Saya membalas dengan menerangkan apelah sangat bateri untuk Cik Acer ni, tak penting mana pun sebab chargernya masih boleh diguna sambil tersengih-sengih dengan harapan tidak mahu membuat ayah rasa bersalah. Akhirnya ayah mengalah dan meminta tolong saya menggosokkan baju Melayunya. Oh ayah...
Saya sangat sayang dan kasihkan ayah saya. Siapa tak sayang bapa sendiri kan? Setiap perkara yang bersangkutan dengan ayah pasti akan buat saya rasa saya lah anak yang paling beruntung di dunia ini sebab saya punya ayah macam ayah. Saya masih ingat semasa saya masih kecil, ayah seorang yang sangat tegas. Jika menonton televisyen di waktu Maghrib akan di tegur, jika melawan cakap ibu akan di marah, jika pulang lewat ke rumah akan di soal siasat. Pernah si adik perempuan di cili mulutnya kerana menyebut satu perkataan yang kurang sopan di hadapan kami oleh ayah (mungkin sebab itu bibir dia sampai la ni merah semacam,haha..) dan si adik lelaki di rotan kerana tidak mahu solat.
Saya sebagai seorang kakak, biasanya yang akan menangis berlebih-lebihan sedangkan si mangsa tidaklah apa-apa sangat. Pabila ayah memarahi adik-adik, saya mulalah membebel di hadapan ibu meluahkan rasa tidak puas hati diatas segala tindak tanduk ayah. Bagi saya mereka masih kecil. Reaksi ibu? Ibu hanya diam tanpa suara. Sekarang setelah saya dewasa, baru saya faham apa itu "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Melihat anak-anak remaja sekarang yang entah-hape-hape perangainya buat saya bersyukur sangat-sangat dikurniakan seorang bapa seperti ayah sebagai pemimpin kami adik-beradik. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..
Ada 1 pesanan yang ayah akan selalu sebut tiap kali kami sekeluarga berkumpul. Ada along, angah, Yo, dan Afiq pasti ayah berkata begini " bila korang dah besar, ada yang lupa dekat ibu, melawan cakap ibu, kurang ajar dengan ibu, siaplah korang ayah sekeh sorang-sorang ". Bunyi macam kasar, tapi disebalik gurauan ayah tu tersirat satu peringatan agar jangan sekali-kali kami berani melupakan jasa ibu. Jasa ayah? ayah tak pernah sebut pun :')
“Dan antara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya)
bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya
kamu hidup bahagia dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri)
perasaan kasih sayang dan kasihan belas. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang
yang berfikir”. (Ar-Rum : 21)
Pada mata saya, ayah seorang suami yang hampir sempurna. Ibu sakit kepala, ayah tolong picitkan bukan menghulur panadol semata-mata. Ibu lenguh-lenguh badan melakukan kerja pejabat dan menguruskan hal-hal rumah, ayah akan ada disisi membantu memicit badan dan kaki. Tatkala ibu terpaksa meninggalkan rumah atas urusan 'bershopping' atau berkursus, ayah akan ada di dapur menyediakan makanan untuk mengisi perut agar kami tidak kurus. Menghampiri ulangtahun ibu, ayah sudah sibuk-sibuk bertanyakan hadiah apa yang sesuai untuk diberikan, adekah itu adekah ini.
Cintanya ayat terhadap ibu saya pasti hanya Allah yang tahu. Pernah sekali saya ke pejabat ayah bersama ibu dan adik-adik. Tiba-tiba ayah memanggil saya sambil menunjukkan pada skrin komputernya akan nama yang dia gunakan sebagai password. Nama siapa? pastinya nama si isteri tercinta. Waktu itu hanya Tuhan saja lah yang tahu perasaan saya. Sebak sekejap, kemudian galak ketawa sehingga ibu pun pelik dengan kami,haha..
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang baik terhadap kaum keluarganya dan
aku sebaik-baik orang terhadap keluargaku”.
(Riwayat At-Tirmizi)
Itu lah ayah. Ayah yang tak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa apetah lagi suami. Ayah yang saya bawa namanya di hujung nama saya ke mana-mana. Angah berjanji ayah, selagi jasad di kandung badan akan angah jaga ayah sebagaimana ayah menjaga angah dengan sebaik-baiknya. Angah sayaaaaaang ayah sangat-sangat-sangat. Andai ada salah silap ayahku di dunia ini Ya Allah, Kau ampunkanlah dosanya. Semoga Allah panjangkan usia ayah ♥
p/s lagi : owh harini bukan hari bapa, bukan juga hari ulangtahun ayah :)
No comments:
Post a Comment