pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Friday, May 20, 2011

Pesanan dari bakal ibu?

Bismillahirrahmanirrahim.


Tadi saya pergi google gambar nasi lemak. Perghh kechor la orang kampung kata, lagi pulak saya belum makan apa-apa dari pagi kan. Scroll dari atas ke bawah tiba-tiba saya teringat yang saya ada gambar nasi lemak laa. Yup nasi lemak yang ibu saya masak. Terbaek! Masakan ibu, siapa boleh menafikan yang ia memang terbaek kan :)


air tangan Puan Sa'dah

Tapi post ni bukanlah nak cerita pasal nasi lemak pun, tidak sama sekali. Just teringat sebab lecturer saya yang sangat meminati nasi lemak marah bila orang menyalahkan nasi lemak punca mengantuk. Dia kata ni semua mindset la. Kalau tak makan nasi lemak pun tiba masa nak tidur akan tidur jugak. Ya saya setuju dengan kata-kata dia since saya pun 'hantu' nasi lemak,hehe..Perbincangan kosong tu terus disambung dengan kata-kata rakan saya " alaa kita time sekolah dulu makan ja nasi lemak, boleh ja belajar. Boleh maen lari-lari lagi. Yang jadi topik utama kes budak sekolah sekarang tak digalakkan makan nasi lemak sebab kononnya mengantuk dan takut obes bila nasi lemak tu diambil secara berlebihan. "  Wah macam sama kes dengan makan ubat overdose pulak.

" Budak sekolah zaman sekarang ni mengantuk sebab sibuk mengadap laptop 1Malaysia tu, maen PSP, maen facebook. Mata dorang banyak guna untuk benda-benda ni semua. Dah takde lari maen cop tiang, rounders ke apa sebab tu dorang obes " tambah dia lagi. Statement dia ni saya sokong 94%. Korang berapa %? Maaf cakap tapi saya kurang berkenan dengan skim pemberian laptop untuk budak-budak sekolah yang kerajaan dah laksanakan sekarang. Ni bukan cerita politik tapi saya rasa 'kemudahan' ni sangat membahayakan minda mereka. Kalau disalahguna, habis selamat. Maksud saya zaman sekarang kat mana-mana boleh online ada wifi. Bila dah dapat internet, dorang boleh tengok macam-macam. Just name it, dorang boleh terus google cari.

Sifat ingin tahu sangat kuat pada umur macam ni lah, dalam lingkungan 13-17 tahun. So sendiri fahamlah bila saya cakap tentang 'sifat ingin tahu' tu. Bahan-bahan lucah saya boleh jamin berlambak kat internet ni. Dari sudut bacaan hinggalah video confirm ada. Antara nak dengan taknak ja cari dan tengok. Saya ingat lagi pesanan ayah dekat kami adik-beradik, " ayah dah bagi broadband, dah pasang streamyx ni semua pandai-pandailah korang guna untuk apa. Jangan bukak yang bukan-bukan, ayah bukan tahu korang buat apa jauh-jauh tu tapi kepercayaan ayah ni amanah la." 

Sebab tu bila 'kemudahan' ni diberikan saya takut makin bertambah kes-kes buang bayi sebab masing-masing dah expert, makin bertambah kes rakam-video-upload-kat-youtube seterusnya memalukan sesetengah pihak, dan macam-macam lagi lah. Benda ni harus di kawal laa sebab dah banyak masalah yang saya nampak kat facebook. Kecil lagi dah ada akaun facebook, hai orang sana hai orang sini, upload pic comel mereka banyak-banyak. Bahaya kot tapi mereka tak tahu apa, yang mereka tahu hanya bergembira. So untuk mengatasi masalah yang tidak diingini dari terjadi,  ibu bapa perlu ambil tahu apa yang anak-anak buat dalam bilik mereka, selalu buat spotcheck apa yang ada dalam handphone atau laptop anak anda. Tak takut ka tiba-tiba dapat surat anak anda lari rumah ikot teman lelaki pergi Lombok atau Nigeria? Mintak di jauhkan.

Saya pernah cakap dekat kawan-kawan saya bila saya ada anak nanti sorry to say la saya takkan bagi dorang merasa ada handphone diusia muda ni. Laptop sendiri jauh sekali, nak guna pakai ibu punya siap saya duduk sebelah lagi. Hahaha.. Bunyi macam terlalu 'kolot' kan tapi saya takut kita sebagai ibu bapa dah beri didikan yang terbaek, yang merosakkan anak-anak kita adalah teknologi itu sendiri. Mungkin dah ada pun kes macam ni terjadi zaman sekarang. Apa pendapat korang?

Saya bukan nak mengajar tentang kemahiran keibubapaan atau lebih dikenali sebagai parenting skills sebab saya belum berumah tangga pun. Simen pun tak beli lagi tapi saya boleh fikirlah baek buruknya sesuatu tindakan tu. Contoh bawa baby tengok wayang midnight movie, kategori ibu bapa yang baek kah? Pakai leggings keluar rumah tak hairanlah anak pakai short skirts, yang ni jatuh kategori ibu bapa yang sporting kah? Benda-benda macam ni saya nampak dengan mata kepala saya sendiri, bukan nak cakap yang ibu bapa saya jauh lebih baek tapi sendiri mau ingatlah bila dah jadi ibu bapa ada perkara yang kita 'suka' buat tapi tak baek wajib ditinggalkan bila kita dah ada anak sebab mereka belajar melalui teladan. Budak-budak akan ikut apa yang ibu bapa dorang buat dulu. 

Rasanya memang patut la kalau saya salahkan ibu bapa yang macam ni kan?huhu.. Saya pun tak sempurna mana tapi rasa macam dah tak boleh biar benda ni dari terus berlaku. Sakit mata, sakit hati. Kesian kat anak-anak yang lahir dalam keluarga yang ibu bapa dia tak amek kesah pasal benda-benda ni. Ha yang ni memang betul boleh salahkan ibu mengandung kot? Maaf la mungkin post kali ni bunyi macam kasar tapi ini pendapat saya yang dah lama saya nak luahkan. Kalau ada yang termakan cili maaf sangat-sangat sebab bila dah makan cili haruslah terasa pedasnya.. Bukan suka-suka nak bikin kontroversi sebab saya tahu ramai lagi kat luar sana yang menjadi ibu bapa yang sangat bagus buat anak-anak mereka. Cukup didikan agamanya Alhamdulillah saya ucapkan tahniah. 

Bayi yang baru lahir ibarat sehelai kaen putih dan insan pertama yang mencorakkannya adalah ibu bapa kepada bayi itu sendiri, betul? Maka pilih lah corak apa yang anda nak lukiskan di atas kaen putih tersebut. Buat semua ibu bapa yang membaca post ni ataupun yang bakal bergelar ibu dan bapa satu hari nanti termasuk saya insyaAllah, pilihlah corak yang tercantik untuk anda lukiskan di atas kaen putih itu, bukan sekadar menconteng atau mencepulnya di dalam tin yang berisi cat hitam sahaja. Anak itu amanah dari Allah, apa hak kita untuk mengabaikan amanah yang sudah diberi olehNya ibarat sekadar melepaskan batuk ditangga? Sama-sama kita fikirkan..

p/s : bakal menjadi ibu yang konservatif kah saya suatu hari nanti? Senyum....

5 comments:

farah 0 said...

seyes, nmpak sgt mnyelerakan.. kau ingt x, aq pnah ponteng kelas qmt sbb nk blik umah, rindu ns lmak mak aq.. huhu..

picairin said...

actually parents kena rajin pantau apa yang anak2 buat dengan laptop... cthnya laptop hanya boleh digunakan di ruang tamu...tak boleh bawak ke bilik supaya ibu bapa senang untuk pantau... parents jugak kena rajin tgk history..tgk apa yang anak2 search... tapi history tu boleh delete... actually ada software yg membolehkan ibu bapa pantau apa yang anak2 search di internet... tapi phak skolah kena la ajar parents ni apa perlu buat untuk pantau....sebab mostly parents tak brapa cekap iT neh...just opinion..=)

picairin said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Tajul said...

hmm.. pasal tenet nie mmg tak leh kata apa laa kan.. coz tak bukak benda bukan2 tue pon ttp benda bukan2 tue muncul.. kadang2 iklan bukan2 tue muncul kat tepi site..

kadang2 kita klik satu web nie.. pastu muncul web iklan bukan2 juga yg mana dtg pon tak tau.. slalu muncul iklan yg scan body tue..rasa tau kot.. dan nie smua menyakitkan mata.. oh!

qila~ said...

farah : igt igt! agak x boleh 'pergi' disitu,haha..

pika : tu la,bdk2 skrg da bijak.. kalo tgk bnde bkn2 automatically dorg clear d'history kot? hehe.. nk dok sblh 24/7 mcm xda privacy lak..susah..

shahniz : haa tu la pasal..kalo sifat ingin tahu meronta-ronta time tu cmna? slh nfsu xtau control agknye,huhu..