Ingat tak masa zaman sekolah dulu tiap kali ada kem motivasi, tiap kali tu jugak akan ada sesi nangis-nangis? Biasanya aktiviti ni dibuat waktu malam. Semua pelajar berkumpul dalam dewan dan kemudian lampu akan dimalapkan secara perlahan-lahan yang tinggal hanya suara Encik Motivator yang sayup-sayup kedengaran.
Topik paling favourite adalah bercakap tentang ibu bapa. Encik Motivator memulakan sesi dengan bercerita perjalanan hidup seorang manusia, dari mula berada dalam rahim ibu hinggalah saat dimana kita berada sekarang. Kemudian akan tiba part
" bayangkan sebaik saja anda pulang dari kem ini, anda lihat ramaaai orang di perkarangan rumah anda, rupa-rupanya ada kematian dan yang meninggal itu adalah kedua ibu bapa anda. Sayangnya anda telah terlambat, tak sempat nak meminta ampun dan maaf dari kedua ibu dan bapa anda. Dah terlambaat... "
Saat itu mulalah kedengaran esak tangis rakan di kiri kanan anda dan mungkin juga seluruh dewan. Lagu Ayah dan Ibu nyanyian Allahyarham Sudirman pun berkumandang
Ayah dan ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Aaahaai....
ayah <3
Mula dari detik itu setiap seorang dari kita mula berjanji pada diri yang aku tak akan sakiti hati ibu dan ayah lagi, aku akan menjadi anak yang baik yang mendengar kata dan bermacam-macam lagi janji manis yang kita sematkan dalam hati sendiri. Tapi seiring dengan peredaran masa, semakin meningkat dewasanya kita mungkin daya ingatan sudah tidak berapa kuat. Kita lupa pada janji. Janji untuk menghormati, janji untuk menyayangi.
Dengan slumber menghempas pintu bilik jika ibu menegur silap kita. Buat tak dengar apabila ayah melarang keluar. Lupa hendak menelefon saat berada jauh dari keluarga. Lebih suka menghabiskan masa bersama rakan-rakan yang tak tentu hala. Alangkah sedihnya. Cuma terdetik untuk bertanya khabar bila duit elaun sudah habis takpun kredit handphone dah zero. Eh malu la sket !
Menonton episod Imam Muda yang lalu membuka mata saya seluas-luasnya dan saya berjanji takkan melakukan itu semua pada ibu dan ayah. Betul kata orang, seorang ibu/bapa boleh jaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu/bapa :'(
p/s : kita manusia hanya tahu menghargai setelah kita kehilangan.....
5 comments:
Salam alaik,
teringat plak ana pada zaman sesi nangis ngongoi2 kat mak kat dewan.
Qila perasan tak, yg sentuhan qalbu di tv9 ade jugak ciri2 ni.
bukan berfokus pada mak ayah tapi berfokus pada PENCIPTA mak&ayah kita. Siapa lagi kalu bukan DIA. Allah swt. Cinta yang tertinggi dan teragung =)
w'salam..
hehe..sumeorg pn buat cmtu kot..
a'ah ada.. yg tu best jgk,yg ckp tu org indonesia kan tu yg bunyi mcm lagi sayu ja..mmg bagus rncgn tu, x nangis x sah kn :)
sedih plak baca entry nie..moga moga kita akan menjadi anak yang lebih baik kepada kedua ibu bapa kita..insyaAllah <3
:)
Motivasi setiap hari utk lebih berjaya =)
hargai selagi ibu bapa masih ada...kasih mereka membawa ke syurga...
syafiqahsalleh : entry peringatan bersama..kdg2 kita terrrlupa ;)
ameen~ moga-moga...
mohamadazhan.com : like ! ye tanpa mreka siapalah kita kn..
Post a Comment