pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan : 1 hari lagi

Bismillahirrahmanirrahim.


Ramadhan bakal menjelang, tinggal 1 hari lagi. 1 hari saja lagi ! Pasti ramai yang teruja. Rata-rata blog yang saya singgah semuanya bercerita tentang Ramadhan, Alhamdulillah..


Apa itu Ramadhan? Mengapa perlu berpusa? Andai di tanyakan kepada kanak-kanak berusia 5 tahun jawapannya mungkin " bulan puasa laa, kena puasa sebab mak ayah suruh kalau tak puasa nanti tak dapat duet raya " Hmm budak-budak.. Kita dulu macam ni jugak kot,hehe..


Kalau jawapan dari mereka yang berilmu pastinya " bulan Ramadhan adalah bulan untuk melatih diri menahan rasa lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari "


Tapi mengikut skema jawapan yang disampaikan melalui wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai Ramadhan dan mengapa kita perlu berpuasa adalah 


" Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu bepuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa " 
(Al Baqarah ayat 183)

Agar kita bertaqwa. Ya bertaqwa dan dinyatakan juga disitu wahai orang-orang yang beriman. Adakah kita golongan itu? Tepuk dada tanya saja iman kita...


Disini suka saya kongsikan 4 perkara yang perlu kita jaga sepanjang menjalani ibadah di bulan yang mulia ini *sepanjang hidup sebenarnya*



Andai dulu matamu suka melihat perkara-perkara yang tidak baek maka 'tutuplah' ia..


Bila di bazar Ramadhan, mata yang sentiasa suka melihat perkara yang cantik dan menarik mendorong hati berniat untuk berbelanja. Maka berbelanjalah kamu seadanya. Jangan membazir..



Andai dulu mulutmu suka memperkatakan yang buruk-buruk mengenai seseorang maka 'tutuplah' ia..


Bila bersama rakan-rakan, mulut yang sungguh aktif berkata-kata mendorong hati untuk menyampaikan cerita. Maka berceritalah kamu perkara-perkara yang memberikan faedah. Laksanakan lah usrah dan basahi lidahmu dengan zikir dan membaca al Quran..



Andai dulu telingamu suka mendengar perkara yang sia-sia maka 'tutuplah' ia..


Bila berada di tempat orang ramai, telinga sentiasa berminat mendengar apa yang diperkatakan mendorong hati memberi anggapan buruk. Maka pasanglah telinga kamu mendengar ayat-ayat suci al Quran dan ceramah-ceramah agama..




Paling penting andai dulu hatimu sentiasa mengharapkan pujian dan pandangan hormat dari seseorang di atas segala ibadah dan kebaikan yang kamu lakukan, kali ini jagalah ia sebaek-baeknya, jauhi riak dalam ibadah kerana dengan terjaganya hati InsyaAllah terjaga juga diri sekaligus memperoleh redha Ilahi. Itu yang kita cari..


Ingat sahabatku, bersamalah kita berusaha menjaga mata,mulut,telinga dan hati kita...


Panjangnya usia seseorang itu hanya Dia yang tahu. Mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir. Andai ini Ramadhan kita yang terakhir, apa yang sepatutnya kita lakukan? Renung-renungkan, laksanakan lah sesuatu selagi masih punya masa...


Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak diucapkan buat semua pembaca. Maaf dipinta seandainya di sepanjang perkenalan kita mungkin ada salah dan silap yang telah saya lakukan. Diharap ukhwah yang terjalin berkekalan selamanya. Juga diharap semoga Ramadhan kali ini membawa seribu satu perubahan buat kita. Pastinya perubahan yang baek ya :)


salam Ramadhan, salam rindu, salam ukhwah...


  رمضان مبارك 

Sunday, July 24, 2011

Resepi mee bandung untuk penyinggah blog setia.

Bismillahirrahmanirrahim.


Selalu ja akan ada orang bertanya pada saya '' kalau kat Muar ni mee bandung kat mana yang sedap eh? Oih Qila belanjaa la makan mee bandung muo teringin nak rasa. Eh Qila tahu masak mee bandung tak? '' Haaa soalan terakhir tu agak mencabar la nak jawab tapi kat mana nak makan mee bandung yang sedap insyaAllah saya tahu kat mana. So sila laa datang Muar ya.


Tapi orang tua-tua ada berkata jangan mengaku yang awak tu orang Muo laa kalau tak reti masak mee ni. Erkk! Sama kes macam orang Melaka mesti terer masak asam pedas, orang N9 terer masak lemak cili api, orang Kelantan terer masak nasi kerabu, orang Terengganu terer masak nasi Dagang dan orang utara terer masak Laksa Utara. Yeke macamtu?


Tak salah kot tak tahu masak mee bandung sebab saya tak minat pon mee ni mungkin sebab guna mee kuning. Ada membe cakap '' eeee ruginya orang Muo tak suka mee bandung '' dan saya macam eh? Rugi eh? Haha.. Yelaa yelaa rugi~


Disebabkan tak nak hampakan harapan ibu dan ayah supaya saya belajar memasak dah alang alang ada kat rumah ni kan makanya saya mengambil keputusan untuk belajar la masak mee kebanggaan orang Muo ni. Ingat macam leceh tapi bila buat laaa senang jek. Antara rajin atau tak ja nak memasak ni semua sebenarnya ye tak? Ehem-ehem...


Bahan-bahannya tak banyak mana dan tak susah nak didapati pun. Apa yang anda perlukan hanyalah :

  • mee kuning
  • sayur sawi
  • daging yang telah dipotong halus
  • telur
  • tauhu dan dan yang paling penting sekali ialah
  • perencah mee bandung. Kalau takde benda ni taklah masakan tu dipanggil Mee Bandung. Mungkin akan jadi Mee Goreng saje.



Cara-cara memasaknya :

1. Masukkan perencah mee bandung ke dalam air rebusan daging.
2. Biarkan sehingga mendidih kemudian masukkan tauhu yang telah digoreng, daging yang telah dihiris, pecahkan telur dan biarkan seketika.
3. Setelah kuah mee bandung itu masak, masukkan sawi dan biar sehingga mendidih.
4. Seterusnya masukkan mee kuning yang telah dicelurkan dalam air panas.
5. Oke sedia untuk dihidangkan. Nak lagi best anda boleh tambah bawang goreng.

Ni resepi yang tercatat kat pek perencah tu tapi masa masak nak tambah bahan ikut suka pon boleh,hehe.. Macam saya yang tak reti makan tauhu ni, saya akan gantikannya dengan tempe. Sedap jugak, tak effect pun rasa asli mee bandung ni jangan risau.. 

Haaa simple sangat kan nak masak mee bandung? Siapa yang tak reti masak pon dah bolee ja nak masak dengan yakinnya sebab mudah. Perencah ni banyak laa orang Muo buat dan jual so anda kena pandai pilih. Jangan risau perencah ni bukan ada perasa tambahan yang melampau, juz bahan-bahan asas macam bawang,cili,udang kering dan perasa yang dibenarkan jaa..

Ingat nak tunjukkan hasilnya tapi belum sempat nak ambil gambar dah termasuk perut dulu,maaf la ye. Senang cerita anda masak sendiri jelaa lagi puas hati. Sesiapa nak beli perencah ni boleh la call Puan Hajah Zaiton di talian 06-9510740.. Oh saya tak kenal pun Hajah ni saja jaa bagi promote perencah beliau kat sini,hee.. Semoga murah lah rezeki dia ya,ameen~

Selamat mencuba ! Jemput makan..... Mulakan dengan basmalah ya kawan-kawan :)


Thursday, July 7, 2011

Rindu.

Alhamdulillah......
Bila tengok traffic, masih ada ye yang sudi singgah blog ni walaupun dah beberapa hari tak update. Harapnya bermanfaat. 8 jam dok menghadap pc menghalang niat nak update blog atau berfacebook. Saket mata @_@


Maaf ! InsyaAllah nanti curi masa buat post panjang-panjang untuk anda baca ye ;)


---> bajet ade orang nak baca,lalalala~


                 pelangi saya hilang, ada sesiapa jumpa dia? :')




Friday, July 1, 2011

kadang-kadang



kawan adalah segala-galanya bagi kita kan?


tapi maaf cakap, aku lebih suka dengan sahabat.

kerana aku kecewa 'kawan' hanya akan datang mencariku
saat dia bersedih, saat gembira mudah sangat dia lupa.


sahabat tidak begitu.


sahabat datang mencariku di saat aku bersedih dan membawa 
aku menikmati bersama kegembiraan yang sedang dirasainya.


oleh itu kawan, sila jangan jadi kacang oke.


nasib baek lah kita cuma kawan kan  :')