pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, September 4, 2011

Berpurdah.

Bismillahirrahmanirrahim.

" tengok anak dara Pak Din, semua fesyen tudung laen-laen. Along berselendang, Yo dengan tudung labuh, angah tu laa tudung bawal fevret dia "

Tegur seorang sepupu saya, Kak Na membuatkan kami satu family pecah ketawa. Baru saya perasan tentang perbezaan yang dia katakan, sebelum ni tak ambil peduli pun,hehe..

Dan sepupu itu tadi adalah seorang muslimah berpurdah. Saya melihat sendiri perubahan yang dialaminya dari zaman dia single hinggalah kini sudah beranak dua kerana kami membesar bersama-sama. Alhamdulillah.. Perubahan dari segi pemakaian maksud saya. Saiz badan macam tu juga saya lihat, masih kecil comel. Perangai masih macam dulu, manja dengan ibunya, masih lagi peramah dengan saudara-mara..

Dari saiz tudung bawal biasa, tudung labuh, hinggalah kini berpurdah, sesungguhnya Allah s.w.t memang mempermudahkan jalannya untuk berubah kepada yang lebih baek. Perjalanan hidupnya tersusun cantik. Bermula dari saat dia bertemu jodoh hingga kini saya lihat dia sangat bahagia. Mula lah hati ni berharap semoga perkara yang sama berlaku pada saya suatu hari nanti. Ameen... Tak salah kan? :)

Nu'man Hafiz : hero pertama Kak Na

Naufal Hadif : hero kedua Kak Na

Teringat pada status facebook yang pernah saya post pada tahun lepas akan kekaguman melihat keindahan wanita berpurdah di bazar ramadhan walaupun yang nampak cuma mata mereka. Kemudiannya adik kepada sepupu saya tadi mengusik " bila pula saya akan berpurdah? " Apa jawab saya? " tunggulah Kak Na berpurdah " dan sekarang? Nah.. Sungguh saya tak menyangka yang dia akan berpurdah sebaliknya saya masih di takuk lama.

Allahuakhbar.. Semoga satu hari nanti dibukakan jalan untuk saya berubah ke arah yang lebih baek. Mana tahu kan.. Kalau tak berpurdah pun sekurang-kurangnya kepada yang lebih sopan dan rapi macam Yo kerana berpurdah bukanlah di wajibkan keatas para muslimah. Apa yang penting pastikan aurat semua terjaga dengan baek. Ya yang itu saya masih usahakan. Sesungguhnya banyak lagi yang kurang pada diri ni...

p/s : berpurdah bukan untuk berfesyen, ingat tu.

4 comments:

Ahmad Tajul said...

cuba try amik tudung adik yg labuh tue..
bwk masuk bilik..
kunci pintu..
gi depan cermin...
pastu try pakai..
pastu ckp dlm hati..

"ish lawa juga aku pakai tudung labuh nie.." sambil bergaya-gaya..

erhhhhh,, bukan2..

patut ckp cam nie..

"mudah2han aku diberi kekuatan untuk terus pkai tudung labuh nie..amin..."

kalo ada kamera leh try pula tgkap gmbar :)

p/s:ayat 1st tue tuk dpt keyakinan diri jer..

AdH said...

Ya, berpurdah bukan untuk berfesyen. Tapi bagi saya perlu mujahadah kuat. Saya pun ada niat nak pakai tapi .. Allah..masih bertangguh-tangguh lagi. Huhu...hati tak kuat lagi ni walaupun suami beri izin..doa-doakan :)

Oh ya, blog hopping from teacher mayah blog

عين said...

akk setuju dgn pendekatan shahniz yg ke2, apa pun semuanya balik pd niat.

sebenarnya, tak kesahla seseorang wanita tu nak pakai tudung bawal ke, tudung ikin, selendang or tudung labuh, yg penting :
1. kita bertudung sbb apa? sbb itu perintah Allah. jadi WAJIB tutup. bkn sebab da sampai seru.

2. jenis apa pun tudungnya, dada ditutup dgn SELAMAT, dan tidak jarang.

Cukup syarat ni, pakailah apa jenis tudung pun. dan moga tudung yg kita pakai tidak membuahkan rasa riak dlm hati krn cantiknya tudung kita atau labuhnya tudung kita...pesanan utk akk jgk, mudah2an ameen.

Dan dr pengalaman akk, bila kita da ada niat (lg2 niat yg baik mcm nak bertudung labuh ni)insyaAllah jalannya mudah, Allah mmg mudahkan, masa tu kita takkan ada rasa apa kata orang nanti, malah kita rasa lebih tenang dan dilindungi. Hidayah yg Allah bagi ni bukan mudah utk semua org merasai manisnya tu, doalah moga hidayah tu dikekalkan hingga nafas akhir.

~ sesungguhnya hamba yg beriman sentiasa merasa Allah melindunginya walaupun tiada siapa pun disisinya ketika itu...

qila~ said...

shahniz :
insyaAllah.. terima kasih atas perkongsian :)
rasanya dah tahu bila, cuma tunggu masa tu tiba..doakan saya pjg umur~

AdH :
terima kasih singgah :) insyaAllah saya doakan saudari akan diberi kekuatan yg dicari itu 1 hari nnt.. ya bukan mudah sbb tu perlukan masa, takut kalau mengejut tak istiqamah pula,huhu..

the Prayer for Allah @ kak ain :
setuju sangat2 dgn kak ain, tujuan utama bertudung sebab Allah bukan nanti seru datang..

bab tudung jarang tu mmg kena kat orang la, kain ain mst tau kan tp Alhamdulillah org da jmpe jln pnyelesaiannya :)) so myb akn stia dgn tdung bwl ni untuk 2 3 thn lg kot,huhu..

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati semoga Kau teguhkan hati-hati kami pada agamaMu..

ameen~

kak ain doakan qila ye :')