Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca blog ni. sekarang dah jarang update, tapi tengok traffic, alhamdulillah blog masih mendapat kunjungan. terima kasih semua :)
saja nak kongsi satu hobi baru saya sejak bermulanya semester baru sebagai seorang pelajar jurusan perakaunan di uitm ni iaitu menonton program Malaysia Hari Ini (MHI) setiap pagi Isnin hingga Jumaat. memandangkan jadual kelas untuk sem ni sangatlah cantik (alhamdulillah) sebab kelas yang bermula 8.30 pagi hanya hari Rabu dan Khamis, maka banyak masa terluang antara selepas solat subuh hingga nak bersiap ke kelas yang bermula pukul 10.30 pagi, saya isi dengan menonton program ini.
"Apabila kamu selesai solat subuh, maka janganlah kamu tidur meninggalkan rezekimu"
(HR. Thabrani)
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)"
(al-Jumu'ah : 10)
(al-Jumu'ah : 10)
sambil gosok baju untuk ke kelas mahupun sambil breakfast makan roti cecah ovaltine, saya setia menonton program ni sebab saya rasa ilmu 'isu semasa' saya masih boleh di kategorikan 'sedih'. bukanlah bermakna saya tak tahu langsung tentang apa yang berlaku pada dunia sekarang ni tapi bila di minta memberi pandangan oleh para pensyarah tentang isu itu dan ini buat saya terblur seketika. contoh, apa syarikat yang disenaraikan dalam main board Bursa Saham Malaysia? ada berapa jenis stock dalam Bursa Saham Malaysia? apa itu blue chip stock? haih, ternganga + berpeluh nak jawab..
lagi malu bila ada pensyarah yang cakap " yela, student exam oriented kan" bila kami di tanya soalan yang memerlukan critical thinking buat saya sedar yang untuk berjaya, buku teks bukanlah segala-galanya. ilmu jalanan (isu semasa) pun perlu juga. teringat pula pada topik yang di bincangkan oleh Ally Iskandar bersama tetamu jemputan dan di tonton oleh pelajar UIA secara live hari Jumaat lepas berkaitan isu graduan menganggur. salah siapa?
turut menyatakan kebimbangan adalah seorang pelajar UIA disitu apabila di tanya mengenai isu ni. katanya " ya sangat bimbang kalau saya akan menganggur selepas ini " em saya juga >.<
berapa ramai usahawan sekarang hanya berbekalkan sijil spm/srp mereka tapi berjaya mengangkat nama mereka sebaris dengan nama-nama besar negara? rahsia mereka, semangat juang yang tinggi, berani mengambil risiko dan keyakinan sepenuhnya terhadap diri sendiri. itu dia yang mendorong mereka mencipta kejayaan.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Bahawa sesungguhnya seseorang kamu pergi mengambil seutas tali kemudian mengikat seberkas kayu api lalu menjualnya hingga dengan sebab itu ia dapat memelihara harga dirinya, adalah lebih baik daripada ia pergi meminta-minta kepada orang sama ada mereka memberinya atau menolaknya."
“Sesungguhnya Allah s.w.t sangat menyukai hambaNya yang mukmin dan berusaha”
(HR. Thabrani dan Baihaqi dari lbnu ‘Umar)
rezeki dari Allah ada di mana-mana, antara nak cari atau tidak ja. tidak kiralah bekalan apa yang kita bawa, sekadar sijil spm saja kah, diploma saja kah, mahupun ijazah sekalipun kalau Allah dah kata rezeki kita disitu, disitu lah kita. yang tinggal kita perlu berusaha menjadikan pekerjaan kita itu suatu pekerjaan yang mulia disisiNya.
oh buat dia yang ada berita baik dalam pekerjaannya, saya ucapkan tahniah! semoga berkat kesabaran anda, kejayaan bakal menjadi milikmu suatu hari nanti. dah kata, kan janji Allah tu pasti, insyaAllah ♥
oh buat dia yang ada berita baik dalam pekerjaannya, saya ucapkan tahniah! semoga berkat kesabaran anda, kejayaan bakal menjadi milikmu suatu hari nanti. dah kata, kan janji Allah tu pasti, insyaAllah ♥
Firman Allah bermaksud:
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang itu
melainkan balasan apa yang diusahakan".
(al-Najm: 39)
p/s : perbetulkan niat, belajar bukan kerana nak dapat kerja oke, tapi kerana ilmu dan Allah ;)
2 comments:
Like dis topic:)
Nanti dah abis study jangan risau pasal menganggur,InsyaAllah rezeki ada dimana2,juz sabar dalam mencari kerja tu:)
mekaseh :) ye ye, rzeki Allah banyak,kita yg kena usaha mncarinya..
Post a Comment