tolong jangan pandang saya macam saya tak pernah buat silap. tolong jangan judge saya dengan hanya pandangan luaran saja. tolong jangan menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap saya kerana saya memang sedang berusaha. itulah saya, berusaha berusaha berusaha dan akan terus berusaha.
hidup ni bukan setiap masa untuk bergembira saja, tiba masa akan berduka juga. tapi jangan bila berduka ja baru nak ingat DIA. ingatan tu perlu sentiasa tak kira di saat bahagia mahupun kecewa. yang penting, tiada satu pun di dunia ni kita yang punya. semuanya milik DIA maka silalah berasa malu dan sedar diri sikit sebab kita semua sebenarnya hanya peminjam yang hutangnya tersangatlah banyak pada Maha Pencipta, tunggu masa saja untuk dipulangkan semula.
sukar untuk terlalu banyak berkata-kata kerana pasti nanti DIA akan tuntut semua. adekah apa yang aku sampaikan pada mereka telah aku sendiri laksanakan? mari kita sama-sama tanya pada diri. tapi ingat, sukar tak bermakna mengalah. mesti rasa malu kan bila pandai cakap tapi tak pandai atau tak pernah pun buat. ehem-ehem, pernah ka? tak mau la macam tu >.<
apabila kita sendiri di uji dengan apa yang kita sering kata atau dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. - terima kasih banyak kak ain ♥
" Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya "
(al Saff ayat 2-3)
p/s : masih sibuk dengan urusan tempat praktikal. doakan saya :)
2 comments:
sama2 qila...:) akak bkn siapa2, hny utusan Allah utk mengukuhkan apa yg sudah terjalin.
like! hnya Allah mmpu m'bls jasa kmu :)
Post a Comment