Alhamdulillah masih di beri peluang oleh Allah untuk bernafas hingga hujung tahun. Kau panjangkanlah umur kami Ya Allah. Ameen...
Sana sini orang dok kata pasal azam. Azam tahun baru kebanyakan dari kita tak laen tak bukan adalah untuk menjadi individu yang lebih baek dari tahun sebelumnya. Tidak ketinggalan yang menaip ni. Oh mungkin juga yang membaca, ehem.
Teringat kata-kata Prof Dr. Muhaya
" nak tengok kita lebih baek dari semalam bukan susah sangat.
cuba bandingkan pukul berapa kita bangun solat Subuh pagi semalam dengan pagi ni, cukup "
Oke sekarang boleh cermin diri bersama. Saya pasti kita sebagai manusia kadang-kadang ada waktu solat yang kita tak berjaya nak buat on time terutamanya solat Subuh kan kan. Lebih-lebih lagi bila tidur lambat sebab tengok tv, facebooking, stay up untuk study tak pun balik rumah lewat pagi. Alahaii...
lelaki yang 'ensem' adalah yang solat subuh tepat pada waktunya - ayah
Oleh itu jom selitkan azam untuk menyegerakan solat dalam senarai azam duniawi kita untuk tahun 2012 ni. Saya pun nak jadi ensem juga ^^
Kepada mereka yang merasakan tahun 2011 ini tidak begitu manis, saya doakan tahun-tahun yang mendatang memberikan sinar baru buat kalian. Walaupun payah, pasti ada hikmah. Ingat tu. Semangat ! Semangat !
Juga buat mereka yang merasakan tahun 2011 sangat sangat manis, jangan pula terlalu leka. Kalau Dia tidak uji kita dengan kesusahan, Dia akan uji kita dengan kesenangan. Maka sentiasalah bersyukur atas nikmat yang diberi, jangan hanya apabila ditimpa musibah baru teringatkan Dia kembali. Tak nak tak nak tak nak...
akhirkata : seronok tengok program yang di anjurkan pelbagai pihak di masjid-masjid sempena tahun baru. confirm banyak manfaatnya :)
Alhamdulillah
apa yang Kau beri lebih dari apa yang aku pinta
apa yang Kau beri lebih dari apa yang aku pinta
[qilaamin]
311211
00:37
3 comments:
ok la...tp nape tah dia pakai cincin kt jari tu..huhu :)
huhu..insyaAllah
semoga kita tidak pernah leka terhadapNya..
selamat tahun baru qila :)
the prayer for Allah :
erkk apsal rase cm salah komen ja nih?haha.. kak ain ni klaka la :p
ila Aqilah :
ameen..selalulah igt DIA :')
“Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi.
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
selamat tahun baru juga ^^
Post a Comment