Bismillahirrahmanirrahim. Salam 1 Ramadhan :)
Semalam saya mendapat 1 pesanan yang berbunyi " sempena Ramadhan ni jangan bersemangat di awal dan hujung bulan ja, tengah-tengah di biar kosong. " Em agak-agak anda faham tak maksudnya?
Masa awal bulan tu mungkin ada di antara kita banyak melaksanakan amalan sunat. Saf solat terawih pun penuh, cukup 20 rakaat di tambah pula solat witir. 1 hari habes 1 juzuk al Quran dibaca beserta maknanya lagi. Bersedekah, berzikir. Alhamdulillah..
Di hujung bulan pula masing-masing mula mengejar rahmat dan keberkatan malam Lailatulqadr maka qiamullail tak pernah tinggal. Lagi sekali Alhamdulillah..
Sebaliknya di tengah bulan ada aje yang berlubang, sudah ada yang berkurang. Letih alasannya, sibuk jawapannya. Beginikah kita nanti? Harapnya tidaklah.. Memulakan mungkin mudah tapi nak mengekalkannya (istiqamah) adalah sesuatu yang mencabar, bukan?
Apa yang kurang sedap didengar bila ada yang berkata " alaa aku bukan tak nak pi terawih tapi masjid jauh. Alaa aku bukan tak nak mengaji tapi balik kerja da malam, mana sempat oih "
Bukan ka orang kata kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tak berkesempatan ke masjid, buat saja di rumah. Tak perlu mengejar kuantiti solat terawih itu andai kualitinya tiada. Mengaji, bukan hanya di malam hari. Setiap kali lepas solat boleh juga, sama-sama kita cari masa untuk itu oke.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermkasud :
" Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas,
maka diampuni dosanya yang telah lalu dan sekarang "
( hadith riwayat Bukhari & Muslim )
Ya sesungguhnya yang baek itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Sama-sama lah kita ambil masa untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri. InsyaAllah...
Penuhi masa di bulan mulia ini dengan perkara-perkara yang berfaedah oke ;)
Selamat beribadah !
p/s : thanks to cik pika atas teguran <3
6 comments:
thanks atas peringatan kak qila..selamat berpuasa dear :)
salam qila...perkongsian cerita yang menarik...harap permulaan yang baik akan kekal momentumnya hingga akhir =)
sorry orang yang cetek ilmunya nak tegur sket...riak itu bukan orang lain tentukan tapi hanya ALLAH dan empunya diri yang tahu apa ada dalam hati... takut kadang2 kita judge org tu riak.. tapi sebenarnya percakapan nya itu bertujuan kebaikan yang mungkin kita sendiri tidak terfikir... jom qila... semak hati kita... =) semoga kita istiqamah beribadat walaupun Ramadhan dh berakhir ya...ameen...=)
syafiqah saleh : sme2~ selamat berpuasa juga ! :)
mohamadazhan.com : ameen~ sme2 la kita usahakan..
picairin : hmm bila fikir2 balik,bce2 sket betul jgk.. ada 2 perkara yg sukar utk kita perasan 1) riak 2) ikhlas.. hnya Dia Maha mengetahui.. tp kdg2 bole tangkap kot kalau org tu ckp ade niat laen,huhu..xpe2,jgn bersangka buruk ye x,hee.. yep,sme2 la semak hati,koreksi diri.. ameen ~ thanks cik pika tego ! sayang kamo :)
selamat berpuasa qila ..jangan biarkan ramadhan anda berlubang di pertengahan jalan .haha
insyaAllah,kamu pon sme~
Post a Comment