pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Wednesday, January 4, 2012

#1 : Rahsia kejayaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Lelaki tua itu saya lihat sibuk menyiapkan kerjanya. Dari satu proses ke proses yang lain dengan penuh sabar. Senyuman masih tidak lekang dari bibir. Dalam hati saya terdetik, alahai berapa ringgit sangatlah yang dia bakal dapat dengan hasil jualan 'produk' tu. Sedikit sayu bilamana mengenangkan dirinya yang sudah lanjut usia tetapi masih gigih berusaha bekerja bagi mencari sesuap nasi. Itu yang saya dapat saksikan di sebuah program tv (maaf tak ingat apa tajuknya) di ntv7 hujung minggu lalu. 

Saya memikirkan masih ada kah permintaan terhadap 'produk murah' itu dizaman kini dimana majoriti antara kita lebih mementingkan jenama daripada kualitinya. Ya kita percaya bahawa produk yang mahal pastinya berkualiti dan akan memberikan hasil yang bagus pada diri kita. Eh saya taip 'kita' rupanya :p Hakikatnya tak semua yang berjenama dan mahal (dah berjenama haruslah mahal) akan memberikan hasil yang terbaek untuk diri kita. Oke la sebelum saya membebel dengan lebih panjang lagi lebih baek saya tunjukkan saja apa 'produk' yang diusahakan oleh lelaki tua tersebut

ihsan incik google

Masih tak dapat tangkap apekah produk itu? Dah dah tak usah berteka-teki lagi. Itu lah dia bedak sejuk ! Mesti anda pun bersetuju dengan saya kan, berapa ramai antara kita masih memakai bedak sejuk? Confirm tak ramai. Sebab tu lah saya terfikir berapa ringgit agaknya yang lelaki tua itu peroleh dengan menjual bedak sejuk ni. Ya mungkin dia ada pelanggan tetap sebab tu perniagaan kecil dia ni masih bertahan. Alhamdulillah, semoga murah rezeki dia..  *cakap pasal bedak sejuk teringat arwah tok* :')

Apa yang menarik dan menyentuh hati yang ingin saya kongsikan sebenarnya adalah kata-kata yang disampaikan oleh host program tersebut di penghujung rancangan iaitu

" ...kita sentiasa memikirkan keputusan tetapi kita tidak belajar daripada setiap proses yang kita lalui untuk mendapatkan keputusan tersebut menyebabkan keputusan yang kita dapat walaupun hebat tapi ia tidak bermakna apa-apa maka keputusan itu hanyalah sia-sia belaka... "

Teringat cerita 3 Idiots,hee.. Diakui bahawa sejak dari kecil kita telah dilatih untuk mendapatkan keputusan yang bagus tak kira dalam apa jua perkara. Dapat 5A dalam upsr, anak ibu dah berjaya ! Tapi anak ibu tak cukup solat 5 waktu ibu cakap tak mengapa. Apekah? Kereta besar, rumah besar, gaji besar, bagi kita itulah lambang kejayaan. Cukupkah dengan perkara material membuktikan seseorang itu telah berjaya? Tidak jawapannya.

Ingin saya kongsikan satu kisah yang saya dengar di radio mengenai seorang anggota bomba yang memiliki anak yang ramai. Rumahnya tentulah di berek bomba, tidaklah sebesar mana tetapi dia tidak pernah mempunyai masalah kewangan sedangkan di zaman sekarang semua perkara memerlukan duit even nak masuk tandas pon kan. 

Apabila dilihat daripada kehidupan mereka, rupa-rupanya rahsia rezeki dia sekeluarga tidak pernah putus adalah mereka sekeluarga sentiasa melaksanakan solat berjemaah bersama di masjd. Allahuakhbar ! Kagum kan kan. Bagi saya itulah kejayaan yang sebenar-benarnya. Makna berjaya itu datang apabila kita berusaha untuk memastikan rezeki yang kita dapat adalah rezeki yang halal sekaligus berkat  :) 

Jom refresh semula surah al-Mu'minun yang bermaksud " [1] sesungguhnya berjayalah orang-orang beriman [2] iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya..... [9] dan mereka yang tetap memelihara solatnya.. " 

                                                       
[qilaamin]
040112
12:53

No comments: