pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Monday, May 2, 2011

Hari.

Bila diperhatikan pada hari-hari yang telah berlalu pasti ada yang sedikit kelabu. Bukan aku yang tak mahu memberi secalit warna ceria tapi biarlah aku belajar yang hidup ini ada masanya perlu juga sedikit duka dan lara.


Melihat pada hari-hari kelabu itu aku menjadi sedikit sangsi akan apa yang bakal terjadi lagi. Tapi yang lebih baeknya ia adalah hari yang mengajar aku untuk lebih berhati-hati. Jatuh dan bangun semula pada aku sudah lali. 


Pernah hari yang kelabu itu buat aku menyendiri, memikirkan masa depan yang tak pasti. Apakah aku mahu kesudahannya begini tiada erti? Itu yang sering aku persoalkan didalam hati. Tidak! Oleh itu dari tangis aku belajar untuk ketawa. Dari jatuh aku belajar untuk bangkit semula. 


Aku percaya, saat Dia Yang Maha Berkuasa datangkan duka akan tiba suatu masa Dia pulangkan pula bahagia. Oh itupun andai diri ini layak menerima. 


Sudah punya mereka mereka dan Kau yang terbaek dihati adakah itu petanda aku sudah separuh layak? Alhamdulillah. Moga-moga. Perlu berusaha lebih gigih lagi.




Hanya bahagia yang aku rasa saat ini,
Terima kasih kepada Pemilik hari yang memberi aku merasa nikmat


Hari semalam 

2 comments:

عين said...

"..saya yakin Allah simpan sesuatu yg baik utk saya, demi Allah saya percaya."...adikku sayang, kita berada di bwh payung yg sama, moga keyakinan kita kuat dgn Allah

qila~ said...

yup! yup! semoga keyakinan kita terus kuat dgnNya :')

Allah simpan sbb Dia ada alasan tersendiri kan, Dia Maha Mengetahui..