pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan pergi dan kita?

Bismillahirrahmanirrahim.


Teman, bersediakah kau melepaskan Ramadhan untuk pergi? Tik tok tik tok.. Sudah banyak amalan yang kau laksanakan? Alhamdulillah.. Masih sedikit? Ayuh tambah dan tambah.. Tiada langsung?? Insaflah wahai teman.. Usah bazirkan masamu lagi. Cukuplah berseronok, cukuplah berhibur.. 


Alangkah ruginya kau andai tergolong dalam golongan orang yang berpuasa tetapi hanya sekadar mendapat rasa lapar dan dahaga..


Berlalunya Ramadhan nanti tidak bermakna segala amalan yang kita usahakan juga turut terhenti. Mari teruskan, beristiqamahlah wahai teman. Kita boleh !


Dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan. Usah lagi kau memberi alasan. Bolehkah kau memberi jaminan bahawa umurmu akan panjang dan berpeluang untuk berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang? Tidak !! Biar aku jawabkan..

Teman.. Menutup aurat bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja. Masihkah kau tidak sedar bahawa ianya satu kewajipan?

Teman.. Menjaga mulut dari berkata-kata yang tidak baek bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja tetapi sepanjang masa. Sudahkah kau lupa?

Teman.. Masjid bukan 'gereja' kerana gereja cuma penuh di hari Ahad. Kau lihat masjid, ia cuma penuh ketika berterawih dan juga hari Jumaat. Sebaiknya penuhilah masjid di setiap masa andai kau berkesempatan. Itu yang terbaek bukan?

Teman.. Mengawal diri dari melakukan perkara yang sia-sia bukan hanya di bulan Ramadhan, tetapi di setiap detik. Mengapa mudah sangat hati kita ini untuk syaitan jentik?

Teman.. Sejak bila amalan bersedekah hanya di bulan Ramadhan? Kau silap teman kerana kau boleh memberi pada bila-bila masa andai kau punya harta. 

Ingatlah wahai teman.. Jangan kau perhambakan diri pada Ramadhan kerana Ramadhan akan berlalu tetapi perhambakanlah dirimu pada Allah yang satu kerana Dia akan sentiasa kekal bersamamu. 

Secubit peringatan ini aku tulis khas untuk aku sendiri dan kau yang mudah lupa. Andai tersilap bicara, terguris di hati, ampun dan maaf aku ucapkan. Ya, sesungguhnya kebenaran itu memang pahit untuk kita telan  :')




4 comments:

Sumaiyyah said...

Thanks di atas peringatan, Cik Qila. Kadang2 amalan kita di bulan Ramadhan macam dah jadi habit. Buat sebab dah biasa buat. Jadi dah tak ada penghayatan.

Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih makna dan keberkatan dari Allah. Insya-Allah ;)

qila~ said...

wlcome! tu la pasal..peringatan ni mmg special terutamanya utk diri ni,huhu..

Ameen~ da malam terakhir ni kak ngah,sme2 kita lipat gndakan usaha :)

pmergian Ramadhan pasti dirindui, semoga Allah beri peluang kpd kita untuk bertemu dgn bulan mulia ni di tahun hadapan kn..

the Prayer for Allah ~ صلاة الله said...

comel gmbr..buat sndiri ye qila?

qila~ said...

a'ah..buat time xda keja kat ofis last week,hee..shhhhhh~