pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Tuesday, January 4, 2011

pasti ada hikmah.

Bismillahirrahmanirrahim.


Masuk kelas Maf630 untuk kali pertama tadi, Puan Saforah cerita pengalaman seorang pensyarah laen tentang pelajar lelaki dia yang ambil jurusan perakaunan peringkat diploma.  ni cerita beberapa tahun dulu. memandangkan pelajar terbabit failed untuk kali ke 3 dalam 1 core subject nih, dia tak dapat grad, tak dapat diploma. 


pastu beberapa tahun kemudian, pensyarah ni pergi tabung haji kot bole pulak terserempak dengan bekas pelajar dia tadi. budak tu tegur pensyarah terbabit dan ucapkan terima kasih pada beliau. tapi berterima kasih untuk apa?


" terima kasih banyak-banyak puan. sebab failed paper puan haritu la, saya terpaksa guna sijil spm saya untuk mohon kerja (dapat kerja kat Tabung Haji) dan sekarang setiap tahun saya berpeluang tunaikan ibadah haji kat Mekah "


*dialog sukehati penulis blog *


Allahuakhbar! Subhanallah! nampak tak aturan Allah tu begitu cantik? pasti ada hikmah dalam setiap apa yang berlaku. rasa nak nangis ja bila dengar cerita nih tapi dalam kelas kot. tak mah-cho la,hee..


Sometimes, Allah's greatest gift are unanswered prayer


p/s : semakin bersemangat menghadapi hari-hari yang mendatang :)


 

5 comments:

the Prayer for Allah ~ صلاة الله said...

subhanallah....Allah MAha Adil, tak terlihatkah lagi kita dengan keadilan Allah seperti ini...:')

picairin said...

cerita kamu buat saya semangat jugak...=)

bedah said...

ye setiap yg berlaku mesti ada hikmahnya. sy mengharapkan begitu jugak untuk diri sy. aminn. :)

Azuan said...

gagal sekali. bukan gagal selamnya..hehee

qila~ said...

kak ain : kan kan? Dia memang terbaek! :)

pka : yep,semangat...!!!

bedah : insyaAllah, Dia Maha Mengetahui n setiap apa yg d'rncgNya untuk kita pasti bersebab :)

azuan : setuju, jatuh bangun balik!