pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Monday, November 16, 2009

tgk bleh,pcye..?? jgn~

~
sana sini org dok sibuk bercerita pasal cite 2o12..aku pun tidak terkecuali dan akhirnya semalam tercapai gak hasrat nk tgk cite nie..filem ini bukanlah mengenai hari kiamat krn still ada survivor di pnghujung cite..ia mengenai kehancuran bumi akibat daripada pemanasan dari dlm perut bumi, bencana alm,pelanggaran meteor dsb. [ x silap aku la coz aku x igt sgt,huhu..] aku terlalu leka dgn visual effect yg dihasilkan =P

bkn niat nak promote cite nukilan Yahudi Laknatullah nie tp skdar berkongsi ape yg aku rse ptot dikongsi..insaf juga bile tgk cite nie..itu baru cite rekaan,tak dpt bygkn kalo yang sbnrnya terjadi cmne,huhu..

anggaplah cite nie sekadar hiburan smata2 krn jika diambil serius mungkin ia akan m'pengaruhi minda skaligus m'buatkan kita takut dengan kehancuran dunia..Nauzubillah..tiada apa yang perlu kita takutkn melainkan pada Allah Tuhan sekalian alam itu sendiri..

lebih teruk lagi jika kita percaya bhwa hari kiamat akan berlaku pada 21.12.2o12..Adalah haram hukumnya bagi kita sbg umat Islam untuk mempercayai bahawa 2o12 atau tarikh2 lain (walaupun dengan kiraan kalendar2 Islam) sebagai penamat dunia.. Sedangkan kekasih Allah sendiri, Nabi Muhammad s.a.w pun x tahu bila hari kiamat, inikan pula kita yang tiba2 berlaku syirik kerana ingin mengandaikannya tarikhnya..

Dari Khuzaifah r.a.,dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya:

Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga dunia dikuasai oleh Luka’ bin Luka‘ (orang yang tidak tahu asal-keturunannya, yang buruk akhlaknya dan yang bodoh bebal) ~ Hadith Riwayat Tirmizi dan Imam Ahmad

Sabda Rasulullah s.a.w :

Saat akhir tidak akan tiba hingga mereka (orang orang jahat) berbuat zina di jalan-jalan (tempat lalu lintas umum)..~ Hadith Riwayat Ibnu Hibban dan Bazzar

Dari Ibnu Mas’ud r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:

Tidak akan berlaku hari kiamat melainkan semasa tidak ada di dunia selain daripada orang-orang jahat (yang tidak mengenal baik dan buruk)..

Pada masa itu Allah s.w.t. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin nyaman dari laut yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari kiamat..

 Hadith Riwayat Imam Muslim :
“Kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut perkataan “Allah, Allah..”

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

Tidak akan terjadi kiamat hingga seseorang berjalan melewati kubur dan mengatakan semoga aku dapat menempati tempatnya.. ~ Hadith Riwayat Ibnu Hibban

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a dan Abu Musa Al Asy'ari r.a bhwa Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

Beberapa hari menjelang kiamat akan diturunkan kebodohan,di cabutnya ilmu pengetahuan dan banyak terjadinya al-haraj iaitu pembunuhan.. ~ Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

apa yg pnting kat sini, hari kiamat itu sudah pasti akn tiba dan Allah Taala yang Maha Mengetahui bila ia akan terjadi..kita sebagai hambaNya mestilah sentiasa bersedia..marilah kita [ kita~merujuk kpd pmbca dan pnulis sndiri ] meningkatkan amal ibadah kita selagi berkesempatan sebelum kita sendiri dijemput menghadapNya..

** aku hambaMu yg masih lemah Ya Allah..

3 comments:

miSs tEry said...

btol3x.....
jgn percaya.....

The lady said...

saya tak tengok lagi la..
tengok tak, pecaya pun tak,,
huhuhu..

qila~ said...

miss tery~ hehe,tau xpe..

una~ xpe2,nnt heret lady p gi lg skali,hehe..