Bismillahirrahmanirrahim.
Kelas menjadi hening seketika. Sunyi. Sepi.
" Bertahan qila, bertahan !" pesan saya pada diri.
Saya yakin kebanyakan daripada rakan sekelas saya sudah mulai sebak saat itu. Air mata bertakung segera di kesat. Malu kalau orang laen nampak. Kejadian ni berlaku dalam kelas Management Accounting kami. Bukan kerana di marahi Sir Azmi. Oh Sir Azmi adalah lecturer yang paliiiiing bersabar dengan kami kot. Habis tu ape?!
Sesi pembentangan dimulakan oleh Group 1 berkaitan Expectancy Theory (the motivation of the behavior selection is determined by the desirability of the outcome - Wikipedia) dan mereka berkongsi video ini. Semua disebabkan video ni. Allahuakhbar ! Sangat memberi kesan pada diri saya, Harap pada anda juga, so sila share untuk memberi kesan kepada yang laen pula ^^
Pernah suatu ketika dulu saya kata " kalau aku tak berjaya kali ni, aku taknak teruskan dah ". Tak sanggup menghadapi rasa kecewa diri, apetah lagi rasa kecewa insan yang saya sayangi maka saya nekad kalau perkara itu tidak menjadi, haruslah saya tarik diri. Mengalah.
Hinggalah satu hari saya terbaca 1 quote. Ayatnya lebih kurang macam ni la, setiap kali apabila anda rasa ingin berputus asa, ingat kembali apa yang membuatkan anda bertahan sejauh ini. Haaa dapat tak? Dapat tak? Setiap kali rasa nak give up, fikir balik apa yang menyebabkan kita berjaya bertahan selama ni. Kalau lah dah bersusah payah bertabah selama ni, tiba-tiba rasa nak mengalah, berbaloi ka?
Mulai dari saat itu saya pahat kuat-kuat dekat hati dengan janji Allah s.w.t yang satu ni
Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan
kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka
( Ar-Rad : 11)
Jangan pernah rasa letih dengan segala ujian. Itu petanda Allah sangat menyayangi hambaNya. Jangan pernah rasa keseorangan dalam menghadapi ujian kerana Allah sentiasa ada bersama. Oh ye, saya nak share 1 quote ni " if you're still worrying, you're not praying hard enough ". Sentap ! Sama-sama kita renungkan.
Bagi saya ni favourite part dari video diatas. Nangis tengok :')
Dad : You don't have to do this.
Son : Yes I do.
Dad : Well then, we're going to finish this together!
***
# there is no failure except in no longer trying
[qilaamin]
24052012
07:34
1 comment:
Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.
Jangan give up, kerna itu bukan sifat seorang muslim.
Tapi kadangkala jiwa dan iman tgh lemah, terasa 'give up' itu yang terbaik.
Manusia, memang kena selalu diingatkan. Kan?
('=
p.s : Video ni sentiasa berjaya buat rasa sebak dan nangis seketika. Jzkk utk sharing! (=
Post a Comment