pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Saturday, February 20, 2010

luahan rindu~

semalam b'skype lagi dengan family yg sedang pergi bercuti.. walaupun sudah lewat malam dan mereka sudah mahu tidur,tapi masih bersemangat melayan karenah anak2 di Malaysia..afiq tunjukkan beg sekolah yang baru dibelinya,aishh..tak habis2 dengan beg..

mula2 yo yang berborak dengan mereka,aku disisi mendengar saja..tiba2 dengar suara ayah bertanya,angah mana angah..? sumpah waktu itu rasa sangat3 rindu.. iye,angah kat sini,aku menjawab..lalu ayah tunjukkan gelang kayu yang dibeli untukku..owh ayah..gelang kayu bukanlah antara barang yang aku senaraikan untuk mereka beli tapi ayah belikan juga..mungkin ayah dah bosan melihat aku dengan gelang kayu yang sama smpaikan ayah boleh salah anggap mengapa gelang itu begitu penting bagi aku,haha..atau ayah memang betul2 memahami minat anaknya yang kedua ini :))) aku betul2 terharu..

lepas tue kami berborak dengan ibu bertanya kan itu dan ini..sampaikan tak tahu nak cakap apa mungkin kerana masing2 keletihan..tiba2 ibu bersuara dengan nada sebak,dah la pegi tido smbil mukanya dipaling ke tempat laen.. aku tahu ibu rindu..aku pun begitu..ye,dengan serta merta air mata aku mengalir..di depan anak saudara dan yo..buat malu betul,tapi memang itulah aku,heee..aku tak boleh tengok orang lain menangis,pasti aku akan turut sama menangis..so kamu,kamu dan kamu sila jangan menangis dihadapan ku :p

sehingga kan yo menegur,ala rilex la angah..anak saudara juga senyap melihat aku dalam keadaan begitu..maaf,angah memang berjiwa sensitif..anak kedua kan lebih kepada unsur air,haha..betul,cuba perhatikan dalam kalangan ahli keluarga kita, antara along,angah,acik,alang,busu,sape2 lah..siapa yang paling mudah terasa,paling mudah menangis..? majoriti adalah anak kedua *kalau anak lelaki pun,mesti nangis senyap2 kot,hoho..*

macamana lah nak dduk jauh dari mereka ni..nampak sangat tak layak pergi study kat oversea,haha..kepada yang membaca en3 ini,maaf..ini adalah luahan hati anak yang sedang rindu..mungkin ada yg kata aku mengada2..kamu silap..ada masa kita perlu tunjukkn rasa itu, ada masa kita perlu pendam rasa itu..itu memang diri aku yang sebenar..orang selalu pandang yang luaran..tanpa cuba menyelami yang dalaman..jujurlah pada diri sendiri..

p/s: bila kita rasa sunyi,bila kita rasa sepi,ingatlah Allah sentiasa ada menemani ^^,

 i me my family

2 comments:

bedah said...

jangan sedey2 eh cik qila.~
sayang kamu.. :)

qila~ said...

sedey rindu la bedah...
syg kamu juge~~ :))