pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Thursday, March 24, 2011

semua kerana cinta?

Bismillahirrahmanirrahim


Woish! Lama betul tak update blog, macam tak percaya adakah ini saya? Saya kah yang sedang menaip nih? hehe.. Oke maaf, terlebih sudah. Sebenarnya Encik Masa sangat mencemburui saya minggu ni. Padahal diri sendiri gagal mengurus masa dengan sebaiknya T_T


Dipendekkan cerita terus lah ye, malam Selasa haritu berpeluang menghadirkan diri dalam 'Talkshow Muhasabah Cinta' anjuran Jawatankuasa Penggerak Mahasiswa kampus saya. Yang lebih menariknya individu yang telah dijemput untuk membincangkan topik ini tak laen tak bukan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Ala ustaz cinta tu, tak kenal ka? Nah ni link blog beliau http://genta-rasa.com/ (cepat-cepat pi usha!)


Walaupun ada sedikit masalah di awal majlis tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ustaz pun siap pesan, ujian tu dari Allah. Kita tak berhak merungut lebih-lebih. Yep baek~ Satu ja saya nak cakap, masa sangat pendek. Tak cukup, banyak topik tak cover lagi (wah!). Saya tahu ustaz pun mesti frust dalam hati sebab jumlah yang datang sikit ja.. Tak penuh pun audi, tapi cuba jemput Super Junior datang, mesti full audi sampai kat tangga depan guard pun berderet orang beratur nak tengok. Ek?? 


Tapi takpe takpe. Ustaz sedapkan hati lagi, bilamana ustaz kata menghadiri majlis ilmu ibarat kita berada di taman-taman syurga dunia. Semoga dengan kehadiran kita semua dalam majlis tu Allah beri ganjaran untuk duduk di taman syurga milikNya di akhirat kelak, InsyaAllah. (senyum balik) Ustaz memang pandai ambil hati. Last-last saya sebagai warga kampus sendiri pulak yang malu, haruslah kan...


Kepada sesiapa yang tak berpeluang datang mungkin bukan rezeki kamu la. Meh sini, saya nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya dapat daripada talkshow tu, antaranya :


Love is a verb not a noun. Maka cinta itu adalah perbuatan (kata kerja). Cinta merupakan satu tanggungjawab, bukan untuk dipermainkan bukan untuk dipersiakan. Sebab tu kalau setakat cakap 'I love you' 'saya sayang kamu' itu semua belum cukup sempurna. Yang terbaik ialah 'saya nak bertanggungjawab ke atas diri kamu' baru betul. Woaa, bunyi macam besar dan berat kan? Dah nama pun tanggungjawab, kalau rasa belum bersedia nak pikul amanah, jangan sibuk nak bercinta. (Ingatkan diri sendiri juga) >.<




Kalau dah merana kerana cinta, lalai dan leka kerana cinta, sanggup buang emak buang saudara kerana cinta, malah sanggup terjun jambatan kerana cinta, cepat-cepat tanya balik pada diri. Inikah cinta? (dah macam lagu akim lak) Berbaloi ka berairmata darah semua sebab cinta? Dok sibuk 24jam tunggu panggilan atau sms, teringat terbayang-bayangkan si dia sampai leka tak ingat dunia, yang nampak hanya bunga-bunga cinta sampai tikar sejadah dah tolak tepi, al-quran berhabuk sekadar koleksi, berbaloi ka?? Aish, benda ni kalau ustaz tak bagitahu pun kita boleh fikir sendiri kan. Sebab tu kena ingat, jangan bertuhankan cinta. Cinta itu hanya alat, bukannya matlamat..


Bila kita selalu nampak yang kalau namanya cinta mestilah 'bercouple', bila bercinta haruslah berdua-dua kemana saja, bila bercinta mestilah berkongsi segala perkara, itu yang jadi masalah. Kita nampak cinta sebagai itu sahaja sedangkan cinta pada yang utama, Allah dan Rasulnya, kedua ibu bapa dan ahli keluarga juga adalah cinta. Memang Allah yang kurniakan rasa cinta, cinta tu tak salah tapi yang salah adalah orang yang bercinta. Masalah timbul bila diri tak tahu nak kawal nafsu dan tak tahu nak bahagi-bahagi cinta pada yang layak menerima saja. Eh tolong jangan biar diri dikawal oleh cinta, bila cinta pergi, mula rasa hidup sudah tak beerti, lebih baek mati. Jangan! Masih ramai yang menyayangi, itu pasti.. 


Allah sentiasa ada..


Satu point yang saya sangat suka bila ustaz beritahu yang proses mendidik anak bermula bukan dari dalam rahim lagi tapi bermula dari saat kita memilih pasangan kita sebenarnya. Makanya pilih lah pasangan yang baik-baik, InsyaAllah akan dapat menghasilkan keturunan yang baik-baik. Ingat, ikan yang anda dapat bergantung pada umpan yang anda berikan. Bila cinta dengan mendedahkan aurat, yang dapat pastinya buaya darat. Bila cinta ditawarkan dengan duit, pastinya dapat si pisau cukur. So buatlah pilihan yang bijak.. Perlu ingat juga setiap larangan dari Allah itu pasti ada sebabnya, ibarat lampu isyarat ia bukanlah sebagai sekatan tapi sebagai satu kawalan. 


Sebenarnya banyak lagi yang ustaz kongsikan, sebab tu rugi kalau tak pergi haritu,hehe.. Saya nak berkongsi semuanya saya tak larat, tapi kesimpulan yang boleh diambil dari talkshow ni ialah peraturan cinta Allah ada 3. Pertama, dasarnya cinta itu mesti cinta kerana Allah. Kedua, cinta pada yang lain mestilah tidak mengatasi cinta kepada Allah dan yang ketiga, bercintalah mengikut syariatNya. Oke cukuplah setakat ni, nanti ada masa insyaAllah update lagi. Semoga perkongsian kali ni sedikit sebanyak memberi manfaat pada diri..


semua kerana cinta yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa, merawat duka, damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang, begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan..

(lirik kerana cinta by inteam&mestica)


* harap  sangat post kali ni tak mengundang kontroversi lagi, saya BUKAN menggalakkan orang bercinta yep, tolong jangan salah faham..


p/s : kawan-kawan! sila jangan biarkan diri anda dikawal oleh cinta :)
p/ss : kak ain, harap kamu puas hati dengan post ni,hee~