pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Monday, June 20, 2011

Saya nampak pelangi !

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah tak sangka harini ada rezeki dapat tengok pelangi setelah sekian lama tak nampak. Cuma berdiri dan hayati keindahan itu sudah cukup buat kita teringat akan kebesaranNya kan kan.. 

So saya nak kongsikan la dengan korang semua apa yang sempat saya capture pagi tadi supaya kita boleh kagum sama-sama  >.<


Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari
Kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat
Puas kita menangis mencari di manakah matahari?



Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita 
PELANGI yang indah !


bukan satu tapi dua ! subhanallah~ :')


Teringat masa sekolah dulu cikgu sains ajar nak ingat warna-warna pelangi ada formula luar biasa dia iaitu Michael Jackson Kata Hidup Bujang Itu Untung. Woaa saya masih ingat laaa..

Michael - merah   Jackson - jingga   Kata - kuning   Hidup - hijau   
Bujang - biru   Itu - indigo   Untung - Ungu

Cikgu korang ajar macamana pulak? Btw betul ka hidup bujang itu untung, haaa sapa nak jawab nih,hehe..

7 comments:

k a k L a m p said...

qila pakai cam ape hahah lawo la... hikkk zaman skola2 dulo sokmmo buat acronym kan hhahah

shahniz said...

ehh..! adakah formula diats gabungan dari formula dari cikgu den nie..
1- Micheal Jackson Kena Halau Balik India Utara

2- Jika Mahu Kaya Harus Belajar Ingin Untung

Nazihah@Jiha said...

subhanallah, indah sungguh :)

zmn skolah,cg ajar gini:

(mak jual kacang hijau bagi intan untung) hihi :') ingat samapi skrg!

Silent said...

=) qila! 2 pelangi bawak bahagia. lepas hujan pelangi timbul.kitaran hidup kan?

qila~ said...

kak lamp : kmera fon sony ja ni kak,hehe..da mmg ciptaanNya tu cntik kn tu psl oke ja :)

shahniz : hah! bru teringat sbnanya bkn michael jackson tp mat jenin lor..

nazihah@jiha : indah kan,tenang ja tgk.. wah,tahniah! :)

silent@mizah : bahagia bahagia~ hehe.. yup,skjp ja pn dpt tgk kne tgu hujan lagi..

SumaiyyahAbidah said...

Subhanallah memang cantik! Rainbows are so pretty and magical...

Version saya 'Mat Jenin Ke Hutan Bawak Ikan Yu'. Yu = U. Tak logik tp yang ni yang ingat, hehe

qila~ said...

a'ah sgt3 cantik n nmpak sedap ;)

owh oke la tu jnji igt.. sme la ek kita gne mat jenin,hehe..