pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, February 28, 2010

cerita tentang minat ♥

seronok tengok membe2 bertani di fesbuk,membela ikan,kucing,memiliki ladang ternakan sendiri malah membela anak angkat..! fuh,betapa hebatnya pengaruh teknologi tue.. adik aku dua orang tue dulu ada gak bela kucing dlm fesbuk,tp sebab penah kena sound dgn aku, watpe sibuk2 bela kucing dlm tue,kucing kat umah yang banyak ni pun tak terbela,terus dorang tak main,haha..aku bkn ape, x nak dorg tue leka sangat.. aku respek la pada mmbe2 yg mmg ade mse maen bnde tue sume,ni bukan perli,ni pujian ikhlas,btol :) 

byk kan kucing,huhu..

nie ank kucing pling latest,tuah nama d'beri..

aku penah try maen game tp bukan dlm fesbuk la,skjap je da bosan,hehe..aku x minat nak ikut pkmbgn dari 1 level ke 1 level..sbb tue aku prefer game racing,maen tros abes :p org kata maen game ni bgos utk pkmbgn minda,aku stuju..mmg mguji daya kreativiti,daya b'fikir..sbb 2 aku jeles dgn org yg ske men game ni..maen2 gak,result gmpak..uishhh,lg skali,aku jeles ok,hehe..tp pd yang maen game smpai leka,lupe bnde laen yg lg pnting ptot d'wat,aku x jeles langsong la kat korg,sori..

dkat fesbuk tue,ade lbih kurg 14 jmputn ajak maen game la,jd jiran la,mcm2..rse cam nak ignore je,buleh kan?hehe..aku mmg x minat,da try tnam minat tue tp x bjye gak..myb sbb aku lg suke m'bce..x kesah,kasik la ape2 bhan pn jnji bez,aku akn bce..lg2 kalo komik pnyiasatn,boleh leka d'watnye,huhu..lg 1 ble bce cite kat blog org..mmg sronok,drpd blog tntg khidupn harian,smpai la blog yg bg byk info..at least dpt amek pgjrn dri khidupn org ke,mne tau kan :))

tadi lpas bce paper,ibu panggil ajak tnam sayur..wahh,sronok..ayh pnah ckp,dlm rmai2 ank dia,xde sorg pn rjin trun ke tnah..haha..mmg btol,ktorg xde minat cam ibu n ayh yang suke sgt b'ccuk tnam..bkn sbb kotor tp malas kot,ish3..d'sbbkn minat ibu n ayh la,umah kitorg sgt2 byk tmbuhn hijau..tenang rse..sbb tue aku suke balik umah :p

tnam pkok timun n tomato :)

Nabi Muhammad s.a.w penah menyatakan dalam sbdanya tentang betapa pentingnya tanah utk dibangunkan.. sabda baginda :

“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi ”
(Hadith Riwayat Abu Daud)

"Daripada Anas ra. katanya; Rasulullah s.a.w bersabda katanya: " Tiada seorang Muslim yang bercucuk tanam sebarang pokok (tanaman) lalu dimakan hasil dan buahnya oleh manusia, burung atau binatang melainkan dapat baginya pahala sedekah " 
(Riwayat Bukhari & Muslim)

** go green (",)v

Friday, February 26, 2010

mencintai Rasulullah s.a.w

Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah s.a.w,keluarga baginda dan para sahabat..sambil menonton perarakan sempena sambutan maulidurrasul,saya menaip ini..bangga..itu yang saya rasa..bersyukur,alhamdulillah sambutan seperti ini masih lagi ada..harap sampai bila2..rindu :'(

sesuai dengan topik kali ni,saya ingin sentuh sdikit bab mencintai Rasulullah..kebetulan usrah yang lalu pun,kami membincangkan topik ini setelah mendengar rakaman ceramah yang disampaikan oleh Sheikh Mahmud dari Madinah yang dijemput di radio ikim suatu masa dulu..ingin juga dikongsikan bersama anda semua tapi saya belum sempat ambil rakaman tersebut dari ahli usrah..nnt kemudian akan saya kongsikan..

tapi apa yang menarik perhatian saya ialah soalan yang dikemukan oleh seorang pemanggil..dia bertanyakan, zaman sekarang begitu ramai yang mengaku mencintai Rasulullah,tapi itu sekadar kata-kata dimulut,tidak dari hati..itu adalah golongan munafik..terus aku tanya pada diri..tergolong kah aku dlm golongan tersebut? nauzubillah..moga rasa cintaku pada mu Ya Rasulullah ikhlas,bukan sekadar menzahirkannya dengan kata2..

teringat mengenai suatu kisah yang saya baca, di zaman Rasulullah..datang lelaki yang baru pulang dari perang berjumpa dengan seorang wanita tua yang mana suaminya dan anaknya pergi berperang bersama Rasulullah, dengan membawa berita sedih apabila suami dan anak wanita itu mati syahid..tapi apa reaksi wanita itu, dia bukan bertanyakan tentang suami dan anaknya tetapi segera dia bertanyakan bagaimanakah keadaan Nabi Muhammad s.a.w..setelah lelaki itu menjawab alhamdulillah baginda selamat,terus wanita tersebut mengucapakan rasa syukur..tiada sedikit pun rasa sedih diatas pemergian insan yang dicintai kerana rasa cintanya kpda Rasulullah melebihi segala2nya.. dia tahu,mereka mati untuk menjaga keselamatan Rasulullah, demi memperjuangkan Islam..subhanallah,betapa tingginya rasa cinta wanita itu terhadap nabi kan..kalau letak diri kita pada tempat dia mungkin kita sudah meraung2..

Sabda baginda s.a.w “ Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum dia mencintaiku melebihi cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya ”(Riwayat Muslim daripada Anas bin Malik r.a)

pernah juga saya utarakan d'fesbuk suatu masa dulu soalan yang berbunyi begini, seberapa banyak kita mencintai Rasulullah s.a.w..? tetapi apa yang saya dapat..tiada 1 balasan atau pandangan pun yang saya terima.. tapi kalau kita tanya kan soalan seberapa banyak korang cintakan kekasih korang..? confirm mau berpuluh2 komen yang diterima kan.. oleh itu, nilai balik diri kita.. bila saya tulis kita itu bermakna termasuk diri ini..saya juga masih dalam proses membaiki diri..

orang selalu salah anggap, awak budak sekolah maahad ye? kau budak uia ke?  -_-" perlukah saya berasal dari sekolah tersebut, dari universiti tersebut,untuk menyampaikan perkara2 seperti ini.. teringat kata2 seorang sahabat,perjuangan itu sukar tetapi lebih sukar kalau kita tidak ada keinginan untuk berjuang atau hanya memandang sepi sesuatu perjuangan..marilah sama2 menyertai saya dalam perjuangan ini..sampaikan lah walau hanya satu ayat..moga Allah sentiasa meredhai,melindungi kita dan mempermudahkan dalam setiap urusan,amiinn :))

Saturday, February 20, 2010

luahan rindu~

semalam b'skype lagi dengan family yg sedang pergi bercuti.. walaupun sudah lewat malam dan mereka sudah mahu tidur,tapi masih bersemangat melayan karenah anak2 di Malaysia..afiq tunjukkan beg sekolah yang baru dibelinya,aishh..tak habis2 dengan beg..

mula2 yo yang berborak dengan mereka,aku disisi mendengar saja..tiba2 dengar suara ayah bertanya,angah mana angah..? sumpah waktu itu rasa sangat3 rindu.. iye,angah kat sini,aku menjawab..lalu ayah tunjukkan gelang kayu yang dibeli untukku..owh ayah..gelang kayu bukanlah antara barang yang aku senaraikan untuk mereka beli tapi ayah belikan juga..mungkin ayah dah bosan melihat aku dengan gelang kayu yang sama smpaikan ayah boleh salah anggap mengapa gelang itu begitu penting bagi aku,haha..atau ayah memang betul2 memahami minat anaknya yang kedua ini :))) aku betul2 terharu..

lepas tue kami berborak dengan ibu bertanya kan itu dan ini..sampaikan tak tahu nak cakap apa mungkin kerana masing2 keletihan..tiba2 ibu bersuara dengan nada sebak,dah la pegi tido smbil mukanya dipaling ke tempat laen.. aku tahu ibu rindu..aku pun begitu..ye,dengan serta merta air mata aku mengalir..di depan anak saudara dan yo..buat malu betul,tapi memang itulah aku,heee..aku tak boleh tengok orang lain menangis,pasti aku akan turut sama menangis..so kamu,kamu dan kamu sila jangan menangis dihadapan ku :p

sehingga kan yo menegur,ala rilex la angah..anak saudara juga senyap melihat aku dalam keadaan begitu..maaf,angah memang berjiwa sensitif..anak kedua kan lebih kepada unsur air,haha..betul,cuba perhatikan dalam kalangan ahli keluarga kita, antara along,angah,acik,alang,busu,sape2 lah..siapa yang paling mudah terasa,paling mudah menangis..? majoriti adalah anak kedua *kalau anak lelaki pun,mesti nangis senyap2 kot,hoho..*

macamana lah nak dduk jauh dari mereka ni..nampak sangat tak layak pergi study kat oversea,haha..kepada yang membaca en3 ini,maaf..ini adalah luahan hati anak yang sedang rindu..mungkin ada yg kata aku mengada2..kamu silap..ada masa kita perlu tunjukkn rasa itu, ada masa kita perlu pendam rasa itu..itu memang diri aku yang sebenar..orang selalu pandang yang luaran..tanpa cuba menyelami yang dalaman..jujurlah pada diri sendiri..

p/s: bila kita rasa sunyi,bila kita rasa sepi,ingatlah Allah sentiasa ada menemani ^^,

 i me my family

Friday, February 19, 2010

Al-Fatihah

Assalamualaikum... 

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun 
dalam solat,apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh 
itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat 
bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di 
dalam solat kita. 

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam 
Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan; 

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya 
DULILLAH 

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HIROB 

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU 

4. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya 
bermaksud 'matahari' 

5. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK 

6. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS 
Dalam ayat ke 6,jika salah bacaannya akan bermaksud 
"kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari 
kami meminta pertolongan"!!!! 

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah 
dibaca tanpa henti. 

8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan 
betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin 
kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga 
kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya. 

Perhatian; 
Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah...

( di ambil dari sini,klik.. ) 

p/s : ustazah pernah cakap,smpai skrg pun dia masih pergi jumpa alim ulama' untuk mengetahui cara bacaan yg betul..oleh itu,andai ada yg tersilap dengan en3 ini,sila tegur..bayangkan, jika bacaan Al-Fatihah kita tak sempurna,solat kita juga tidak sah kerana ianya termasuk dlm rkun solat..oleh itu,sebar2 kan lah wahai sahabat :))

selamat ulangtahun abg~

angah selalu tegur abg dan angah selalu 'marah' abg..tapi kenapa? sebab angah nak abg jadi orang yang berguna 1 hari nanti..angah nak abg jadi anak dan hambaNya yang soleh.. angah tahu abg pernah kecil hati dengan angah.. angah minta maaf.. ada sebab kenapa angah buat semua tue.. sebab angah tak nak abg leka.. angah nak abg tahu yang hidup ni banyak cabarannya, hidup ni banyak dugaan dan rintangannya.. kalau angah tak tegur sekarang, angah takut akan datang nanti sudah tiada makna nya lagi teguran2 angah ni.. dari abg kecil,sampai la sekarang,abg memang suka menangis kan.. abg,bukan semua perkara boleh diselesaikan dengan airmata tau.. jadilah seorang lelaki yang tabah..angah tahu satu hari nanti abg boleh.. abg masih muda,dan angah doakan semoga abg dipanjang kan umur, berjaya dalam pelajaran dan jadi anak yang soleh skaligus buat ibu n ayah abg bangga dengan abg,amiinn~

muka abg cam sdg menahan sakit perut,haha..

selamat ulang tahun yang ke 11

mohd. alif naqiuddin

(",)v

p/s : abg anak kedua kepada kazen aku..sama mcm angah dia,suka menangis..tapi kami tabah sebenarnya :p

** esk familyku balik..! semoga semuanya selamat,amiinn..

Wednesday, February 17, 2010

isu sensitif kah..?

ade org pesan,qila kalo nak tulis pape kat blog,fkir dulu jgn maen tulis..jgn sentuh isu snstif,takot jd pape..pstu dia pesan lg,maen fesbuk tue btol2 sket,kalo nk tulis luahan ati pon,fkir dlu b4 tulis takot t'singgung perasaan org laen,jgn tulis bkn2 takot org slh anggap,jgn sentuh isu snstif n jgn add org sbarangan.. pendek kata,jgn jjur sgt.. *ayt fvret ku,hehe..*

menulis lebih kurg cam b'ckp la kn..b'ckp melalui penulisan..aku sgt3 suka 'bercakap' melalui penulisan coz kdg2 aku rse x rmai yg nak ataupun sggup dgr aku b'cakap scara direct..heh..so ni la medium p'antaraan utk aku luahkn sgala yg x t'luah atau kongsi sgala apa yg x t'kongsi..lg untung bila aku menulis ade org yg nak m'bce..mne tau 1 ari nnt dpt jd pnulis n m'hsilkn buku2 yg byk manfaatnye pd org rmai skaligus d'jual d'kdai buku sndiri..aminn

betol ckp dia..psnn dia wat aku t'fkir,sjaoh mne kita ni sbg manusia,b'fkir dlu b4 b'ckp..? kdg2 je kan..slbihnye,ckp tnpe b'fkir..btol x..? sudah,x yah la nak geleng2 kpla,mmg kita suka b'ckp tnpe b'fkir..kdg2 kita ckp tnpe fkir perasaan org laen..kdg2 bile kita ckp 2,boleh gak wat org laen tros snyap..kdg2 ape yg kita ckp boleh mnybbkn org laen trut b'ckp.. *ni lebih kurg cam gossip a.k.a fitnah la* yg ni bahaya..

lpas da blaku ssuatu yg kurg baek akibat drpd apa yg kita ckp,baru kita nk mnyesal kan..mst kita ckp cmni " nape la aku x fkir dlu sblm ckp ni ".. mcm biase la,kalo da ckp pkra baek,kesannya pun baek..kalo ckp pkra x baek,kesannye pun x baek la..smuanye t'ltak pd diri kita,nk pilih yg mne..Allah tue baik sgt3 coz kasik kita wat pilihan..baek pilihan kita,InsyaAllah baek kesudahannya.. andai kata la kesudahannya x baek pun,tue tanda Allah nak menguji.. kita yg patut olah smula jln crita hidup kita utk dpt kn kesudahan yg baek :))

cuba renungkn,spnjg hidup ni,x pun paling mudah la,spnjg 1 hari ni..brape kali kita ckp baek kat org..brape kali pula kita sakitkn ati org..mne lg byk..? kalo lg byk sakitkn ati org,boleh b'ubah jd seorg yg suka mengembirakan ati org..susa ke..? bkan patotnye rse hepi bila tgk org hepi..? bg aku la,x perlu dgn kata2,dgn perlakuan pn da bleh wat org hepi sbnanye kn..bila lalu bg salam,x pun snyum..lbeh2 lg pd org yg lbeh tua dari kita..bila org 2 snyum balik kat kita,rse cam d'hrgai kan..rse d'sayangi,d'hormati.. ha,kalo dah kita sndiri suka rse d'sayangi,d'hrgai,d'hormati ape la slhnye kita share rse tue dgn org laen..x rugi pun..snang sgt2 nak wat cmtu kn..

pstu slalu t'bce kat fesbuk,pktaan menyindir b'leluasa d'sne sni.. -_-" waaahh..eh ape ni..mcm ni ke korg gune kan kmudhn nie.. ape faedah dpat aku pn xtau..mybe kne cube dlu kot baru tau,haha..sudah..mybe tue cara mreka nk m'ekspresikn diri kot..okeh,jom b'ubah jom :))

rsenye demi m'realisasikn azam taon ni,aku mmg da kurg kn sifat suke m'kritik tue..tp kot2 mne la tau pnah t'lpas ckp ke, t'lbeh tgkah laku ke,aku nk mtak maaf byk2 kat korg sumer..bkn niat aku nk wat korg sakit ati..aku pn dlm proses baiki diri..kdg2 t'gelincir gak dari batas..so tolooongggg la tarik aku sebelum aku t'jtoh dlm sawah tue.. *ayat metafora abes* .. aku pcye shbat2 aku sume baek2..kita smua baek..n kita boleh jd jaoh lbeh baek dari skrg ni kalo kita nak.. jgn skali2 ckp cmni "aku xdela baik sgt" coz bila kita da set kn dlm otk kita yg kita ni x baek sgt, smpai bile2 pn kita x leh jd baek..btol x..? d'mne ade kmhuan kan pasti d'stu ada jlnnye..antara nk plih jln yg lrus atau jln yg bengkok je :p

jaga pendengaran,jaga penglihatan,jaga percakapan 

Siapa saja yang mencontohkan di dalam Islam contoh yang baik maka untuknya pahalanya dan pahala siapa saja yang melakukannya setelah dia kerana mencontohnya tidak berkurang pahala mereka sedikitpun..Siapa saja yang mencontohkan di dalam Islam contoh yang buruk maka atasnya dosanya dan dosa siapa saja yang melakukannya setelah dia kerana mencontohnya tidak berkurang dosa mereka sedikitpun (HR Muslim, Ahmad, Ibn Majah dan an-Nasa’i)

** sekian,berjumpa di laen coretan (",)v

Tuesday, February 16, 2010

bila qila masuk dapo~

en3 kali ni special sket coz cite tntg pglmn aku m'msak wat skian kalinye,hehe..kcoh je kan,2 pn nak cite..tp xpe la,qila pnye blog,qila pnye suke la...lalalalalalala~

mmg pnat jd 'housewife' ni rpenye..wlopn juz utk cuti ni..actually ibu,ayh,afiq n makcik g indon,so tinggal la aku b'sme dgn yo kat umah..along da balik jb pagi tadi..spatotnye tggal b'dua je tp ade kazen n fmily dia dtg tman ktorg..bila kazen ni g kje,ank2 dia aku la jge kn..skaligus jd babysitter..pnat wo0O.. (-_-") jge 3 org bdk je,tp rse cam jge 13 org,haha..terlebih suda :p

kalo dduk b'dua je dgn yo,x kesah pon la kalo x msak..ni bile da jge ank org,kne la ksik mkn kn..cube bygkn org yg mmg jrang msak nk g msak..pe jd? tros g msg zaimah tnye cmne nk msak smbal udang..apekahhh..laok simple cmtu pn xtau msak,hehe..bleh d'rject bkal mak mrtua ni,hoho..lps dpt rsepi dri zaimah,tros mulekn operasi..mule2 wrne smbal 2 mmg pelik,tp stlah d'touch up,akhirnye aku bjye...!! suke2..(^_^) yo n ank buah kate sdap tp pdas..a'ah,mmg sje nak cili mlut korg yg bsing 2,hehe..

air tangan qila yg pertama stlah skian lme mnanti,haha..

smbil msak smbal udang 2,aku wat pding karamel..excited gile nk try kan..tp aku ubah sket topping dia,aku ltak pwrne ijau..ntah jd ntah x..ni dok tggu pding 2 keras je,hehe..hope rse nye mabeles la ye..aminn..kcoh gak la kat dapo td..kalo jiran dgo,xtau la dorg pk ape..anak dara din msok dapo mcm nk g b'perang kot,hahahaha..

mmg sronok la m'msak ni..ptot la zaimah suke m'msak :p tp btol la pe org ckp,bile diri sndiri msak,nk mkn da x lalu da..tros rse knyg..smpai skrg,aku x rse pn smbal udang aku 2..ntah ek,x rse lapa..pelikk ni kalo qila x lapa,hahaha..tp 2 la hakikatnye..bgos gak,bleh krus cmni,aicehhhh..

b4 msak 2 g bsuh bju,sdai bju,spu2 smpah n lyan karenah ank buah..kesimpulnnye,mmg sgt3 pnat..kalo da rse cmni,tp still x tau b'syukur n x tau nk hrgai jse ibu kita,xtau la nk ckp ape..mmg nk kne sepak laju2 coz x sdar diri lg kn,aishh..b'syukur2..wlaupn tau yg ibu mmg sgt2 b'jse,tp bila kita da lalui sndiri pnat,susa pyah cam yg dorg rse,b'tmbah2 lg tau pnghargaan 2 kat ibu kita :))

p/s : okeh2,qila sgt merindui ibunyeee,huhu..cpat le baliiiikkkk ♥ 

** abes la nek cuti ni,mst zaimah sruh qila msak,hahahaha..

Sunday, February 14, 2010

mengenal Allah

bagaimana sesuatu penyakit memperkenalkan dirinya?
.
tentulah melalui simptom2nya..
.
Allah juga ada cara untuk memperkenalkan diriNya..
.
antaranya menerusi ciptaanNya..
.
" sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran siang dan malam, ada tanda-tanda (kekuasaan,kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal "
~surah Ali-Imran ayat 19o~
.
bagaimana pula seseorang doktor dapat mengenal pasti sesuatu penyakit?
.
tentu sahaja dengan memeriksa suhu badan,denyutan nadi,x-ray dan scan..
apapun kaedahnya,semua itu berdasarkan pemerhatian dan penelitian yang mendalam serta pemilikan ilmu yang tinggi..
.
begitu juga untuk mengenal Allah,
mestilah dengan melihat,merenung, dan memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah..
meneliti bukan setakat dengan mata tetapi mestilah disertai dengan akal yang tajam dan kefahaman yang matang..
.
inilah ciri2 Ulul Albab,kalimah yang disebut sebanyak 16 kali dalam al Quran..
kerana memiliki ciri-ciri inilah Nabi Ibrahim mampu mengenali Allah..
Ibn Sina,Al-Razi dan Ibn Al-Nafis semakin dekat dengan Allah setelah bergelumang dalam dunia perubatan..
.
.
p/s : sekadar berkongsi melalui sedikit pembacaan di Majalah Nur..dipetik dari cerpen Sudah Kehendak Nya karya Tn. Iskandar Ismail 
.
** cerpen menarik untuk dihayati bersama :))

Saturday, February 13, 2010

usrah~ank soleh

usrah kali ke 5 ni wat kat umah kitorg..kali ni beza sket coz ktorg dgo ceramah ustzah siti norbahyah dari kaset..wlaupun sorenye x bape jelas,tapi dpat la tgkap isi pntingnya..topik kali ni b'tjok anak yg soleh.. 

suasana yg agak malap krn lmpu utama d'ttup m'buatkan hati lebih t'sntuh m'dgar cerita ustazah mngnai seorg ank yg derhaka,koma dan hanya sedar stlah di lap bdannya dgn air basuhn kaki n air smbhyg si ibu..

cuba kita nilai diri kita..pernah x kita tinggikan sore dgn ibu bapa kita..mst pernah kn skali wlaupun scara x sngaja,huhu..kalo prnah,mtk maaf lah..x kira la bnde 2 da lme blaku skalipun..ni pun igtkn kat dri sndiri gak..antara adab2 dgn ibu bapa ialah sntiasa jln tnduk apbila lalu d'hdpn mreka..pastikn mreka yg dduk dlu d'mja mkn..pstikn tmpat dduk mreka lg tggi dari kita..

kdg2 bnde skcik ni kita x pasan pon..lg2 waktu mkn..ank2 biasanya excited bile nk mkn..kalo ibu ayh sruh mkn dlu,laju je..tp kdg2 ibu ayh x ckp pape pn kita da mkn dlu kn..mulai skrg kne la b'ubah coz antara ciri2 ank soleh ialah mengutamakn ibu bapa mreka dlm sgala hal slagi ia x berlawanan dgn hkum Allah :)

moge2 kita smua dpat m'jadi ank yg soleh n solehah supaya dpt m'bhgiakan kedua ibu bapa kita n dpat beri bkln utk mreka d'akhirat kelak krna slh 1 bkln ketika mati ialah doa dari ank2 yg soleh..kn..

slesai usrah,mcm biasa ade mkn2,hoho..umah kitorg hidangkan roti sosej,pastu kak nana bwak kek karamel lak..sgt sdap,tp mnis sket..smanis org yg watnye,hehe..b'smangat nk try wat :p

"ya Allah, ampunilah kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka berdua, sebagaimana mereka pernah mendidik dan menjaga aku di waktu aku masih kecil. amiin..."

p/s : rnduuuuu pule dgn ibu n ayh,huhu..

** dgr la lagu ank soleh by aeman (",)v

ikhlas bergantung pada niat~

semalam ktorg 1 umah d'belanja seorang sahabat yg memang suka belanja orang..tapi x pelik la,duit kau mmg byk :)) terima kasih,aku doakan kau dimurahkan rezeki sentiasa..bermurah hatilah,nescaya Allah bermurah hati denganmu (hadith al Tabhrani)

mkn kat kenny rogers,7 orang semuanya..mmg mkn dlm keadaan rilex sungguh,sbb da bjye menyelesaikn test maf ptg tue,so x stress lagi,hehe..kenyang juga,alhamdulillah..

x malu la nk ngaku,mmg 1st time aku mkn kat ctu..bkn ape,mknnye mhal kot..ni pun sbb ade org blnje,mrase gak la jejak kaki kat kenny rogers,haha..papepon kitorg still byr half kat sahabat ni coz cam x ptot plak dia byar smuanya kan :p

mse mkn,tbe2 dpt kol dari ayah..ayah kata nak amek..uishh,mse tue da pkol 9 lbeh,ayah nak dtg..? pdhal aku da beli tiket pun nak balik pagi ni,kalo nak kejo bas ptg smlm mmg x smpat la,test abes 6.30,huhu..tp d'sbbkn ibu,ayh,afiq n mkcik kne btolak pagi2 nie nk g mlwat sdare,so ayh ckp kalo da nmpak aku ada kat umah,snang sket ati..kalo balik pagi ni takot x smpat jumpe..dorg g sne pn,sbtu nnt bru balik muo smula..

lme tue...so cti ni,aku tggal dgn along n yo je kat umah..da plan nk wat eksperimen msak lauk paok n wat kek karamel,hehe..insyaAllah selasa ni ade gathring dgn bdk skola rndah..hmpir 9 taon x jumpe..slain dari tue,dok umah jela..assigmnt pn byk,naek ni de pblic spking lg..mcm2 la nk kne wat..moge smuanya bjln lncar,amin..moge cti korg pun d'isi dgn aktivti2 yg b'mkne yek (",)v

 

p/s : murah ati mmg sifat mulia,tp jangan smpai org amek ksmpatan kat kita..fikir2 kan la :p

** bersyukurlah

Wednesday, February 10, 2010

detik demi detik~

x mau cite byk2,tggu mase b'lepas je ni..
*bjet cam naek flight :p*

1st time bli tiket awl..wlaupon p'jlnn x sjaoh ke utara nun,tp still rse puas coz dpt gak mrase bli tiket blik kg cam org laen,heeeee....murah 1 hal,kalo boleh nk blik seawal yg mgkin knnn,haha..

ade 1 kuiz n 1 test lg b4 balik...semangat2...!!!! :)) moge Allah sntiasa mlindungi n slamat la smpai ke dstinasi,amin~

** bas gagap,1st time naek ni (",)v

Tuesday, February 9, 2010

pangggg~

hambekkk kau..mmg kne kat diri sndiri..mcm rse kne tmpar scara tbe2 pon ade,haha..ape aku rase..? taubat dah x nak buat..ni smua sbb perut..kalo dia x lapa yg t'ammat,xde la aku pi mkn jap kat lua kls 2..lgpn mmg blom start kls mse 2..ustzh msok awl kot..ade baki 5 mnit lg..tp d'sbbkn mreka2 yg b'tndak lmbat,kalah jln mak minah lalu d'tego,aku lak yg t'rse tmpiasnye,aishhh..pdhal ustzh x sbut nme spe2 pon,hehe..tp mmg,aku suke terase..slh aku jgk kn..

x kn buat lg daaa,huhu..maafkn sy ustazah..

pengajarannye

sila hormati guru anda :))

Sunday, February 7, 2010

lagu 'wajib' dengar..

kdg2 de org tnye pe lagu kat blog ni..lately aku ske tko2 lgu blog coz byk sgt lgu2 best,hehe..so ni aku nak share lagu2 best tahap wajib aku dengar..bile da pnat stdy ke,mse boring2 ke,b4 tdo pn lyn gak..siap de playlist tjok 'b4 tdo' yg mgndungi lgu2 ni kat fon tau,haha.. *tp kdg2 x abes lgu pn da t'lena,aishhhh..*

1) taubat seorg hamba by irsyadee feat hafiz hamidun

2) tekad kita by syifa' feat munif hijjaz

3) mentari hidup by syifa'

4) Maha Melihat by opick feat amanda

5) ketika cinta by dato' ct nurhaliza

6) bila waktu tlah b'akhir by opick

7) rasa ini by vierra

8) suara ku berharap by hijaudaun

aku cdangkn korg dgr la lgu2 nie..best bg aku :)) tekad kita xde link,korg crik la kat mne2 eh..da crik kat youtube tp x jmpe,huhu..lgu ni best sgt2 coz ade munif hijjaz,hoho..lgu kat blog skrg ni plak lgu yg no.3 tue,mntari hidup..

ok la,nk share 2 je..dgr dlu,msti korg pn stuju dgn aku bhwa lgu2 ni  sume mmg best (",)v

** smbung study~~~

Saturday, February 6, 2010

sy blaja sesuatu dari kjdian itu..

smlm lps zhor kami 1 rumah gi mlwt aeon baru..dkat je dgn umah..ini yg bhya nya,takot asyik nk mrayap ke sna,huhu..moga2 Allah kuatkn iman supaya x buat byk sgt pkra yg m'lalaikan..amin.. 

mmg bsr aeon 2..lbeh kurg cm jj tbrau city kata kwn aku..jln2 smlm 2 pun,baru 1 aras kot..pnat..solat asar pn kat sne,alhmadulillah la kmudhn suraunya baik x mcm kat dp,huhu..

1 kdai yg btol2 mnarik phatian aku n psti m'jd dstnasi ptme yg akn d'knjungi ble g sni pd mse akn dtg..ape lg kn,kalo bkn kdai komik :)) so bile da msok dlm 2 dgn paie,lme la jdnye..smpaikn mmbe2 len kne dok tggu kat krusi lua dgn pnuh sbar,haha..skali jmpe plak komik mse zmn2 rmaja ku dlu..waaahh,kne beli..akhirnye,beli la jgk..aku 2,paie 2..nsib murah :p

pastu sggah kdai bku popular..zaty kalo x sggah popular x sah,hehe..kat ctu pn aku de beli 1 bku motivasi..nnt ade mse aku share dgn korg tntg isinye k..pstu ktorg solat asar then tros gerak pi mkn kat burger king,knangn,hoho..bli set pling murah,haha..bkn kdkut tp b'jmat :))

ni la komik n buku 2 :))

slsai sumenye,kitorg balik umah..mse jln2 td aku sihat je,alhamdulillah..tp pas solat mghrib 2 tbe2 sore tros jd serak n b'ansur2 ilg,huhu..mmg sgt pelik..nk kate ade men jerit2 x jgk..nk kate pi b'karok lg la x mgkin kn..hmm..

pstu tros t'igt mse on d'way nk g aeon 2,farah de ckp,yg dia cam rse da x sht,sore pn da serak,x leh mkn eskrem..n aku tros jwb,qila da sht,bleh la mkn eskrem,haha..bkn la dgn niat nk blagak ke ape..tp Allah 2 Maha Berkuasa kan..Dia boleh tarik nikmat 2 ble2 mse je dia nak..bila Allah kata kun fayakuun..jadilah,maka terjadilah..ha,tros Allah byr 'cash'..2 baru blsn kat dunia,Allah nk tnjuk..

kalo kita rse bleh t'lps blsn kt dunia ni skalipun...igtla,masih ada akhirat..blsn akhirat nnt lg trok,huhu.. buat baik pun,kalo blsn Allah 2 tak dpt d'rse didunia,jgn sesekali brhnti buat baik..coz pcye la,blsn utk setiap kebaikan yg d'lakukan akn Allah balas juga 1 mse nnt,mgkin bkn d'dunia tp d'akhirat kelak :)) 

bgun tido tadi sore aku tros xde..cam org bisu..tros rse diri ni sgt byk kekurangan..bygkn la,kalo keadaan tros kekal mcm 2..Ya Allah,hanya Kau saja la yg tahu..tp stiap ape yg Allah lakukan 2 adlah dgn niat utk m'beri pngjrn kpd hmbaNya..so drpd kjdian 2,aku blaja something.. blaja utk lbih jge kata2 yg klua dri mlut nie..aku mgaku,kdg2 aku suke ckp lps..kritik 2,kritik ni..mmbe2 sume da fhm sgt..myb pnah t'kcik kn ati org ke..aku xtau,huhu..lg yg aku blaja,bile da slh ckp 2 kne tros mtk maaf..x pyh nk tgkkn bnang yg bsah..ape slhnya mgaku kslhn yg mmg kita da lkukn..lg 1,blaja lah utk bersyukur..kpd korg sume,spe2 yg ade habit burok cm aku ni,jom la sme2 b'ubah (",)

p/s : mse taip en3 nie,alhmdulillah sore 2 b'ansur2 nk ade smula..

** mse x sht ni,btol2 rndu kat kuehtiaw sup ibu,huhu..

Friday, February 5, 2010

bila kita gagal..

kita gagal banyak kali..

mungkin kita tak ingat..

kita jatuh terduduk masa pertama kali belajar untuk berjalan..

kita hampir lemas ketika pertama kali belajar berenang..

jangan risau pada kegagalan..

risau lah pada peluang yg kita terlepas bila gagal untuk mencuba..

yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya..

yang kuat tidak akan kuat untuk selamanya..

belajarlah dari kegagalan...

** kegagalan hanyalah kejayaan yg tertunda (",)v

Thursday, February 4, 2010

usrah lagi ♥

salam..aku diuji lg..kali ni slsema pula,idung t'sumbat..aku mmg jrg sgt2 kne slsema,2 yg skali t'kena rse sgt x slesa,huhu..tp Allah 2 kn Maha Adil,sbb 2 Dia bg aku mrase cmne la keadaannya mse kne slsema ni :)) xpe,sabar2..

sprti yg d'jnjikn pd en3 b4 nie,stlah puas mkn2 n b'jln2 dgn classm8,mlm 2 ade usrah..topik kali ni b'kaitan solat dhuha n fadilatnya..solat sunat ni boleh dilakukn drpd 2 hingga 12 rakaat..ada hadith yg mnyatakan barangsesiapa yg slalu melakukn solat dhuha 12 rkaat,akan d'bna istana utknya disyurga kelak..dan barangsesiapa yg istiqamah dlm mngerjakannya akn d'ampun dosa wlaupun dosa itu sluas lautan..apabila mlakukn solat sunat ni,pjlnn sehari2an akn m'jd mudah krn Allah sntiasa tnjukkn jln,insyaAllah..

b'dsrkn pglmn ahli usrah yg istiqamah mlakukn solat nie,dorg ckp mmg btol2 t'bukti byk kebaikannya..so insyaAllah sy pn akn b'istiqamah dlm m'lakukn solat ni..jom la sme2 ye :)

slain dari 2,ade gak bincang psl statemnt sehidup semati..btol ke ade yg akn sehidup n semati sbnanya..pstu kak nana cerita tentang Saidatina Aisyah r.a yg mne pd suatu mlm ketika Rasulullah s.a.w tido d'ribaanya,beliau berfikir..sgt2 lah bertuah bagi aku krn dlm rmai2 wnita dimuka bumi ni,aku terpilih utk mnjd isteri Rasulullah s.a.w, kekasih Allah..alhamdulillah..aku sgt mencintainya..tp tbe2 bliau t'fkir adekah baginda akn m'jd suaminya d'akhirat juga..? ini mnybbkn bliau risau lalu mnangis dan Rasulullah terjaga lalu bertanya knpa kmu mnangis syg..? bliau m'ceritakn kerisauan nya itu kpd baginda..

lalu baginda berkata,jgn lah engkau risau whai isteriku.. ada 3 tmpat d'akhirat kelak kita x kn pndg n peduli tntg orang lain kecuali Allah s.w.t dan diriku..*cuma dpt d'kongsi 2 krn kak nana x igt lg 1,cari kat intrnet pn x jmpe,huhu..* iaitu pada hari tmbang amal d'pdg mahsyar dan di siratul mustaqim..ini bermakna mungkin Saidatina Aisyah tidak dpt bersama2 dgn Nabi Muhammad s.a.w diakhirat kelak tp apa2 pun sgala2nya adalah dgn kuasa Allah s.w.t kn..

betapa cintanya Saidatina Aisyah r.a terhadap Rasulullah s.aw kn..sgt2 sweet..ini m'igtkn aku pd seorg rkn blogger yg baru b'umur 22 tahun,bkl doc dan sdg blaja d'mansurah egypt..dia akn mlgsungkn perkahwinannya d'sna pd hari isnin nnt..tahniah sahabat..ku doakan smoga kamu bahagia selamanya..teruskan dgn aktvti dakwah itu wlaupn slps b'rmhtgga.. :)) 

selain itu,apa yg boleh sy kongsikan disini ialah..apa bnda yg ada d'dunia dan bakal ada syurga kelak..slh 1 drpnya ialah kaabah..ape yg mnariknya ialah..berkata kaabah itu, aku x kan masuk ke syurga selagi org2 yg mengelilingiku tidak masuk ke syurga kesemuanya..Subhanallah..moga suatu ari nnt sy b'pluang mengelilingi mu,amin...

lagi..betapa menunjukkan yg kita ni sgt2 d'sayangi Allah..Allah bagi kita pilihan..antara nak buat baik,atau nak buat jahat..so bila kita buat baik,drjat kita ni Allah letak setinggi2nya lebih dari malaikat..krn ape? krn mlaikat itu telah Allah cipta utk buat baik..mmg da tugasnya buat baik..tapi kita akn jadi seteruk2nya lebih teruk dr syaitan bila kita pilih utk buat jhat..krn ape? krn syaitn itu sejak dulu lg memilih utk m'buat jahat..mmg syaitan itu jhat,da x bleh nak wat pape..so kita kne plih la,nk jd lbih tggi drjatnya dari malaikat ataupun seteruk2 perangai mengalahkan syaitan..tepuk dada tnya iman..

emm,stakat ni jela yg bleh aku boleh kongsikn ape yg aku dpt spnjg usrah berlangsung..byk bnda boleh d'buat pengajaran..buat kita berfikir..buat rase cinta kita kpd Allah smakin b'tmbah2..so smoga ape yg sdikit ni dpt beri korg pgjrn n ilmu juga ye..insyaAllah..berjumpa di laen coretan..assalamualaikum w.b.t..

Wednesday, February 3, 2010

kami itu satu~

every sem ktorg 1 kls mmg ade acara mkn b'rmai2..ini adalah b'tjuan utk mngeratkan silaturrahim antara kami..pstu utk memupuk smgt b'krjasma n bersatu hati sprt sbuah kluarga..*cam esei bm plak,haha..* msing2 ade prangai msing2..ade cara msing2..ade gaya msing2..2 yg buat kls ktorg sgt2 hepy+pening=happening,hehe..

sbnanye dah lame plan nk gi makan sme2 1 klas..tue pn stlh dpt jpa la,hoho..akhirnye,arini dpt gak realisasi kan hasrat 2..d'sbbkn kls abes awl,ktorg sbulat sore nk pi mkn kat station kopitiam area dtrn phlwn lps zhor..aku nek moto dgn paie pi sne..smpai2, ade la dlm 8 org tgh mnunggu..mne lg 19 org kan..? ape mknenye 2..mknenye,kne la tggu yg laen2 smpai :)

ade yg lmbat smpai coz kne tggu bas..xpela,korg d'maafkn..tp x smua pn yg dtg..ade yg bz dgn hal laen,so xleh nk pkse..jnji dpt dduk smeja mkn b'sme 'kluarga aku' kat mlaka ni da puas ati.. hrga mknn ktorg average dlm rm 13++ la..b'baloi gak,alhamdulillah knyg..tp lupe nk snap pic mknn ku itu :p

lps mkn2,mreka plan mau pi men bowling..owh ok..qila join tp tlg tgk je..maen,x mau,hoho..tp b4 2 ktorg solat asar dlu coz juz bpe mnit je lg wktu asar msok..nnt x la t'kjar2 sgt kn..dahulukan yg pnting :))

mmbe2 ku rjin plak pi maen smpai 2 game..msok 2nd game je msing2 da baling cam x ikhlas ,haha..letih la 2..aku plak,mse 1st game x tgk dorg maen tp dok pi jln2..bosan kot tgk jee dorg maen,hehe..last2 aku try maen gak m'gntikn si paie yg ade hal jap..not bad la kn utk newbie cam aku ni,1st time try hmpir strike da,haha..1 pin je x jtoh..lalalala~ *maaf kalo ade nada blagak d'ctu..excited sbnanye,haha..bak kate bedah,sy mmg budak kmpung so what..?*

lps slesai sumenye,kitorg cpt2 blik umah coz mlmnye ade usrah..wlaupn agk t'kjar2,alhamdulillah still smpat pi usrah..so topik utk usrah kali ni akn ku post esk ok..nnt kn :)) 

nah,sile la tgk pic yg smpat d'snap..d'ambil dri 4 fon yg b'beza so kalo de beza kaler pic 2,fhm2 jela ye..

housm8 ku yg sntiasa ceria...

antara mereka2 yg dtg awl :)

qila jugak yg pling rendah,lalala...

smpat je,pdhal tgh beratur nk bayo nih,hehe..

dan lagi....

mnum pape pn slalu x abes,n mmbe2 psti akn mnawarkn dri mereka utk m'hbisknnye..korg mmg baekk :))

maen bowling yg boring,errr...

p/s : xde sape pon dok mkn dpn aku..takot ka..? so aku single mse 2,haha..mmg seronok bila keluar dgn mmbe2..tp sronok2 pn jgn smpai leka ye..pesan pd diri sndiri juge :))

** npe pic bdk2 laki xde..? coz dorg x pnting,haha..

Monday, February 1, 2010

k.e.b.a.k.a.r.a.n

kjdian ni berlaku mse sy tgh solat isya'..x dpat khusyu' dlm solat coz tbe2 mmbe m'jerit ade kebakaran kat blkg umah..sgt bengang (*.*")

merokok memang mbahayakan kesihatan..tapi lagi bahaya bila boleh menyebabkan kebakaran n meragut nyawa orang ok..sangat marah pada mereka yang tak bertanggungjawab..bila merokok 2 sila la jangan buang puntung rokok 2 sebarangan..sy tak kisah kalau korang tak menyusahkan orang laen..tapi bila da menyusahkan sampai terjadinye camni 

sy terpaksa jadi

kesah..!

kalo umah yg sy sewa sekarang ni terbakar camne..? kalo ktorg 1 umah x sempat selamatkan diri n lemas dlm kepulan asap 2 camne..? ade korg peduli..? nsib la ade org funfair tlg pdam kn api coz ktorg pn stakat bantu smbah2 air jela dri ats..ktorg pn nk kne slmatkn diri sndiri gak..asap da pnoh kat ruang tamu mse 2..so,kpd korg yg tlah menyusah kn org laen,pe korg rse,seronok..??? aishhh..

p/s : kpd anda,sy igt jnji itu :)

** katakan tak nak :p

Allah tu baekkkk sgt ♥

alhamdulillah,setelah puas bertarung dengan sakit tekak yg ammat smlm n tidur yg tidak m'cukupi krn bdan pnas n kurg slesa akhirnye arini ksihatan ku b'ansur pulih..zaty,housmte aku, kurg sihat gak..dia batok2 je..rsau gak d'watnye..so smlm aku cdgkn dia gi klinik..aku mmg terer sroh org gi klinik la,mkn ubat la,tp diri sndiri yg x nak gi,xnk mkn ubat :p so smlm juz mkn strepsil n ubt skit tkak zaty,huhu..padehal perut mnjerit2 mntak d'isi..tp mmg xde slera lgsung..bygkn nk telan air liur sndri pn perit..sgt2 bersyukur la coz Allah da bagi pnjam smula nikmat sihat 2 kat aku arini..tma ksih Allah :))

ni Allah baru uji sikit..sbb 2 kne slalu igt shat sblum sakit.. cam sorg mmbe nie tulis kat blog dia..jgn mse skit je igt kat Allah..da sht,lupe..aku stuju..!! 2 ciri2 org yg xtau b'syukur..moga kita x d'glongkn dlm glongn 2 la ye..ade gak sorg mmbe kat fb gtau,sakit 2 anugerah utk lbih m'dekatkn kita kpd Maha Pencipta..

mse kita sakit ni la kita b'pluang untuk m'hapuskan dosa..bila kita sabar menghadapi rasa sakit tanpa sedikit rungutan pn insyaAllah Allah akn mngampunkan dosa2 kita..tapi bukn la smata2 wktu sakit bru nk dkatkn diri dgn Allah kn..kdg2 Allah beri kita sakit sbb nk m'igtkn kita supaya x terlalu leka dgn hal dunia..btol x..? bila kita sht,mse byk d'hbiskn dgn keja,asgmnt,b'jln2..tp bila kita sakit,mmpu ke kita wat smua 2..nk bgun pn kdg2 x lrat kn..sbb 2 la,mse sakit ni kita gunakn s'baik2nya utk b'ibadat kpd Allah..

Sahabat Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: Saya menjenguk Rasulullah s.a.w sedangkan beliau sedang menahan sakit kerana demam, saya berkata: ” Wahai Rasulullah, sungguh engkau kelihatan sedang menahan rasa sakit yang berat? ” Rasulullah s.a.w berkata : ” Benar, sesungguhnya saya sedang menahan sakit sebagaimana dua orang di antara kalian ”
Abdullah berkata : Saya berkata: ” Hal itu kerana engkau mendapatkan dua pahala ” Rasulullah s.a.w menjawab: ”Benar” kemudian beliau melanjutkan : 
” Tidak ada seorang muslim tertimpa musibah baik itu sakit atau lainnya kecuali Allah menghapus kesalahan-kesalahnnya sebagaimana pohon menjatuhkan daunnya ” (HR. Bukhari-Muslim)

so aku doakan smoga shabat2 yg kurg sihat akn b'ansur pulih..pcyela pd stiap yg Allah jadikan itu ada hikmahnya..jika kita igt Allah sntiasa,Allah psti mredhai hidup kita,sbb ape...? sbb Allah tue baekkkkk sgt

p/s : seorg shabat bgtau,yg cantik itu x smstinya baik..tp yg baik itu sudah smstinya cntik..sweet kan..

** igt 5 pkra sblm 5 pkra (",)v