pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, August 28, 2011

berita sedih

Innalillahwainnailayhiraji'un. 


Berita kemalangan yang menimpa seorang rakan sekelas baru saya terima sebentar tadi menyentap hati ini. Akhir-akhir ini ada saja individu yang saya kenal terlibat dalam kemalangan. Masuk yang ni, ia berita kemalangan yang ke empat. Itu baru mereka mereka yang saya kenal. Yang saya tak kenal apetah lagi, berita kemalangan yang disiarkan di dada-dada akhbar seakan menjadi satu berita yang 'wajib' untuk dibaca. Membuatkan hati ini lebih sayu apabila semua ini berlaku saat Syawal semakin menghampiri.


Berita kehilangan insan tersayang juga turut saya terima dari dua kenalan yang berbeza. Seorang dari rakan sekolah yang kehilangan anak saudara perempuannya yang tersayang, anda boleh baca disini : klik dan seorang lagi dari rakan sepejabat yang kehilangan abang iparnya. 


Memang sukar nak melepaskan insan yang tersayang pergi dari dunia ni tapi Allah dah janjikan bila tiba ajal seseorang itu, tiada apa yang mampu menghalang. Saya pasti mereka yang terlalu awal pergi adalah kerana Allah lebih menyayangi dan bagi mereka yang Allah masih beri peluang untuk merasa nikmat hidup, ditinggalkan di dunia untuk Dia tengok sejauh mana kita kuat menghadapi ujian-ujian dariNya. Semua yang berlaku pasti, pasti ada hikmah. Kata-kata itulah yang saya pegang selama ni.


Akhir kata mohon sangat sangat doa dari kalian semua untuk rakan sekelas saya tadi dan seorang abang yang masih koma akibat kemalangan motorsikal supaya mereka selamat dan cepat sembuh. Tak lupa juga kepada roh anak saudara rakan sekolah saya dan abang ipar kepada rakan sepejabat saya agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


p/s : peluang kedua dariNya mungkin ada tapi ia belum pasti untuk kita, sekali dah dapat gunakanlah ia dengan sebaeknya~




Thursday, August 25, 2011

Ramadhan pergi dan kita?

Bismillahirrahmanirrahim.


Teman, bersediakah kau melepaskan Ramadhan untuk pergi? Tik tok tik tok.. Sudah banyak amalan yang kau laksanakan? Alhamdulillah.. Masih sedikit? Ayuh tambah dan tambah.. Tiada langsung?? Insaflah wahai teman.. Usah bazirkan masamu lagi. Cukuplah berseronok, cukuplah berhibur.. 


Alangkah ruginya kau andai tergolong dalam golongan orang yang berpuasa tetapi hanya sekadar mendapat rasa lapar dan dahaga..


Berlalunya Ramadhan nanti tidak bermakna segala amalan yang kita usahakan juga turut terhenti. Mari teruskan, beristiqamahlah wahai teman. Kita boleh !


Dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan. Usah lagi kau memberi alasan. Bolehkah kau memberi jaminan bahawa umurmu akan panjang dan berpeluang untuk berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang? Tidak !! Biar aku jawabkan..

Teman.. Menutup aurat bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja. Masihkah kau tidak sedar bahawa ianya satu kewajipan?

Teman.. Menjaga mulut dari berkata-kata yang tidak baek bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja tetapi sepanjang masa. Sudahkah kau lupa?

Teman.. Masjid bukan 'gereja' kerana gereja cuma penuh di hari Ahad. Kau lihat masjid, ia cuma penuh ketika berterawih dan juga hari Jumaat. Sebaiknya penuhilah masjid di setiap masa andai kau berkesempatan. Itu yang terbaek bukan?

Teman.. Mengawal diri dari melakukan perkara yang sia-sia bukan hanya di bulan Ramadhan, tetapi di setiap detik. Mengapa mudah sangat hati kita ini untuk syaitan jentik?

Teman.. Sejak bila amalan bersedekah hanya di bulan Ramadhan? Kau silap teman kerana kau boleh memberi pada bila-bila masa andai kau punya harta. 

Ingatlah wahai teman.. Jangan kau perhambakan diri pada Ramadhan kerana Ramadhan akan berlalu tetapi perhambakanlah dirimu pada Allah yang satu kerana Dia akan sentiasa kekal bersamamu. 

Secubit peringatan ini aku tulis khas untuk aku sendiri dan kau yang mudah lupa. Andai tersilap bicara, terguris di hati, ampun dan maaf aku ucapkan. Ya, sesungguhnya kebenaran itu memang pahit untuk kita telan  :')




Wednesday, August 24, 2011

On !

Bismillahirrahmanirrahim.

Renungan untuk diriku dan dirimu yang mudah lupa :')


Bila orang ajak kita bershopping, apa jawab kita? " on ! "
Tapi bila orang ajak kita berjemaah di masjid, apa jawab kita? " esok-esok la "

Bila orang ajak kita berkaraoke, apa jawab kita? " on ! "
Tapi bila orang ajak kita membaca al-quran, apa jawab kita? " esok-esok la "

Bila orang ajak kita pergi konsert k-pop, tengok wayang, apa jawab kita? " on ! "
Tapi bila orang ajak kita pergi dengar ceramah agama, apa jawab kita? " esok-esok la "

Bila tiba masa Izrail datang nak cabut nyawa, apa jawab kita " on ! " lagikah?
Entah-entah kita merayu " esok-esok la, tolong bagi peluang aku nak beramal "

Eh ingat boleh dapat??

p/s : sama-sama kita kurangkan hiburan, tingkatkan amalan~



Sunday, August 21, 2011

Fesyen raya kita?

Bismillahirrahmanirrahim.


*Senyum*


Entry kali ni saya taip sebab teringat dekat satu segmen yang saya dengar di radio membincangkan tajuk muslimah dan busana raya. Makanya saya nak share la dekat pembaca sekalian serba sedikit apa point yang saya dapat. Ingat nak share kat facebook ja tapi takde pulak rakaman tu. Tetiba teringat dekat blog yang dah dua minggu lebih puasa sebab tuan dia tak bagi makan *uhuk uhuk* ape lagi. Mari berceloteh...


Point pertama yang saya dapat, pastikan baju tak terlampau 'blink blink' kerana akan menarik perhatian orang untuk melihat kita. Lagi pula fesyen baju sekarang memang wajib ada labuci labuci ni (kalau beli siap la) takpun ada yang terlebih rajin sanggup pulak bersengkang mata 'qiam' jahit labuci kan so pastikan ia jangan terlampau sarat sangat sampai sebatu pun orang dah boleh tahu akan kehadiran anda..


Point kedua mengenai tudung/shawl/selendang/hijab atau apa saja lah gelarannya. Yang ni memang best kalau dibincangkan, sampai raya ke 3 pun belum tentu habis,hehe.. Memandangkan fesyen tudung sekarang dah macam-macam, makanya cara pakai pun dah pelbagai. Tak salah nak maen lilit lilit tu tapi pastikan menutupi dada dan tak over. Tersengih saya sorang-sorang bila ustazah tu sebut part bunga setongkol kat kepala,huhu.. Jangan jadi pokok bunga bergerak oke..


Point ketiga mengenai jubah/abaya. Yang sebetulnya kalau dah namanya jubah tak perlu la warna nak striking sangat macam shocking pink tu. Jubah yang sesuai biarlah berwarna gelap atau lembut, tak terlalu banyak corak dan kainnya bukan jenis yang melekat di badan. Ha part warna ni saya terasa, teringat lak dekat jubah oren belang saya yang satu tu. Membe saya tahu kot yang mana,hehe.. Pasni tak dapek la korang nak tengok den pakai laie jubah tu pi kelas, tak sesuwaai..


di mana letaknya kecantikan seorang muslimah ? 


Next !


Point seterusnya ustazah tu membincangkan tentang aurat kita ketika bersama saudara mara. Perkara ni kita selalu ambil mudah, pandang sebelah mata ja. Kita lupa nak jaga aurat saat bersama saudara mara lelaki. Masa kecik-kecik memang tak cara sangat, siap boleh bertepuk tampar kot susah la tetiba ja nak berubah ni nanti dorang fikir kita bajet bagus. 


Ya memang susah tapi kalau tak mula sekarang bila lagi kan? Even nak tidur pun kadang-kadang memaksa kita untuk bertudung. Ni antara part paling mencabar. Yela bila dah balik kampung bukan semua muat nak sumbat tidur dalam bilik. Lagi-lagi bilangan yang dah berkeluarga, yang ada anak kecil pun bertambah, faham-faham jela siapa yang lagi berhak dapat tidur dalam bilik kan. Redha jela..


Emm apelagi eh. Haa bagi baju yang fesyen tangan besar dan berjurai tu ustazah cakap tak payah la pakai masa nak pergi open house, takut tersapu lauk pauk ja,haha.. Oke part ni saya memang setuju sangat sangat. Nak bergaya pun tengok lah tempat. Lagi satu, mari sama-sama perbaiki semula niat sebenar kita menutup aurat. Adakah sebab Allah s.w.t suruh atau sebab nak berfesyen dan nak nampak cantik semata-mata?


Cukuplah sampai sini dulu celoteh saya. Pendek pulak kali ni, tak sangka maybe sebab dah lama tak bercerita. Tempo pun macam dah lari, tak best,adeh.. Ada sesiapa nak tambah? Silakan, jangan malu-malu kambeng...


Akhir kata dari saya salam 21 Ramadhan semua ! Semoga kita diberi peluang oleh Nya untuk berjumpa dengan malam lailatul qadr yang di nanti-nantikan,ameen~ Ayuh tingkatkan amal ibadah kita, patutnya dah masuk gear 4 ni :)


p/s : maaf andai post ni menganggu. Yelaa tetiba buat anda terfikir pasal raya ja kan padahal awal lagi kot,hee.. 




Saturday, August 6, 2011

wajib vs sunat

Bismillahirrahmanirrahim.


Sekadar perkongsian ringkas dan ringan tentang apa yang saya dengar dekat radio harini. Berkisar tentang persoalan seorang pendengar berkaitan amalan sunat di bulan puasa. Semoga mendapat sesuatu dari perkongsian ini, insyaAllah~


" kalau kita buat perkara wajib ja ustaz tapi sunat tak, macamana ye? "


Ustaz tu beri satu contoh. Katakan sebelum keluar rumah, mak ayah kita pesan kalau langit dah mendung nak hujan jangan lupa angkat kaen baju kat ampaian. Beberapa jam lepas tu mak ayah pun balik dan masa tu hujan dah pun turun. Dorang tengok kaen baju dah siap di angkat malah sudah siap dilipat dan digosok pun. Mak ayah mana yang tak gembira kan sebab dorang suruh angkat ja tak suruh lipat pun apetah lagi gosok. Alhamdulillah~


Maka apa yang boleh kita kaitkan dengan contoh yang diberi ialah arahan supaya mengangkat kaen baju tu boleh kalau nak disamakan dengan suruhan Allah supaya melaksanakan ibadah wajib. Manakala siap dilipat dan digosok tu pula sama macam ibadah sunat. 


Perkara wajib dah nama pun wajib maka tak boleh nak dipertikaikan lagi suruhan Allah tu tapi bila kita tambah dengan ibadah sunat yang laen, mesti Allah gembira kan? 


Bayangkan kalau sampai ja kat rumah mak ayah tengok kaen baju dah basah lencun kat ampaian, mesti dorang marah sebab awal-awal lagi dorang dah pesan suruh diangkat kalau hari nak hujan.


Sama macam Allah, bila kita tak buat apa yang disuruhNya mesti Dia marah. Pasti Dia kecewa punya hamba macam kita tapi bila kita ikut perintahNya kemudian ditambah pula dengan amalan extra mesti Dia sangat sangat gembira :)


So nak buat Allah gembira atau marah? Ce jawab.. Sebenarnya tak rugi ape-ape pun kan kalau buat amalan extra sebab Allah dah janji kalau perkara sunat kita laksanakan dengan ikhlas ganjarannya adalah pahala. Tapi kalau tak buat tak dapat la ape-ape, haa yang tu baru namanya rugi. Siapa yang rugi? Kita le...


Kesimpulannya kita nak rugi ka nak untung? Lagi mau tanya kaaan...




Monday, August 1, 2011

S.O.S



Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa?
Mengapa tiada lagi getaran di hati saat lidah melafazkan kalamullah.
Sekalipun sedang berusaha membaca dan memahami maknanya.
Sekalipun telah bermuhasabah diri.
Ya barangkali itu masih tak mencukupi.


Allahuakhbar~ !!!


Adakah petanda hati ini sudah 'mati' ?  T_T




Yang kita selalu tak sedar.

UPDATE !


Bismillahirrahmanirrahim. Salam 1 Ramadhan :)


Semalam saya mendapat 1 pesanan yang berbunyi " sempena Ramadhan ni jangan bersemangat di awal dan hujung bulan ja, tengah-tengah di biar kosong. " Em agak-agak anda faham tak maksudnya? 


Masa awal bulan tu mungkin ada di antara kita banyak melaksanakan amalan sunat. Saf solat terawih pun penuh, cukup 20 rakaat di tambah pula solat witir. 1 hari habes 1 juzuk al Quran dibaca beserta maknanya lagi. Bersedekah, berzikir. Alhamdulillah..


Di hujung bulan pula masing-masing mula mengejar rahmat dan keberkatan malam Lailatulqadr maka qiamullail tak pernah tinggal. Lagi sekali Alhamdulillah.. 


Sebaliknya di tengah bulan ada aje yang berlubang, sudah ada yang berkurang. Letih alasannya, sibuk jawapannya. Beginikah kita nanti? Harapnya tidaklah.. Memulakan mungkin mudah tapi nak mengekalkannya (istiqamah) adalah sesuatu yang mencabar, bukan?


Apa yang kurang sedap didengar bila ada yang berkata " alaa aku bukan tak nak pi terawih tapi masjid jauh. Alaa aku bukan tak nak mengaji tapi balik kerja da malam, mana sempat oih " 


Bukan ka orang kata kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tak berkesempatan ke masjid, buat saja di rumah. Tak perlu mengejar kuantiti solat terawih itu andai kualitinya tiada. Mengaji, bukan hanya di malam hari. Setiap kali lepas solat boleh juga, sama-sama kita cari masa untuk itu oke.



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermkasud :
" Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, 
maka diampuni dosanya yang telah lalu dan sekarang "
( hadith riwayat Bukhari & Muslim )


Ya sesungguhnya yang baek itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Sama-sama lah kita ambil masa untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri. InsyaAllah... 


Penuhi masa di bulan mulia ini dengan perkara-perkara yang berfaedah oke ;) 
Selamat beribadah !


p/s : thanks to cik pika atas teguran <3