pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Wednesday, October 27, 2010

aku tidak emo.

4.03 a.m..

ditemani rintik hujan yang pastinya aku rindui  
 >.<

berehat untuk 2 minggu. genap!
mana lagi penting?
ya, masa depan. masa depan yang menanti..
melupakan sebentar, itu pilihan yang diberi atau 
sebenarnya aku yang pilih?
senyum. senyum. dan senyum lagi. sendirian..
minum nescafe, aku teringat. 
sepanjang 2 minggu ini aku bergantung pada nescafe tau.
mana mungkin dapat melupakan, huh..
oh jangan risau. aku tidak emo. 
sebab itu bukan aku  ;p


kau mampu Matahariku  :)

p/s : buat semua, tak perlu mencari di facebook,aku sudah tiada.. di blog juga.. ini yang terakhir.. 2 minggu lagi InsyaAllah aku datang kembali~

Tuesday, October 26, 2010

bila lapar saya akan merepek,bila merepek saya akan lapar.

salam semua.. oke,satu paper suda selamat jalan romeo,semoga keputusannya seperti yang diharapkan. semoga Allah permudahkan,amin.. walaupun pastinya ramai yang bengang sikit dengan soalan APV, eh bengang sikit ka bengang banyak?haha.. tapi takpe, what is past is past. teruskan usaha untuk paper seterusnya :) 


satu ja soalan nak tanya dan soalan ni takde kena mengena dengan subjek accounting,hehe.. adekah aqila seorang yang kuat makan? sila jawab dengan jujur. saya tak marah,kecik ati ja,haha.. takdela sebenarnya nak tanya, adakah korang perasan bahawa kebanyakkan restoran fast food menggunakan warna merah sebagai warna tema mereka? contoh! KFC, McDonald’s, Pizza Hut, Burger King, Domino’s Pizza dan banyak lagi. haa,perasan tak? oke tak perasan takpe cikgu tak marah..


tahukah korang, menurut kajian warna ke atas psikologi manusia, warna merah dipercayai mampu membuat kita rasa lapar! ya ya.. sekarang korang boleh salahkan warna merah yang buat korang lapar asyik nak makan ja, sedangkan nafsu makan korang memang tinggi sebenarnya,haha.. oke,gurau ja jangan tacing.. emm tak tahu la kajian ni dari mana tapi bila difikir-fikirkan semula macam betol.. terpulanglah pada korang nak percaya atau tidak,hee..
. . before n after . .

oke,salah satu contoh terdekat sebab baru makan semalam. sundae fevret, sape belanja confirm tak tolak. tapi ni belanja diri sendiri ja, paie pon bayar sendiri jugak,haha.. lepas abes exam biase la perut dah mintak diisi sebab guna tenaga tuu jawab soalan, perah-perah otak lagi.. padahal masa tengah jawab pon perut da berkeroncong,wah! tapi before makan sundae, pi makan nasi goreng usa dulu.. nafsu nafsu,huu.. ha,lupa pulak nak bagitahu.. sebagai langkah berjaga-jaga untuk elakkan setiap kali korang jalan-jalan, nampak warna merah ja teros lapar, adalah dengan memakai spec itam,haha.. so bila korang jalan-jalan nampak sume gelap ja kan?? merah pon tak merah sangat.. bernas tak idea ni? ;p tapi saya memang tak pernah buat la,apekah kan.. macam bajet lak,hehe..

oke,sudah la tu.. tadi target nak start study lepas taip post ni tapi disebabkan sekarang ni tengah lapar, saya menukar target tersebut.. saya akan mula study lepas lunch. eh eh,arini turn sape masak ha?? lapar ni... oke qila cukuplah merepek. merepek akan membuatkan anda rasa lebih lapar.. ni kajian saya sendiri,haha.. oke sudah! pi study sekarang, bajet gap 4 hari tu banyak sangat la! aqila pon memarahi dirinya sendiri..

sekian...

p/s : makan bila lapar berhenti sebelum kenyang ya kawan-kawan ;)

Friday, October 22, 2010

exam,amanah dan erk,gambar?

salam semua.. siapa kata saya balik rumah,saya tak study? kali ni saya study oke. walaupun demam dan masalah jerebu melanda sampaikan pic yang diambil pun kabur ja, study tetap study. tak tau la awat sem ni semangat laen macam sikit. harap result pon laen macam sikit la. maksud saya dari sudut positive ;) insyaAllah..
femes akak buku,cik kalkulator,abg pensel oren n encik nokia ;p


meja saya di Melaka.
padat kan,macam-macam ada tu.
buku n stationery tu biasa la.
yang best tu ada air mineral,kipas tangan,bunga telur,minyak kapak,
actifast paie,cik jiji gemok n febreze.
bunga telur n febreze,apekah kan..

okeh cukup,sebenarnya nak share sikit apa yang saya baca kat blog saudara hilal pasal exam. best,simple ja tapi bermakna. apa yang bermakna? pelajaran itu adalah satu amanah, so kalau kita tak belajar betul-betul, kita tak laksanakan amanah yang diberi la kan..so macamana nak datang 'kaf ba ra kaf alif ta nun' tu kan? emm jom sama-sama fikirkan..

“…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Surah Ali Imran ayat 159.

selepas berazam,bertawakal lah? maknanya tak perlu berusaha ka? silap,anda silap. usaha tu kan satu tawakal dan tawakal itu bermula sejak kita berniat nak buat yang terbaik dalam exam :)

selamat berazam,berusaha dan bertawakal..! 

Thursday, October 21, 2010

cukup sampai disini?

salam semua.. pagi tadi ada menyinggah di blog seorang teman yang bercerita mengenai temannya yang telah putus tunang walaupun cuma tinggal 2 minggu saja lagi hari majlis pernikahan mereka. temannya seorang lelaki  dan pastilah bekas tunangannya itu seorang perempuan. memilih untuk kembali pada kekasih lama yang menagih  semula cinta mereka disaat segala perancangan untuk majlis itu sudah hampir 95% siap bagi saya adalah satu tindakan yang kejam. ya,perempuan itu kejam. apa yang dicarinya saya tak pasti. tidak tahu ke makna menghargai? betapa yakinnya dia memilih untuk bersama dengan bekas kekasih hati dengan menolak ketepi begitu sahaja insan yang bagi saya lebih berhak ke atas dirinya iaitu tunangannya. apabila memilih untuk bertunang,sudah pasti itu lah juga pilihan untuk menjadi pasangan hidup,dengan erti kata lain bernikah atas persetujuan kedua belah pihak,kan? tetapi akhirnya dipilih juga  'si bekas'. pasti kah si gadis akan hubungan yang dibina semula bersama 'si bekas' bakal berakhir dengan pernikahan? 


memang salah kerana menilai si gadis dengan mendengar cerita dari sebelah pihak saja. mungkin ada cerita lain disebalik itu. tapi..entahlah,saya tak puas ati jugak,hoho.. pernah dengarkan bercinta dengan orang lain,bertunang dengan orang lain,berkahwin juga dengan orang lain? abaikan part bercinta tu, tapi ni dah bertunang kot,tunggu masa jaa. em itulah dikatakan jodoh. jodoh tu datang dari Allah s.w.t. andai si gadis memang dicipta untuk lelaki itu,pasti akhirnya akan bersatu juga. tetapi jika tidak,pasti Allah sudah menyediakan jodoh yang lebih baik dan lebih layak untuk lelaki tersebut. cuma dia perlu banyak bersabar. teringat nasihat yang disampaikan teman kepadanya,"mungkin ada hikmah kau putus tunang,daripada bercerai selepas berkahwin". saya juga terfikirkan perkara yang sama. mungkin nasihat tu tak berapa nak membantu la kan,tapi ada betulnya. setiap yang berlaku kan ada hikmahnya. janji Allah itu sudah pasti ;) 




beruntung kerana dia seorang lelaki. itupun sudah nampak sedikit goyah dan lemahnya dia akibat dari dugaan yang menimpa. bayangkan andai dia seorang perempuan? mungkin untuk membuka hati dan meletakkan kepercayaan kepada seorang lelaki untuk dijadikan teman hidup selepas itu agak sukar. mungkin.. ingat kalau dah sayang tu senang ke nak lupakan?? mana lah tau kan.. *ayat macam kenal*


teringat lak kat 1 hadith yang saya baca kat iluvislam.com pagi tadi : Nabi s.a.w bersabda : "Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin)." - HR. Muslim


mula-mula taknak share cerita pasal ni takut nanti orang cakap topik tak penting. dakwah ke?? siapa kata tak? perkahwinan itu satu ibadah oke. so tak salah la kot selitkan cerita-cerita camni. bukan dah menggatal nak bertunang ke apa. juz nak cerita supaya jadi pengajaran kat semua ja ;) lagi pulak tadi sambil study saya dengar lagu Maher Zain. dari 1 lagu ke lagu yang lain,hinggalah giliran lagu 'Barakallahlakuma' dimainkan. tiba-tiba jadi sebak,teringat lak cerita ni. kalau la saya jadi lelaki tadi mau menangis dengar lagu ni kot..kisah cinta orang lain,saya pulak nak tacing lebih dah kenapa,nasihat skett~ 


We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever...


p/s : teringat kat artikel 'kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah'.. ape komen korang ye? 

Wednesday, October 20, 2010

benda nak jadi qila..

konon nak balik Melaka pukul 3.30 tadi. ibu dah hantar kat bus stand,actually bukan la bus stand sangat coz tempat tunggu bas tu kat tepi jalan ja. tunggu punya tunggu bas tak sampai jugak. 30 minit suda. sabar-sabar. pujuk diri sendiri. dah la sorang-sorang,ada mamat mane ntah tak kenal pon kaco,eehh..ada yang makan kasut nanti! pastu datang pulak pakcik ajak berbual. ikut dari cerita pakcik tu,anak dia nak spm taon ni. semoga berjaya dengan cemerlang la ye anaknya.. terharu kot dapat ayah camtu coz dari air muka dia saya boleh baca yang dia sangat-sangat bangga dengan anak dia tu. belom campur lagi dari cerita-cerita yang dia sampaikan kat saya. sweet! lepas pakcik tu abes cerita,saya tengok jam ditangan. eh dah 1 jam ni. tak boleh jadi... tepon ibu cakap bas tak sampai pon lagi,kunun mengadu la kan. muka memang dah masam semacam. start dari kena kacau,sampai la 1 jam kemudian kena wat muka camtu,bayangkan! penat,geram,sakit hati. penat sebab kena berdiri sambil dukung beg yang berat penuh dengan ilmu. tu takpe la kan. geram sebab kena kacau. yang ni tak boleh takpe. sakit hati sebab bas tak sampai-sampai lagi. ni lagii la.. pakej,3 in 1.. lepas tu ibu mesej mintak number kat tiket bas tu. rupa-rupanya bas tu rosak. haaaish,macam la tak biasa kan bas tu rosak. benda nak jadi nak wat camne,tapi tak boleh ke sesiapa bagitau.. adik,bas teeet ni rosak la,dalam 2 jam baru sampai. tak boleh ke?? last-last ibu cakap dia datang amek. nasib! time tu rasa nak menangis da. nak marah mesti la tak kan. nak marah kat sape? pokok?? tak bersalah kot.. benda nak jadi,benda nak jadiii..so keputusan telah dibuat,saya akan balik malam esok,dihantar oleh ibu dan ayah. muktamad! ha tengook.. bukan niat nak menyusahkan tapi tau dah,dari niat tak nak tu la akhirnya terr susah kan jugak,huu.. benda nak jadii.. malam ni perlu stay up untuk study coz sehari suntuk tadi sibuk packing nak balik ja sampai study pun ala gitu-gitu.. menyesal tak bawak balik nota maf,kalo tak dah stay kat Muar sampai sabtu ja,kan senang.. lepas ibu amek,terus gi sekolah yo n afiq,jemput dorang balik. tiba-tiba nampak abc. teros beli,bismillah,minumm.. sejuuk jap hati yang panass ni. lupe nak istighfar,mane tak panass jee sepanjang-panjang tadi kan qila kaan.. astaghfirullahala'zim~


p/s : oh,bukan mengada tapi saya memang tak suka menunggu,jadi saya takkan biarkan diri ini ditunggu ;)


p/s p/s : singgah facebook jap,tetiba ternampak video ni.. klik~ ketawa suda! comeeel ammat,haha.. oke,saya suda cool. kejap ja pon marah-marah tadi ;p


p/s p/s p/skonon balik Melaka nak lepas rindu kat incik blog n cik Acer,last-last lepas rindu sambil marah jela ye kat sini,kat Muar,kat cik Acer orang laen.. cerita pon merepek dan tak berinformasi..bahasa kasar? maaf maaf maaf  T_T

Monday, October 18, 2010

atas dan bawah.


saya pernah berada di atas suatu ketika dulu. dan saya juga pernah berada di bawah suatu ketika dahulu. atas dan bawah, semua saya pernah rasa. tapi sekarang saya tak peduli lagi. atas atau bawah, bawah atau atas itu tidak penting kerana saya tahu Dia tak pandang pada kedudukan. apa guna berada di atas tapi melupakan saat-saat di bawah dan apa gunanya berada di bwah tapi tidak tahu untuk bersyukur. saya gembira dengan apa yang saya ada sekarang. saya cuma perlu berusaha lebih sedikit untuk kekalkan kebahagiaan yang saya miliki dan tingkatkan kejayaan yang ingin saya kecapi. InsyaAllah. semoga semuanya berjalan dengan lancar,amin~ 


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 
“Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. - Surah Al Ankabut ayat 2-3

p/s : bakal 'berstudy week' di Muar selama 2 hari ;)

Saturday, October 16, 2010

dia datang.


*tuka pic bia nampak lebih kemas*
eh eh,ada juge yang view result ni ye..
untuk lebih jelas ke hape? ;p


hari ni bangun pepagi lepas solat subuh saya terus online. bukan laju-laju nak tengok latest update dari membe-membe kat facebook ke hape tapi saya masuk student portal. oh ye,saya student uitm. uitm dihatiku,hee~ pastu teros update course registration. sufo tak buat lagi,hadeh. kali ni no sufo no result pulaak. macam-macem hal kan. pastu teros klik kat examination result. saja nak refresh balik otak ni pasal result exam sem lepas. pepagi da cuci mata kan. tengok qila,tengok puas-puas. ni sebagai peringatan diri. aha! final lagi 9 hari ja. usaha kene berganda ganda ganda. kali ni kena naek kan cgpa,sem depan da kena fikir nak apply praktikal katne. lagi la bz kot. 



oh ini jadual final exam untuk sem ni. suda sem 5 anda ye qila. 3 sem lagi untuk dilalui,insyaAllah. semoga Allah permudahkan jalan saya. amin~ nape pic result exam yang tak semegah tu kecik ja,pic jadual ni besar? tu menunjukkan yang berlalu dah biarkan ja ia berlalu. yang akan datang ni kita kene bersiap sedia untuk menempuhnya ;)


Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusan..

salam imtihan semua!

p/s : masalahnya,anda boleh bace ke result saya tu?haha..mestila tak kaan~ ;D

Tuesday, October 12, 2010

saya sudah,anda bila lagi?



ya,saya sudah :)
baru tadi di kampus..
tahniah,tahniah!
(",)v

ayah tanya aritu dah daftar ke belom?
kalo belom daftar kat post office dia ja..
tapi tak sempat lak..
berkobar-kobar ayah nampaknya..
padahal Along yang dah masok 23 tu tak daftar² lagi,hehe..

emm tak fikir lagi nak undi yang mana..
tapi macam tau nak undi siapa..
takpe,ada lagi 2 tahun untuk saya nilai dan fikirkan..

nak memilih pemimpin bukan mudah..
betol tak??

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: 
"Sesungguhnya kalian nanti akan sangat inginkan kepemimpinan,
 padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.”
 (HR Bukhari)

p/s : korang undi mana?? ;p

Saturday, October 9, 2010

deactive akaun facebook!

salam semua :)


terkedu seketika bila terbaca di blog seorang sahabat tentang mengapa dia deactivekan akaun facebooknya. leka itu adalah perkara utama. tapi yang lebih penting adalah kerana dia tak sanggup melihat perubahan rakan² nya di facebook. rakan sekolah rendah dan menengah dia yang telah banyak berubah. membuka aurat disana sini, memaparkan gambar masing² tanpa ada rasa malu dihati kerana menjadi tontonan ramai manusia yang pasti ada segelintir darinya memiliki hati dan fikiran yang jahat. masalahnya ialah dia tak mampu berbuat apa². nak menegur takut mereka terasa. yela,tak semua dapat menerima teguran dengan baek kan.. 


betol! kadang² kita sendiri seperti menyokong pula bila memuji kecantikan dan kecomelan mereka dalam gambar tersebut. aduh.. ape jalan yang terbaek? nasihat,nasihat dan nasihat! jangan pernah letih. jangan pernah putus asa. teringat soalan dari seorang rakan lelaki sekolah rendah saya yang betol² nak tahu mengapa saya tidak meletakkan gambar di facebook. pening nak menyusun ayat, saya suruh saja dia baca artikel di iluvislam.com berkaitan muslimah dan gambar. akhirnya dia faham. semoga dia sebarkan perkara tersebut pada rakan² nya yang laen. InsyaAllah.. 


itu saja yang saya mampu lakukan. nak ambil tindakan drastik macam sahabat tadi yang teros men'deactivekan akaun facebooknya saya susah sikit. sebab memang itu jela ruang yang saya ada untuk berkomunikasi dengan rakan² lama,cikgu sekolah dan saudara-mara dengan pantas,hehe.. ada juga individu yang saya kenal deactivekan akaun facebook dia sebab tak nak orang tahu perkembangan diri dia sekarang. oh walaupun alasan tu memang pelik tapi kamu telah buat pilihan yang sangat bijak lagi tepat! saya sokong dari jaoh ;) 


ape yang penting niat. kalau berfacebook sekadar untuk berseronok,fikirkanlah semula. banyak yang mampu anda lakukan menggunakan facebook dan kesannya pasti positive andai cara dan tujuannya juga positive.. tepuk dada tanya diri kita..



keadaan seperti ni saya akan pastikan tidak berlaku pada anak saya nanti.. 

oh tidak! bukan untuk bersikap tidak adil,tapi banyak keburukan daripada kebaikan..

 apabila zaman semakin maju ia semakin menakutkan saya  =.=''


“ Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran,
maka hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan tangannya,
jika tidak mampu hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan lisannya,
jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan hatinya,
dan itulah keimanan yang paling lemah ” (HR. Muslim ) 

Thursday, October 7, 2010

you are the friend i know i can act 
like a complete idiot with 
and NO MATTER WHAT
you will stand there laughing with me.

you are the friend that I can get completely mad at
and then having you STAND there with a funny face
completely ignoring the fact that i'm mad at you
and just burst out laughing.

you are the friend that I can trust with EVERYTHING.
there isn't a thing in the world I would doubt
telling you about because 
I TRUST you with my WHOLE heart.

you are the friend that has been through ROUGH times with me
and we still come out standing STRONG.

you are the friend that I would run to if in trouble

you are the friend that has ALWAYS 
tried to help me out.

and well you know what?

you are a person that I consider 
my BEST FRIEND



Ya Allah, berkatilah persahabatan kami ini..
semoga ia berkekalan buat selamanya~

Tuesday, October 5, 2010

nak cerita tentang MZ juga :)

salam semua :) 


post kali ni simple,juz nak cerita tentang MZ sikit. sape MZ tu? adekah ia manusia,benda, makanan atau ape? *kalo tak pikir pasal makanan tak sah,haha..* oke,jangan fikir yang bukan². MZ ni bukanlah sejenis kuih raye ataupun sebijik motor tetapi dia adalah Maher Zain~ penyanyi lagu² dakwah dari mana eh,maaf saya tak tahu. sebab saya ni bukanlah 'kipas susah mati' si MZ ni ;p

sana sini orang dok sibuk bercerita pasal dia,so saya pun nak cerita jugak la kan. saya juz minat lagu² dia ja,bukan diri dia. bukan~ so tak perlulah nak ambil tahu sangat dia asal mana,tinggi berapa,berat berapa tu semua kaann. biasa² sudaa.. sebenarnya lagu dia ni yang best. liriknya tu bermakna. bukan macam sesetengah lagu yang liriknya ntah ape²  =.='' 

antara lagu MZ yang saya selaluu dengar : 

1) InshaAllah.. lagu ni saya dengar hari² coz dijadikan message alert tone untuk fon saya,hehe..
2) subhana Allah..
3) is Allah satisfied..
4) always be there..
5) open your eyes.. lagu blog ni :)
6) barakallahuma.. lagu yang si paie sangat sukaa nyanyi. lagu ni sesuai untuk majlis kahwin kot ;p
7) rest of my life.. ni lagu 1st MZ yang saya dengar then teros jatuh cinta 

ha ni jela yang saya nak cerita pasal MZ. sikit kan? dah kate dah tadi.. at least ade gak cerita,walaupun tak dapat pergi tengok konsert dia. *joyah betol* saya bukan ape,juz ikut pesan ayah ja. ayah pesan dulu,janganlah ade dalam kalangan anak ayah yang pegi tengok konsert² ni semua.. *padahal ayah cakap pasal konsert terkinja² cam kat jom heboh tue* ha sebab tu la saya tak pergi tengok MZ ni. ayat nak pujuk hati sendiri,hehe.. takpela,takde yang merugikan pon. kan kan? :)) ade jodoh nanti jumpa la kita,kan MZ kan..


nah,cukup lah sebijik ja gambar encik MZ ni..
tak boleh banyak²,bahaya~
credits to MZM-FC

p/s : macam familliar lak nama MZ tu.. sibok ja,haha..

Sunday, October 3, 2010

apabila saya mula merancang.

salam semua :) 


sejak akhir² ni,saya asyik memikirkan tentang duit. err,bukan bermakna saya mata duitan. tapi saya memikirkan tentang masa hadapan. ada orang cakap tu hanya angan². eh bukanlah. itu perancangan. duit memang bukan segala²nya tapi duit sangat diperlukan pastinya. nak beli kereta,nak beli rumah,nak bayar bil itu bil ini. semuanya menggunakan duit. setuju?


nak diikutkan,dah lama saya tak simpan duit raye yang saya terima ke dalam bank. tu semua zaman kecik² dulu. tapi raye tahun ni,semua duit raye saya bagi ayah,masuk dalam asb. nak guna sayang. disebabkan saya sudah mula memikirkan masa hadapan,haha.. memang la tak pasti lagi hidup ke tidak masa tu,tapi perancangan tu perlu. hidup tanpa perancangan ibarat layang² yang terputus talinya. entah terbang bebas ke mana saja atau tersangkut di pohon cuma,kita tak tahu. 


bila rakan serumah ajak ke shopping mall,saya lebih suka menjadi pemerhati. pandang itu,pandang ini,berkenan,suka. tapi saya cakap pada diri yang saya sudah cukup semuanya. alhamdulillah. melainkan barang yang betul² perlu tapi dah habis,baru saya beli. kadang² mereka sendiri yang menegur saya,ataupun sekadar memberi jelingan tajam,haha.. itu tandanya mereka nak beritahu bahawa saya tak perlukan barang tersebut. see! rakan serumah terbaekk yang pernah saya ada ♥ 


saya kena belajar bijak berbelanja. tak nak jadi macam dulu lagi,bila suka teros beli tapi tak pakai,membazir. takpun last² bagi orang. yang tu ok la kot. so seiring dengan peningkatan umur kali ni,saya cuba menjadi matang. ada yang pesan,dah tak boleh jadi kanak² lagi,aishh.. sebenarnya,apa itu matang? em insyaAllah,saya cuba :)


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila berbelanja, 
dia tidak melampaui batas dan tidak bakhil. 
(Sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah benar-benar 
sederhana antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
(al-Furqaan: 67) 


kereta idaman >.<
ada sesiapa nak belikan?
mestilah tak kan,hehe..
takpe,nak beli sendiri..
insyaAllah 1 hari nanti~

opss..! ini bukan angan²,ini perancangan ('',)v