Post santai. Ikut musim katakan,hee.. Sebelum apa-apa hal, saya nak jelaskan kat sini yang post ni ditaip bukanlah kerana dah menggedik sangat nak kahwin. Jauuuh lagi oke tapi sekadar nak berkongsi cerita yang mana saya pasti korang semua pun pernah terfikir atau mungkin pernah mengalaminya sendiri. Jom baca....
Satu soalan yang saya sangatlah suka tanya bila ada saudara mara atau jiran tetangga yang bertunang mahupun berkahwin adalah "berapa hantaran dia ibu?" Kira soalan wajib lah tu,hehe.. Boleh dikatakan tahun ni ramai juga sepupu sepapat yang bertukar status dari single to engaged atau dari engaged to married. Alhamdulillah..
Setiap kali ada yang bertanya hujung minggu pergi mana? Pergi kenduri bertunang sepupu, kenduri kahwin sepupu pasti termasuk dalam jawapan pilihan. Sampaikan terkeluar soalan berapa ramai sepupu yang kau ada nih? haha.. Ramai kot.. Maka bayangkanlah berapa banyak info tentang 'hantaran kahwin' yang saya dapat.
kek yang sangat cantek !
Setakat ni yang mampu buat saya berkata "amboiii mahalnya" adalah hantaran yang bernilai RM15K. Si penerima adalah sepupu perempuan saya sebelah ayah, lebih muda dari saya pulak tu,haish.. Tapi baru bertunang la, insyaAllah bulan November langsung. Memang saja potong turn. Dia kata dia lalu ikut highway saya lalu ikut Felda Nitar (jalan nak balik kampung) tu pasal dia potong, sabar ajelah,haha..
Biasa akan terdengar orang kata "nak jual anak ke ape ni?" kalau letak harga setinggi tu kan kan. Tapi kira oke lagi la nak dibandingkan RM50K yang diberi Seth Tan pada Nora Elena,ceeh.. Pendapat saya la, kalau mampu apa salahnya. Selagi tak menyusahkan pihak lelaki sampai terpaksa berhutang dengan ah long ka, kena kerja buat OT pagi petang siang malam, gadai rantai leher mak dia ka tu laen cerita la. Tu tak sedar diri lah tu. Kesian la sikit kat depa. Ingat kawan, sentiasa ukur baju dibadan sendiri ya.
Kalau mampu bagi sikit, bagi sikit. Kalau mampu bagi banyak bagi la ikut suka hang, tak da pun dalam rukun nikah wajib bagi hantaran beribu-ribu. Perkara ni ibarat rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi. Kenapa saya cakap macam tu? Yela kalau letak hantaran tinggi sikit orang dok mengata jual anak, kalau buat majlis grand orang kata nak menunjuk, tapi dalam kes buat majlis kecil-kecilan pun orang akan mengata juga.
"Nama ja cikgu besaq tapi buat majlis kecikk ja, kedekut la tu.." Nampak tak? Kalau nak puaskan hati semua orang, membujang lah senang. Eh tu pun belum tentu lagi senang, nanti ada pulak yang dok mengata anak dara tua la, bujang terlajak la.. Perkara ni tak berkesudahan kalau asyik nak fikir apa orang akan kata. Betul tak?
Sebaik-baiknya hantaran ni yang murah saja sebenarnya. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud
"Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya."
(HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)
So daripada dok membazir bagi hantaran tinggi-tinggi, buat majlis grand-grand lebih baek buat beli kereta atau beli rumah. Tak ada lah kes baru sehari kahwin dah bergaduh, bergaduh pasal hutang nak buat kenduri grand punya pasal. Bukan ka cari pasal namanya tu,ish ish ish..
Hukum sebenar kenduri kahwin pula ialah sunat sahaja sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud
“Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing”
Kesimpulannya anda sendiri lah yang menentukan 'harga' anda wahai yang sekaum dengan saya. Murah hantarannya tak bermakna diri kita murah. Ia adalah 2 perkara yang berbeza. Ingatlah, suami tampil bukan untuk dibebani dan isteri hadir adalah untuk menyenangi. Semoga dengan permulaan yang baik ini untuk membina sebuah keluarga insyaAllah akan dihiasi dengan segala perkara yang baik-baik saja didalam menyusuri alam rumahtangga nanti..
door gift yang comeel !
Sesi gurau senda bersama ayahnda dan bonda tercinta :
Situasi 1
+ ayah,kalau tengok halaman rumah kita tu muat ka nak pasang khemah camni?
*sambil tangan tunjuk rumah orang yang tengah ada kenduri kahwin dari dalam kereta*
- tak muat kot. ala takpa kita buat kat masjid ja ape adehal. kan adah? haha..
* adah merujuk kepada ibu saya*
Situasi 2
+ ibu ibu, berapa eh hantaran kahwin anak makcik Bedot ni?
- entah tak tanya pulak.
+ haritu s*****a 15 ribu kan bu? mahal betol ehh.. angah nanti 9 ribu jela eh bu..
= along 8 ribu eh bu.. *along menyampuk, nak jugaakk*
- haa yelah, 1 ribu pon boleh..
Situasi 3
+ ayah tak berkenan betul bila kenduri ada lagu-lagu macam ni
*deejay kenduri pasang lagu ella,apekah!*
- a'ah, bising kot yah. nak berbual pun terjerit-jerit. takkan la benda ni semua,membazir.
+ tau takpe, jimat jimaaat...
Gitu lah kisahnya. Kalau part merepek bagi la kat saya,hehehe..
Oke habis daa cerita saya. Cerita anda bagaimana pula..? Cecite cecite :)
p/s : insyaAllah lagi 4 kenduri kahwin sepupu bakal dihadiri hujung tahun ni. Along bila laa eh...
5 comments:
qila.. siyesss.. kalau lah orang luar sane tuh bace post qila ni kan bagushh.. kenape duit yang menjadi ukuran..sedeyy btol laaa
hahaa,tapi betul jugak eh. murah ke mahal, 2-2 jadi masalah kekadang. tapi den memang la tak reti nak tentukan menda ni sumee. bio le mak ayah den yang decide, takpun tanya si lelaki tu. biar jadi ikhlas dan tak membebankan :) tapi perasan tak, certain orang kan, dia taknak pempuan tu ada master or phd ke before kawin, sbab takut hantaran tinggi huahauaahuaa :D -aina husna yang sudah tidak berbelog :P
hahaa,tapi betul jugak eh. murah ke mahal, 2-2 jadi masalah kekadang. tapi den memang la tak reti nak tentukan menda ni sumee. bio le mak ayah den yang decide, takpun tanya si lelaki tu. biar jadi ikhlas dan tak membebankan :) tapi perasan tak, certain orang kan, dia taknak pempuan tu ada master or phd ke before kawin, sbab takut hantaran tinggi huahauaahuaa :D -aina husna yang sudah tidak berbelog :P
btol itu... buat apa mahal2 tapi berhutang... nti anak awok gak yg nak kena tanggung utang sesama dgn suami dia... klu mampu x pe la...
btw jgn lupa jemput saya ye cik Qila nti...
kak lamp : mekasih,hehe..nape kak,pnah ada prob cmni ka? tp x sume gak yg pndg duet ni..akhirnya b'balik pd agama jgk la :)
aina husna yg dh x berbelog :
hehe den pon men letak ja 9k sbb den suke num 9..kalo ikot ibu den tu haa 1k da ckup kot,haha.. em ada gak kes cmtu,ksian gak ek..
miss tery@asma' :
tu smpai kes bercerai berai tu..mintak d'jaohkan le..oh jgn rsau,ada jdoh ada la smpai kad kat umh kamu nnt :)
Post a Comment