pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Friday, February 26, 2010

mencintai Rasulullah s.a.w

Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah s.a.w,keluarga baginda dan para sahabat..sambil menonton perarakan sempena sambutan maulidurrasul,saya menaip ini..bangga..itu yang saya rasa..bersyukur,alhamdulillah sambutan seperti ini masih lagi ada..harap sampai bila2..rindu :'(

sesuai dengan topik kali ni,saya ingin sentuh sdikit bab mencintai Rasulullah..kebetulan usrah yang lalu pun,kami membincangkan topik ini setelah mendengar rakaman ceramah yang disampaikan oleh Sheikh Mahmud dari Madinah yang dijemput di radio ikim suatu masa dulu..ingin juga dikongsikan bersama anda semua tapi saya belum sempat ambil rakaman tersebut dari ahli usrah..nnt kemudian akan saya kongsikan..

tapi apa yang menarik perhatian saya ialah soalan yang dikemukan oleh seorang pemanggil..dia bertanyakan, zaman sekarang begitu ramai yang mengaku mencintai Rasulullah,tapi itu sekadar kata-kata dimulut,tidak dari hati..itu adalah golongan munafik..terus aku tanya pada diri..tergolong kah aku dlm golongan tersebut? nauzubillah..moga rasa cintaku pada mu Ya Rasulullah ikhlas,bukan sekadar menzahirkannya dengan kata2..

teringat mengenai suatu kisah yang saya baca, di zaman Rasulullah..datang lelaki yang baru pulang dari perang berjumpa dengan seorang wanita tua yang mana suaminya dan anaknya pergi berperang bersama Rasulullah, dengan membawa berita sedih apabila suami dan anak wanita itu mati syahid..tapi apa reaksi wanita itu, dia bukan bertanyakan tentang suami dan anaknya tetapi segera dia bertanyakan bagaimanakah keadaan Nabi Muhammad s.a.w..setelah lelaki itu menjawab alhamdulillah baginda selamat,terus wanita tersebut mengucapakan rasa syukur..tiada sedikit pun rasa sedih diatas pemergian insan yang dicintai kerana rasa cintanya kpda Rasulullah melebihi segala2nya.. dia tahu,mereka mati untuk menjaga keselamatan Rasulullah, demi memperjuangkan Islam..subhanallah,betapa tingginya rasa cinta wanita itu terhadap nabi kan..kalau letak diri kita pada tempat dia mungkin kita sudah meraung2..

Sabda baginda s.a.w “ Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum dia mencintaiku melebihi cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya ”(Riwayat Muslim daripada Anas bin Malik r.a)

pernah juga saya utarakan d'fesbuk suatu masa dulu soalan yang berbunyi begini, seberapa banyak kita mencintai Rasulullah s.a.w..? tetapi apa yang saya dapat..tiada 1 balasan atau pandangan pun yang saya terima.. tapi kalau kita tanya kan soalan seberapa banyak korang cintakan kekasih korang..? confirm mau berpuluh2 komen yang diterima kan.. oleh itu, nilai balik diri kita.. bila saya tulis kita itu bermakna termasuk diri ini..saya juga masih dalam proses membaiki diri..

orang selalu salah anggap, awak budak sekolah maahad ye? kau budak uia ke?  -_-" perlukah saya berasal dari sekolah tersebut, dari universiti tersebut,untuk menyampaikan perkara2 seperti ini.. teringat kata2 seorang sahabat,perjuangan itu sukar tetapi lebih sukar kalau kita tidak ada keinginan untuk berjuang atau hanya memandang sepi sesuatu perjuangan..marilah sama2 menyertai saya dalam perjuangan ini..sampaikan lah walau hanya satu ayat..moga Allah sentiasa meredhai,melindungi kita dan mempermudahkan dalam setiap urusan,amiinn :))