pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Tuesday, January 31, 2012

#6 : Sebarkan Cinta-Mu (mesti baca)

Bismillahirrahmanirrahim.

Dunia ini penjara. Tebal jeriji yang mengurung minda. Terlalu banyak persoalan yang mengelirukan. 
Sebarkan Cinta-Mu cuba menyebarkan kejernihannya.


Andainya anda mempunyai banyak persoalan yang mengelirukan terutamanya berkaitan wanita dalam Islam, ya novel ini mungkin mampu menjawab persoalan anda. Thanks a lot buat Cik Yo yang beli dan tinggalkan novel ni kat rumah sementara dia sedang gigih menuntut ilmu di matrik. Minggu ni dia exam, semoga kecemerlangan dunia akhirat menjadi milik dia, doakan ya..

Setakat yang saya baca ( oh yes masih lagi mengkaji ) persoalan mengenai poligami adalah yang paling banyak sekali disentuh dalam novel ini. Penting untuk kita mendapat pencerahan yang jelas mengenai ini. Apabila saya katakan 'kita' maknanya untuk kaum hawa dan adam terutamanya :) Ketahuilah anda anda semua, Islam amat melindungi hak wanita. 

Ada juga perkongsian mengenai poligami Nabi Muhammad s.a.w, siapa isteri-isteri baginda, sebab pernikahan, hikmah pernikahan, konflik rumah tangga dan tempoh pernikahan. Banyak lagi kisah dan peribadi Rasulullah s.a.w untuk kita baca dalam novel ni. Sekurang-kurangnya dapat mencambahkan lagi rasa cinta kita terhadap baginda <3  اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Persoalan lain yang disentuh adalah berkaitan ilmu faraid iaitu perihal pembahagian harta. Bila baca perkara ni secara tak langsung kenangan semasa darjah khas menerjah minda. Seronok belajar ilmu ni tapi nampaknya dah banyak yang saya lupa,huhu.. Selain itu bab hijab,jilbab dan khimar juga ada dibincangkan. Apa perbezaan di antara ketiga-tiganya? Anda perlu la baca ^^

Oh tak lupa juga bab jodoh dan cinta. Diantara memilih lelaki yang mahu berkahwin kerana mahu menegakkan agama atau lelaki yang mahu berkahwin kerana takut berzina, yang mana menjadi pilihan? Ehem. Jawapannya jelas ada pada persoalan itu sendiri. 

Andai kata anda adalah seorang yang dahagakan ilmu agama, seorang yang penuh dengan persoalan diminda berkaitan agama, suka mempertikaikan mengapa ini tak boleh mengapa itu tak boleh dalam Islam, apa tujuan hidup ini dan seorang yang lebih suka berfikir logik dan rasional dalam semua perkara. Ya novel ini harus anda miliki untuk menghuraikan sedikit sebanyak kekusutan anda. Saya serious !

Harganya tak mahal kot, cuma RM31. Sangat sangat sangat berbaloi untuk dimiliki. Lagipun perkongsian ilmu dalam novel ini tidak seformal buku-buku agama laen. Lebih dekat dengan diri dan rileks, yela sebab ia novel. Ada jalan cerita dan disetiap topik ada info tambahan. Susah nak terangkan camne tapi memang padat dengan ilmu la, inshaAllah..

Sila la ingat yang ilmu itu takkan datang sendiri kalau kita tak cari. Hidup di dunia hanyalah sementara, adakah kita telah bersedia dengan bekalan yang mencukupi untuk akhirat yang kekal selama-lamanya? Andai dunia yang kita kejarkan, dunia saja lah yang kita dapat tapi andai akhirat yang kita kejarkan, dunia dan akhirat inshaAllah kita dapat. Mana pilihan anda? Fikir-fikirkan... Selamat membaca :))

Senyum manusia itu hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria,
 namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.
*ini sinopsis yang terdapat di kulit belakang novel oke*

[qilaamin]
310112
11:19

Friday, January 27, 2012

#5 : Demi masa depan yang cerah


Berborak sebentar di mukabuku dengan 2 insan yang berbeza mengenai 
1 perkara yang sama dari sudut pandang yang berlainan.
Tentang masa depan. Mengenai keperluan ilmu agama dan keperluan dunia.

Banyak nak kena improve.
" sikit-sikit lah kan, janji istiqamah "

Banyak nak kena kumpul.
" dah 23 bukan masa untuk maen-maen "

Bila dah sibuk *kononnye*
maka blog ni pun terabai.
Blog itu pun terabai
Blog itu lagi laa terabai.

Maaf

Kepada yang rajin singgah, menyinggah, tersinggah ke blog ni, bohut bohut syukria saya ucapkan. Nanti akan update tentang pocket calculator (seperti dalam gambar diatas) ya. Kepada sesiapa yang nak tau dimana korang patut invest duet korang untuk jangka masa panjang dan memberikan pulangan yang insyaAllah best, korang harus baca entry tu nanti tapi entah bila akan saya publish, saya tak boleh janji. Tunggu aje lah, as-sabarul minal iman ^^

Iman memberikan semangat bagi menghadapi masa kini dengan penuh percaya diri
 dan masa hadapan dengan penuh harapan - unknown

[qilaamin]
270112
01:08

Friday, January 20, 2012

#4 : KL-Sandakan-KK part two

" Nanti kamu cakap saja kamu naek Tung Ma " pesan pemandu yang menghantar kami dari airport ke terminal bas di KK untuk menaiki bas pula menuju ke Sandakan.

Paie, teman saya memang sudah tempah tiket dengan syarikat bas Tung Ma melalui telefon sebelum kami sampai lagi. Tidak di sangka ketibaan kami ke terminal bas tersebut menyebabkan pekerja di situ berasak-asak ingin merebut kami menjadi pelanggan mereka. Dalam hati saya mampu berkata, mungkin ini memang cara mereka bekerja.

Dalam perjalanan ke kaunter, kami masih lagi dikejar dan di tanya " mau ke mana dik? mau ke mana? uitm? ums? " Ah mereka menyangka yang kami adalah pelajar di negeri tersebut rupanya. Mungkin kerana pesanan pemandu tadi agar mejawab kami naek Tung Ma makanya teman-teman saya semuanya jawab begitu sambil bergegas jalan menuju ke kaunter.

Tiba-tiba saya di tanyakan soalan yang sama. " Mau ke mana dik? " oleh seorang lelaki di situ. Air mukanya yang bengis sambil rokok terkepit di jari membuatkan saya sedikit takut. Tapi apa hak saya untuk menilainya dengan sekali saja itupun melalui pandangan luaran maka dengan pantas saya jawab " kami mau ka Sandakan " Dia mengangguk. Saya senyum, lantas berlalu pergi. Selepas itu saya sedar yang kami tidak lagi di ekori.

Ya Allah, baru saya teringat ! Ya itu dia kesilapan kami. Kami tidak menjawab soalan yang mereka tanyakan. Mau ke mana dik? Mau ke mana? Bukannya naek bas apa dik? Naek bas apa? Lantas saya tersenyum berseorangan. Teman-teman laen sedang sibuk menguruskan tiket dan menyusun beg, mungkin mereka juga tidak perasan. Alahai... Sebab itulah Allah mengurniakan kita 2 telinga tetapi cuma 1 mulut. Untuk kita mendengar dahulu, baru bercakap ! Hehe.. Oke sila belajar dari pengalaman  :)


Pic sunset yang cantek untuk anda lihat ada disini : Sunset | Jesselton Point KK

[qilaamin]
200112
12:44

Tuesday, January 17, 2012

#3 : KL-Sandakan-KK part one

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah selamat sudah sampai ke rumah pagi tadi setelah bermalam di TBS semalaman ditemani cik Faizah memandangkan yang laen-laen dah pecut balik ke kampung halaman masing-masing malam tadi jugak. Terima kasih cik Faizah sayang !!! Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila  >.<

Menghilang untuk 1 minggu dari semenanjung dan kehidupan social network memang membuatkan diri berasa sedikit berbeza. Jari jemari seolah kaku untuk menari menaip cerita, maaf. Saya menghilangkan diri bukanlah jauh mana, sekadar ke sebuah negeri di bawah bayu. Allahuakhbar, pengalaman yang tak mungkin akan dapat saya lupakan sampai bila-bila. Bercuti bersama teman seperjuangan di universiti seramai 6 orang, termasuk saya. 

Memandangkan percutian kali ini mengambil masa yang agak lama dan jauh, ayah memang berat hati melepaskan saya pergi tetapi dengan izin Allah s.w.t alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Ya, redha ibu bapa adalah sangat penting oke untuk perkara-perkara macamni sebab redha Ilahi akan mengiringi andai redha mereka kita perolehi kan? Bersyukur sangat-sangat.


Banyak pengajaran yang saya dapat disepanjang percutian kali ini. Sangat-sangat-sangat banyak. Betul lah kata peribahasa, jauh perjalanan luas pemandangan. Dia membuka hati kami untuk melihat perkara yang selama ini kami pandang remeh. Contohnya seorang teman memberitahu betapa bersyukurnya dia memiliki kaki yang sihat, saat itu kakinya sudah mula membengkak akibat terseliuh. Dia kata lagi betapa bersyukurnya dia memiliki kesihatan yang baek, saat itu dirinya sudah mula dijangkiti selesema. Dia kata lagi betapa bersyukurnya dia memiliki jari tangan yang sempurna di saat terpandangkan seorang anak kecil yang tidak sempurna jarinya. 

Perjalanan 7jam menaiki bas dari Kota Kinabalu ke Sandakan di awal kedatangan kami memang menguji kesabaran memandangkan jalannya yang bersimpang siur (kalah Cameron Higlands) tetapi sangat bersyukur kerana Dia tidak mendatangkan rasa pening yang biasanya pasti akan saya alami tika berjalan jauh. Disaat menaiki kapal terbang begitu juga, saya tak mengalami sebarang sakit kepala. Juga saat menaiki bot untuk ke pulau-pulau, saya tidak mengalami sebarang mabuk laut. Saat itu tiada apa yang mampu saya katakan lagi melainkan Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Allah permudahkan lagi. 

Ya mungkin ada diantara anda merasakan yang saya terlalu membesar-besarkan perkara ini sedangkan ia tiada apa tapi andai anda adalah seorang yang mudah sakit kepala saat berjalan jauh atau ditimpa hujan walaupun sedikit seperti saya, anda akan faham mengapa saya rasa 'tidak sakit kepala' itu adalah satu nikmat yang sangat besar Dia telah beri pada saya :')

InsyaAllah akan update lagi tetapi mungkin sekadar dalam bentuk gambar yang saya dan teman-teman berjaya ambil disepanjang percutian kami kali ini. Tidak disini mungkin di blog yang satu lagi. Rajin-rajin la singgah ya,hehe.. Sangat berpuas hati dapat ambil gambar sunset,laut,awan yang cantek-cantek belaka. Nantikan.....


makanan terakhir yang singgah di perut pada jam 12tgh hari semalam
*true story*

[qilaamin]
170112
16:26

Friday, January 6, 2012

#2 : Teruskan mendaki





jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga
tetapi belajarlah untuk mendaki tangga tersebut  

berjaya setelah berusaha memang manis rasanya. 
sangat !  :)


[qilaamin]
060112
23:25

Wednesday, January 4, 2012

#1 : Rahsia kejayaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Lelaki tua itu saya lihat sibuk menyiapkan kerjanya. Dari satu proses ke proses yang lain dengan penuh sabar. Senyuman masih tidak lekang dari bibir. Dalam hati saya terdetik, alahai berapa ringgit sangatlah yang dia bakal dapat dengan hasil jualan 'produk' tu. Sedikit sayu bilamana mengenangkan dirinya yang sudah lanjut usia tetapi masih gigih berusaha bekerja bagi mencari sesuap nasi. Itu yang saya dapat saksikan di sebuah program tv (maaf tak ingat apa tajuknya) di ntv7 hujung minggu lalu. 

Saya memikirkan masih ada kah permintaan terhadap 'produk murah' itu dizaman kini dimana majoriti antara kita lebih mementingkan jenama daripada kualitinya. Ya kita percaya bahawa produk yang mahal pastinya berkualiti dan akan memberikan hasil yang bagus pada diri kita. Eh saya taip 'kita' rupanya :p Hakikatnya tak semua yang berjenama dan mahal (dah berjenama haruslah mahal) akan memberikan hasil yang terbaek untuk diri kita. Oke la sebelum saya membebel dengan lebih panjang lagi lebih baek saya tunjukkan saja apa 'produk' yang diusahakan oleh lelaki tua tersebut

ihsan incik google

Masih tak dapat tangkap apekah produk itu? Dah dah tak usah berteka-teki lagi. Itu lah dia bedak sejuk ! Mesti anda pun bersetuju dengan saya kan, berapa ramai antara kita masih memakai bedak sejuk? Confirm tak ramai. Sebab tu lah saya terfikir berapa ringgit agaknya yang lelaki tua itu peroleh dengan menjual bedak sejuk ni. Ya mungkin dia ada pelanggan tetap sebab tu perniagaan kecil dia ni masih bertahan. Alhamdulillah, semoga murah rezeki dia..  *cakap pasal bedak sejuk teringat arwah tok* :')

Apa yang menarik dan menyentuh hati yang ingin saya kongsikan sebenarnya adalah kata-kata yang disampaikan oleh host program tersebut di penghujung rancangan iaitu

" ...kita sentiasa memikirkan keputusan tetapi kita tidak belajar daripada setiap proses yang kita lalui untuk mendapatkan keputusan tersebut menyebabkan keputusan yang kita dapat walaupun hebat tapi ia tidak bermakna apa-apa maka keputusan itu hanyalah sia-sia belaka... "

Teringat cerita 3 Idiots,hee.. Diakui bahawa sejak dari kecil kita telah dilatih untuk mendapatkan keputusan yang bagus tak kira dalam apa jua perkara. Dapat 5A dalam upsr, anak ibu dah berjaya ! Tapi anak ibu tak cukup solat 5 waktu ibu cakap tak mengapa. Apekah? Kereta besar, rumah besar, gaji besar, bagi kita itulah lambang kejayaan. Cukupkah dengan perkara material membuktikan seseorang itu telah berjaya? Tidak jawapannya.

Ingin saya kongsikan satu kisah yang saya dengar di radio mengenai seorang anggota bomba yang memiliki anak yang ramai. Rumahnya tentulah di berek bomba, tidaklah sebesar mana tetapi dia tidak pernah mempunyai masalah kewangan sedangkan di zaman sekarang semua perkara memerlukan duit even nak masuk tandas pon kan. 

Apabila dilihat daripada kehidupan mereka, rupa-rupanya rahsia rezeki dia sekeluarga tidak pernah putus adalah mereka sekeluarga sentiasa melaksanakan solat berjemaah bersama di masjd. Allahuakhbar ! Kagum kan kan. Bagi saya itulah kejayaan yang sebenar-benarnya. Makna berjaya itu datang apabila kita berusaha untuk memastikan rezeki yang kita dapat adalah rezeki yang halal sekaligus berkat  :) 

Jom refresh semula surah al-Mu'minun yang bermaksud " [1] sesungguhnya berjayalah orang-orang beriman [2] iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya..... [9] dan mereka yang tetap memelihara solatnya.. " 

                                                       
[qilaamin]
040112
12:53