pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Saturday, August 6, 2011

wajib vs sunat

Bismillahirrahmanirrahim.


Sekadar perkongsian ringkas dan ringan tentang apa yang saya dengar dekat radio harini. Berkisar tentang persoalan seorang pendengar berkaitan amalan sunat di bulan puasa. Semoga mendapat sesuatu dari perkongsian ini, insyaAllah~


" kalau kita buat perkara wajib ja ustaz tapi sunat tak, macamana ye? "


Ustaz tu beri satu contoh. Katakan sebelum keluar rumah, mak ayah kita pesan kalau langit dah mendung nak hujan jangan lupa angkat kaen baju kat ampaian. Beberapa jam lepas tu mak ayah pun balik dan masa tu hujan dah pun turun. Dorang tengok kaen baju dah siap di angkat malah sudah siap dilipat dan digosok pun. Mak ayah mana yang tak gembira kan sebab dorang suruh angkat ja tak suruh lipat pun apetah lagi gosok. Alhamdulillah~


Maka apa yang boleh kita kaitkan dengan contoh yang diberi ialah arahan supaya mengangkat kaen baju tu boleh kalau nak disamakan dengan suruhan Allah supaya melaksanakan ibadah wajib. Manakala siap dilipat dan digosok tu pula sama macam ibadah sunat. 


Perkara wajib dah nama pun wajib maka tak boleh nak dipertikaikan lagi suruhan Allah tu tapi bila kita tambah dengan ibadah sunat yang laen, mesti Allah gembira kan? 


Bayangkan kalau sampai ja kat rumah mak ayah tengok kaen baju dah basah lencun kat ampaian, mesti dorang marah sebab awal-awal lagi dorang dah pesan suruh diangkat kalau hari nak hujan.


Sama macam Allah, bila kita tak buat apa yang disuruhNya mesti Dia marah. Pasti Dia kecewa punya hamba macam kita tapi bila kita ikut perintahNya kemudian ditambah pula dengan amalan extra mesti Dia sangat sangat gembira :)


So nak buat Allah gembira atau marah? Ce jawab.. Sebenarnya tak rugi ape-ape pun kan kalau buat amalan extra sebab Allah dah janji kalau perkara sunat kita laksanakan dengan ikhlas ganjarannya adalah pahala. Tapi kalau tak buat tak dapat la ape-ape, haa yang tu baru namanya rugi. Siapa yang rugi? Kita le...


Kesimpulannya kita nak rugi ka nak untung? Lagi mau tanya kaaan...




4 comments:

SumaiyyahAbidah said...

Hehe... menarik cerita ni, boleh guna dalam kelas klu budak2 tanya, thanks sebab kongsi! Selamat berpuasa ye...

shahniz said...

hehe..contoh nie bleh apply kan untuk pengisiaan..

selamat berpuasa-

Mohamadazhan.com said...

contoh mudah utk difahami, sunat pelangkap yang wajib...hehe, moga ramadhan meningkat kerajinan utk ibadah sunat =)

qila~ said...

sumaiyyaabidah : kak ngah !!! hehe.. sme2,ha da kongsi da ke? ape dorg ckp? selamat berpuasa jugak, da tinggal bpe ari ja ni kn,huhu..

shahniz : kaan.. selamat beribadah !

mohamadazhan.com : betul-betul-betul.. ameen~ sme2 la kita :)