pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, November 1, 2009

pilihan terbaik,InsyaAllah~

untuk semester depan,saya perlu mengambil 1 lagi subjek tambahan iaitu bahasa ketiga..antara bahasa Mandarin dan bahasa Arab..sebenarnya banyak lagi pilihan bahasa yang ada di Uitm,tetapi hanya 2 sahaja yang ditawarkan di kampus saya..

setelah difikirkan kelebihan dan kekurangannya,saya tetap dengan pendirian saya untuk belajar bahasa Arab..tambahan pula semasa di sekolah agama dulu saya pernah mempelajarinya..Kadang2 timbul juga rasa cemburu melihat orang lain berbahasa Arab menyebabkan saya sangat excited untuk mempelajari bahasa ini..

ada juga dengar kata2 senior bahawasanya untuk semester 4,belajar bahasa Arab masih lagi mudah untuk score A,tetapi untuk semester seterusnya agak sukar..hmmm..tak mengapalah,nama pun belajar,dalam menuntut ilmu,mana ada yang mudah kan..penting sangatkah gred itu berbanding dengan ilmu yang bakal kita peroleh..??sedangkan adik saya yang belajar di sekolah menengah agama itu pun tidak pernah mengeluh kerana perlu belajar bahasa Arab,inikan pula saya kakaknya..

yang penting kita tahu apa yang kita mahu..di mana ada kemahuan disitu pasti ada jalan,InsyaAllah.. ^_^

untuk menguatkan lagi keputusan saya itu,saya telah membuat pencarian di internet mengenai kelebihan dan alasan mengapa perlu belajar bahasa Arab.. Inilah hasilnya :

1. Bahasa Arab merupakan sebahagian dari agama ini..Telah berkata Ibnu Taimiyah rahimahullah :

“ Merupakan sesuatu yang sudah diketahui bersama bahwasanya belajar dan mengajarkan bahasa Arab hukumnya fardhu kifayah ”

“ Sesungguhnya bahasa Arab merupakan sebahagian dari agama dan mengetahuinya wajib, kerana memahami Al-Qur’an dan sunnah adalah wajib.. Dan keduanya tidak dapat difahami kecuali dengan bahasa Arab dan apa yang suatu kewajiban itu tidak akan terwujud kecuali dengannya maka sesuatu itu menjadi wajib..”

Ibadah-ibadah baik solat, doa, membaca Qur’an serta banyak sekali syi’ar-syi’ar Islam akan dipenuhi dengan sempurna apabila mempelajari bahasa Arab..

2. Memahami bahasa Arab menjadikan kita selamat dari syubhat-syubhat dan bid’ah.. Imam Syafi’i rahimahullah berkata :

“ Tidaklah kebodohan dan perbezaan-perbezaan yang terjadi pada manusia (umat muslim) melainkan kerana mereka meninggalkan bahasa Arab dan mereka lebih memilih bahasa Aristoteles (bahasa orang barat)..” 

 “ Tak seorang pun akan mengetahui jelasnya ilmu-ilmu dalam Al Qur’an selama orang itu tidak mengetahui luasnya bahasa Arab, luasnya cakupannya, luasnya masalah dan tingkatannya dan barangsiapa memahaminya maka dia akan selamat dari terkena syubhat seperti yang terjadi pada orang-orang yang tidak memahaminya..”

3. Faham bahasa Arab adalah salah satu dari sebab-sebab kemudahan..

4. Bahasa Arab merupakan syi’ar Islam,sebahagian dari Islam dan bahasa Arab merupakan syi’ar yang paling besar yang dengannya menunjukkan kelebihan mereka..

5. Kuatnya bahasa Arab merupakan salah satu sebab kemuliaan Islam dan kaum muslimin.. Musthofa Shodiq Arrofi’ berkata :

“ Tidaklah bahasa suatu kaum itu rendah kecuali mereka akan direndahkan dan kemuliaannya tidaklah menjadikan kekuasaan itu pergi meninggalkan mereka.. Oleh kerana itu, penjajah asing mewajibkan (bahasa mereka untuk dipelajari) kepada kaum yang mereka jajah..”

6. Bahasa Arab merupakan saranan terkuat untuk mewujudkan persatuan / hubungan diantara umat muslim..Pada saat mereka bersemangat mengajarkan bahasa Arab dan mewujudkan pendekatannya kepada bahasa Arab, maka akan terwujud keseragaman pada zahirnya (iaitu dengan bahasanya) sehingga terwujud pula keseragaman di hati mereka, kerana mereka dapat memahami peradaban dan keyakinan beragama yang sama..

7. Pengajaran bahasa Arab merupakan saranan terpenting untuk mewujudkan peradaban Islam dan dengan bahasa akan mengangkat peradaban pemilik bahasa tersebut..

8. Bahasa Arab adalah bahasa yang digunakan oleh penghuni syurga..

9. Bahasa yang memiliki kosa kata terlengkap di dunia..

 Allah S.W.T berfirman dalam Surah Yusuf ayat 2 :

“Sesungguhnya Kami menurunkan al–Qur’an dalam bahasa Arab, agar kamu memahaminya.."

** semoga Allah mempermudahkan jalan dan melapangkan dada untuk saya mempelajari ilmuNya ini,amin...

3 comments:

ticnube said...

i.allah ..nko blja arab.. nnt tyme mati pon malaikat tnya dlm bahse arab.. the reason y aku amik arab.. but then dh blaja.. syrat tuk lulus and score A.. dat's it... nko bljo la btol2.. bia leh ckp arap.then ajo aku nnt..

LORD ZARA 札拉 said...

Oh, bestnya~

=]

qila~ said...

tic~ hehe,insyaAllah..nnt ku ajar kn..wah,bjet jer =P

lord zara~ agknye kot,excited nie,hehe..