pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Monday, March 28, 2011

dialog pahala dosa,boriiinkkk~


Setelah sempurna tempat yang diberi nama Syurga,Allah mengarahkan malaikat untuk menjenguk ke dalamnya dan Tanya komen malaikat tentangnya.”Ya Allah,andai inilah syurga,pasti tiada seorang pun manusia yang tidak ingin masuk ke dalamnya,terlampau indah Ya Allah,”komen malaikat. Lalu Allah menyuruh malaikat melihat jalan-jalan ke syurga dan malaikat berkata, “ya Allah,jika inilah jalan ke syurga,pasti tidak ada yang akan sampai ke dalamnya.”
Kemudian Allah menyuruh malaikat melihat neraka dan malaikat komen, “ya Allah,andai beginilah neraka,pasti tiada seorang pun manusia yang ingin masuk ke dalamnya.”Lalu ditunjukkan jalan-jalan ke neraka dan malaikat berkata, “jika inilah jalan-jalan ke neraka,pasti semua orang akan masuk ke dalam neraka.”*
Apa yang dimaksudkan malaikat bukanlah kesusahan atau kesenangan yang nyata,tetapi kesusahan dan kesenangan yang tidak nampak atau kita panggil ia sebagai perasaan.Kita ikuti dahulu dialog antara pahala dan dosa.
Dosa :ko taw,senang je manusia nak dapat aq..
Pahala :Oh ye?Buktikan..
Dosa :ye la,sape tak suka zina?lelaki mana tak suka tengok perempuan bogel?Bila dorang tengok suma tu,dorang dapat aq la..
Pahala :Oh ye?Tapi,macamana nak dapat tengok pompuan bogel tu?
Dosa :senang je,bukak tenet or sms je awek die,then cakap , “if u love me,give me all u have..if u don’t want,we break!” Kompom pompuan tu bagi nye lah!
Pahala :Oh ye?Nak main tenet or mesej tu,kene pakai apa?
Dosa :duit la,samdol betul la ko ni..
Pahala :Oh ye?Nak dapat duit wat camna?
Dosa :Lor,kene usehe la..Mencuri ke,merompak ke,ayat awek ke..Tu pon tak taw?
Pahala :Oh ye?Susah la camtu..
Dosa :Kenapa lak?Susah ape nye..Senang je,masok umah orang then curi duit..ala,curi duit mak sendiri pok ok dowh!
Pahala :Oh ye?Kalo kene tangkap polis?
Dosa :Sendiri tanggung la..nak zina sangat..
Pahala :Oh ye?Kalo camtu,aq lagi senang la dorang nak dapat..
Dosa :Nape lak?
Pahala : Dorang takyah guna duit untuk dapat aq..
Dosa :uso da to itte yo..Joe (pls don’t lie..Joe)
Pahala :betul,tak tipu lansung..Ok,katakan sorang budak,nama dia akmal,duduk di tingkat 8..Die dengar azan,die ambil wudhu’ n turun ke surau..Ko taw ape yang die dapat dengan hanya berjalan kaki ke surau?
Dosa :dapat ko la kot..
Pahala :Haaa,pandai!!! Die dapat aq,die tolak ko n die nye martabat naik satu..hebat dowh..
Dosa :ala,tapi die kene amik wudhu kan?Nak amik wudhu kene ade air,nak ade air kena ade duit..same lah ngan aq..hahaha
Pahala :Uish,tak same dowh…Katekan takde air,die gune debu pun boley!
Dosa :Uso!!(tipu)
Pahala :Betul,tu namenye tayammum,ko tak taw ke?Dasar dose..
Dosa : Dose,dose jangan sebut..Tak baik..
Pahala :n ko taw,susah dorang nak dapat ko selagi aku ade..
Dosa :ape maksud ko?
Pahala :katakanan dorang wat sesuatu yang patut dapat ko..zina ke..tikam orang lain sampai mati ke.. Malaikat tak akan terus tulis dalam buku yang dorang dapat ko..Malaikat tunggu sampai kali ke 10,kalo die x tobat,barulah die ditulis yang die dapat ko..tapi tu pun 1 je..susah..andaikata die wat salah 9 kali.. nak wat kali ke 10,die insaf..die tak dapat ko pon,die dapat aku..wek!!!
Dosa :em..betoi2..
Pahal :lain lak ngan aq..andaikata die wat baik 1,die dapat aq secara pukal..die dapata aq,ayah aku,adik aku,mak aku,mak su aku..ahhhh,die dapat sume!
Dosa :jangan blagak la weh,buktikan
Pahala :mana taknya,Allah sentiasa gandakan kebaikan yang manusia wat..contohnye,die bace quran..die bace quran tu da dapat 1 pahala,setiap huruf yang dibace pun dapat pahala,jika ada yang mendengar,die dapat pahala lagi…..huhuhuh…andaikata Allah wat populasi aku ni limited,memang pupus la..haahha
Dosa :logik2..
Pahala :Tapi senanye,aq bingung…
Dosa :apsal lak?
Pahala :walopon aq senang dorang nak dapat,dorang lebih minat ko dari aq..
Dosa :ye la,sebab sume bende yg dapat aq,nikmat dowh…n sume bende nak dapat ko, sumenye booooooorink!
Pahala :senanye,takdela borink sangat..tapi musuh dorang,setan yang bisik dot kate borink…
Dosa :logik2..
Betul,jalan untuk buat kebaikan terlalu banyak tapi kita yang menyusahkannya..Dan angkara kita juga, jalan itu berbelit-belit dan kita pening,lantas kita pilih jalan senang dan mengasyikkan,kita pun pilih jalan ke neraka..Ya,jalan yang nampak senang dan nikmat di mata kasar namun pada hakikatnya,mengundang seribu satu nestapa…
** artikel yang saya copy dari azzariyat.com
p/s : bila ni tak bole tu tak bole, bila yang macamni pelik yang macamtu pelik, eh boriiink sangat ka bunyinya? tak kesah puuunn.. :)

Thursday, March 24, 2011

semua kerana cinta?

Bismillahirrahmanirrahim


Woish! Lama betul tak update blog, macam tak percaya adakah ini saya? Saya kah yang sedang menaip nih? hehe.. Oke maaf, terlebih sudah. Sebenarnya Encik Masa sangat mencemburui saya minggu ni. Padahal diri sendiri gagal mengurus masa dengan sebaiknya T_T


Dipendekkan cerita terus lah ye, malam Selasa haritu berpeluang menghadirkan diri dalam 'Talkshow Muhasabah Cinta' anjuran Jawatankuasa Penggerak Mahasiswa kampus saya. Yang lebih menariknya individu yang telah dijemput untuk membincangkan topik ini tak laen tak bukan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Ala ustaz cinta tu, tak kenal ka? Nah ni link blog beliau http://genta-rasa.com/ (cepat-cepat pi usha!)


Walaupun ada sedikit masalah di awal majlis tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ustaz pun siap pesan, ujian tu dari Allah. Kita tak berhak merungut lebih-lebih. Yep baek~ Satu ja saya nak cakap, masa sangat pendek. Tak cukup, banyak topik tak cover lagi (wah!). Saya tahu ustaz pun mesti frust dalam hati sebab jumlah yang datang sikit ja.. Tak penuh pun audi, tapi cuba jemput Super Junior datang, mesti full audi sampai kat tangga depan guard pun berderet orang beratur nak tengok. Ek?? 


Tapi takpe takpe. Ustaz sedapkan hati lagi, bilamana ustaz kata menghadiri majlis ilmu ibarat kita berada di taman-taman syurga dunia. Semoga dengan kehadiran kita semua dalam majlis tu Allah beri ganjaran untuk duduk di taman syurga milikNya di akhirat kelak, InsyaAllah. (senyum balik) Ustaz memang pandai ambil hati. Last-last saya sebagai warga kampus sendiri pulak yang malu, haruslah kan...


Kepada sesiapa yang tak berpeluang datang mungkin bukan rezeki kamu la. Meh sini, saya nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya dapat daripada talkshow tu, antaranya :


Love is a verb not a noun. Maka cinta itu adalah perbuatan (kata kerja). Cinta merupakan satu tanggungjawab, bukan untuk dipermainkan bukan untuk dipersiakan. Sebab tu kalau setakat cakap 'I love you' 'saya sayang kamu' itu semua belum cukup sempurna. Yang terbaik ialah 'saya nak bertanggungjawab ke atas diri kamu' baru betul. Woaa, bunyi macam besar dan berat kan? Dah nama pun tanggungjawab, kalau rasa belum bersedia nak pikul amanah, jangan sibuk nak bercinta. (Ingatkan diri sendiri juga) >.<




Kalau dah merana kerana cinta, lalai dan leka kerana cinta, sanggup buang emak buang saudara kerana cinta, malah sanggup terjun jambatan kerana cinta, cepat-cepat tanya balik pada diri. Inikah cinta? (dah macam lagu akim lak) Berbaloi ka berairmata darah semua sebab cinta? Dok sibuk 24jam tunggu panggilan atau sms, teringat terbayang-bayangkan si dia sampai leka tak ingat dunia, yang nampak hanya bunga-bunga cinta sampai tikar sejadah dah tolak tepi, al-quran berhabuk sekadar koleksi, berbaloi ka?? Aish, benda ni kalau ustaz tak bagitahu pun kita boleh fikir sendiri kan. Sebab tu kena ingat, jangan bertuhankan cinta. Cinta itu hanya alat, bukannya matlamat..


Bila kita selalu nampak yang kalau namanya cinta mestilah 'bercouple', bila bercinta haruslah berdua-dua kemana saja, bila bercinta mestilah berkongsi segala perkara, itu yang jadi masalah. Kita nampak cinta sebagai itu sahaja sedangkan cinta pada yang utama, Allah dan Rasulnya, kedua ibu bapa dan ahli keluarga juga adalah cinta. Memang Allah yang kurniakan rasa cinta, cinta tu tak salah tapi yang salah adalah orang yang bercinta. Masalah timbul bila diri tak tahu nak kawal nafsu dan tak tahu nak bahagi-bahagi cinta pada yang layak menerima saja. Eh tolong jangan biar diri dikawal oleh cinta, bila cinta pergi, mula rasa hidup sudah tak beerti, lebih baek mati. Jangan! Masih ramai yang menyayangi, itu pasti.. 


Allah sentiasa ada..


Satu point yang saya sangat suka bila ustaz beritahu yang proses mendidik anak bermula bukan dari dalam rahim lagi tapi bermula dari saat kita memilih pasangan kita sebenarnya. Makanya pilih lah pasangan yang baik-baik, InsyaAllah akan dapat menghasilkan keturunan yang baik-baik. Ingat, ikan yang anda dapat bergantung pada umpan yang anda berikan. Bila cinta dengan mendedahkan aurat, yang dapat pastinya buaya darat. Bila cinta ditawarkan dengan duit, pastinya dapat si pisau cukur. So buatlah pilihan yang bijak.. Perlu ingat juga setiap larangan dari Allah itu pasti ada sebabnya, ibarat lampu isyarat ia bukanlah sebagai sekatan tapi sebagai satu kawalan. 


Sebenarnya banyak lagi yang ustaz kongsikan, sebab tu rugi kalau tak pergi haritu,hehe.. Saya nak berkongsi semuanya saya tak larat, tapi kesimpulan yang boleh diambil dari talkshow ni ialah peraturan cinta Allah ada 3. Pertama, dasarnya cinta itu mesti cinta kerana Allah. Kedua, cinta pada yang lain mestilah tidak mengatasi cinta kepada Allah dan yang ketiga, bercintalah mengikut syariatNya. Oke cukuplah setakat ni, nanti ada masa insyaAllah update lagi. Semoga perkongsian kali ni sedikit sebanyak memberi manfaat pada diri..


semua kerana cinta yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa, merawat duka, damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang, begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan..

(lirik kerana cinta by inteam&mestica)


* harap  sangat post kali ni tak mengundang kontroversi lagi, saya BUKAN menggalakkan orang bercinta yep, tolong jangan salah faham..


p/s : kawan-kawan! sila jangan biarkan diri anda dikawal oleh cinta :)
p/ss : kak ain, harap kamu puas hati dengan post ni,hee~

Friday, March 18, 2011

pentas lakonan.


Dunia ni hanyalah pentas lakonan buat kita semua, tempat persinggahan sementara untuk menuju ke alam yang kekal abadi suatu hari nanti. Tertanya-tanya pada diri sudah aku bawa kan watak aku dengan baik kah selama ini? Ingin juga aku tanyakan pada kalian semua, sudah tahap layak menerima anugerah kah untuk watak yang kau bawakan selama ini? 

Jangan terlalu sibuk membandingkan diri dengan yang laen sebab Allah tu Maha Bijaksana, dia mencipta kita dengan pelbagai rupa. Kalau semua di dunia ni mendapat kebahagiaan sepanjang masa, nanti kita terleka. Sekali di landa bah, terus kita menggelabah. Kadangkala bila penat menjalani hidup, mula rasa dah tak mahu hidup. Eh Allah dah beri peluang, jangan lah pula dibuang. 

Bila aku kata kau tak tahu bersyukur, kau marah. Sedangkan memang itu dah lumrah. Dimulut kata Alhamdulillah, dalam hati eh kau dok menyumpah nyumpah? Astaghfirullahal'azim,sedarlah sedarlah.. Sebab itu aku kata, hidup ini hanya pentas semata. Bersabarlah.. Nanti bila kita dah tutup mata, tiba masa dibangkitkan semula masa tu baru kita tahu pentas dunia ni keseronokannya hanya sekejap cuma. Semoga ujian yang diterima di dunia mendapat penghargaan di alam sana, InsyaAllah :)

Tak guna kalau hanya merungut kenapa masa bukan 25jam sehari kalau kau sendiri yang tak tahu membahagi-bahagi.. (oh ini pesanan pada diri sendiri!)

* masih dalam mood role play >.< 

Wednesday, March 9, 2011

sebaik-baik perancang



Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam saya tewas. Tewas pada perasaan sendiri. Mungkin sudah lama menyimpan pelbagai perkara dalam hati hingga bila sudah penuh akhirnya terhambur semua keluar. Puas rasa, seperti segala beban sudah tiada (mana mungkin). Silap sendiri juga kerana terlalu berharap dengan manusia. Ada masa perlu berusaha sendiri juga,hee.. Nah akhirnya siap juga kerja saya yang satu itu Alhamdulillah. Oh yang laen masih ada menanti :)

Bila kerja dibuat guna usaha sendiri mungkin lebih puas ya? Puas gilee! (hiperbola cam biase) Salah atau betul itu belakang cerita yang penting ada usaha, sikit pun jadi le...

" sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan memberikannya 
jalan keluar dan akan mengurniakannya rezeki dari arah yang dia tidak jangkai "
(at-Talaq : 2-3)

Tuesday, March 8, 2011

sudah tiba masa

Bismillahirrahmanirrahim.


Baru lepas jalan-jalan dari 1 blog ke 1 blog. Macam-macam perkara berlari dan melompat di minda. Rasanya dah tiba masa buka semula post lama-lama, nak nilai semula diri. Sebelum ni terlupa, yang tahu asyik menambah ja. Sedangkan yang sedia ada mungkin masih tak selesai lagi,ish3.. Nak buat checklist dah berapa banyak perkara yang saya tulis, sudah saya laksanakan sendiri. Takut nanti di akhirat kelak diungkit semula semua, rupanya tak buat satu hape (erk!) mana tau kan.. Mari muhasabah diri :)


Kamu.. ya kamu yang baca ni dah buat belum?


** Sedang berperang dengan perasaan sendiri. Orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa. Habis tu nak ikut yang mana eh? Semoga Allah tunjukkan jalan >.<

Sunday, March 6, 2011

itu memang saya.


Lepas isya' tiba-tiba cik puan sony berbunyi dan saya terima mesej 
berbekalkan ayat di atas ini. Thanks Kak Ain :)

Bila kita cuba nak kuat, Allah uji kita sehingga kita lemah.
Bila kita menangis kerana tiada daya melawan, Allah suruh kita sabar.
Bila kita bersabar, Allah uji kita lagi.
Dan semakin itulah kita merintih mengadu yang kita tak mampu.
Tapi apa Allah kata?

"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah al-Imran : 200)

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Surah al-Baqarah : 286)

Ya dan sekarang saya semakin kuat dan tabah. Itulah saya >.<


saya mau suami macam ayah.

" Betul ni?? Kalau tak menganggu pelajaran angah takpelah " kata ayah sebaik saja saya menolak untuk mengikutnya pergi ke PC Fair pagi ini. Saya menolak sebab ayah mendapat undangan ke kenduri secara tiba-tiba disaat kami sudah pun menghampiri kereta untuk menuju ke Dewan Jubli Intan (tempat PC Fair diadakan).


Saya membalas dengan menerangkan apelah sangat bateri untuk Cik Acer ni, tak penting mana pun sebab chargernya masih boleh diguna sambil tersengih-sengih dengan harapan tidak mahu membuat ayah rasa bersalah. Akhirnya ayah mengalah dan meminta tolong saya menggosokkan baju Melayunya. Oh ayah...


Saya sangat sayang dan kasihkan ayah saya. Siapa tak sayang bapa sendiri kan? Setiap perkara yang bersangkutan dengan ayah pasti akan buat saya rasa saya lah anak yang paling beruntung di dunia ini sebab saya punya ayah macam ayah. Saya masih ingat semasa saya masih kecil, ayah seorang yang sangat tegas. Jika menonton televisyen di waktu Maghrib akan di tegur, jika melawan cakap ibu akan di marah, jika pulang lewat ke rumah akan di soal siasat. Pernah si adik perempuan di cili mulutnya kerana menyebut satu perkataan yang kurang sopan di hadapan kami oleh ayah (mungkin sebab itu bibir dia sampai la ni merah semacam,haha..) dan si adik lelaki di rotan kerana tidak mahu solat. 


Saya sebagai seorang kakak, biasanya yang akan menangis berlebih-lebihan sedangkan si mangsa tidaklah apa-apa sangat. Pabila ayah memarahi adik-adik, saya mulalah membebel di hadapan ibu meluahkan rasa tidak puas hati diatas segala tindak tanduk ayah. Bagi saya mereka masih kecil. Reaksi ibu? Ibu hanya diam tanpa suara. Sekarang setelah saya dewasa, baru saya faham apa itu "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Melihat anak-anak remaja sekarang yang entah-hape-hape perangainya buat saya bersyukur sangat-sangat dikurniakan seorang bapa seperti ayah sebagai pemimpin kami adik-beradik. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.. 


Ada 1 pesanan yang ayah akan selalu sebut tiap kali kami sekeluarga berkumpul. Ada along, angah, Yo, dan Afiq pasti ayah berkata begini " bila korang dah besar, ada yang lupa dekat ibu, melawan cakap ibu, kurang ajar dengan ibu, siaplah korang ayah sekeh sorang-sorang ". Bunyi macam kasar, tapi disebalik gurauan ayah tu tersirat satu peringatan agar jangan sekali-kali kami berani melupakan jasa ibu. Jasa ayah? ayah tak pernah sebut pun :')



“Dan antara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya)
bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya
kamu hidup bahagia dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri)
perasaan kasih sayang dan kasihan belas. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang
yang berfikir”. (Ar-Rum : 21)


Pada mata saya, ayah seorang suami yang hampir sempurna. Ibu sakit kepala, ayah tolong picitkan bukan menghulur panadol semata-mata. Ibu lenguh-lenguh badan melakukan kerja pejabat dan menguruskan hal-hal rumah, ayah akan ada disisi membantu memicit badan dan kaki. Tatkala ibu terpaksa meninggalkan rumah atas urusan 'bershopping' atau berkursus, ayah akan ada di dapur menyediakan makanan untuk mengisi perut agar kami tidak kurus. Menghampiri ulangtahun ibu, ayah sudah sibuk-sibuk bertanyakan hadiah apa yang sesuai untuk diberikan, adekah itu adekah ini.


Cintanya ayat terhadap ibu saya pasti hanya Allah yang tahu. Pernah sekali saya ke pejabat ayah bersama ibu dan adik-adik. Tiba-tiba ayah memanggil saya sambil menunjukkan pada skrin komputernya akan nama yang dia gunakan sebagai password. Nama siapa? pastinya nama si isteri tercinta. Waktu itu hanya Tuhan saja lah yang tahu perasaan saya. Sebak sekejap, kemudian galak ketawa sehingga ibu pun pelik dengan kami,haha..



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang baik terhadap kaum keluarganya dan
aku sebaik-baik orang terhadap keluargaku”.
(Riwayat At-Tirmizi)


Itu lah ayah. Ayah yang tak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa apetah lagi suami. Ayah yang saya bawa namanya di hujung nama saya ke mana-mana. Angah berjanji ayah, selagi jasad di kandung badan akan angah jaga ayah sebagaimana ayah menjaga angah dengan sebaik-baiknya. Angah sayaaaaaang ayah sangat-sangat-sangat. Andai ada salah silap ayahku di dunia ini Ya Allah, Kau ampunkanlah dosanya. Semoga Allah panjangkan usia ayah ♥ 



p/s : angah nak bakal suami nanti macam ayah~ erk boleh dapat ka agak-agak..
p/s lagi : owh harini bukan hari bapa, bukan juga hari ulangtahun ayah :)


Saturday, March 5, 2011

ni yang nak marah ni.

Bismillahirrahmanirrahim.


Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Lelaki itu bertanya "lagi?" Kemudian baginda mengulangi beberapi kali. “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari.


Saya tak suka marah-marah. Sebab saya tahu bila saya marah saya jadi letih dan hasilnya saya tidak dapat apa-apa. Hanyalah marah semata-mata. Tapi sekali saya marah itu bermakna saya memang dah tak boleh bersabar lagi dan biasanya apabila ini berlaku saya akan menangis. Memalukann! 


Di zaman muda mudi dulu memang saya agak panas baran tapi semakin meningkat dewasanya saya (cewah!), saya sedar yang dengan memarahi seseorang ia takkan dapat menyelesaikan masalah. Bertambah sakit hati adelah ataupun mungkin semakin menambahkan masalah yang sedia ada. Makanya saya mula belajar meninggalkan sifat suka-marah-tak-tentu-pasal secara beransur-ansur.


Nak hilangkan terus sifat tu memang sukar sebab tu kena berusaha kuat, jangan mengharapkan orang akan memahami kita setiap masa. (Ya qila ingat kau ja yang boleh marah?) Perlu ingat, ada masa manusia ni boleh bertolak-ansur tapi bila asyik sebelah pihak ja yang kena mengalah, dia akan mula bengang dan dia akan mula marah-marah. Betul tak?hee..


Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”.


Apa yang saya cuba nak sampaikan dari post yang simple mimple nih sebenarnya adelah sila jangan buat saya marah. Bantulah saya mengikis sifat buruk nan satu itu oke :) Tu je. Sekian....


p/s : ade sesiapa pernah kena marah dengan saya ka? I'm sorrrryy~


saya tak garang aih, saya cuma tegas aje >.<


Friday, March 4, 2011

sungguh tak disangka

(gambar langsung tiada kaitan dengan post kali ni,hee..)

Sekarang ramai aku perhatikan
depan kata laen, belakang kata laen..
Nak tunjuk kau saja yang terbaek sedangkan itu terbalik.
Depan kata kawan, belakang rupanya lawan!
Wah semua pun nak pakai topeng,haih..
Opss walaupun bukan aku yang mangsa (mungkin?) 
Tapi ingatlah Allah tu Maha Adil, dah lupa ke...

1 perkara ja aku nak tanya, kau punya topeng juga? :)

Wednesday, March 2, 2011

tak cukup 5 waktu?


Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud :
Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

p/s : sedih bila terdengar cerita masih ada mereka mereka yang tidak melaksanakan solat padahal umur sudah layak jadi emak/bapak orang. macamana nak bina keluarga kalau diri sendiri pun tak terbina lagi? malu la sikit ehh.. *bersama kita muhasabah diri*

Tuesday, March 1, 2011

Tenanglah wahai hati

Bismillahirrahmanirrahim.


Hati tak tenang? Cara terbaek minta maaf kat orang kot la ada buat salah walaupun benda tu hanya salah faham kot. Nampak macam taklah salah sangat tapi ia tetap salah. Kalau betul salah kita, kenapa sukar meminta maaf? Ego lah tu kalau tak mahu juga..


Firman Allah:
 “Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” 
(Al Fath : ayat 4)


Hari ni ja dah mintak maaf kat 3 orang. Kalau la kamu kamu terbaca post ni harap memang takde sebarang kesan yang tertinggal kat hati yep. Sangat-sangat berharap maaf diterima dengan ikhlas sebab rasa tak tenang hati kalau ada tindakan luar sedar saya (semalam/tadi) telah mengguris hati sesiapa :')


Tak jumpa juga ketenangan hati yang dicari? baca : disini 


Ungkapan maaf memang hanya memerlukan beberapa saat untuk dilafazkan tapi memerlukan seribu kekuatan untuk dinyatakan. Betul tak?


p/s : pesan ayah, bila rasa nak marah cepat-cepat ambil wudhu' pergi solat dan mengaji sebab masa tu syaitan tengah simbah api kat kita  >.<