Bismillahirrahmanirrahim.
Siapa p kerja dengan penuh semangat arini? Saya! Saya! Aiceh tetiba tanya soalan macamni kan kan. Bukan apa, disebabkan sebahagian besar membe dah tamat latihan praktikal tapi saya masih ada baki 1 bulan makanya saja la bagi semangat kat diri sendiri untuk mengurangkan rasa jealous yang bersarang dihati,hehe.. Eh tak sampai sebulan pun, 20 hari ja lagi :)
Alhamdulillah, tak sangka 5 bulan telah selamat dilalui dengan jayanya. Padahal awal-awal mula praktikal dah down semacam, hari-hari pun kata "malasnyaaaa nak p kerja !" Terukkan perangai? Sila jangan contoh budak ni. Tapi Allah tu Maha Mengetahui, Dia dah susun baek-baek masa depan kita. Sekarang boleh tersenyum lebar sebab kerja kat situ tak lah kena buat overtime macam membe laen, takde lah kena lalui kesesakan lalu lintas, terpaksa menghadapi bos/client yang cerewet dan yang paling best nak dapat cuti pun senang,hehe.. Alhamdulillah lagi...
Pernah tak korang rasa malas nak bekerja? Kalau pergi ofis pun hati takde kat situ yang ada cuma jasad. Ya saya pernah. Lagi-lagi time nak dekat cuti raya aritu. Mata asyik dok menjeling jam dekat desktop pc. Bila tamat ja waktu kerja rasa macam hidup ini terasa di syurga *hiperbola*. Sampai lah satu hari ni terdengar motivasi yang disampaikan Prof Dr. Muhaya. Dia cakap ape tau
" kenapa kita malas bekerja? sebab kita takde matlamat. kita tak tahu apa tujuan kita bekerja. untuk elakkan rasa malas tu terus menguasai diri, anggaplah tempat kerja tu sebagai ladang pahala kita "
Lebih kurang camni la.. Apa maksudnya?
Yang saya faham apa yang dimaksudkan sebagai ladang pahala ialah kita buat kerja dengan ikhlas keranaNya, jaga hubungan baek dengan rakan sekerja, hormati ketua, jangan buat 'ketupat' dan sebagainya yang baek-baek la. Oleh itu secara tak langsung kita dapat pahala :)
Then baru saya sedar sebab apa selama ni punya la liat nak p kerja. Sebab saya takde matlamat, yang saya tahu cukup 6 bulan tamatlah segalanya. Patutlah nak tulis report pun malas,haih.. Akhirnya saya ubah semula mindset saya. Saya bekerja sebab nak dapat gred yang bagus untuk sem 7 ni lillahita'ala. Anda pun boleh cuba jugak. Tak kesah la apa pun niat anda asalkan pengakhirannya kerana Allah Ta'ala. Contohnyaa
Saya bekerja sebab nak kumpul duet nak kahwin kerana Allah Ta'ala.
Saya bekerja sebab nak bantu keluarga kerana Allah Ta'ala.
Saya bekerja sebab ____________ kerana Allah Ta'ala.
** sila isi tempat kosong dengan matlamat anda sendiri :)
Oke ni contoh ja. Apa-apa pun ingatlah kalau anda tak menghargai kerja yang anda ada sekarang, teramatlah rugi kerana mungkin beribu orang diluar sana mengharapkan kerja yang anda sedang lakukan sekarang tapi mereka tak dapat sebaliknya harus menganggur. Maka bersyukurlah dan hargai apa yang anda dapat....
Ingat, orang yang bekerja dengan ikhlas dan berniat untuk
beribadah hakikatnya sedang berjihad di jalan Allah !
kerja yang sedang diusahakan
Meh renungkan kata-kata yang saya baca di satu majalah ni.
- Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab datang bekerja saja tapi malangnya hasil yang dapat macam kita tak datang kerja langsung.
- Adakala kita rasa kita sibuk yang amat tapi rupa-rupanya kita saja yang buat kelam-kabut.
- Adakala kita rasa kita prihatin tapi rupanya kita busybody.
- Adakala kita rasa kita open minded/outspoken tapi rupanya kita perasan bagus.
- Adakala kita rasa kita berpemikiran kritis, rupanya kita hanya suka mengkritik.
- Adakala kita rasa kita ingin menjadi lebih mesra tapi rupa-rupanya kita mengada-ngada.
- Adakala kita suka bertanya 'kenapa dia macam tiada kerja?' tapi lebih baik kita tanya diri sendiri 'apa lagi kerja yang aku boleh buat?'
- Adakala kita rasa kita ni pekerja yang sempurna, baik dan berdedikasi tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita ini lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.
Ehem. Yang mana satu kita ya ?
Oke sesiapa yang takde matlamat bekerja tu dah boleh mula fikir n share la dengan saya kalau sudi,hehe..
saya doakan yang terbaek untuk anda semua
selamat bekerja dengan ceria ^^
[qilaamin]
011211
21:31