pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Friday, February 19, 2010

Al-Fatihah

Assalamualaikum... 

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun 
dalam solat,apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh 
itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat 
bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di 
dalam solat kita. 

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam 
Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan; 

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya 
DULILLAH 

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HIROB 

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU 

4. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya 
bermaksud 'matahari' 

5. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK 

6. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS 
Dalam ayat ke 6,jika salah bacaannya akan bermaksud 
"kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari 
kami meminta pertolongan"!!!! 

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah 
dibaca tanpa henti. 

8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan 
betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin 
kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga 
kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya. 

Perhatian; 
Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah...

( di ambil dari sini,klik.. ) 

p/s : ustazah pernah cakap,smpai skrg pun dia masih pergi jumpa alim ulama' untuk mengetahui cara bacaan yg betul..oleh itu,andai ada yg tersilap dengan en3 ini,sila tegur..bayangkan, jika bacaan Al-Fatihah kita tak sempurna,solat kita juga tidak sah kerana ianya termasuk dlm rkun solat..oleh itu,sebar2 kan lah wahai sahabat :))

No comments: