pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Wednesday, May 18, 2011

Kata hati.

Bismillahirrahmanirrahim.


Peringatan! Post kali ni mungkin membosankan, harap maaf...


Berbual dengan 2 insan berbeza yang melalui 1 jalan yang serupa dengan saya, akhirnya membawa kepada satu kesimpulan bahawa dalam hidup ini tiada apa yang sempurna. Tak semua kisah hidup berakhir dengan happily ever after macam dalam fairy tales atau bedtime stories. Hmm mungkin juga boleh dikaitkan sedikit dengan kisah-kisah dongeng yang mana watak utama perlu melalui sedikit ranjau dan duri yang akhirnya membawa kepada penutup yang bahagia. Begitulah saya harap akan terjadi dalam hidup saya.


Jalan yang dilalui sekarang mungkin tak ramai yang melaluinya tetapi saat saya terpaksa memilih jalan ini dan melaluinya ia membuka mata saya 'kalau bukan sekarang bila lagi?' Kalau bukan inilah masa saya diuji, kelak bila saya diuji mungkin saya akan terus menyerah kalah, berputus asa. Orang yang perjalanan hidupnya lancar tidak akan punya persediaan untuk menghadapi ujian yang datang secara tiba-tiba kerana dia sudah berada dalam zon selesa untuk jangka masa yang sangat lama. Betul?


Sebaliknya orang yang sentiasa diuji akan bersedia bila-bila masa kerana dia tahu tak kira dimana, dengan siapa, ataupun bila, dia akan tetap diuji. Maaf bukan berbangga kerana diri sering diuji, malah saya bersyukur.  Bersyukur kerana Allah s.w.t memilih saya diantara mereka mereka untuk diuji menunjukkan saya insan terpilih. Walaupun pernah disuatu masa terlalu banyak persoalan mengapa dan mengapa saya yang kerap diuji tetapi itulah janji-janji Allah yang mana Dia tidak akan menguji hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupan hamba itu tadi menghadapi ujian tersebut.


" Orang sering kali kata aku tabah Qila,tapi dalam hati ni Tuhan sajalah yang tahu " kata seorang teman kepada saya. Saya balas kata-katanya dengan anggukan serta senyuman sambil berkata " Aku faham, aku rasa orang laen pun anggap aku macam tu tapi sebaliknya apa pilihan yang kita ada? Memang nak taknak kita kena hadapi semua ni ". Saat itu saya sedar, bukan saya saja yang punya masalah, bukan saya saja yang pernah kecewa, bukan saya saja yang perlu tabah. Bila kita susah, ingatlah bahawa ada orang yang lebih susah dari kita dan ya kata-kata itu benar kerana teman tadi lebih banyak masalahnya dari saya. Maka apa yang perlu saya rungutkan lagi? Tiada apa..


" Aku bersyukur sangat Qila, mungkin aku kurang kat sini tapi aku lebih kat tempat laen. Aku ada family yang sangat bahagia. " kata seorang lagi teman saya. Itulah juga yang saya nampak dalam diri saya. Mungkin saya 'kurang' at certain place tapi saya 'lebih' kerana memiliki family yang sangat sangat bahagia. Ibu ayah yang sangat menyayangi saya, sanggup datang melawat sebelum paper terakhir final haritu semata-mata untuk memberi semangat, tak pernah jemu berulang alik dari Muar-Melaka untuk menghantar saya belajar, ah terlalu banyak kalau ingin dicoretkan satu persatu disini. Memiliki adik-beradik yang sangat ceria sangat memahami dan sentiasa ada untuk berkongsi suka dan duka, Allahuakbar! Alhamdulillah, cukuplah cukup. Saya bersyukur sangat..


Hidup ni terlalu singkat untuk kita menyesali apa yang telah berlaku tanpa mengambil sebarang iktibar. Sebaliknya kita mengulang kesilapan yang sama. Apekah, tak berbaloi langsung. Yang pertama kali mungkin boleh dikira sebagai satu kesilapan dan kita sebagai manusia perlu belajar dari kesilapan tetapi kalau ia adalah yang kedua kali, itu bukanlah kesilapan. Pernah tak dengar 'sekali menipu mungkin ada peluang kedua, tetapi ingat andai menipu untuk kali yang kedua takkan ada peluang ketiga?' Oke saya bukan cerita kes tipah tertipu ke apa tapi ianya boleh di sama erti kan dengan kita mungkin boleh tersilap untuk kali yang pertama dan kita belajar dari kesilapan tetapi andai kali kedua kita tersilap adakah itu betul-betul yang dipanggil kesilapan atau kita yang salah memilih jalan? Fikir-fikirkan lah....


Ujian yang saya rasa saat ini mungkin adalah kerana ianya dari kesilapan saya sendiri dan moga ia menjadi kesilapan saya untuk yang terakhir kali. Oh ya, saya bukanlah setabah yang semua orang sangkakan. Tetapi saya cuba untuk tabah. Terima kasih atas semua doa, semoga saya bakal menjadi seorang yang betul-betul tabah, ameen...



Tiba-tiba rasa nak share poem zaman sekolah dulu The Road Not Taken. 


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

:')



2 comments:

SumaiyyahAbidah said...

Selalunya bila masalah melanda, memang rasa teramat berat dan susah nak pikul. Kepala terbeban sebab fikirkan masalah yang tak henti-henti datang. Kalau dah sampai tahap, air mata pun mulala mengalir.

Tapi tula, tanpa ujian, mungkin kita susah nak ingat Allah? Sebaik-baiknya kita ingat Allah sentiasa, tapi kalau melalui ujian kita dapat tingkatkan iman, maka kenalah bersyukur dengan ujian itu, kan?

Harap diri saya dpt ingat Allah setiap ketika, sedih atau gembira. Dan saya tak rasa post ni boring :)

qila~ said...

bila sedar yg diri ini hnyalah hambaNya maka layak sgtlah diri ini diuji oleh Dia..InsyaAllah ada hikmah kan..

thanks kak ngah :)

yep ujian ni byk mengajar..sangat banyak..harap diri ni jgk sntiasa mengingatiNya x kira dlm apa jua situasi~