pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, September 11, 2011

sengih-sengih

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekarang ada 2 topik yang sedang hangat diperdebatkan di facebook.

1. bab 6% cukai untuk reload. siap ade page bantah lagi tuu : klik sini
2. bab nilai hantaran kahwin.

Yang saya nak komen bukan topik nombor 1 sebab kalau setakat tambah nilai 3 bulan sekali pon belum tentu, tambah pulak pakai number student rate punya so tak perlu la saya nak join kecoh kan? hehe.. Syukur alhamdulillah...

Apa yang nak dikongsikan adalah beberapa komen kawan-kawan n saudara-mara yang buat saya tersengih bila baca bab nilai hantaran ni.

komen 1 : anak akak degree RM3000. akak oke jee..
komen 2 : ulat dalam batu boleh hidup, buat ape nak mahal-mahal (ulat kot memang laa)

nak yang islamik sket

" sebaik-baik wanita itu adalah yang rendah hantarannya "

Macam-macam kan? Bagi saya la kalau letak hantaran tinggi-tinggi pun tapi kualiti atau kredibiliti menjadi seorang isteri tu tak lengkap tak best jugak. Kalau tak silap saya (kalau silap tegur lah) duet hantaran yang pihak perempuan dapat ni digunakan untuk kenduri kan, bukan untuk pengantin perempuan tu pakai buat shopping ke ape. Betul tak? Sapa yang tau, dah ada pengalaman boleh share dengan saya...

So untuk elakkan hantaran tinggi, buat la majlis yang biasa-biasa suda. Saya tau mesti ada mulut-mulut yang cakap " kahwin ni sekali ja seumur hidup haruslah buat yang luar biasa sket " tapi ce fikir balik, confirm ka ia akan jadi sekali ja?

Bukan la nak berfikiran negatif tak tentu pasal tapi bila hantaran tinggi, ada yang sanggup berhutang dengan ah long, buat pinjaman bank, pinjam kat adik-beradik, lepas kahwin hati tak senang dok fikir camna nak bayar hutang.. Last-last jadi penyebab suami isteri bergaduh sampai bercerai-berai. Nauzubillah....

Oppss pendapat ni takde kaitan bagi mereka yang berkemampuan. Kalau mampu suka hati hang la nak buat majlis gaya camna pun yang penting tak membazir :)


Ingatlah nilai sesuatu hantaran tu bukanlah sebagai penanda aras menentukan kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Apa yang penting siapa nakhoda dan kelasi yang bakal melayarkan bahtera itu. Jika cukup ilmunya tak kiralah ilmu dunia mahupun akhirat, saya percaya bahtera itu akan belayar hingga akhir nyawa tapi harus diingat ombak dan badai pasti akan tiba jua dalam perjalanan melayarinya. Dengan ilmu lah ombak dan badai akan berjaya diatasi. So sama-samalah kita kumpul ilmu itu ye..

Berpeganglah dengan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ahmad daripada Saiditina Aisyah r.a iaitu
" sesungguhnya perkahwinan yang besar keberkatannya ialah yang paling mudah hantarannya " 

Oh bagi sesiapa yang belum terbaca tentang nilai hantaran yang digembar-gemburkan itu meh sini saya kongsikan sebagai renungan bersama


Nilai hantaran kahwin mengikut harga purata terkini dan status pelajaran di seluruh Malaysia
(entah sape2 buat kajian ni) :

UPSR/PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000

Weeewiit ada can nak dapat 12k laaa  :p
Haa yang ternganga tu sila tutup sket mulut nanti masuk lalat lak...

Apa pendapat anda eh??

Mood : excited nak p kenduri kahwin sepupu sepapat hujung tahun ni. 3 orang tengah beratur tunggu giliran. saya doakan semoga perkahwinan mereka bahagia dan dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan solehah hendakNya.. ameen~

qilacakap : perkara yang mudah jangan disukarkan ;)

8 comments:

phateen89 said...

setahu aq,de sambungannye...

***TETAPI YG DEGREE KE ATAS KALAU XPANDAI "MASAK" AUTOMATIC AKAN DI TOLAK 50% DRPD NILAI BIDAAN***
- Sumber BERNAMA

aq pun x sanggup seyh nak minta sampai belas2 ribu tu...lau mmg dia nak bagi,aq amek jela...tp insyaAllah aq x minta la...

Muhammad Muaz said...

btol ke ni? kalo cmni,kawen dgn anak dara lepasan spm je larh.haha

Unknown said...

hantaran tu maskawin la kan?

kalau maskawin menjadi hak mutlak seorang isteri, laki tak boleh kacau, kalau nak buat kenduri sekalipun.

lain la kalau isteri yang benarkan.

Ahmad Tajul said...

hazen- hantaran dan mas kawin adalh brbeza.. nilai mas kawin slalunya ikut negeri.. klo jhor rm22.50..
hantaran pula slalunya akn digunakan oleh pihak prempuan untuk kenduri kawin.. tapi klo di kelate lain sket, kenduri mak ayah pihak prmpuan yg support dan hantaran tu milik penuh isteri tue.. tak caya kna tanya org kelate..

p/s:erh, sorry tolong jwbkan...
nie ada perkongsian sket..

http://umairzulkefli.blogspot.com/2011/09/perkongsian-mereka-tidak-ragu.html

qila~ said...

phateen89 : siyes xde mse copy paste tu,hee..tp xpe,point yg cuba d'smpaikn tu jelas da :p belajar masak ! hehe..

muaz : x ksh la bnda tu btol ke x yg pnting ikhlas~ kalo da jdoh kn...

hazen : haa da d'jwb oleh shahniz pn,hee..

shahniz : ye tpat skali ! thanks utk jwpn n pkongsian tu skali :) takpe kalo da ada ilmu tu share aje,xda hal...

Anonymous said...

setuju ngn pendapat qila..klw c bakal suami awl2 lg da d bebankan dgn hantaran yg tggi mcm mane lg lepas kawin..ssh c suami ssh juge s istri sbb lepas kawin msti hidup ssh sng bersama kn..so, besederhana tu lbh baik..:)

Yg baik lg cute, (prasan jap)
Nad..:)

nikqilah said...

klau asyik nk risau pndgn org lain.. sampai bila tak settle. yg penting utamakan keberkatan Allah..

qila~ said...

nad : eh smpai juga kmu ke sni,hehe.. hmm tau xpe..suami bukan utk dibebani sebaliknya utk disayangi.. andai niat membina keluarga itu kerana Dia insyaAllah akan d'pmudhkn dlm mnjlni bhtera :)

nikqilah : kaaan.. 'kata' Allah lebih penting~