pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Wednesday, May 25, 2011

Juvana dan mentaliti masyarakat.

Bismilahirrahmanirrahim.


Dalam banyak-banyak drama Melayu, boleh dikatakan saya paling suka dengan drama Juvana. Ala yang sekarang tengah maen dekat TV3 setiap malam Isnin tu. Bukan sebab majoriti pelakonnya adalah 'hero' semata tetapi sebab jalan ceritanya yang laen dari laen sekaligus tak diselitkan terlampau banyak adegan stereotaip drama-drama Melayu yang laen.


Bila saya cakap stereotaip samalah ertinya dengan kisah dunia korporat, kisah anak tak mengenang budi, kisah cinta terhalang dek berlainan darjat, kisah cinta tiga segi, kisah sihir-hantu-bomoh, dan banyak lagi la. Rasanya tak senaraikan kat sini pun anda boleh fikir sendiri apa itu drama Melayu yang stereotaip kan? 


Kebanyakkan drama Melayu yang saya tonton, saya boleh agak endingnya. Tu yang kadang-kadang sebest mana pun jalan ceritanya, ia boleh jadi bedtime stories bagi saya,hehe.. Owh ini terkecuali drama Nur Kasih sebab itu memang drama favourite saya. Dah jangan cakap apa-apa.


Oke sebelum lari makin jauh dari niat cerita asal mari kita semua kembali ke pangkal jalan. Drama Juvana ni membawa kita para penonton untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi kehidupan seorang pesalah juvana. Lebih kurang macam mereka yang belajar kat Henry Gurney la cuma dalam cerita ni nama sekolah mereka Sekolah Wira Bakti. Nice kan?



Mereka-mereka yang ditempatkan kat sini biasanya underage dan pernah melakukan kesalahan yang berat yang mana kalau diikutkan mereka patut duduk dalam penjara la tapi disebabkan mereka belum cukup umur, mereka masuk situ. Betul kan saya kalau saya silap.


Banyak scene yang menarik dalam drama ni dan antara yang saya tak boleh lupa bila watak Bront Palarae sebagai ketua warden bertanya pada Zahiril Adzim yang memegang watak sebagai Daim yang pada masa tu sedang mengaji al-Quran. Lebih kurang macamni dialognya


" Awak faham ke apa yang awak baca tu? "


" Tak "

" Yelah, kalau awak faham takdelah awak masuk sini kan "



Beto Kusyairy & Bront Palarae

Pergh episod pertama lagi dah ada scene yang menusuk hati dan sanubari saya. Berapa ramai yang membaca al-Quran faham apa yang dibacanya? Jangan ambil mudah, belajarlah dengan orang berilmu. Tafsir al-Quran kan ada, bak kata pepatah nak seribu daya taknak seribu dalih. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan InsyaAllah. When there is a will, there is a way. Eh macam translate ja tu. 


Pernah la juga terdetik dalam hati nak masuk sekolah macam ni, erk maksud saya masuk bukan sebagai pelajar tapi sebagai pelawat. Fuh! Orang salah faham pulak nanti. Tapi tak tahu pulak ada sekolah macam ni untuk pelajar perempuan. Selama yang saya dengar cerita semua lelaki ja. Ada sesiapa tahu?


Saya share cerita ni kat sini bukan sebab nak agung-agungkan mereka tapi seriously cerita ni bagus. Tak percaya? Cuba tengok 1st episode for sure anda akan setuju dengan cakap saya. Satu lagi, bila jumpa dengan bekas pelajar yang macam ni kat dunia realiti tolong jangan pandang serong dekat mereka. Anda tahu maksud saya


" Eh tengok la budak tu, ni dah ada semula kat kampung habis la ayam kampung ni banyak hilang, makin tak selamat la anak dara kat kampung ni, bla bla bla.... "


Oh tu ayat dalam drama Melayu yang pernah saya tonton. Apa orang kata, stigma masyarakat la. 
Suka nak cop orang tak tentu pasal. Tak pernah nak bagi mereka peluang tunjukkan yang mereka dah berubah. Secara tak langsung mereka akan rasa ' aku buat jahat pun orang cakap, aku buat baek pun orang cakap aku jahat, baek aku betul-betul buat jahat. ' Akhirnya mereka tak ke mana.


See. Saya teringat pada kata-kata yang mana ' orang akan ingat dan orang akan nampak perbuatan jahat kita lebih dari perbuatan baek kita. ' Benda ni normal, sampai mati pun orang akan cakap. Biasanya lah.. Kalau nak ubah masyarkat memang sukar sebab tu sebelum ubah masyarkat, ubah dulu diri kita dalaman kita. Oleh tu jangan mudah menilai sesuatu pada luarannya sahaja, don't judge a book by its cover even saya pun selalu buat camtu (hehe) well kira ni macam sesi muhasabah diri la.


Lebih teruk lagi bila kita menilai seseorang berdasarkan kisah lampau dia. Tak baek sungguh, benda dah lepas buat apa nak ungkit melainkan anda jeles dia mampu berubah jadi lebih baek dan anda tak? Heh.. Ayat bakar line. Kesimpulannya tak semua orang ada masa lampau yang indah-manis-bahagia dan jangan disebabkan masa lampau tu kita tak berani nak berubah sebab takut orang mengata. Mulut manusia bukan macam mulut tempayan boleh ditutup-tutup so apa pilihan yang ada? Just go with it.. Kita ada Allah dan Dia Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Pengampun, Maha Penyayang, apa nak takut.


Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
( Ar-Ra'd : 11 )


Saya tabik dengan mereka mereka yang berjaya meninggalkan jauh kisah lampau mereka dan terus berusaha untuk memperbaiki diri tanpa jemu. Tahniah! Saya akhiri post kali ni dengan satu scene dalam drama Juvana yang agak mendebarkan 


Botak and the geng 


" Kita jumpa petang ni "


" Alaa kenapa nak tunggu petang, sekarang pun boleh cikgu "


Pergh menitik peluh dingin, mahu menggigil dibuatnya kalau saya jadi Cikgu Zakiyah. Apa kata anda?




7 comments:

k a k L a m p said...

dengar citre citer ni mmg jadi pujaan ramai.. even tgk iklan pon dh sentap.. bagush2..

qila~ said...

tula harap jgn puja semata nnt rmai lak bangga nk msuk situ,hehe.. amek pgjaran la, byk kot dlm cite ni :)

Anonymous said...

Kat perlis ada sek utk pompuan kalo tak silap tapi bwh seliaan JKM.
Dan sy pon ad sorg kwn yg pernah masuk sek mmcm tu,skrang dia dah pn berjya dgn bisnes sndri:)

qila~ said...

owwh,thanks 4 the info :)

alhamdulillah la kan,ada hikmah la dia msuk situ..

the Prayer for Allah ~ صلاة الله said...

akk pun suka tgk cite ni...suspen2 tu yg best....cite mcm ni kira ok la dr asyik2 cite cinta jiwang pakwe makwe tah pape.
aritu akk tak tgk episod keputusan pemilihn kapten, sape jd kapten eh lps daim bc surat tu?

phateen89 said...

tapi kan...mengikut pandangan orang2 yg lebih dewasa,contohnye ayah aku,dia cakap cite tu lagi mengajar budak buat jahat...contohnye,satu scene tu...kat kedai,botak makan biskut yg belum dibayar kat rak biskut tu juga...ayah aku cakap,nanti budak2 yang belum pandai sangat berfikir akan tiru cara tu sebab nak curi bawak keluar takut kena tangkap,so makan je dalam kedai tu...(ada betulnye juga)

kita yg boleh berfikir lebih ni memang la akan cakap cerita tu sebagai teladan...tapi pada budak2 yg memang belum pandai sangat berfikir akan buat macam ayah aku cakap tu...(tiru cara nak buat jahat)...

btw,aku tak nafikan cite tu best sebab lain dari yang lain...

qila~ said...

kak ain : kan..da muak gak la dgn cite cinta,hee..em still dorg pilih botak gak..kalo ter miz blh tgk kat tv3.com :)

fatin : a'ah btol la tu..da agk mst org akan ckp cmtu pnye..biasala,sme kes mcm tgk cte rempit sempit bohsia tu smua..bdk2 tgk dorg pn nk wat cmtu gak..

ade pro contra,sbb tu ibu ayh kena ada sblh trgkn ni jgn ikot tu jgn ikot biar ank2 fhm :)