" Macam lah ibu tak tahu ada yang maen tipu tadi tu " kata ibu kepada saya seusai pulang dari menemaninya untuk satu acara penting yang diadakan oleh jabatan tempat ibu bekerja pada hari Sabtu yang lepas.
Apa yang dimaksudkan ibu sebagai menipu bilamana ada pekerja yang datang menandatangani sekali bagi pihak pekerja yang tidak datang. Mungkin sahabat baek barangkali. Oh tugas ibu pada hari itu adalah mengambil kehadiran para pekerja yang turut sama serta dalam acara tersebut.
Sedang ibu berada jauh dari tempat senarai kehadiran itu diletakkan, saya lihat dengan mata kepala saya sendiri seseorang yang boleh di kategorikan pangkat pakcik meninggalkan tandatangan melebihi dari satu. Helaian demi helaian diselaknya. Ingin saja memperli "banyak sungguh nama pakcik ek" tapi bila difikir-fikirkan balik saya diamkan saja. Tak berani.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan.
Sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang benar, diberkati padanya”
(hadis Riwayat Ahmad)
Di mana keberkatan rezeki yang kita perolehi sebenarnya? Susah payah dah bekerja tapi hanya sebab-sebab remeh macam ni terus rezeki tu jadi tak berkat. Sebab kita maen tipu. Macam familliar kes ni? Mestilah sebab zaman belajar dulu pun mungkin ada diantara kita pernah buat macam ni. Eh macam mana?
Yelaa malas nak datang kelas lepas tu mintak tolong membe baek tandatangankan. Erkkk.. Terasa? Maaf bukan anda ja terasa tapi saya pun. Pernah sekali minta tolong membe tandatangankan kehadiran. Bukan kehadiran kelas tapi kehadiran untuk 1 majlis yang saya rasa takde faedah pun pergi lebih baek balik kampung jumpa family. Ya itulah sekali, yang pertama dan terakhir takkan ada yang laen lagi.
So mulai sekarang mari lah kita fikir balik silap kita dimana. Muhasabah diri. Bagaimana nak dapat keberkatan kalau dalam seminggu 2-3 kali kita menipu? Mana nak datangnya berkat kalau diri sendiri tidak jujur? Jangan pura-pura bertanya mengapa hati masih tidak tenang sedangkan harta yang ada sudah banyak. Jangan keliru dengan diri sendiri kenapa masih tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki selama ini.
Itu adalah salah satu tanda bahawa rezeki yang kita dapat itu tidak mendapat keberkatan dariNya. Tanpa keberkatan ibarat seorang musafir yang kehausan di padang pasir menjumpai sebuah telaga. Diminumnya air telaga itu sehingga kering tetapi hausnya tidak hilang juga.
Setiap kali Allah timpakan ujian buat saya, saya tahu Allah sedang mengingatkan saya atas segala kekhilafan yang pernah saya lakukan pada masa-masa lalu :')
2 comments:
saya setuju! kadang2 perkara yang kelihatan kecil dibuat sambil lewa..tetapi punya kesan besar kepada keberkatan hidup dan keluarga...moga Allah lindungi dari perkara seumpama tu.
yup! yg kecil sbb dah t'biasa buat nampak mcm x salah.. itu masalahnya, sedangkan yang kecil2 ini lah pmbuka kpd yg besar.. ameen~
Post a Comment