah yang angah sangat sangat sayangi..
Allahuakhbar~


sekali lagi,
selamat ulangtahun melahirkan, ibu !
terima kasih kerana melahirkan Nur Aqila :)

qilacakap : http://biarmerekakataapa.blogspot.com/2011/09/im-officially-22-today.html

Sunday, September 18, 2011

Sakit?

D : Cinta tu menyakitkan.
Y : Maksud kau?
D : Entah la susah nak terangkan. Kau tak rasa?
Y : Kenapa cinta menyakitkan sedangkan cinta tu sepatutnya melahirkan rasa bahagia?
D : Hmmm...

Y : Cintakan manusia tak salah. Macam dalam hadith ada sebut, tak sempurna iman seseorang itu selagi
     dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri..
D : Maksudnye...?
Y : Yelah.. Tak salah nak cintakan orang tapi cintakan diri sendiri dulu. Macamana nak cintakan orang
     sedangkan diri sendiri kau tak cinta?
D : Apsal rasa macam berbelit ja ayat ko ni?huhu...

Y : Tak salah nak cintakan manusia tapi cintakan diri dulu. Macamana nak cintakan diri? Dengan mencintai
     Allah s.w.t.. Bila cinta Allah kau letak di tangga pertama insyaAllah cinta manusia akan kau peroleh
     juga.. Simple kan? Ni pendek kata laa kalau nak panjang kata sampai mati pun tak habes cerita pasal
     cinta ni,huhu..
D : Oke faham dah. Tapi cinta, kasih dan sayang kan beza?
Y : Err cuba cari dalam kamus.. Aku bukan Dr. Cinta kot......

pecinta lalang,haha...

qilacakap : kata-kata dibawah di copy dari status facebook membe >.< 

jika kau mencintaiku kerana Allah, x perlu risau andai kita tak dapat bersatu, kerana kita tidak pernah tahu apakah aku sudah baik untukmu dan kau baik untukku menurut Allah..jika kau mencintaiku kerana Allah, yakinlah! jika aku memang di takdirkan Allah menjadi bidadarimu, kita pasti akan bersatu..

Fieeew~ bermakna tuu...

Sunday, September 11, 2011

sengih-sengih

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekarang ada 2 topik yang sedang hangat diperdebatkan di facebook.

1. bab 6% cukai untuk reload. siap ade page bantah lagi tuu : klik sini
2. bab nilai hantaran kahwin.

Yang saya nak komen bukan topik nombor 1 sebab kalau setakat tambah nilai 3 bulan sekali pon belum tentu, tambah pulak pakai number student rate punya so tak perlu la saya nak join kecoh kan? hehe.. Syukur alhamdulillah...

Apa yang nak dikongsikan adalah beberapa komen kawan-kawan n saudara-mara yang buat saya tersengih bila baca bab nilai hantaran ni.

komen 1 : anak akak degree RM3000. akak oke jee..
komen 2 : ulat dalam batu boleh hidup, buat ape nak mahal-mahal (ulat kot memang laa)

nak yang islamik sket

" sebaik-baik wanita itu adalah yang rendah hantarannya "

Macam-macam kan? Bagi saya la kalau letak hantaran tinggi-tinggi pun tapi kualiti atau kredibiliti menjadi seorang isteri tu tak lengkap tak best jugak. Kalau tak silap saya (kalau silap tegur lah) duet hantaran yang pihak perempuan dapat ni digunakan untuk kenduri kan, bukan untuk pengantin perempuan tu pakai buat shopping ke ape. Betul tak? Sapa yang tau, dah ada pengalaman boleh share dengan saya...

So untuk elakkan hantaran tinggi, buat la majlis yang biasa-biasa suda. Saya tau mesti ada mulut-mulut yang cakap " kahwin ni sekali ja seumur hidup haruslah buat yang luar biasa sket " tapi ce fikir balik, confirm ka ia akan jadi sekali ja?

Bukan la nak berfikiran negatif tak tentu pasal tapi bila hantaran tinggi, ada yang sanggup berhutang dengan ah long, buat pinjaman bank, pinjam kat adik-beradik, lepas kahwin hati tak senang dok fikir camna nak bayar hutang.. Last-last jadi penyebab suami isteri bergaduh sampai bercerai-berai. Nauzubillah....

Oppss pendapat ni takde kaitan bagi mereka yang berkemampuan. Kalau mampu suka hati hang la nak buat majlis gaya camna pun yang penting tak membazir :)


Ingatlah nilai sesuatu hantaran tu bukanlah sebagai penanda aras menentukan kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Apa yang penting siapa nakhoda dan kelasi yang bakal melayarkan bahtera itu. Jika cukup ilmunya tak kiralah ilmu dunia mahupun akhirat, saya percaya bahtera itu akan belayar hingga akhir nyawa tapi harus diingat ombak dan badai pasti akan tiba jua dalam perjalanan melayarinya. Dengan ilmu lah ombak dan badai akan berjaya diatasi. So sama-samalah kita kumpul ilmu itu ye..

Berpeganglah dengan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ahmad daripada Saiditina Aisyah r.a iaitu
" sesungguhnya perkahwinan yang besar keberkatannya ialah yang paling mudah hantarannya " 

Oh bagi sesiapa yang belum terbaca tentang nilai hantaran yang digembar-gemburkan itu meh sini saya kongsikan sebagai renungan bersama


Nilai hantaran kahwin mengikut harga purata terkini dan status pelajaran di seluruh Malaysia
(entah sape2 buat kajian ni) :

UPSR/PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000

Weeewiit ada can nak dapat 12k laaa  :p
Haa yang ternganga tu sila tutup sket mulut nanti masuk lalat lak...

Apa pendapat anda eh??

Mood : excited nak p kenduri kahwin sepupu sepapat hujung tahun ni. 3 orang tengah beratur tunggu giliran. saya doakan semoga perkahwinan mereka bahagia dan dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan solehah hendakNya.. ameen~

qilacakap : perkara yang mudah jangan disukarkan ;)

Wednesday, September 7, 2011

Masih belum terlambat.

Bismillahirrahmanirrahim.


duit raya berkepok-kepok dari dok bazir buat beli kad tambah nilai handphone,
dok beli yang bukan-bukan elok sangatlah di sumbangkan ke sini

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 14-023-01-002571-8 atas nama HALUAN.

untuk memberi bantuan kepada mereka yang sentiasa memerlukan.

siapa mereka?

boleh rujuk disini


***

apabila tiba saatnya Allah s.w.t bertanya kepadamu 

" apa yang telah engkau lakukan disepanjang hayatmu untuk 
membantu saudaramu yang dalam kesusahan? "

apa yang kita akan jawab?

< sama-sama renungkan >

***
jika anda tak merasakan apa-apa langsung saat membaca post yang saya 
kongsikan di atas sila cek semula hati anda.

Terima kasih.

p/s : mari sedekahkan al-Fatihah buat allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, semoga rohnya dicucuri rahmat..

Monday, September 5, 2011

Rindu. Tak salah kan?

Ya saya rindu.
Betul lah orang cakap, bila ada tak tahu nak hargai
bila takde baru la nak teringat-ingat.
Bila bersama asyik la cakap nak balik nak balik
tapi bila dah jauh (jauh la sangat) mula la terbayang-bayang.

Jeles sungguh bila semua orang dok sebut-sebut nak balik kampus.
Teringat saya kat dia..


Siapa rindu kat dia sama macam saya? Angkat tangan !
UiTM dihatiku <3

p/s : buat adik/kakak/abang yang nak balik kampus tu tak kisah la kat mana pun saya ucapkan selamat menuntut ilmu. perbaiki semula niat belajar kita, bukan semata untuk dapat 4flat ke, nak jumpa jodoh ke sebaliknya ikhlas hanya kerana Dia :)

Sunday, September 4, 2011

Berpurdah.

Bismillahirrahmanirrahim.

" tengok anak dara Pak Din, semua fesyen tudung laen-laen. Along berselendang, Yo dengan tudung labuh, angah tu laa tudung bawal fevret dia "

Tegur seorang sepupu saya, Kak Na membuatkan kami satu family pecah ketawa. Baru saya perasan tentang perbezaan yang dia katakan, sebelum ni tak ambil peduli pun,hehe..

Dan sepupu itu tadi adalah seorang muslimah berpurdah. Saya melihat sendiri perubahan yang dialaminya dari zaman dia single hinggalah kini sudah beranak dua kerana kami membesar bersama-sama. Alhamdulillah.. Perubahan dari segi pemakaian maksud saya. Saiz badan macam tu juga saya lihat, masih kecil comel. Perangai masih macam dulu, manja dengan ibunya, masih lagi peramah dengan saudara-mara..

Dari saiz tudung bawal biasa, tudung labuh, hinggalah kini berpurdah, sesungguhnya Allah s.w.t memang mempermudahkan jalannya untuk berubah kepada yang lebih baek. Perjalanan hidupnya tersusun cantik. Bermula dari saat dia bertemu jodoh hingga kini saya lihat dia sangat bahagia. Mula lah hati ni berharap semoga perkara yang sama berlaku pada saya suatu hari nanti. Ameen... Tak salah kan? :)

Nu'man Hafiz : hero pertama Kak Na

Naufal Hadif : hero kedua Kak Na

Teringat pada status facebook yang pernah saya post pada tahun lepas akan kekaguman melihat keindahan wanita berpurdah di bazar ramadhan walaupun yang nampak cuma mata mereka. Kemudiannya adik kepada sepupu saya tadi mengusik " bila pula saya akan berpurdah? " Apa jawab saya? " tunggulah Kak Na berpurdah " dan sekarang? Nah.. Sungguh saya tak menyangka yang dia akan berpurdah sebaliknya saya masih di takuk lama.

Allahuakhbar.. Semoga satu hari nanti dibukakan jalan untuk saya berubah ke arah yang lebih baek. Mana tahu kan.. Kalau tak berpurdah pun sekurang-kurangnya kepada yang lebih sopan dan rapi macam Yo kerana berpurdah bukanlah di wajibkan keatas para muslimah. Apa yang penting pastikan aurat semua terjaga dengan baek. Ya yang itu saya masih usahakan. Sesungguhnya banyak lagi yang kurang pada diri ni...

p/s : berpurdah bukan untuk berfesyen, ingat tu.

Friday, September 2, 2011

Syawal penuh pengajaran.

Bismillahirrahmanirrahim.


Kejadian ni berlaku time kami ramai-ramai melawat kubur Tok Bah,Tok Teh n Mak Cha masa raya kedua baru-baru ni (al Fatihah buat arwah). Selesai buat tahlil pendek, baca surah yassin semua-semua tu kami dok kemas-kemas la sikit area kubur tok baru boleh gerak pi beraya. Tiba-tiba


Naqib : ayah ni kubur sapa?
Anjang : ni kubur Tok Bah.
Naqib : owh abes tu kubur ayah mana?
Anjang : haaa...


Sekali dengar ja perbualan anak beranak ni memang nak ketawa tapi kami ramai-ramai cover sebab tu kawasan kubur kan,huhu.. Lepas keluar pagar ja terlepas semuanya, pastu Acik terangkan kat Naqib simple


" kubur ni untuk orang yang dah meninggal dunia, kalau kita mati baru kita kena tanam dalam kubur "


Kami yang dengar ni sengih sengih ja. Alahai budak-budak. Tapi bila fikir balik kalau lah saya ditanya soalan macamtu tiba-tiba tersentap jugak. Kalau setakat dengar budak kecil macam tu cakap bunyi memang kelakar tapi hakikatnya kalau kita renung dalam-dalam bermakna sungguh apa yang dia tanya tu. Buat kita sentiasa beringat yang 1 hari nanti disitulah juga tempat kita.



Semalam on the way nak balik Muar, macam-macam benda jadi. Bertolak balik pun dah lambat sebab ada saudara-mara datang rumah Tok. Dalam pukul 4 lebih macamtu baru kami gerak. Setiap kali sebelum bertolak haruslah baca doa perjalanan tu semua n ayah sempat tanya ada tak barang-barang yang tertinggal. Tak baek dah jalan kena patah balik, ayah cakap. 


Nak dijadikan cerita, kami singgah Mersing seperti biasa sebab nak beli keropok. Tiba-tiba ayah dapat call dari Abang Pali tanya pasal wallet dia, ayah ada terambil tak. Memang sah, ada dok molek ja dalam kocek seluar ayah. Alahai ayah ayah.. Makanya nak tak nak kami kena tunggu Abang Pali datang ambil wallet dia kat bandar Mersing tu memandangkan dia pun nak balik Kota Tinggi rumah mertua. Akhirnya dalam pukul 6 petang baru kami gerak semula.


Sampai ja area Kahang, kereta semua gerak slow semacam. Rupanya ada 1 kemalangan. Baru jugak la sebab masa tu kereta bomba masih ada lagi. Saya lihat sendiri seorang gadis dipapah ke bahu jalan dalam keadaan lemah longlai. Mungkin saudara mara mangsa. Teruk jugak la keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan tu.


Ayah pun cakap " mesti ada hikmah kita terlambat "  terus saya rasa sebak sangat sebab sebelum tu ada jugak merungut-rungut dalam hati dah petang baru balik. Allahuakhbar. Masa tu rasa sangat sangat bersyukur dengan aturan Allah. Alhamdulillah. Memang tak dapat nak bayangkan kalau saya yang menjadi mangsa......


p/s : ingat lagi tak dekat abang yang saya cakap koma dalam post b4 ni? dia dah meninggal di pagi 1 Syawal, wife dia pulak selamat bersalin 3 hari sebelum tu. sayu rasanya hati ni. sama-sama kita sedekahkan al Fatihah buat arwah dan doakan supaya wife dia n baby tabah menghadapi ujian dariNya~