pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Tuesday, June 14, 2011

Cantiklah seadanya.

Bismillahirrahmanirrahim.


Sekadar perkongsian ringkas. Apa yang anda nampak apabila anda berdiri dihadapan cermin? Diri sendiri, ya itu jawapannya. Cermin dan wanita tak dapat dipisahkan, ibarat isi dan kuku mungkin. Siapa rasa diri dia wanita tapi dia tak pernah ada cermin even cermin tu sekadar cermin di compact powder ataupun pada pengorek pensil, angkat tangan. Eh ada? Oke sila jangan menipu..


Setiap kali nak keluar rumah mesti anda akan tengok cermin kan? Untuk wanita muslimah nak pakai tudung mestilah tengok cermin takut herot berot pulak rupa dia kalau maen sarung ja. Tak kesah la anda sesimple mana pun orangnya (ehem-ehem), pasti nak jugaak tengok cermin. Kan kan? Dah faham sangat dah,hehe..


Boleh timbul dua persoalan yang berbeza apabila seseorang wanita itu melihat akan dirinya di cermin.


1. Adakah penampilan aku sudah cukup cantik? Mana lah tahu akan terjumpa 'sesiapa' masa kat luar nanti.


atau


2. Adakah aku sudah menutup aurat ku dengan sempurna? Menutup aurat ya, bukan 'membaluti' aurat.


Jadi yang mana satu kah yang anda selalu tanyakan pada diri anda? Tepuk dada tanya iman kita. Muhasabah diri semula, adakah aku berpakaian dan bersolek sebegini untuk menarik minat kaum lelaki untuk melihat ku? Adakah aku menutup aurat sebegini rapi supaya mereka yang melihat kagum dengan ku? Atau adakah aku menutup dan menjaga auratku kerana Tuhanku yang berkehendakkan aku begitu? Fikir-fikirkan...


seindah hiasan adalah wanita solehah


Dulu bila pakai 'cincai' masa nak keluar, ada yang akan bertanya "pakai macam tu ja?" Nak sedapkan hati saya akan cakap "alaa,bukan ada sesiapa pun nak tengok aku." Astaghfirullah, saya tersilap. Sepatutnya "alaa pakai cantik-cantik bukan nak tunjuk kat sesiapa pun." Itu yang sebaiknya,kan? Perbaiki niat,hee..


Jangan salah faham ya. Bukan nak jeles dengan orang cantik ni, takda maknanya. Cantik tu kan subjektif. Masing-masing punya kecantikan tersendiri. Semua yang Allah s.w.t cipta semua pun cantik. Ha awak, awak yang baca ni pun cantik jugak *oke jangan bangga sangat baru puji sikit kot* 


Tapi beragak lah, jangan terlalu over melukis dimuka ;p Kecantikan sebenar seseorang bukan terletak semata-mata pada wajah dan pakaiannya tetapi juga perlu diambil kira pada ketaatannya kepada agama dan budi bahasanya yang bagaimana. Jangan rasa merendah diri tak tentu pasal nak kata diri tu tak cantik. Sepatutnya bersyukur sebab orang cantik ni lebih banyak ujian dia. Tak faham? Tak pe.. Ada yang faham? Tolong terangkan sikit,mekasih..


Cukuplah setakat ini dulu, saja nak berkongsi pasal ni sebab tengok dah ramai sangat orang terlampau obses dengan kecantikan dan dapat ilham nak tulis pasal ni dari sini : klik. Bersederhanalah ya, renung-renungkan dan selamat beramal~


Psssstt kawan, James Blunt ada pesan kat saya suruh bagitahu kat korang semua yang 
---> you're beautiful, you're beautiful, it's true ;)


3 comments:

Nazihah@Jiha said...

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu,
Membelek-belek tudung dan baju,
Bukan untuk cantik, bukan bimbang dipandang tidak menarik ,
Tapi demi memastikan syari’at Allah dilaksana dengan baik,
Kepuasan diri bukan utama, kepuasan Allah itu kerisauannya...:)

k a k L a m p said...

qila.. such a perfect advice for a daughter tau.. bagushh la qila nye ntry... ni siyess punye puji.. heheheh yang bab tutup aurat vs balut.. penting!! sgttt

qila~ said...

nazihah@jiha : alhamduillah,indahnya susun kata..kalau saya tak terzahir susuna yg begitu ;) sama-sama la kita ya..

kak lamp : alhamdulillah sgala puji milik DIA :) ya ssuai utk ank gadis,mak gadis pun patut take note,hehe..haaa bab balut tu mmg pnting sgt kan kan~