pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, January 30, 2011

lelaki oh lelaki.

Assalamualaikum w.b.t


post hati gumbira sebab Mak Ngah Qila dapat anak buah baru lagi dan lagi. Alhamduilillah. yang lagi best kedua-dua mereka adalah baby lelaki. biasalah tu, dalam family sebelah ayah, kaum Adam memang majoriti dan kemajoritian kaum Adam di kampung memang kadangkala boleh buat kami pening kepala bilamana :


1. remote control tv akan sentiasa bersama mereka, so kena redha bila balik raya mata anda disajikan dengan rancangan National Geographic  =.='
2. mereka sangat kuat makan tapi badan tak gemuk jugak. ini tidak adil! kenapa saya makan banyak saya gemuk jugak (eh?)
3. masa kecik tiap kali bangun tido, kalau bantal masih ada di kepala kira korang memang hebat la sebab kebiasaannya bantal akan dicuri oleh mereka mereka yang saaangat baik hatinya.


oke itu baru contoh yang sikit. jemput datang ke kampung saya untuk mengalaminya sendiri,haha.. oh ye, mari saya kongsikan sedikit fakta mengenai kaum Adam disebelah keluarga ayah :


1. jumlah adik beradik ayah sendiri dah membuktikan yang kaum lelaki memang menguasai dalam segala hal kerana 14orang adik beradik adalah campuran daripada 10 lelaki dan 4 perempuan.
2. sepupu sepapat juga boleh dikatakan ramai lelaki daripada perempuan. 5 orang lelaki dalam adik beradik adalah maksimum, seorang lelaki pula adalah minimum. tak kan 'takde' lelaki dalam adik beradik kecuali anak pak long.
3. anak kepada sepupu sepapat yang telah berkahwin (anak buah la tu) pula, juga lebih ramai lelaki dari perempuan. 


pendek cerita dalam keluarga besar cik qila lelaki lebih ramai dari perempuan. nak lagi simple kita guna formula matematik la cewaah!


jumlah lelaki > jumlah perempuan


hehehhe.. dah cukuplah tu dengan segala fakta ni semua. asalnya nak cerita pasal anak buah baru kan.. so mari kita saksikanLAH

masih berdarah sebab baru lahir  >.<

tembam bam bam  >.<

bersama abang long alif  >.<

baby nak tido, p maen jaoh-jaoh  >.<

antara sunnah menyambut kelahiran bayi ialah memberinya nama dengan nama-nama yang baik. Dari Abu Darda’ r.a., bersabda Rasulullah s.a.w. : Sesungguhnya pada hari kiamat nanti kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu, berilah nama yang baik untuk kamu. (HR Abu Daud) 

nama baby ni Aqil Harraz yang bermaksud pintar dan warak. akhirnya, jumpa jugak geng nama hampir sama. (bangga sekejap) baby ni lahir 1.1.11 haritu, tarikh nak cantik kan. semoga menjadi anak yang pintar dan soleh seperti yang diharapkan ye Aqil  :)

baby ni anak lelaki yang kedua kepada pasangan Baizura & Sufiyyan, abang sepupu saya. apsal eh, anak kedua ja mesti nak comeel? hahahaha... dush3~ oh ye tahniah juga buat pasangan Juli & Azlan Shah yang juga abang sepupu saya sebab baru ja dapat baby petang semalam. baby boy jugee. ha kan dah cakap, lelaki lagi lagi lagi.

tahukah anda, mengikut statistik terbaru jumlah penduduk di Malaysia ialah 27,565,821 orang. 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan. eh lelaki lebih ramai dari perempuan? mungkin juga keluarga saya penyumbang kepada statistik terbaru ni ;)

Thursday, January 27, 2011

Dia masih sudi.

22 Safar 1432 Hijriah


umur pemilik blog genap 22 tahun.
menyambut ulangtahun kelahiran dengan
demam yang sudah sedikit kebah,
yang tinggal cuma baki batuk dan selesema,
itupun setelah hampir 1 minggu mengalaminya.


dan Allah masih sudi panjangkan umur.
Layakkah aku wahai Tuhanku? *malu*






Maka nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan? (Ar-Rahman : 13)




Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. 
Terima kasih Ya Rabb 



Wednesday, January 26, 2011

ikhlas dalam perjuangan.

Khamis, 20 Januari 2011.




cerita seminggu lepas. menghadiri Malam Sinar Ukhwah anjuran Jawatankuasa Penggerak Mahasiswa a.k.a Jawatankuasa Penggerak Masjid tapi sebab kampus takde masjid, ganti lah perkataan mahasiswa di situ. tu pun student masih lagi takut-takut nak join. maybe tengok ramai yang bertudung labuh dan berkopiah. eh nampak macam 'berat' ka? 


Allhamdulillah, masih ramai yang melekat di kerusi masing-masing sehingga lah majlis tamat dan diteruskan pula dengan sesi pembahagian biro. sekali lagi, Biro Tarbiyah menerima jumlah ahli rela hati yang paling sedikit (kata ketua biro) agak-agak kenapa ye? hmm..




Di hiburkan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Evois, kelahiran Uitm. popular ka? cuba search kat youtube, kot ade. eh terkantoi pula duduk belakang. dah senior kan, biase la tu (oke, jangan contohi perangai buruk ini)


seorang teman sempat berseloroh, kalau nak jumpa jodoh yang baek-baek, kat majlis ilmu macam ni la. erk layan kan aje tapi niat dah salah la. pergi majlis ilmu sebab nak dapat ilmu bukan nak cari jodoh ;)



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa”
(Riwayat al-Bazzar)
 

Saturday, January 22, 2011

7 tahun vs 22 tahun.

Assalamualaikum w.b.t. kali ni nak share cerita sikit. Semoga jadi pengajaran buat semua termasuk yang menulis ni :)

Situasi 1

Seorang guru berpesan kepada anak muridnya supaya memakai baju sukan untuk sesi Pendidikan Jasmani esok. Disebabkan t-shirt sukan sekolah berlengan pendek, seorang pelajar perempuan meminta pendapat ibunya bagaimana mungkin dia akan mengikut arahan gurunya itu kerana auratnya akan terdedah. Ibunya mencadangkan dia memakai sarung tangan untuk menutup lengannya. Esoknya di sekolah…

Guru : kenapa awak pakai macam ni? Nanti saya beritahu guru besar.
Pelajar perempuan : Allah lagi besar dari guru besar, cikgu.

Situasi 2

Pelajar perempuan : Miss, kitorang boleh pakai t-shirt lengan pendek tak masa main futsal Ahad ni?
Pensyarah : Tak boleh, tak mengikut etika berpakaian tu. Respek la sikit lecturer yang datang tu, tak sesuai hokei. Bla bla bla…

Ini berdasarkan kisah benar bukan saya reka cerita. Situasi 1 di ceritakan sendiri oleh pensyarah saya dan situasi ke 2, saya sendiri mendengarnya. 2 situasi yang sangat sangat berbeza tetapi mempunyai 1 persamaan. Apa dia? Ya persoalan mengenai aurat di kalangan pelajar perempuan. Persoalannya di sini, mengapa pelajar bersekolah rendah yang baru darjah 1 boleh berfikir untuk menutup auratnya tetapi pelajar universiti boleh terfikir untuk membuka auratnya? Astaghfirullahala’zim.

Sudah terang lagi bersuluh yang WAJIB menutup aurat di sini adalah pelajar universiti terbabit kerana pastinya dia telah mencapai umur akil baligh berbelas tahun dahulu. Tetapi sekarang siapa yang dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk? Tanya pada diri, adakah dengan bertambahnya umur kita, semakin kita berubah ke arah kebaikan? Atau semakin jauh kita denganNya?

Tujuan menutup aurat bukan untuk menarik perhatian orang tetapi semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Jawapan standard artis “ takpe Allah faham punye, Allah kan suka pada kecantikan, kebersihan.” Eh Allah pula yang kena faham kita, kenapa bukan kita yang kena faham Allah? Malu lah sikit bila pelajar sekolah rendah pun tahu aurat dia dari mana sampai mana tapi kita yang dah besar panjang ni boleh siap bagi soalah entah hape-hape lagi, depan kaum Adam pulak tu. Malu le, malu.. Macam tak tahu ilmu agama pulak,huhu..


Tersentap juga saya bila dalam 1 sesi tazkirah, pensyarah yang menceritakan kisah di atas menegur mengenai aurat pelajar perempuan sekarang. Yela,saya pun masih belum berjaya menutup aurat dengan sempurna mungkin,huhu.. (sedang berusaha) Di katanya bila tengok fesyen student sekarang rasa menyampah pula. Dengan fesyen pelik-pelik, walaupun menutup aurat tetapi bukan mengikut terma dan syarat yang Allah dah tetapkan. Erkk menyampah? Hehe.. nampaknya saya perlu membatalkan hasrat yang satu tu la.

Pendapat saya? Tak salah berfesyen, tetapi bila fesyen yang kita gayakan walaupun tak melampau tapi mula menjadi tarikan mata kaum Adam, susah kot. Ni pendapat saya la,huhu.. Jadi apa tujuan kita berfesyen sebenarnya, perlukah berfesyen? Pendapat di perlukan di sini. Yok fikir-fikirkan..

semoga kita semua diberikan segala kebaikan dan dijauhkan dari segala kejahatan. bila niat nak berubah jadi lebih baik dah ada, InsyaAllah Dia bantu. semoga Allah berikan petunjuk dan hidayah buat kita semua,amin~

p/s : berfesyen kat bilik sorang-sorang oke ape ;p



Friday, January 21, 2011

masalah yang besar?


tidak sepatutnya berkata :
Oh Allah, 
aku ada masalah yang besar!

tetapi berkatalah :
Oh masalah, 
aku ada Allah yang Maha Besar!


ingat! DIA sentiasa yang terbaek :')

"jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."
 (Yusuf : 87)

Wednesday, January 19, 2011

malulah sikit,tak banyak pun.

Bismillahirrahmanirrahim.


tolong jangan pandang saya macam saya tak pernah buat silap. tolong jangan judge saya dengan hanya pandangan luaran saja. tolong jangan menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap saya kerana saya memang sedang berusaha. itulah saya, berusaha berusaha berusaha dan akan terus berusaha.


hidup ni bukan setiap masa untuk bergembira saja, tiba masa akan berduka juga. tapi jangan bila berduka ja baru nak ingat DIA. ingatan tu perlu sentiasa tak kira di saat bahagia mahupun kecewa. yang penting, tiada satu pun di dunia ni kita yang punya. semuanya milik DIA maka silalah berasa malu dan sedar diri sikit sebab kita semua sebenarnya hanya peminjam yang hutangnya tersangatlah banyak pada Maha Pencipta, tunggu masa saja untuk dipulangkan semula. 


sukar untuk terlalu banyak berkata-kata kerana pasti nanti DIA akan tuntut semua. adekah apa yang aku sampaikan pada mereka telah aku sendiri laksanakan? mari kita sama-sama tanya pada diri. tapi ingat, sukar tak bermakna mengalah. mesti rasa malu kan bila pandai cakap tapi tak pandai atau tak pernah pun buat. ehem-ehem, pernah ka? tak mau la macam tu  >.<


apabila kita sendiri di uji dengan apa yang kita sering kata atau dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. - terima kasih banyak kak ain 


" Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya " 
(al Saff ayat 2-3)


p/s : masih sibuk dengan urusan tempat praktikal. doakan saya :)

Friday, January 14, 2011

kalaulah kan.

suka cakap kalaulah kalaulah tanpa sedar yang sebenarnya 
itu tanda tak tahu nak bersyukur bila dah dapat sesuatu.
betul tak? masa untuk muhasabah diri, mari :)

renung balik berapa kali 'kalaulah' di sebut dalam masa 1 hari.
mungkin banyak tak terkira atau mungkin hanya 1 2 3
sebab kita masing-masing berbeza warna. 

bila tengok orang laen lebih sikit, mula nak berkata
" kalaulah aku dapat apa yang dia ada "
tanpa sedar yang di sebalik semua ini
dia mungkin tiada apa yang aku sudah lama miliki.

Allah Maha Adil.
bila Dia bagi sesuatu pada yang laen tapi bukan kita
mesti ada sebab, mungkin belum tiba masanya
atau mungkin juga ada silap kita dimana-mana.

maka terima lah dengan hati terbuka 
tangan mendepa bukti bahagia *redha*
alhamdulillah di atas segala pemberianNya.
tunggulah saja akan selebihnya ;)

jangan hanya tahu meminta 
andai tak tahu nak memberi.


Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda: 

Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah SWT daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu"; akan tetapi katakanlah "takdir Allah, dan Allah berbuat sekehendakNya". Sesungguhnya perkataan 'kalaulah' hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

p/s : pilih untuk menjadi si bunga tanpa warna 


Wednesday, January 12, 2011

memikirkan.

Bismillahirrahmanirrahim.


sedang menyibukkan diri untuk menyiapkan resume n cover letter untuk di hantar ke tempat praktikal sem depan. tapi tak tahu lagipon dapat praktikal kat mana. masih dalam kecelaruan fikiran mahu mohon di mana. di mana ekk?


1. Muar kah?
2. Kuala Lumpur kah?
3. Kuantan kah?
4. kah kah kah kah.


pandangan korang korang yang berpengalaman? kongsi lah sikit, tak baek kedekut ;p



buat solat istikharah pon molek gak kan? :)
semoga Allah permudahkan segalanya.


Saturday, January 8, 2011

kepada bakal graduan, bersedialah.

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca blog ni. sekarang dah jarang update, tapi tengok traffic, alhamdulillah blog masih mendapat kunjungan. terima kasih semua :)


saja nak kongsi satu hobi baru saya sejak bermulanya semester baru sebagai seorang pelajar jurusan perakaunan di uitm ni iaitu menonton program Malaysia Hari Ini (MHI) setiap pagi Isnin hingga Jumaat. memandangkan jadual kelas untuk sem ni sangatlah cantik (alhamdulillah) sebab kelas yang bermula 8.30 pagi hanya hari Rabu dan Khamis, maka banyak masa terluang antara selepas solat subuh hingga nak bersiap ke kelas yang bermula pukul 10.30 pagi, saya isi dengan menonton program ini.


"Apabila kamu selesai solat subuh, maka janganlah kamu tidur meninggalkan rezekimu"
(HR. Thabrani)

"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)"
   (al-Jumu'ah : 10)


sambil gosok baju untuk ke kelas mahupun sambil breakfast makan roti cecah ovaltine, saya setia menonton program ni sebab saya rasa ilmu 'isu semasa' saya masih boleh di kategorikan 'sedih'. bukanlah bermakna saya tak tahu langsung tentang apa yang berlaku pada dunia sekarang ni tapi bila di minta memberi pandangan oleh para pensyarah tentang isu itu dan ini buat saya terblur seketika. contoh, apa syarikat yang disenaraikan dalam main board Bursa Saham Malaysia? ada berapa jenis stock dalam Bursa Saham Malaysia? apa itu blue chip stock? haih, ternganga + berpeluh nak jawab..


lagi malu bila ada pensyarah yang cakap " yela, student exam oriented kan" bila kami di tanya soalan yang memerlukan critical thinking buat saya sedar yang untuk berjaya, buku teks bukanlah segala-galanya. ilmu jalanan (isu semasa) pun perlu juga. teringat pula pada topik yang di bincangkan oleh Ally Iskandar bersama tetamu jemputan dan di tonton oleh pelajar UIA secara live hari Jumaat lepas berkaitan isu graduan menganggur. salah siapa?


turut menyatakan kebimbangan adalah seorang pelajar UIA disitu apabila di tanya mengenai isu ni. katanya " ya sangat bimbang kalau saya akan menganggur selepas ini " em saya juga >.<



dan apa yang boleh saya rumuskan dari perbincangan yang saya tonton hari tu, bukan CGPA tinggi semata-mata yang majikan cari. bukan personaliti menarik yang di pandang, tetapi yang paling penting ada confident level yang sangat tinggi dalam diri dan ada pelbagai kemahiran tambahan. kemahiran komunikasi perlu ada dan masa praktikal juga patut digunakan dengan sebaiknya, ini antara kata-kata tetamu yang di jemput memberi pendapat.


berapa ramai usahawan sekarang hanya berbekalkan sijil spm/srp mereka tapi berjaya mengangkat nama mereka sebaris dengan nama-nama besar negara? rahsia mereka, semangat juang yang tinggi, berani mengambil risiko dan keyakinan sepenuhnya terhadap diri sendiri. itu dia yang mendorong mereka mencipta kejayaan.



Allah tidak pandang pada mereka yang malas. Allah benci pada mereka yang banyak memberi alasan dan hanya tau meminta-minta. Allah akan memberi rezeki kepada sesiapa yang berusaha mencarinya kerana sifat Allah tu Maha pemurah lagi Maha Mengasihani. memilih pekerjaan bukanlah suatu jalan terbaek. tidak bermakna pula semua pekerjaan itu boleh kita buat kerana apa yang penting adalah keberkatan dari pekerjaan yang di lakukan. dalam sabda Nabi Muhammad s.a.w sendiri terbukti bekerja itu ibadah, melaksanakan pekerjaan yang halal itu wajib ke atas semua umat Islam.


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Bahawa sesungguhnya seseorang kamu pergi mengambil seutas tali kemudian mengikat seberkas kayu api lalu menjualnya hingga dengan sebab itu ia dapat memelihara harga dirinya, adalah lebih baik daripada ia pergi meminta-minta kepada orang sama ada mereka memberinya atau menolaknya."

“Sesungguhnya Allah s.w.t sangat menyukai hambaNya yang mukmin dan berusaha” 
(HR. Thabrani dan Baihaqi dari lbnu ‘Umar)

rezeki dari Allah ada di mana-mana, antara nak cari atau tidak ja. tidak kiralah bekalan apa yang kita bawa, sekadar sijil spm saja kah, diploma saja kah, mahupun ijazah sekalipun kalau Allah dah kata rezeki kita disitu, disitu lah kita. yang tinggal kita perlu berusaha menjadikan pekerjaan kita itu suatu pekerjaan yang mulia disisiNya. 


oh buat dia yang ada berita baik dalam pekerjaannya, saya ucapkan tahniah! semoga berkat kesabaran anda, kejayaan bakal menjadi milikmu suatu hari nanti. dah kata, kan janji Allah tu pasti, insyaAllah 

Firman Allah bermaksud:

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang itu 
melainkan balasan apa yang diusahakan". 
(al-Najm: 39)


p/s : perbetulkan niat, belajar bukan kerana nak dapat kerja oke, tapi kerana ilmu dan Allah ;)




Tuesday, January 4, 2011

pasti ada hikmah.

Bismillahirrahmanirrahim.


Masuk kelas Maf630 untuk kali pertama tadi, Puan Saforah cerita pengalaman seorang pensyarah laen tentang pelajar lelaki dia yang ambil jurusan perakaunan peringkat diploma.  ni cerita beberapa tahun dulu. memandangkan pelajar terbabit failed untuk kali ke 3 dalam 1 core subject nih, dia tak dapat grad, tak dapat diploma. 


pastu beberapa tahun kemudian, pensyarah ni pergi tabung haji kot bole pulak terserempak dengan bekas pelajar dia tadi. budak tu tegur pensyarah terbabit dan ucapkan terima kasih pada beliau. tapi berterima kasih untuk apa?


" terima kasih banyak-banyak puan. sebab failed paper puan haritu la, saya terpaksa guna sijil spm saya untuk mohon kerja (dapat kerja kat Tabung Haji) dan sekarang setiap tahun saya berpeluang tunaikan ibadah haji kat Mekah "


*dialog sukehati penulis blog *


Allahuakhbar! Subhanallah! nampak tak aturan Allah tu begitu cantik? pasti ada hikmah dalam setiap apa yang berlaku. rasa nak nangis ja bila dengar cerita nih tapi dalam kelas kot. tak mah-cho la,hee..


Sometimes, Allah's greatest gift are unanswered prayer


p/s : semakin bersemangat menghadapi hari-hari yang mendatang :)


 

Sunday, January 2, 2011

kenapa perakaunan?

Assalamualaikum w.b.t


Bangun pagi dah kena mulakan operasi mengemas rumah. rasa macam masuk rumah baru pon ade. penat kot, barang nak bawak balik Melaka satu hape pon tak kemas lagi, yakin kan? tengah dok sibuk-sibuk kemas tu yo tiba-tiba jerit " angah, cuba tengok ni "



eh cepatnya masa berlalu. sekarang dah nak masuk sem 2 tahun 3. tua sudaa qila,hee.. oh, dulu pilihan pertama saya perbankan islam, baru tahu. alhamdulillah memang rezeki dengan uitm la, tapi dapat perakaunan :)

teringat perbualan di antara saya dan ibu saudara hari tu masa ikut jemput kawan serumah dia balik kerja lebih kurang dalam pukul 9 malam.

" ha angah nanti macam kak emil ni lah, balik malam, haha.. sape suruh amek akaun " 

erkk.. mane ada sape sape suruh. nape saya amek akaun ek? ;p fyi, ibu saudara saya ni bekas akauntan juga tapi sekarang bekerja sendiri. alhamdulillah, melihat kejayaan dia n kawan dia nih buat saya rasa kagum sangat sangat.  mahu berjaya macam mereka!

sebab tu azam tahun baru saya tak laen tak bukan belajar belajar dan belajar sampai berjaya, insyaAllah. semoga dipermudahkanNya  em azam korang ape?

 Belajarlah ilmu kerana Allah, menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah tasbih, membahasnya adalah jihad, mengajarkannya kepada yang belum mengetahui dinilai sedekah, memberikannya kepada keluarga bererti takarrub kepada Allah 
(muadz bin jabal r.a)

Hendaknya belajar dengan sungguh-sungguh, kerana tidak ada orang yang dilahirkan berilmu, ilmu itu hanya di dapati dengan belajar 
(ibnu mas'ud)

.. semoga hari ini lebih baik dari semalam dan lusa lebih baik dari hari ini ..

p/s : alhamdulillah, menang GA yang saya join hari tu.. semoga segala yang baek terus berlaku kepada kita semua pada tahun ini yep, amin~