"Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." kata Aisyah r.a.
"Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?" katanya lagi.
"Siapakah yang ada di muka pintu itu?" tanya Rasulullah.
"Seorang lelaki memanggilmu. Saya katakan kepadanya bahawa kamu dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." jawab Aisyah r.a.
"Tahukah kamu siapakah dia?" tanya Rasulullah lagi.
"Tidak wahai ayahanda ku."
"Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.
"Masuklah, wahai Malaikat Maut."
Masih ingatkah anda tentang kisah ini? Kisah disaat kedatangan Izrail untuk mencabut nyawa kekasih Allah. Berjuta kali membaca atau mendengar kisah ini, setiap kali itulah airmata mula bergenang. Istimewanya Nabi Muhammad s.a.w sehingga malaikat yang mencabut nyawa datang dengan cara begitu untuk mencabut nyawanya.
Bagaimana pula kita nanti? Adakah Izrail akan datang dengan sebegini cara untuk mencabut nyawa? Wallahualam tapi saya rasa tidak. Bila kita akan mati kita tidak tahu. Apa agaknya yang kita akan lakukan sekarang jika kita tahu bila tarikh kita mati? Pasti kita tidak lagi membuang masa keluar bersuka ria, pasti kita rasa takut untuk membuat dosa kerana ia adalah masa untuk mengumpul seberapa banyak pahala. Tapi mungkinkah jika kita mengetahui bila tarikh kita mati, kita akan mula bersedia hanya disaat-saat akhir. Seperti seorang pelajar yang sibuk menyiapkan assignment disaat dateline semakin menghampiri. Begitukah?
masa semakin suntuk
Sungguh setiap sesuatu yang Allah jadikan itu pasti ada hikmahnya. Disebabkan kematian itu tergolong diantara perkara-perkara ghaib iaitu perkara yang tidak kita ketahui bila makanya kita harus sentiasa dalam keadaan bersedia. Itulah hikmahnya. Tapi kita manusia biasanya lambat untuk bersedia. Kita lebih suka kata nanti, nanti dan nanti.
Saya ambil satu contoh yang simple, hmm seperti anda tahu ada polis yang menjalankan sekatan jalan raya tidak jauh dari tempat anda berada sekarang kerana kenderaan yang datang dari arah bertentangan menggunakan lampu depan mereka memberi isyarat tanda bersedia. Maka dari kelajuan 110km/j anda mula memperlahankan kenderaan sehingga 90km/j, dari tidak memakai tali pinggang keledar tangan anda sudah mula menariknya. Akhirnya anda terselamat dari di saman. Mengapa? Sebab anda telah diberitahu. Anda telah bersedia. Anda sempat untuk bersedia.
hidup untuk memberi
Tetapi ini tidak akan berlaku apabila ia melibatkan nyawa. Kita perlu sentiasa bersedia. Tiada istilah nanti. Tiada siapa yang akan datang ketuk pintu rumah anda beritahu yang anda akan mati esok maka bersedialah. Tiada. Apa perasaan anda bila anda tahu tarikh mati anda? Apa yang anda ingin lakukan jika anda tahu hanya tinggal 1 hari saja lagi untuk anda hidup? Tidak dapat digambar dengan kata-kata pastinya. Sebenarnya saya terfikir untuk menaip post ini dan bertanyakan ini semua setelah menonton program Imam Muda (IM) baru tadi.
Temanya pada minggu ini sangat menarik kerana peserta IM diminta untuk berjumpa dengan banduan yang berada di bilik terakhir iaitu di peringkat menunggu hukuman mati dilaksanakan ke atas mereka. Apa yang menyedihkan ialah mereka tahu bila tarikh mereka akan mati tetapi tiada apa yang mampu dilakukan seperti menghabiskan masa dengan keluarga tercinta ataupun melaksanakan segala impian yang selama ini dicitakan semata-mata kerana mereka berada didalam penjara. Maka apa yang boleh mereka lakukan hanyalah beribadat dan bertaubat memohon keampunan diatas segala dosa yang telah mereka lakukan. Ya selagi mereka masih punya masa untuk bersedia.
Soalan terakhir yang ingin saya tanyakan kepada anda para pembaca
sudahkah anda bersedia?
sudahkah AKU bersedia??
" Dan peliharalah dirimu daripada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiayai "
(Al-Baqarah : 281)
(Al-Baqarah : 281)
p/s : bakal muncul program Ustazah Pilihan. erk tak perlu kot. entahlaa...
No comments:
Post a Comment